Wednesday, August 31, 2011

Blog WZWH Bantu MNPC Menarik Sokongan Rakyat Kepada Tenaga Nuklear


Blog WZWH sudah lama berkempen kepada rakyat Malaysia terutama kepada orang Jerantut Pahang supaya menyokong pembinaan loji janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga alternatif sejak Mei 2010. 

Banyak posting WZWH tulis tentang keperluan kepada tenaga nuklear bagi krisis tenaga mendatang demi kebaikan ekonomi Malaysia. Antaranya sila klik sini dan klik sini. Juga sila klik sini.

Kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013.

The Holmes Report, yang diterbitkan di New York, melaporkan awal minggu ini bahawa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu.

Krisis loji nuklear Fukushima telah meninggalkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap tenaga nuklear. Kempen kesedaran awam perlu untuk salur maklumat kepada rakyat memahami keperluan mendesak tenaga negara.

Perancangan kerajaan mahu loji nuklear beroperasi menjelang 2021. Kerajaan perlu dapat mandat  sokongan rakyat untuk bersedia dan buat keputusan akhir. Sokongan awam diperlukan melebehi 50% adalah keutamaan disamping mengurus kebimbangan dan isu

Pendapat orang ramai akan dinilai, hasil dapatan kajian digunakan untuk merangka strategi menambah baik persepsi dan sokongan. 

Malaysia mahu bina dua loji nuklear dengan kapasiti 2000MW dijangka siap pada tahun 2021. Penilaian projek ini akan mengambil masa dua tahun bermula pada tahun 2013. Tendar loji nuklear akan diumumkan pada tahun 2016.

Malaysia terlalu bergantung kepada minyak petroleum dan arangbatu. Kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada minyak petroleum. Tenaga dihasilkan sebanyak 64% dari minyak petroleum, bakinya arangbatu.

Negara sudah mula kekurangan minyak petroleum. Projek kuasa hidro hanya cukup menampung bagi Malaysia Timur sahaja menyebabkan Malaysia Barat menghadapi masalah.

Lain-lain sumber tenaga seperti biomass dan angin terlalu kecil sumbangannya dan teknologi solar sangat mahal.

Blog WZWH komited dalam membantu MNPC menarik sokongan rakyat kepada tenaga nuklear.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024