Monday, August 1, 2011

Bolehkah PAS Menawan Parlimen Jerantut PRU 13?


   PAHANG: P81 - JerantutVoters: 48,812   
PartyCandidateVotesMajority
UMNO Tengku Azlan Sultan Abu Bakar19,5431,946
PAS Dr Hamzah Jaafar17,597
 Racial Breakdown
 Malay: 81.30%, Chinese: 14.90%, Indian: 3.00%, Others: 0.80%
   PAHANG: P81 - JerantutVoters: 46,059   
PartyCandidateVotesMajority
UMNO Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar21,3498,457
PAS Dr Hamzah Jaafar12,892
 Racial Breakdown
 Malay: 80.30%, Chinese: 15.30%, Indian: 3.00%, Others: 1.40%


Sejak parlimen Jerantut ditubuhkan pada tahun 1974 dan bermulanya PRU 1974, PRU 1978, PRU 1982, PRU 1986, PRU 1990, PRU 1995, PRU 1999, PRU 2004, dan PRU 2008 ternyata PAS berputih mata dan bermimpi di siang hari mahu menawan parlimen P81 Jerantut.

Pada PRU 2008 itu cubaan terbaik PAS mahu mengalahkan BN namun keadaan politik sudah berubah di Jerantut. Banyak faktor antaranya karisma DS Najib sebagai PM Malaysia dan anak Pahang membuatkan pengundi Jerantut mula berfikir secara rasional.

Ahli 'hardcore' PAS termasuk simpatiser hanya diantara 10,000 hingga 12,000. Penambahan undi PAS pada PRU 2008 adalah disebabkan sokongan mendadak orang Cina. Untuk PAS mengharap blok undi yang sama memberi undi tidak semudah itu.

Ada banyak sebab-sebab yang buat pengundi Cina kembali menyokong BN. Keghairahan pengundi muda Jerantut yang mahu calon baru BN orang muda Jerantut akan buat undi kepada PAS tidak seperti PRU 2008.

PAS Jerantut kini retak menjadi belah. 

Ahli PAS Jerantut yang kecewa dengan dasar parti yang tidak lagi mengutamakan negara Islam dan tokoh ulama ditolak akan menjauhi dari mengundi pada PRU 13.

Walaupun Dr. Hamzah masih kekal dengan jawatan Yang Di-Pertua PAS Kawasan, namun calon Timbalan Yang Di-Pertua yang ditajanya , Haji Rahman Teh telah tewas. Ini memberikan satu isyarat bahawa kedudukannya dan pengaruhnya sebagai YDP sudah berani disanggah oleh ahli.

Tidak banyak perubahan yang berlaku didalam pemilihan berkenaan, namun petunjuk yang diberikan oleh anak tempatan Jerantut adalah inginkan perubahan yang lebih besar lagi yang akan dilakukan oleh parti dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku kepada pemimpin PKR Cabang Jerantut yang juga saudara tua YDP PAS Jerantut ini mampu mencalarkan imej beliau dikalangan ahli PAS. Melihatkan ketidak-setiaan semangat Mohd Nor yang baru-baru ini melompat dari PKR ke parti KITA membuatkan ahli PAS menyimpan anggapan yang sama terhadap beliau.

Banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah penggal terakhir beliau akan menjawat jawatan YDP PAS Kawasan Jerantut kerana pada musim akan datang pasti beliau sudah akan ditentang oleh calon dari anak tempatan.

Ahli PAS Jerantut sudah hilang motivasi bila kekalahan Tuan Ibrahim Tuan Man anak Kampung Batu Balai Jerantut bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS yang dimenangi oleh tokoh PAS bukan ulama.

Imej Tuan Ibrahim Tuan Man yang berstatus ulama, YDP PAS Pahang dan anak sedara TG Nik Aziz ditewaskan oleh Mat Sabu telah mengecewakan majoriti ahli PAS Jerantut. Ahli PAS Jerantut tidak faham mengapa Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kota Bharu dulu boleh mengalahkan Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkeperibadian bersih.

