Orang Melayu Islam di Malaysia akan turut ditimpa nasib yang sama dengan orang Islam Uighur di Xinjiang, China jika DAP memerintah Malaysia akibat kerjasama talibarut barua PAS dan PKR yang bermata satu, lidah bercabang dan hamba kepada kuasa lebih dari akhirat.
Orang Islam Uighur di Xinjiang, barat China, wilayah kaya petroleum telah lama ditindas agama dan ekonomi oleh rejim komunis China sejak 60 tahun dulu.
Orang Uighur berjumlah 8 juta dulu adalah majoriti di Xinjiang (nama lama Turkmenistan Timur) wilayah luas gurun dan gunung merupakan 1/6 China dan pintu masuk Asia Tengah.
Hari ini orang Uighur berjuang mempertahankan budaya dan tradisi mereka berdepan dengan dasar migrasi 1.2 juta orang China etnik Han ke Xinjiang. Eksploitasi sumber tenaga Xinjiang membuat Urumqi ibu negeri menjadi bandar metropolis moden. Peluang ekonomi disapu oleh kaum pendatang China menyebabkan orang tempatan Uighur ketinggalan dibelakang.
Kerajaan China takut orang Uighur guna agama menyokong 3 kuasa; extremis, separatis dan terroris yang mahu memisahkan Xinjiang dengan China.
Penindasan agama yang menyedihkan seperti berikut:
- Tidak boleh sembahyang Jumaat di Masjid.
- Masjid ditutup.
- Tidak boleh menunaikan Haji.
- Tidak boleh ceramah agama.
- Tidak boleh memiliki senaskah Al-Quran.
- Pasport antarabangsa dinafikan.
- Bawah umur 18 tidak boleh pergi masjid.
- Ustaz yang tidak dapat kelulusan ceramah dibenarkan dilarang berdakwah dan hilang tauliah.
- Tidak boleh menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih dan sebarang aktiviti keagamaan.
- syarikat-syarikat swasta menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.
- golongan pelajar beragama Islam disediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.
- restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.
Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.
Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009.
Penindasan keatas umat Islam Uighur di China adalah lebih teruk dari aspek kebebasan dan tekanan Yahudi ke atas umat Arab di Palestin sehinggakan untuk berpuasa pun tak boleh.
Dari sini juga Umat Islam sepatutnya sedar – dan musuh mereka telah lama sedar akan hakikat ini – bahawa kekuatan Umat Islam itu sebenarnya adalah terletak kepada aqidah dan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri.
ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Hakikat ini juga dinasihatkan oleh para Malaikat kepada manusia yang menjadi kekasih-kekasih Allah swt dalam firmanNya bermaksud, ‘Dan orang-orang yang berkata “Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah (dengan ajaran dan perjuangan agama Allah), Malaikat turun kepada mereka (seraya berkata) ‘Jangan kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati. Bergembiralah dengan Syurga yang dijanjikan untuk kamu’. Kami adalah wali-wali Allah dan kekasih-kekasihNya … “ (Al-Quran).
Sedarlah, ini boleh berlaku di Malaysia sekiranya DAP memerintah... Kita boleh lihat betapa deritanya masyarakat Islam di China ditindas... Mereka dilarang berpuasa, menunaikan solat sunat terawih dan menjalankan sebarang aktiviti keagamaan...
Di Malaysia kita boleh lihat belang DAP semakin terserlah apabila laungan azan di masjid diarahkan supaya diperlahankan agar tidak mengganggu masyarakat cina... Itupun masih belum ada yang sedar...
Malah umat Islam di Pulau Pinang juga ditindas... Tempat tinggal diroboh atas alasan pembangunan... Di Kedah, pemimpin Islam terpaksa tunduk dengan kehendak DAP... Apalagi jika di Selangor, pemimpin Islam sanggup sujud di kaki DAP... Demi mengekalkan kuasa... Apa sahaja boleh berlaku...
Jika kita lihat keadaan masyarakat Islam Uighur di Urumqi masih belum cukup menginsafkan, tak tahulah nak cakap apa lagi... Mudah-mudahan Allah melindungi Malaysia ini dari cengkaman DAP...
9 comments:
Tuan,
Jangan jadi tukang ramal dan mendahului kehebatan Yang Esa.Orang politik selalu lupa asal usul mereka dan melalut tak tentu pasal tapi merekalah golongan yang serendah2 martabat dan perlu berterimakasih pada rakyat yang sebenarnya.
UMNO dah lama memerintah kenapa tak berpegang kepada undang-undang Islam, kenapa takut pada MCA dan MIC, mereka tu dua tiga kerat jee dalam Parlimen dan DUN. Diri sendiri yang takut tapi kata kat orang lain pulak....Tunggu PRU13... boleh jadi tuan punasihat lagi kee lepas tu.
membangkang reti memerintah tak reti.Cakap tak serupa bikin.tahun depan undi BN pulaklah.
Alahai
Kau memang dari dulu lagi undi BN, kau kan selalu dapat projek ... lain laa kalau tak dapat projek...
boleh blah sama BE END.
Oh Malaysia Tanah Air KU. Akua puas hati dah. Nak sembahyang.nak puasa senang, macam-macam lagilah, senang walau aku tak kaya.
wahai anon2 semua,
satu pertanyaan dari saya.mahu hidup sperti sekarang yang dah tentu pasti atau mahu hidup baharu yang tak tentu pastinya.bn atau pr?lu hayun lah sendiri
Pasti kepala h**** kau, kau tak pe laa duit projek banyak.
Tu lah..UMNO zaman sekarang ni x boleh nak dipercayai dah..Selain tu DAP juga mahu robohkan flat-flat di Pulau Pinang tujuannya ialah untuk pembangunan..emm..
Post a Comment