Friday, August 19, 2011

China 'Gila Besi' , Pahang Dan UMNO Juga Untung!


China sekarang kemaruk besi. Mana-mana projek bijih besi di seluruh dunia pasti ada agen China. Terbaru di Afrika Barat.

China mengimport 618 juta tan bijih besi tahun lepas. 85% import bijih besi datang dari Australia, Brazil, India dan Afrika Selatan. Namun China lebih suka beli bijih besi dari Pahang sebab kos pengangkutan lebih murah.

China sudah terdesak sampai peringkat bukan sahaja mahu setakat JV dengan syarikat tempatan malah mahu terus telan syarikat.

China tidak mahu bergantung kepada tiga syarikat besar dunia. Apa yang China harapkan boleh dapat bijih besi 250 juta tan setahun. Namun pengeluar utama besi dunia masih mempunyai kelebihan infrastruktur, modal dan kualiti.

Syarikat besi dan keluli China seperti Baoshan, Wuhan dan Shandong digalakkan menguasai bijih besi dunia dan perancangan China pada tahun 2015 sudah boleh berdikari.

China hanya menguasai 10% dari bijih besi import. China mahu 50% bijih besi dari sumber pelaburan bijih besi  luar China dijangka 10 tahun lagi.

Lihat urusan China dengan dunia besi:
  • Hanlong Mining melabur dalam projek bijih besi Mbalam di Cameroon dan Republik Congo nilai USD 1.5 bilion.
  • Shandong Iron & Steel melabur USD 1.5 bilion dalam projek bijih besi Tonkolili di Sierra Leone.
  • Chinalco JV dengan Rio Tinto melabur USD 19.5 bilion dalam projek bijih besi Simandou di Guinea.
Lebih banyak pelaburan besi China dalam projek-projek bijih besi global.

Kegilaan projek-projek infrastruktur domestik dan pembinaan China akan meningkat permintaan bijih besi. China diramal mengimport 670 juta tan bijih besi pada tahun 2011, penambahan 8 % dari tahun lepas.

Bijih besi yang kandungan besi 62% telah meningkat harga  seganda semenjak dua tahun lepas. Mengikut indek Keluli, harga satu tan bijih besi ialah USD 176 !

China 'gila besi' juga menyebabkan Pahang dan UMNO juga untung. Berapa banyak pelaburan syarikat besi dan keluli China di Pahang kerana kualiti dan kos pengangkutan yang lebih murah.

Besi adalah anugerah Allah kepada UMNO untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan di Pahang dalam PRU 13. UMNO gunalah anugerah Allah ini sebaik-baiknya.

9 comments:

Anonymous said...

hah hok laaa yg org dok gila2kan termasuk Dompok dan YB2 lain...kire mudah dpat duit..dah dpat duit nk memerintah...kawsan tok jga doh.. keletong sna kelentong sni...iatu laa dasar YB ari nie.....dlu pong tanah..ler nie pong kwsan bijih ngan mas.....mapus laaa YB barisan...tuihhhhhhhh

Anonymous said...

Salam Anon 8:10,
Anon rakyat Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang juga layak memohon...

RAI said...

umno saja untong rakyat rugiLah jadi pakai orang umno sajalah undi umno lain tak payah banyak terima kasihlah pada umno lagilah cepat lingkup pada pru13 ni nanti balik kg bagitau semua orang kg yang bukan umno yele ?

Anonymous said...

hai RAI chang rai,
ikut kau lah nak hasut,kau ingat rakyat malaysia ni tak ada mata dan telinga ke?tidak melihat kebaikan kerajaan?tidak melihat kebajikan yang rakyat terima dari kerajaan?kau silaplah RAI.
pemimpin nak makan untung dia jawablah di akhirat nanti sebab kubur masing2 cerita.
tapi sebagai rakyat kita lihat apa yang telah mereka dapat,apa yang menyebabkan hidup mereka terbela.kita belum sampai ke tahap yang di alami oleh rakyat mesir dan tunisia yang tertekan dan terbeban hidup mereka.
setakat ini aku hidup aman damai.selamat kemana mana.tidak rungsing lagi.aku mahu keadaan yang pasti ini kekal dan tidak mahu mencuba yang tak pasti.aku pasti ciku itu manis dan tak akan pilih mempelam yang belum pasti manisnya.hai rai chang rai,kau nak ubah kau punya pasal.kau ingat pemimimpin PR tu pasal sangat ke?
mereka penuh dengan scandal dan peribadi yang tercalar.baik ke pkr,barua dap?baik ke pas,kuda tunggangan dap.mereka bertuan lim guan eng,teresa kok,ronnie liu dan mafia dap yang lain.kau undilah mereka wahai rai chang rai yang telah hilang jati diri.

kutukan dewata:

aku melayu jati islam sejati
walau buruk kain di pakai,
aku tetap tidak rela kuasa melayu tergadai kepada dap seperti apa yang terjadi di selangor.

Anonymous said...

Nak tunggu jadi macam Mesir dan Tunisia baru nak sedar?... untung laa melayu yang dapat projek...

Anonymous said...

HOI ANON DI ATAS,
TUNISIA DAN MESIR DIKTATOR YANG PERINTAH.KALAU KAU NAK SEDAR TUNGGULAH DIKTATOR PELIWAT MEMERINTAH.

Anonymous said...

Persoalannya banyak sengaja dicipta oleh Melayu kini mulayu (meelayuu @ layu). Bukan menjadi kerelaan kuasa Melayu akan hilang. Kuasa Melayu kian terhakis kerana kebodohan orang Melayu dibuat oleh pemimpin2 Melayu yang ada kuasa. Langsung tak nampak cara kuasa pemimpin Melayu nak memimpin orang Melayu mundur dimana2 jua....

Agen Melayu...

Anonymous said...

Sebab itu pemimpin Melayu khususnya Umno mahukan ramai orang Melayu jadi bodoh terutamanya ketua2 cawangan, tok 4, imam2 penjawat2 politik dikampung senang nak cucuk idung...

Aku setuju...

Anonymous said...

Jgn la iri hati dgn rezki org..Mari kita sama usahakan sekiranya ada peluang...Sekiranya anda ada tanah bergeran berisi bijih besi di NEGERI PAHANG ni, contact sy... Insyallah sy & rakan usahakan bersama anda.

Lagi satu nk bgtau permohonan utk tanah bijih besi ni da tutop, tp kita blh urusankan tu..:-)

Kawasan emas pon kalo nak lombong kita cuba, kerana kita ada beberapa link yg sesuai.

Kalo tanah kerajaan ni makan masa sket la..tp xpe, kalo ada kita cuba la..... Ada geran tanah bwk geran, ada kawasan bwk kawasan...Molek bwk sempel skali...


Hubungi sy 013-7319773 (Farid)

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024