Thursday, August 25, 2011

Yayasan Tembeling Mengangkat Sosioekonomi DUN Tahan


WZWH sebagai penasihat ekonomi dan politik DUN Tahan telah lama berfikir bagaimana mahu mengangkat taraf sosioekonomi DUN Tahan.

Sebagai DUN yang paling mundur sekali dan berpotensi sebagai DUN yang paling kaya asetnya dalam negeri Pahang maka penduduk DUN Tahan perlu menikmati hak-hak yang sepatutnya.

Bukan mahu menidakkan sumbangan kerajaan negeri Pahang dan Pusat terhadap pembangunan DUN Tahan namun WZWH merasakan tempo yang perlahan melambatkan. WZWH mahu lihat pembangunan yang robust, cepat dan pantas.

Pemimpin berjiwa besar tiada masa melihat pembangunan yang lambat dan tahap sosioekonomi yang rendah. Tahap ini perlu diangkat. Permasalah masyarakat samada golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal, pendidikan anak-anak miskin, bantuan latihan, pendidikan dan kewangan perlu diberi dengan pantas.

Mencari bantuan dana dari sumbangan korporat dan dari Syarikat Sdn Bhd ada batasan dan limitnya. Korporat ini objektifnya untung. Entiti bisnes ini tidak mampu untuk menyumbang selalu dan kerap. Jika mengunakan Syarikat Sdn Bhd barangkali orang Jerantut menyoal apa motifnya. Bila menyoal motif mereka akan cakap bahawa semua syarikat Sdn Bhd ini tamak kerana mahu projek, konsesi, kontrak sedangkan dana sangat diperlukan untuk mengerakkan sosioekonomi DUN Tahan.

Berapa ramai ahli politik Jerantut yang mahu menyumbang kepada masyarakat? Bila syarikat Sdn Bhd diwujudkan secara strateginya mencari 'generating income' bagi menyumbang dana kepada masyarakat maka mereka berasa sangsi. Mereka kata itu semua alasan mahu membolot kekayaan.

Yayasan perlu ditubuhkan kerana yayasan boleh mencari aset, projek, konsesi dan kontrak dan segala perolehan hendaklah dibelanjakan kesemuanya kepada masyarakat. Maka Yayasan Tembeling diberi nama.

WZWH mendapat idea Yayasan Tembeling ini dari ilham DS Najib Sendiri. Ketika DS Najib menjadi MB Pahang sekitar tahun 1983, DS Najib telah menubuhkan Yayasan Pahang yang lebih kepada pendidikan dan sosiobudaya rakyat Pahang.

Kini 28 tahun selepas itu Yayasan Pahang punya aset beratus juta. Beribu pelajar Pahang ditaja belajar dari peringkat sekolah rendah, menengah, Kolej dan Universiti dan Ijazah lanjutan, sarjana dan PHD dalam dan luar negeri. Institusi pendidikan ditubuhkan dan berjaya seperti IKIP dan Pusat Tahfiz Yayasan Pahang. Aset seperti ladang kelapa sawit menjana dana memberi sumbangan pendidikan dan masyarakat kepada rakyat Pahang dari pelbagai bangsa.

Maka Yayasan Tembeling ditubuhkan. Surat kelulusan telah diterima dari pihak SSM. Yayasan Tembeling akan dilancarkan tidak lama lagi dengan dana awal RM1 juta. WZWH terlibat dengan Yayasan Tembeling ini. Bukanlah niat WZWH mahu lawan dengan Yayasan al-Bukhary namun 49 kata-kata hikmah dari Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary boleh dibuat panduan dan pedoman seperti berikut:

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerjakerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa dibawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok manamana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras & fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah . Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

12 comments:

Anonymous said...

bagus2 ... byk duit WZWH boleh sumbangkan Rm1 juta untuk dana awal Yayasan Tembeling ini ... usaha yang baik perlu disegerakan perlaksanaannya .... mohon segera konsesi balak 10000hektar yang bertimbun kat tembeling itu .... tebang balak itu sikit2 mula tebang 500 hektar dulu kemudian dapat duit tu jangan joli tapi tanam sawit kat tanah tu bila dah selesai tebang lagi 500 hektar .... kemudian tanah lagi sawit ... hingga selesai 10000 hektar ... insyallah kalau ini boleh dilakukan Yayasan Tenbeling akan terus dapat bertahan sehingga sejuta tahun lagi .... tapi kalau

Anonymous said...

boleh tolong tubuhkan Yayasan Pulau Tawar juga .... tapi kami takder Rm1juta untuk dana awal ....

Anonymous said...

Yayasan Tembeling ni untuk orang tembeling saja ke?
Macam mana tuan nak dapat dana dan apakah plan untuk menambahkan dana dan memastikan dana tu mendapat manfaat kepada penduduk tembeling. Saya boleh create facebook page untuk Projek ulu tembeling..dan kos dia 1.5 juta saja.Harap tuan pertimbangkan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:26,
Apa yang anon cakap tu hanya 'tip of a glazier'...ada banyak lagi aset-aset DUN Tahan yang belum diteroka. DUN Tahan adalah 'gold mine'. hanya perlu sentuhan 'King Midas' baru boleh jadi 'gold'.

