Saturday, August 13, 2011

Kriteria Wakil Rakyat Parlimen 81 Jerantut



Blog Parlimen 81 telah menggariskan kriteria wakil rakyat bagi parlimen dan DUN-DUN di Jerantut. WZWH cukup tertarik dengan hujah yang simple penuh makna.

WZWH CnP sepenuhnya ulasan blog Parlimen 81....

Pembangunan Jerantut - Semua BN Dah Buat ... Apa Lagi Rakyat Nak ?

Sejak merdeka sehingga sekarang dah bermacam-macam pembangunan kerajaan BN buat untuk Jerantut . Jalan raya dah sampai ke depan tangga , Lampu jalan dan ada kat depan rumah , Telepon dan internet dan masuk kedalam rumah , api dan air semua dah ada . Sekolah cukup , masjid dan surau ada disetiap kampung . Pendek kata semua kemudahan asas ini telah mencukupi untuk keselesaan rakyat baik dibandar atau di kampung . Apa lagi yang rakyat nak ?

Ekonomi penduduk kampung di sekitar Jerantut sekarang mengalahkan ekonomi penduduk Kuala Lumpur . Ramai penduduk kampung sekarang mempunyai pendapatan lebih RM3000 sebulan hanya bekerja sebagai penoreh getah .

Apa lagi yang rakyat nak dari kerajaan diterajui oleh BN ? Pening kepala dah wakil-wakil rakyat BN memikirkan permintaan-permintaan rakyat ini . Dibagi betih nak peha . Dibagi peha nak atas lagi .

Kalau ditanya soalan itu kepada saya . Sebenarnya saya dah cukup selesa dengan keadaan saya sekarang ini . Kampung saya dah ada talian telepon dan ada kemudahan internet , dah ada perkhidmatan telepon mudah alih , dah ada kemudahan jalan raya , surau kampung saya tiap2 tahun dapat bantuan dan saban tahun dicat baru . Saya tak mahu pembangunan berlebihan dikampung saya . saya sudah cukup selesa dengan keadaan sekarang ini . Saya tak mahu kampung saya jadi bandar . Cukuplah status kampung saya sebagai kampung sahaja . Saya tak mahu jadi orang bandar . Saya nak kekal sebagai orang kampung . Apa yang saya mahu ialah segala kemudahan yang saya inginkan ada berdekatan dengan kampung saya . Saya tak mahu bayar cukai pintu seperti orang dibandar . Cukuplah dengan hanya membayar cukai tanah untuk tanah sekankang kera .

Jadi apa lagi yang tak kena dengan saya ini yag asyik nak membangkang sahaja ? Bukan ke semua kerajaan BN dah buat ? Kalau ditanya lagi sekali soalan itu kepada saya . Apa lagi awak nak kerajaan BN buat ? Jawapan saya satu sahaja . Tolonglah pilih wakil rakyat yang benar2 ikhlas , amanah dan takut kepada Allah.

WZWH sangat bersetuju dengan pandangan blogger Parlimen 81 tentang kriteria wakil rakyat PRU 13 parlimen Jerantut dan tiga DUN.

Ikhlas- Buat kerja-kerja masyarakat dengan niat mahu menbangun dan memajukan Jerantut bukan kerana mengejar kedudukan demi kepentingan peribadi. Kerja dengan penuh minat dan bersungguh.

Amanah- Sememangnya ini ialah salah satu sifat Rasullulah SAW. Amanah ialah buat kerja mengikut perancangan dan janji-janji politik. Amanah ialah jika peruntukan RM10 maka habiskan peruntukan itu RM10 pada tempatnya yang betul malah tambah lagi jadi RM15 dengan usaha kreatif dan kebijaksanaan.

Takut kepada Allah- Wakil rakyat ikut apa yang disuruh, jauhi apa yang dilarang. Tidak rasuah, tidak tamak, tidak menzalimi orang, tidak bertindak mengikut hawa nafsu, hati yang bersih, takut jika tidak menjalankan kewajipan wakil rakyat nanti di akhirat akan ditanya semuanya...

WZWH rasa ini kriteria tambahan DS Najib boleh aplikasikan di dalam memilih wakil rakyat Jerantut PRU 13 nanti.

4 comments:

Anonymous said...

saya setuju sangat dengan kriteria tu...tapi kadang-kadang bila dah dapat jawatan, segala prinsip, segala nawaitu dah jadi sebaliknya...

Anonymous said...

frekuensi siaran radio (hotfm,muzikfm,sinarfm, dll lagi masih tidak memuaskan.ibarat perpustakaan bergerak ye bila kereta x boleh pasang radio. ambil perhatian kalau prihatin :)

Anonymous said...

takyah mintakla kalau setakat nak dengar radio tu...mcm bdk sekolah

Anonymous said...

mintak la u ke kolej ker baru btl..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024