Friday, August 12, 2011

Apa Sebenarnya Agenda Penulis Buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir' ?


Siapa dalang dibelakang penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir' ?

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin menulis buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar DS Najib membetulkan segala kelemahannya selaku PM dan Presiden UMNO sebelum keadaan menjadi parah.

Alasan Shahbudin Husin:
  • “Saya hanya menulis untuk menegur DS Najib selaku Presiden UMNO dan PM. Saya tidak mengkritik parti".
  • “Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti".
  • “Apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?”
  • “Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada DS Najib... saya tidak mengkritik DS Najib, cuma menegur beliau,”
  • “Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting,”
  • “Saya lebih sayangkan parti, bukannya individu.”
Buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus UMNO berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Apa yang Shahbudin Husin tidak puas hati? 
  • DS Najib melakukan banyak kelemahan disebabkan kepimpinan dan masalah disebabkan isteri.
  • Dua tahun kepimpinan DS Najib belum menunjukkan tanda-tanda positif penerimaan rakyat.
  • Luahan rasa kecewa, tidak yakin, keraguan  lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan.
  • UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya.
  • Kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas.
  • Melayu rasa dipinggirkan.
  • Barisan Kabinet yang diragui.
  • Pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah.
  • Ekonomi yang lembab.
  • Pelabur menjauhkan diri
  • Harga minyak, gula dan barang naik.
  • Cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme. 
  • Meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap DS Najib

Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika UMNO Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau UMNO Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.

Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk “Kesilapan-kesilapan Najib” juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh UMNO dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberian dividen percuma kepada pembangkang.

WZWH pun tidak faham apa sebenarnya agenda berbelit-belit penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir' ini. Tidak kritik tapi menegur, tidak memperlekehkan pemimpin tapi buku dihasil dan sedang menyusul buku kedua. Ini bermakna penulis bagi bola tanggung kepada pembangkang.

Kalau dilihat segala apa yang tidak puas hati itu mungkin ada satu atau dua yang boleh diterima tetapi yang lain-lain itu terlalu subjektif untuk dibuat penilaian memandangkan DS Najib baru dua tahun mentadbir sebagai PM. Terlalu 'premature' untuk membuat kesimpulan dan hukuman.

WZWH tidak kenal penulis ini sebelum ini barangkali blogger-blogger sahabat di Wangsa Maju yang aktif menulis blog perlu tampil memberi penjelasan kenapa penulis ini begitu berani secara terbuka mendedahkan kelemahan pemimpin tanpa kajian yang mendalam. Lebih banyak buruk dari baik sebenarnya. Pembangkang boleh buat modal dan spin fakta-fakta bercampur fitnah.

2 comments:

Anonymous said...

kepada penulis buku ini saya ingin bertanya,apa bukti rosmah menjadi beban kepada najib?
apakah dengan bergiat aktif dalam bidang kemasyarakatan menjadi beban kepada najib dan barisan nasional?
keputusan najib berkaitan dasar dan kepentingan negara dibuat secara kolektif bersama barisan kabinetnya.bila masa pula rosmah campur.
sekurang-kurangnya rosmah lebih baik daripada wan azizah anak beranak yang sentiasa berceramah menabur fitnah memburukkan orang lain.
rosmah tidak pernah buat roadshow tabur fitnah merata-rata.dia buat kerja kebajikan untuk rakyat kerana hanya itu yang dia mampu.kita perlu sokong orang buat baik bukan sokong pengadu domba.yang itu serah aje kat pas.

kutukan dewata:
sabar ajelah dato najib dan isteri.percaya lah orang yang sabar sentiasa menang.itu janji allah.

Hantu raya said...

Kenapa anda takut dengan rosmah , sebenarnya pembangkang terutamanya pas takut dengan permata . kerana telah bersaiang dengan pasti taska
yang dua puluh tahun dulu budak yang beringus ini dididik dengan orang dan gambar ini friaun. kini
kita lihat mereka berada dijalan
berdemontrasi. Kini merekata takut permata pula ambil alih 21 tahun nanti.jadi tidak hairan mereka yang rantai dan kunci TADIKA dan KEMAS. Satu sebab pembangkang marah sangat peruntukan yang berlebihan untuk PERMATA.genderasi ini menentukan masa depan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024