Anon 9:29,
Nak tubuh Yayasan Pulau Tawar tak semestinya perlu dana awal RM1 juta. RM100,000 pun boleh. Bukan susah kumpul duit minta pada YB Dato' Shukri, Dato' Hj Rosdi, Zamri Yaakob, Encu Nazeri, Aidil, Ju Mansor...tak cukup lagi minta pada Dato' Hj Mat Daud, Dato' Zulkifli. Minta pada kontraktor2 anak Pulau Tawar yang ramai kat Jerantut tu..WZWH percaya boleh kumpul punya.

Anon 9:51,
Yayasan Tembeling untuk DUN Tahan namun jika politik berkembang boleh dibuka kepada seluruh warga Jerantut bila WZWH sebagai TRUSTEE akan buat keputusan.

Macamana nak dapat dana itu adalah strategi-atrategi korporat-guna akal yang kreatif. Memastikan manfaat kepada penduduk Tembeling maksudnya Yayasan peroleh RM100 mesti habiskan RM100 untuk orang ramai yang memerlukan.

Mahal sangat kos facebook page Anon tu RM1.5 juta. Lebih baik WZWH beri kontrak kepada Azam Abd Rahman upah cuma RM10,000 aje ekekekekeke..

Anonymous said...

Tuan penasihat ..tembeling boleh dimajukan sebagai eko pelancongan dan sasarannya adalah pelancong dari luar negara yang mampu untuk mengeluarkan wang yg banyak dan bukan untuk yang jenis backpack dan tidur dalam khemah. Saya setuju dengan cadangan buat facebook page tu. Kos 1.5 juta tu saya rasa bukan untuk setup page tapi untuk kos pengurusan serta online marketing & ads untuk menarik pelancong luar. Tuan perlukan kemudahan bertaraf antarabangas serta eko resort dgn heli pad bagi pelancong kaya datang untuk menikmati hutan semulajadi.
Boleh contohi Malau Basin di Sabah.
Nanti kalau ada idea saya akan tambah lagi.

Tuan Penasihat 30%.

Anonymous said...

Salam tuan, Minta maaf zahir dan batin ..semenjak dua tiga menjak ni mengomen di blog tuan.. bukan apa Jerantut pernah melibat hidup saya dulu..masa sekolah dulu pernah di bawa cikgu saya dan kawan pergi camping di Mela...tak tahu laa Mela tu Jerantut ke atau dah masuk Kuala Lipis.

p/s: Kalau ada projek tu jangan laa lupa ..promosi Jerantut secara online dgn kemajuan teknologi terkini.

Anonymous said...

Anon 11.25,
Sudah banyak Syarikat Gergasi Eco-resort meninjau pelaburan di DUN Tahan. Betul seperti yang Anon kata 'niche Up Market' sektor pelancongan. Itu tunggu ADUN Tahan bagi lampu hijau.

Anonymous said...

Anon 11.30,
Mela dulu dalam Jerantut. Sekarang masuk Kuala Lipis. Saya setuju cara promosi Anon. Blog WZWH ini banyak buka minda orang Jerantut terutamanya.

Anonymous said...

WZWH .... laaa ingatkan wzwh ikhlas tubuhkan yayasan ini ... rupenya ada agenda politik cissss .... kreatif minda ... kreatif cari duit bawah meja ke ?

Anonymous said...

1. ingatkan wzwh ikhlas tubuhkan yayasan tembeling ni .... rupenya ada agenda politik ye ... ciss

""Yayasan Tembeling untuk DUN Tahan namun jika politik berkembang boleh dibuka kepada seluruh warga Jerantut bila WZWH sebagai TRUSTEE akan buat keputusan.""


2. kreatif juge akal wzwh ni ye... memang kreatif .... p/s RASUAH ITU DOSA BESAR .... cuba cari definasi rasuah dalam kamus SPRM ..... bukan tuduh wzwh rasuah cuma sebelum terjadi eloklah kita saling ingat mengingati ....

"'Macamana nak dapat dana itu adalah strategi-atrategi korporat-guna akal yang kreatif""

3.kalau yayasan dah banyak duit nanti kena beli heli lah sebiji ... senang anggota trustee yayasan nak agihkan bantuan ...


4.aiseh mennn ... susahlah ini macam nak buat apa2 kat dun tahan kena dapat lampu hijau dari ADUN Tahan dulu ke ?

""Betul seperti yang Anon kata 'niche Up Market' sektor pelancongan. Itu tunggu ADUN Tahan bagi lampu hijau""

Anonymous said...

la memang la kena dapat green light wan mizan,apa2 hal akan dipertanggungjawabkan kepada dia.xkan itu pun xtau.dia kan YB situ

Anonymous said...

koperasi pemuda apa cerita...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024