Tuesday, August 2, 2011

Penyokong PAS Jerantut Mahu Calon Baru Bertanding Parlimen Jerantut


Kempen politik Dr Hamzah Jaafar memperbodohkan orang Ulu Tembeling. Calon PAS ini hanya pandai bercakap secara teori tapi tiada dipraktikkan. Sama saja dengan Mat Sabu yang menghina orang Ulu Tembeling bila mencadangkan peniaga-peniaga Kuala Lumpur pergi berniaga di Ulu Tembeling semasa rally Bersih 2.0 mengikut Ambiga Sreenevasan tokoh anti Islam.

Sila klik  Bolehkah PAS Menawan Parlimen Jerantut PRU 13? Ada reaksi komen penyokong PAS yang menarik seperti berikut:

Ahli Pas atas pagar said...
tkdde calon lain ke selain Dr.Hamzah.bagilah orang lain entah ke menang .Kalau Dr. Hamzah juga kaloh..

Anonymous said...
Kalah PAS dan DAP punye.Tak caya tengoklah nanti.Kalau tidak Mat Noor dah menang kalau Cikgu Koh tak bertanding..Aku dendam kat Cikgu Koh ni.

Nampaknya Pakatan Rakyat terutama PAS perlu memikirkan  adakah Dr Hamzah perlu bertanding parlimen Jerantut buat kali ke tiga bagi menempah kekalahan atas beberapa sebab tertentu.

PAS perlu mencari calon anak tempatan yang diyakini pengundi. Calon yang selalu turun padang ke parlimen Jerantut menemui pengundi. Ramai rakyat Jerantut tidak kenal calon PAS.

Blog Parlimen 81 menjelaskan...sila klik sini

Kita senyum kat dia dia buat tak tahu je .... itulah komen-komen orang kampung dan orang bandar dan anak muda bila bercakap soal calon parlimen dari PAS yang telah kalah dua kali melawan dengan Tengku Lan ni . Ilmu dia bagus ulamak kontemporari kata orang tu . Banyak mengupas isu-isu agama yang sensitif dan tak bersesuaian dengan adat orang Melayu di Jerantut ini . Bukan tak betul tapi pemikiran orang masih tak boleh terima beberapa isu yang dilontarkan oleh ulamak muda yang dah tak berapa nak muda ini . 

Tapi isu-isu itu tak leh lawan dengan isu payah nak senyum bila jumpa orang . Dr Hamzah ni saya nak peringat kat awak ini . perbaikilah PR (bukan pakatan rakyat tapi personal relationship) awak tu . Kawan tak kisah awak golongan Nik ke golongan Wan ke golongan Plate C ke golongan plate D ke janji setiap calon yang dicalonkan di Jerantut ini mestilah progresif yang penting mesra dengan orang kampung ..... 

Kalau awak nak tahu Wan Amizan paling hebat dia punya PR ni .... Dr Shukri dan Tengku Lan pun tak boleh lawan dari segi PR Wan Amizan dengan rakyat .... dan memang Tengku Lan dan Dr Shukri tak de skill PR ... Dulu saya ada jumpa arwah YB Malek ... dia ni pun hebat skill PR dia ... dia menang DUN Tahan dan kebetulan pulak yang menang DUN Tahan selepas itu YB Ahmad Jaafar tidak bertahan lama.YB Ahmad Jaafar tak de skill PR ... Dia memang dulu harapkan title Kadi Jerantut je .

7 comments:

Anonymous said...

Apa sibuk pasal calon PAS pulak, UMNO dah confirm calon kah? Baik conform calon UMNO dulu. Buat kerja rumah sendiri dulu lepas tu pergi laa buat kerja rumah orang lain, kalau ada banyak masa terluang macam sekarang laa.. Jerantut dah membangunkah?

Anonymous said...

Apa yang nak sibok2kan. Kerja buat tak der pon setakat tulis atas paper berpendapat dan membaca ruangan pendapat dan komen "no jalan" hebatlah.

Turun padang setiap masa cari pendekatan berilmiah dan ummah sesama masayarkat. Bimbing mereka ke arah keharmonian tak kira musuh mahuypun kawan sebab itulah rakyat kita kalu tidak jangan cuba untuk menjadi pemimpin dan bercadang untuk dijadikan pemimpin...

Pang5 Banir...

Anonymous said...

Patut laa Jerantut tak membangun.. dapat punasihat dok sibuk ke lain. Cuba laa nasihat pemimpin tu buat universiti ke... sekolah berasrama penuh ke, komplek sukan ke ... highway ke kuantan .. highway sambung dari bentung karak kee...
Apa punya punasihat laa... patut laa tak maju maju...pemimpin jerantut lantik punasihat hampeh.. setakat buat jambatan dan jalan kampung jee.
buat la program peringkat antarabangsa untuk memajukan taman negara tu ..barulah jerantut dapat tempiasnya. Isaymen....buang karan jee...

berus besi said...

betul2..ni penasihat 20%...atau penasihat syok sendiri...nyot..nyot..nyot.

Anonymous said...

Salam.Jerantut tak perlu Universiti. Kita cuma perli perbanyakkan pusat pululihan dadah aje kat jerantut ni.Sebab takut tu aje pemikiran pemimpin jerantut

Anonymous said...

Tuan penasihat, tak perlu nak tunjuk ada MBA, BBA dan macam-macam lagi kalau pemikiran sempit begini. Banyak projek di Jerantut tu hidup segan mati tak mahu, kata kos berjuta-juta tapi nilai kualiti beratus henget jer. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Perbetulkan diri sendiri sebelum nak tembak orang lain.

Anonymous said...

sebagai penyokong PAS aku suka orang UMNO yang komen pasal tiada yang berani nak mengusulkan calon lain.Ramai yang layak daripada Dr. Hamzah di Jerantut ni.Tapi tak dipandang oleh PAS pusat selain dari kg. batu balai.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024