Thursday, August 4, 2011

Adakah Najib PM BN Yang Terakhir?












Ramalan RAHMAN akan jadi kebetulan tak lama lagi selepas PRU 13 ! Najib adalah PM BN yang terakhir! Itu yang dimomokkan kepada kita berpuluh-puluh tahun dulu.

Beberapa teori konspirasi berlegar mengatakan Najib bakal digulingkan. Paling menarik cerita ini direka oleh PAS.

PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam UMNO sendiri yang mahu menggulingkan Najib ekoran kebimbangan bahawa PM dan isteri akan menjadi beban BN dalam mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun parti itu berkata Najib memang sedar tentang usaha sedemikian tetapi enggan meletakkan jawatan kerana bertegas mahu mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu sebabnya UMNO sengaja mewujudkan khabar angin konon pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Ku Li untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Mustafa berkata, pemimpin-pemimpin UMNO bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN.

Pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun mengaitkan Najib dan Rosmah dengan skandal itu, yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Perancis selain keputusan kerajaan menghantar pulang peguam negara itu William Bourdon.

Menurut mereka tindakan itu mencetuskan lebih banyak keraguan dalam isu tersebut. Rosmah juga baru-baru ini dikaitkan dengan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta. Bagaimanapun beliau menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

Beberapa blog menulis bahawa Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, yang dipengerusikan oleh TS Abdul Aziz Shamsuddin iaitu bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga bekas setiausaha politik kepada bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dikatakan dihadiri oleh bekas anggota jemaah menteri Datuk Mokhtar Hashim, Tamrin Ghaffar iaitu anak bekas TPM Tun Ghaffar Baba dan adik kepada TPM TS Muhyiddin Yassin.

Penawar dikatakan telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai PM atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.

Penawar menafikan laporan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai PM.

Presidennya TS Abd Aziz Shamsuddin berkata Penawar yang ditubuhkan pada Disember 2009 tidak pernah meminta agar Najib berundur. Najib menjadi perdana menteri dan presiden UMNO sejak awal 2009. Aziz menegaskan beliau ragu-ragu “gelombang mahu menggulingkan” kepimpinan mula wujud dalam UMNO.

Tiada keadaan sedemikian. UMNO berdiri penuh di belakang Najib yang juga Presiden UMNO bekerja keras untuk membangunkan negara. Fitnah ini akan menyebabkan rakyat kerugian. Kata Aziz.

Aziz juga berkata Penawar ditubuhkan untuk memberi pandangan dan sokongan kepada PM agar PM dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kami kesal kerana dilaporkan bahawa kami telah meminta beliau meletakkan jawatan. Kami pemimpin UMNO lama menghormati kerajaan dan setia kepada UMNO.

Komen WZWH: ini ialah usaha PAS untuk menukar atau mengalih perhatian rakyat terhadap isu sensasi menyatakan bahawa Ku Li akan menjadi ketua PR yang baru. PAS sengaja menimbulkan isu UMNO mahu menjatuhkan Najib supaya rakyat tidak menumpukan perhatian terhadap PAS. PAS tahu jika isu ini gagal ditanggani rakyat akan mula mempersalahkan PAS kerana hanya PAS sahaja yang terlibat dan ini jelas menunjukkan PAS cuba menikam dari belakang sedangkan rakan PR lain tetap setia bersama Anwar Ibrahim.

5 comments:

Anonymous said...

Semua orang tahu Najib tu lemah dan queen control. Tak layak dah nak jadi tok ketua.
Kalau awak hendak kan dia terus jadi ketua sila kan lah. Apa peduli Melayu macam awak nak mampus ke go ahead la brother.
Amacam mengaku je lah bahawa sa nya Pak Najib tu unfit to be PM. Bagi je la kat Ku Li untuk perbetulkan UMNO dan negara dan jangan nak menyalahkan PAS ke atau mana mana parti pembangkang. rasional la sikit! ini nak menyelamatkan negara Najib tak mustahak pun.

Anonymous said...

ko memang org umno bertopeng je mamat!ramai org tahu sape ko ni..konon aktif bersama umno jerantut,tapi dr dulu pun ko undi pembangkang..cilaka laknat la pada kamu dan keluarga kamu..

Anonymous said...

Anon 2:32 aok faham tak posting diatas...kalau tak faham jangan emosi bodoh. Aok suka2 laknat ke orang nanti laknat boomerang kat aok balik...wakakakaka

Anonymous said...

dato najib terakhir
wan amizan pun terakhir juga.
lagi tak tau ker
nama sudah tak de naik
lps ni jadi pemungkor semua hidup lah.

Anonymous said...

Orang PAS memang bodoh..Banyak sangat makan taik DAP..muahahahahaha

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024