Kes Mat Sabu yang telah dibuang kes atas sebab teknikal salah nombor bilik adalah dengan pertolongan TG Nik Aziz membantu maruah Mat Sabu. Tapi Mat Sabu telah menewaskan anak saudara TG Nik Aziz yang merupakan pemimpin harapan TG Nik Aziz dan PAS Pahang terutama PAS Jerantut.

Sebenarnya Tuan Ibrahim Tuan Man berminat bertanding di parlimen Jerantut namun beliau sangat menghormati YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Beliau tidak bertanding dan melepaskan kepada Dr Hamzah bertanding parlimen Jerantut sebanyak tiga kali namun tewas kepada YBM Tengku Azlan.

Ahli PAS Jerantut juga kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan PAS yang sudah tidak mahu memperjuangkan negara Islam sebagai keutamaan. PAS mahu berjuang untuk negara kebajikan. UMNO sejak 60 tahun lepas telah memperjuang dan mempraktikkan negara kebajikan.

PAS sudah mahu jadi macam UMNO. Majoriti ahli PAS Jerantut bercakap apa beza PAS dengan UMNO sekarang? PAS bekerjasama erat dengan DAP dan mempertahankan apa saja yang DAP buat secara membuta tuli.

PAS suka mempertahankan pemimpin yang rosak moral seperti Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. PAS rela Islam dinormalisekan disama tarafkan dengan agama-agama lain dek kerana tekanan DAP. Apa lagi hal-hal membabitkan kepentingan Melayu tidak dikesah dan dihirau oleh PAS menangani permainan halus menghapuskan kepentingan Melayu.

Majoriti PAS Jerantut merasakan perjuangan PAS sudah tiada nilai kini. Apa lagi yang PAS mahu perjuangkan? 

Ketika PAS Jerantut retak menjadi belah dan hilang motivasi bila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas pemilihan Timbalan Presiden PAS maka calon BN pada PRU 13 nanti akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Ditambah sekarang UMNO Bahagian Jerantut akan melakukan reformasi dalam merombak jentera-jentera pilihanraya yang akan bertambah lebih kemas dan semakin kuat, WZWH percaya sasaran majoriti parlimen yang lebih besar Jerantut pada PRU 13 boleh dicapai.

6 comments:

Anonymous said...

Mudah-mudahan PAS akan menang pada PRU 13 nate..kerana pengundi2 sudah muak dengan tingkah laku YB2, yang hampas sibuk dengan mencari,mengumpul harta benda dengan mengunakaan kuasa yg ada...mampus BN kali ini....xlmer nte PRU 13 kenyang laaaa puak2 nie terutama AJK2 bahagian...HJ nazeri Hj Rosdi hok bawoh2 nie dapat laaaa 10sen duaa....

Ahli Pas atas pagar said...

tkdde calon lain ke selain Dr.Hamzah.bagilah orang lain entah ke menang .Kalau DR. Hamzah juga kaloh..

Anonymous said...

pAS menang punya..kome org muda akan sokong pas

Anonymous said...

Pas tidak mau menang cuma Umno saja yang menanti kalah

Anonymous said...

Kalah PAS dan DAP punye.Tak caya tengoklah nanti.Kalau tidak Mat Noor dah menang kalau cikgu koh tak bertanding..Aku dendam kat cikgu KOh ni.

qfq said...

saya cadangkan wzwh bertanding sebagai calun umno di dun tahan, sanggupkah? wzwh meletakan jawatan sbagai guru, wzwh mmg ada tokong, anak bekas seorang ustad, hidup dlm keluarga yg sememangnya penyokong kuat umno.

mustahil wzwh akan menyertai Pas, tetapi tidak mustahil bagi Allah, sbb sejarah jugak pernah menjadi saksi bagaimana orang no 2 dalam Pas, saperti Datuk Asri dan Nakaie bolih menyertai umno.

apa2 pun dalam perjuangan kena jujur, ikhlas dan beriman.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024