Wednesday, August 24, 2011

Antara Program Berbuka Puasa DS Najib Dan Tuanku Sultan Pahang, Yang Mana WZWH Mahu Hadir?



Dua minggu lepas, Duta Besar Malaysia ke Amerika, DS Jamaluddin Jarjis beritahu WZWH program berbuka puasa DS Najib bersama pemimpin UMNO Pahang di Temerloh pada 24 Ogos 2011.

DS JJ mahu ramai pemimpin Pahang turun ke Temerloh meraikan DS Najib kerana ini program pertama DS Najib berbuka puasa di Pahang bersama pemimpin UMNO Pahang.

Maka kesemua empat peringkat kepimpinan UMNO Pahang-Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijemput termasuk juga ahli UMNO dan rakyat sekitar Temerloh.

Kemudian yang terbaru KDYMM Tuanku Sultan Pahang mahu mencemar duli berangkat ke Kuala Tahan (DUN Tahan), Jerantut menghadiri program berbuka puasa dengan rakyat juga pada 24 Ogos 2011.

Ini ialah program kerajaan negeri. Majoriti Ketua Jabatan kerajaan diketuai oleh DS SUK turut hadir. DUN Tahan sungguh bertuah kerana Tuanku Sultan Pahang kerap dan suka datang ke DUN Tahan, Jerantut. Pada 25 September nanti, Tuanku Sultan Pahang akan berangkat sekali lagi ke majlis jamuan Hari Raya DUN Tahan.

Antara program berbuka puasa DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang, yang mana satu mahu WZWH hadir? Pening kepala WZWH mahu buat keputusan!

Program DS Najib dihadiri oleh pemimpin UMNO empat peringkat, ramai ahli parlimen dan ADUN Pahang hadir. DS Najib ialah Presiden UMNO.

Keputusan WZWH: Oleh kerana WZWH datang dari DUN Tahan, ahli UMNO cawangan Kampung Labu, Tembeling Tengah. Rakyat yang taat setia kepada Rajanya maka WZWH mahu hadir ke program berbuka puasa Tuanku Sultan Pahang bersama dengan rakyat di Kuala Tahan.

Patik WZWH pacal yang hina merafak sembah menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang mencemar duli ke majlis berbuka puasa bersama dengan rakyat di Kuala Tahan, Jerantut. 

Semoga kehadiran Tuanku Sultan Pahang memberkati lagi majlis.

Daulat Tuanku.

9 comments:

Anonymous said...

hiss! itu pn nk tnya org lain? lantak awk lah sapa peduli awk nk gi kemana pn

Anonymous said...

Anon 1:26 memang bangang,
Itu tuan punya blog mahu tulis apa dia mahu itu dia punya hal buat apa Anon sibuk.....

Anonymous said...

Anon 1:26 tak faham apa mesej politik WZWH mahu sampaikan...hehehehehe..

Anonymous said...

Kesihan tuan penasihat... ingatkan mahu mintak nasihat tapi dah buat keputusan....emm..emm... tak pe laa.. melepas berbuka puasa dengan PM.

Anonymous said...

Tahniah..keputusan tepat..

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUJ...,

Antara Program Berbuka Puasa DS Najib Dan Tuanku Sultan Pahang, Yang Mana WZWH Mahu Hadir?

Tak peler asalkan berbuka puasa, jangan tak berbuka sudahlah. Nanti hilang pulak pahala..

Pang5 Banir, bab nasihat tu kita bincang semula...

Anonymous said...

tuan blogger ni...punya nak ampu bodek raja sampai menghina diri. kalau nak pegi, pegi ajerlah tak payah nak berpuisi. zaman sekarang ni orang tak main dah cakap2 bangsawan. kalau tersangat mengangkat bangsawan esok dia lupa diri. kalau kita terlalu merendah diri jangan sampai hilang harga diri. orang melayu kalau mengampu, memang nombor satu!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 6:54,
Anon kena belajar Adat-Adat Pahang berbahasa dengan Raja. Ini bukan nak bodek Raja. Kalau anon bukan rakyat Pahang saya boleh memahami...tapi kalau anon rakyat Pahang maka anon boleh dilabel orang yang tidak beradat. WZWH yang 'English Educated' belajar di United Kingdom dan ada MBA pun KENA BELAJAR ADAT_ADAT PAHANG. Minta maaf kalau anon tak faham...SORRY THIS IS OUR PAHANG TRADITION.

dobit127 said...

biasalah jika membaca tulisan jerman dengan bahasa france....

apapun teruskan usaha menulis...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024