Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji didalam peti,Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pemimpin UMNO perlu ikhlas membela nasib penduduk luar bandar. Jangan ungkit perkara-perkara yang tidak sepatutnya diungkit.
Setiap kerajaan wajib membela nasib orang miskin. Peneroka sememangnya berterima kasih kepada kerajaan dan Felda yang berjaya mengadakan rancangan Felda membantu rakyat luar bandar yang merupakan program terbaik dunia.
Tetapi rancangan Felda bukan percuma kerana setiap sen yang dibelanja Felda membangunkan Felda dan segala infrastruktur ditanggung sebahagiannya oleh peneroka.
UMNO dan Felda kena berterima kasih kepada peneroka kerana hasil titik peluh dan keringat peneroka Felda menjadikan Felda sebuah badan agraria terbesar di Asia Tenggara.
Peneroka Felda yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara sebelum muncul Petronas.
Untuk mengekalkan undi kaum peneroka, kerajaan dan pengurusan FELDA khususnya perlu sentiasa peka dengan masalah-masalah kaum peneroka. Felda seharusnya mempunyai pengurusan yang lebih profesional dan tidak berhadapan dengan masalah remeh-temeh.
Pergilah ke mana-mana FELDA. Akan kedengaran rungutan daripada kaum peneroka tentang perangai sesetengah pegawai FELDA yang berlagak seperti tuan atau majikan, sedangkan mereka sekadar menguruskan tanah rancangan tersebut dan status mereka hanyalah golongan yang diberi upah untuk menjaga kebajikan warga peneroka.
Apabila ada warga FELDA yang merungut, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan setempat FELDA. Masalah kebanyakannya adalah isu-isu setempat.
Menyalahkan tohmahan Pakatan Rakyat semata-mata yang menyebabkan warga peneroka menjadi 'berani' sehingga menyeret FELDA ke muka pengadilan sebenarnya tidak tepat. Sebaliknya FELDA sendiri perlu melihat kelemahan yang terdapat dalam organisasi tersebut.
Contoh terbaik ialah bagaimana FELDA boleh kalah dalam tuntutan saman fitnah RM200 juta kerana gagal membawa wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel fitnah berkenaan walaupun hakim menegaskan, memang terdapat unsur fitnah.
Ramai yang berpendapat, masalah utama FELDA ialah PEMBESARAN KEPALA sesetengah pegawai dan pengurus FELDA yang melihat warga peneroka sebagai kaum yang boleh ditindas.
FELDA seharusnya sudah mewujudkan satu badan pemantau yang bergerak aktif mengesan pengurus-pengurus serta pegawai-pegawai yang menyeleweng dan menyeret mereka secepat mungkin ke muka pengadilan sebagai iktibar agar memegang amanah yang dipertanggungjawabkan, bukannya membiarkan pengurusan tertinggi FELDA menjawab serta menanggung masalah yang mereka cipta!
Cuma masalahnya, beranikah pengurusan FELDA bertindak terhadap kakitangannya sendiri selain menyalahkan puak pembangkang yang melihat FELDA sebagai undi deposit terbesar yang perlu dipengaruhi?
3 comments:
Perlantikan Pengerusi Felcra di kalangan ahli politik UMNO perlu dikaji semula
bukan pengerusi FELCA sahaja yang perlu di nilai semula, termasuk lah pengerusi FELDA dan juga pengerusi RISDA mahu pun MARA, ITU SEMUA HAK YANG TAK BOLEH PAKAI DAH, LANGSUNG TAK MEMBERI MENAFFAT PADA UMNO DAN BN, LANTIK LAH ORANG ORANG MUDA DI KALANGAN AHLI POLITIK UMNO KHUSUSNYA YB YB KE, YANG BARU RAMAI PENGIKUT,
Makcik dan pakcik felda dah cerdik dah sekarang ni...dulu mereka sekolahkan anak-anak mereka...sekarang ni anak-anak merka yang sekolahkan mereka balik....mereka mambuka minda ibubapa mereka yang digelapkan selama ni..
Post a Comment