Friday, August 26, 2011

Koperasi Keluarga Pulau Tawar Jerantut

istana lindung bulan pagaruyung

WZWH dapat SMS dari sahabat rodong lama belajar di SEMSAS Kuantan. Sahabat ini asal Kampung Pulau Tawar. Beliau berjaya dalam kariernya sebagai orang no 3 dalam sebuah GLC di Kuala Lumpur.

Mesej beliau:

Salam, Saruji ni: Ingatan Mesra, MAJLIS RAYA KELUARGA PULAU TAWAR, 31/8 (Rabu), Mula 7.15 malam. 7.30pm : Maghrib Jemaah, 7.50pm:Tahlil, 8.00pm:Jamuan Makan Malam, 9.00pm:Isya' Jemaah, 9.20pm-11.15pm:Doa, Ucapan penubuhan koperasi, Perkisahan Sejarah, Sesi Perkenalan, 11.30pm:Bersurai. Jangka 500 orang hadir. Mohlah weh...

WZWH percaya dan yakin dengan kepimpinan sahabat WZWH ini juga ada pertalian darah dalam mewujudkan persatuan keluarga salasilah Pulau Tawar dan mahu menubuhkan koperasi keluarga Pulau Tawar.

Dari mana datang dan asal keluarga Pulau Tawar ini?

Bagi orang luar tentu terbayang nama pembesar dan pahlawan Tok Gajah (Imam Rasu) dan Mat Kilau. Kita diberitahu mereka ini berasal dari Budu (Benta).

WZWH banyak buat posting tentang Kampung Pulau Tawar, sila klik sini. Dikatakan orang Kampung Pulau Tawar berasal dari Sumatera.

Dari sejarah moden Pahang,...

Pada tahun 1889 Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah telah meninggalkan Pekan dan berpindah dan bersemayam ke Daerah Pulau Tawar selama tiga tahun setengah yang pada masa itu dibawah pegangan Orang Kaya Maharaja Indera Setia Gajah Pahang atau Tok Gajah Rasu bin Syahrum.

Baginda suka memburu seladang dikawasan Tanjung Balik Angin berhampiran Tebing Tinggi dan Burau tak jauh dari Pedah, direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada Governor British waktu itu.

Governor telah menghadiahkan seladang itu kepada Zoological Gardens London. Selain daripada keturunan Tok Gajah,Tok Kaya Indera Setia Raja Jusoh bin Tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermastautin di Pulau Tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau atau Siak di Sumatera.

Ini salasilahnya:

Tawang bin Long bin Tun Ahmad bin Tun Sinar Sulaiman bin Tun Sinar Hassan bin Tun Sinar Deraman bin Tun Sinar Putih ca(1450-1550) bin Tok Raja Debalang(hulubalang) Jengka (adakah mereka dari keturunan Orang Besar Berlapan Pahang iaitu Tok Raja Dewa Hulubalang Tanjung Belawan?) Tun Sinar Abdul Jalil bin Tun Sinar Matahari (berhijrah ke Kampung Kedondong Jerantut) bin Sultan Syed Mansor Shah Mahkota Alam bin Syed Abdul Aziz bin Syed Abu Bakar bin Syed Muhammad bin Syed Abu Bakar dari Bani Tamim Hadramaut Yemen.

Keluarga PM juga asalnya dari Pulau Tawar.. Mohd Najib bin Abdul Razak bin Husin bin Mohd Taib bin Jahidin.. Jahidin sepupu Tok Muda Abas of Pulau Tawar.

Pulau Tawar perlukan pemimpin muda yang dinamik, berpandangan jauh ke depan dan ada perasaan sayang kepada kampung halaman dan rakyatnya.

2 comments:

Miecyber said...

Entri yang menarik...

Anonymous said...

Sepatutnya orang Pulau Tawar perlu tahu sejarah itu sendiri lebih dari WZWH..Bangkitlah orang Pulau Tawar supaya kita boleh menjadi pemimpin yang hebat.Jangan hanya mendabik dada "akulah cicit Mat Kilau".

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024