Saturday, August 6, 2011

Kediktatoran Ulama PAS Menipu Bangsa Melayu


Bila Inggeris mula menjejak kaki di Tanah Melayu perkara yang pertama mereka tahu tentang Melayu ialah masalah sekolah, masalah buku dan masalah minda yang mundur menjadi selimut orang Melayu.

Sejak dulu orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka membaca dan berfikir. Mereka juga tidak suka menulis dan mencatat justeru mereka tidak mengambil penting soal masa dan tarikh peristiwa tertentu.

Mereka campur adukkan sastera dan sejarah dan namakannya Sejarah Melayu. Mereka lebih senang mewarisi sejarah yang ditulis oleh British. Yang anehnya mereka menganggap apa yang ditulis oleh orang asing tentang mereka adalah satu sejarah dan mereka mendewakannya.

Dari dulu hingga sekarang orang Melayu lebih suka mendengar ceramah dan terima tentang apa saja termasuk ajaran agamanya. Dalam hal ini mereka juga tidak suka bertanya atau menyelidik.

Jika banyak bertanya mereka boleh dianggap sebagai lemah iman oleh guru-guru agama mereka. Jika membaca tanpa berguru boleh dianggap pula sebagai … berguru dengan syaitan. 

Jadi guru-guru agama ini yang majoriti ulama PAS secara tidak langsung telah mendidik agar Melayu jangan membaca, jangan bertanya, dan jangan terlalu menyelidik kerana ini boleh membawa mudharat. 

Orang Melayu tidak dipimpin supaya menjadi masyarakat yang suka membaca, menulis dan membuat penyelidikan sebaliknya mereka digalakkan menerima apa saja yang diceramahkan tanpa banyak soal…. “Dunia ini milik orang kafir dan akhirat itu adalah tempat untuk kita” …inilah ajaran-ajaran yang telah membelenggu masyarakat Melayu-Islam 60 tahun tahun sejak PAS telah ditubuhkan melalui fasa-fasa perkembangan sejarahnya.

Fasa yang pertama yang telah dan sedang dilalui ialah fasa ‘kediktatoran ulama PAS’. Kediktatoran ulama’ PAS adalah suatu keadaan di mana ulama’ PAS telah menipu rakyat kerana kepentingan kedudukan mereka. 

Segala fatwa mereka tidak boleh dipersoal dan harus diterima bulat-bulat. Agama bukan sahaja telah menjadi candu masyarakat malah menjadikan orang Melayu pasif dan tidak berupaya berfikir untuk mengubah kehidupan mereka.

Pandangan hidup atau world view menjadi begitu terbatas dan mindanya mudah dijajah. Kediktatoran ulama’ PAS turut menghilangkan cahaya ajaran al-Quran lalu meninggalkan rakyat dalam kegelapan sejak penubuhannya hinggalah sekarang.

Ulama PAS sanggup menjual prinsip agama dan Melayu hanya untuk mendapat undi bukan kaum Melayu. Mereka rela diperkotakkatikkan oleh musuh Islam demi kuasa ke Putrajaya.

Ulama PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam sebagai keutamaan perjuangan. Pengunaan kalimah Allah yang mahu digunakan oleh puak pelampau kristian bagi mengelirukan umat Islam di negara ini telah disokong oleh ulama PAS.

Apa-apa keputusan menyentuh agama Islam jika DAP tidak bersetuju maka ulama PAS membisu dan memodifikasi undang-undang.

Ulama PAS sanggup mengagungkan tokoh sex dan tokoh anti-Islam demi mendapatkan pengaruh dan kuasa. Pengikut dibiarkan menjadi lembu dan mengikut apa saja arahan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh idola PAS tersebut.

Yang terbaru ulama PAS melalui Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat telah mengkritik cara JAIS dan polis memeriksa sebuah gereja yang didakwa mahu memurtadkan orang Melayu melalui 'charity' dan kebajikan. Bukti menunjukkan kitab Bible versi Melayu dan lagu-lagu agama kristian dan ceramah-ceramah video yang menghina Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah diedar kepada orang Melayu yang mengunjungi gereja tersebut.

Masyallah...masyallah...masyallah...kediktatoran ulama PAS menipu bangsa Melayu.

7 comments:

Anonymous said...

kalau kamu berkelulusan bidang bisnes, layakkah kamu menghakimi sesuatu yg diluar bidang kamu.
nasihat saya, perdalam kan lagi ilmu agama didada sebelum mula bicara.

saya rasa kamu pun mungkin tak suka kalau para ustaz mula bercakap pasal bisnes yg bukan bidang mereka , tak sesuai kan .

Anonymous said...

Saya keliru dengan PAS kerana pendirian dan kenyataan yang tidak konsisten.Saya sebagai penyokong pAs yang tidak beparti sentiasa mengundi PAS kerana bencikan sikap pemimimpin UMNO . Tolonglah PAS konsisten dengan pendirian jangan sampai menang sorak kampong tergadai.Walau apa pun saya skan terus mengundi PAS selagi ianya membela umah dan bangsa.Jangan sampai yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat.

RAI said...

http://www.youtube.com/watch?v=S_R8oIgOVHU&feature=related

Anonymous said...

Salam WZwh,

Kamu ada hak apa kamu fikir dan apa yang kamu luah. Orang lain pu punya hak yang sama. Namun begitu apa pun biar beretika, berhemah dan berlandas kebenaran, jangan segolong kecil berkata begitu maka seluruh nya macam itu, apa kah itu benar. Kalau cari keburukan maka keburukan lah dapat, tak kan tak ada baik punya. Dalam bulan mulia aku tak berapa senang posting kamu ini. Orang melayu buka tak suka membaca, tapi pilihan yang ada membeli buku atau makanan. Buku ilmiah dan terkini mahal harga nya, lagi bahasa nya english mereka tak faham, tapi tidak bagi yang berpendidikan dan di bandar, jadi kamu tolong pupuk kan dengan cara menulis yang berfakta dan benar angan ada maksud tertentu.

Jadi tugas kamu lah sebagai pendidik memupuk anak murid kamu membaca. Yang penting menerapkan 3 M, Membaca, Menulis dan Mengira kerana di dalam seseorang di kehendaki menganalisa, memikir dan membuat keputusan berdasarkan akal atau nafsu. Kalau nafsu jadi lah dia pemungkar , cakap pembohong, janji tak di tepati, nampak alim rupanya jahil, nampak baik tapi hati busok dan entah apa lagi. Orang PAS ke , UMNO ke sama aje, manusia. Faham Ke kamu?, Jangan pakai bedal aje .

TQ

Anonymous said...

pru 13 di jerantut pas akan menang. kami pengundi baru akan menyokong.

Anonymous said...

kahkahkahkah lawak giler! pemikir apakah ini~???

RAI said...

http://chedet.cc/blog/?p=558#comments

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024