Tuesday, August 2, 2011

Projek-Projek ECER Taman Negara


Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utaraSemenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

WZWH lebih berminat bercakap mengenai projek-projek ECER Taman Negara. Kalau kita lihat ECER lebih fokus kepada ekonomi Pahang Timur. Boleh dikatakan tiada lansung projek-projek di belah Pahang Barat terutamanya Jerantut.

Blog WZWH banyak mencadangkan beberapa projek dalam posting yang terdahulu di DUN Tahan dan Taman Negara. Sedikit sebanyak apa yang WZWH beri pandangan dan komen-komen pembaca blog WZWH turut membuka mata DS Najib PM.


CEO ECER Dato’ Jebasingam Issace John berkata bahawa DS Najib telah mengarahkan beliau supaya mengkaji apa-apa projek yang boleh dilaksanakan di Taman Negara dan Jerantut. Beliau mengaku sedang meneliti saranan PM.

Memang Dato' Jebasingam issace John dibayar gaji oleh Petronas untuk memikir keseluruhan projek ECER. Namun WZWH berpendapat kita orang Jerantut terutama golongan muda dan profesional perlu juga mencadangkan apa projek-projek Taman Negara yang terbaik kepada kerajaan.

Mari kita lihat apa projek-projek ECER ini sebagai panduan.

A total of 189 projects worth an estimated value of RM112 billion have been identified for implementation in the Region up to 2020. Of these, a total of 54 high-impact projects have commenced.

These projects include the launch of the Centres of Excellence to foster industry-academia collaborations, the development of the Kenaf industry, Kertih Polymer Park, Lanchang Permanent Food Production Park and Modern Farm, Gambang and Pasir Mas Halal Park, Pekan-Peramu Automotive Industrial Park, Kuantan Port City, Kuala Berang Goat Research & Innovation Centre, Goat Multiplier Farm in Kuala Berang, Goat Commercial Farm in Telaga Papan, Muadzam Shah Cattle Research & Innovation Centre, upgrading of the Central Spine Road, Small Office Home Office (SOHO) Programme, Mersing-Sedili Road, Bentong Mixed Industrial Park, and the Herbal & Biotechnology Park also the Agropolitan Project.

Maka projek-projek Taman Negara yang kita mahu cadangkan. Secara mudahnya kita mahu:
  • Jalan Bandar Jerantut ke Taman Negara dinaiktaraf
  • Jalan Sungai Lembing ke Kuala Tembeling dibuat memudahkan pelancong datang dari Kuantan
  • Projek Eco-Resort Taman Negara
  • Projek Cable Car Taman Negara
  • Projek Agropolitan Tembeling Tengah
  • Projek Herba dan Biotek Ulu Tembeling
Mungkin pembaca-pembaca blog WZWH punyai idea-idea yang lebih baik. WZWH harap sila beri cadangan-cadangan anda walaupun secara konsep kerana CEO ECER sedia mendengar cadangan anda. Terimakasih kepada DS Najib yang sudi mendengar pandangan orang Jerantut.

3 comments:

dobit127 said...

Salam.
Nampaknya jika dilihat projek yang dicadangkan, semakin banyak pokok2 ditebang demi pembangunan..
Pelancong terutamanya orang asing daang ketaman negara bukan nak tengok pembangunan tetapi nak tengok keaslian dan keindahan persekitaran taman negara..

Sejajar itu, kawan mencadangkan agar keadaan semulajadi di taman negara dikekalkan dengan memberi inisiatif tahunan untuk memperelokkan kembali apa yang sudah musnah...

Kawasan warta taman negara pastikan tidak diceroboh agar zon penampan tidak terusik..

Banyakkan tempat2 esotik seperti santuary ikan kelah dengan pelbagai hidupan air sungai..

Membuat penyusunan semula kawasan zon penduduk dan perniagaan yang sekarang ramai orang seempat membuat resort dan homestay sesuka hati.. Naik taraf dan selaraskan kempen agar lebih ramai datang melawat...

Jaga kebersihan dan kekemasan kawasan persekitaran.. Mungkin penubuhan Badan Khas untuk kawalselia Taman Negara diperlukan untuk lebih memantapkan lagi seperti LKWJ untuk Jengka, KESEDAR untuk wilayah Kelantan Selatan..

Bekerjasama dengan pihak ANGKASA agar rombongan sekolah boleh menjadikan taman negara sebagai satu destinasi tetap bagi pelajar sekolah dan koperator dewasa..

Semua itu hanya pandangan bagaimana pengurusan ECER yang diberi mandat oleh PM untuk membelanjakan wang..

Projek pembangunan juga perlu tetapi bukan menambah hanya memperelokkan dan memperkemaskan projek sedia ada. Setakat 10 tahun akan datang rasanya mungkin mencukupi untuk menampung kedatangan pelancong..

Ayuh!.. Bangkitlah taman negara kebanggaan kita semua...

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUT..,,

Projek-Projek ECER Taman Negara

Banir nork tulis ringkas jer kali nih. Jangankan nork kekalkan keindahan semulajdi di Taman Negara,
projek ikan kelah dan jelawat telah lama di tipu oleh projek percubaan. Kononnya nak buat kajian, hapah..., tangkap beribu-ribu ekor, sekarang bila terbiar ikan entah kemana projek ntah ke mana.... Bab pembalakan jangan cakaplah, rakus pongos, haramjadah. Jika adapun hanya tabir2 jalan berlumpor. Dari Sungai Tiang/Tekal ke Bukit Mat Daling/Gusai... air kalau dulunya masih lagi jika di "cekalak" orang akan "cengkelik" akan mati lemas, tapi sekarang di Gusai/Mat Daling orang tak heran, airnya tak merungsingkan sesiapa lagi hanya di paras buku lali sahaja. Bukan tiada untuk projek ecer di pedalaman, tapi disengajakan kerana pembangunan rakus sebelah pihak ajer...

Pang5 Banir... tetap urang Ulu Tembeling....

Anonymous said...

Tahniah tuan penasihat telah terjaga dari tidur, setelah hampir dengan PRU13 baru laa merancang nak buat program dan aktiviti untuk Jerantut. Sepatutnya semua itu dah siap atau sedang di siapkan bukannya baru nak cadangkan.. slow laa.. kalau macam ni PAS boleh letak calon lebai kampung untuk PRU 13 mungkin boleh menang. UMNO sama je dengan PAS ..tak de pembangunan. Pelik UMNO memerintak tapi kosong pembangunan ..emmm..emmm.. undi PAS pun sama laa ...org UMNO kata tak de pembangunan. Cermin..cermin lah..

Pak Mat Jusoh
Atas Pagar.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024