Sunday, August 28, 2011

PAS Mengulangi Budaya Zaman Gelap Eropah

YB Dr. Che Rosli Che Mat seorang tokoh renaissance PAS pakar nuklear telah menasihat orang Pahang jangan percaya kepada pungkor(pembohongan) Fuziah Salleh tokoh PKR Pahang yang anti pembangunan tidak mahu kilang Lynas dibina di Gebeng, Kuantan.

Zaman gelap Eropah merujuk kepada zaman gereja menguasai sepenuhnya kehidupan masyarakat termasuk bukan saja hal agama namun tentang fakta sains.

Penentangan golongan saintis dan falsafah terhadap authoriti gereja menghasilkan zaman renaissance. Itulah yang berlaku kepada PAS kini.

PAS yang kononnya dibarisi kepimpinan ulama telah membuat keputusan parti tidak menyokong projek Lynas di Gebeng Kuantan. Ini adalah mengikut perancangan PKR dan DAP Pahang semata-mata tanpa merujuk fakta sains dan pakar nuklear, radiologi dan 'rare earth'.

Tetapi bila pimpinan tertinggi PAS memanggil YB Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat yang juga merupakan seorang saintis nuklear kerana menyokong loji  pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya minggu depan maka PAS sudah mengulangi budaya zaman gelap Eropah.

Pada zaman pertengahan Eropah, semua orang percaya bahawa matahari dan lain-lain planet mengelilingi bumi. Bila Galileo cuba menyangkal kepercayaan yang disokong oleh gereja maka Galileo telah dipulau dan dihukum. Muncul Copernicus untuk membuktikan bahawa dakwaan Galileo itu adalah benar dan fakta saintifik.

“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Begitulah pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan berdasarkan emosi dan menentang apa saja pembangunan yang ingin dibawa oleh kerajaan BN di Pahang semata-mata kerana mahu menghasut rakyat Pahang demi undi dan terpengaruh dengan kempen halus PKR dan DAP Pahang.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

1 comment:

plan said...

orang politik, semua tindakan mesti ade agenda politik.

orang fanatik parti, setiap tindakan mesti utk kepentingan parti je

dunia, dunia

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024