Wednesday, August 10, 2011

DAP Mahu Belajar Bagaimana Keluarga Shinawatra Menguasai Politik Thailand

Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand.

DAP boleh menguasai politik Malaysia dengan memenangi DAP hanya perlu 60 kerusi Parlimen untuk tubuh Negara Kristian!!! Sila baca analisis politik blog Pemikir Politik Jerantut.

DAP mahu belajar bagaimana keluarga Shinawatra keturunan Cina boleh menguasai politik Thailand dengan menghasilkan tiga orang perdana menteri.

Maka WZWH kena cerita asal usul keluarga politik Shinawatra....

Yingluck Shinawatra telah dipilih sebagai PM Wanita pertama Thailand. Bukan saja ini peristiwa bersejarah politik Thailand juga bersejarah bagi keluarga Shinawatra kerana clan ini ada tiga orang PM (Selain Thaksin, Yingluck juga Somchai Wongsawat).

Keluarga Shinawatra menjadi keluarga politik paling terkenal di Thailand jika tiga PM dari clan ini diambil kira. Seperti keluarga Dato' Onn Jaafar dan Tun Razak di Malaysia.

Sekilas pandang keluarga Shinawatra ini berpusat kepada Thaksin. Benar punca kuasa Thaksin mengembalikan clan Shinawatra ke puncak kuasa. Thaksin bukanlah ahli keluarga pertama masuk politik. Keluarga Shinawatra telah lama terlibat dengan politik. Pengalaman politik keluarga ini yang Thaksin gunakan.

Untuk memahami keluarga Shinawatra lihat charta. Thaksin, Somchai dan Yingluck adalah dari generasi ke empat dari keluarga keturunan Cina ini.


Ahli keluarga yang warna oren aktif berpolitik dan yang warna merah adalah berjawatan PM Thailand.


Generasi Pertama
Moyang pertama keluarga Shinawatra ialah 'Ku Shun Seng'. Beliau datang dari Wilayah Guandong, China semasa awal remaja pada tahun 1860. Tinggal di Chanthaburi, berpindah ke Bangkok dan akhirnya menetap di Chiang Mai mengusaha perniagaan lembu. Beliau berkahwin dengan isteri Thai dan mempunyai 9 orang anak.

Generasi kedua
Anak lelaki Seng bernama Chiang. Beliau menolong ayahnya dalam perniagaan lembu dan tukar berniaga sutera. Keluarga ini menerokai industri sutera dan berjaya menubuhkan korporat 'Shinawatra Thai Silk'. Keluarga ini menukar nama keluarga clan Cina kepada Shinawatra pada tahun 1938.

Generasi Ketiga
Chiang berkahwin dengan perempuan Thai dan mempunyai 12 anak. Anak yang penting:
  • Kemthong, anak perempuan pertama, mengendalikan perniagaan sutera keluarga. Berpindah ke Bangkok mengusahakan perusahaan sutera di Sukhumvit.
  • Sak, anak kedua lelaki, menjadi askar. Ayah kepada Chaisit, bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Thai.
  • Lert, anak keempat. Ayah kepada Thaksin dan Yingluck.
  • Suraphan, anak ketujuh. Menyambung kareer politik Lert

Lert yang paling berjaya sebagai tokoh korporat dan ahli parlimen Chiang Mai selama dua penggal.

Surapahan mengantikan Lert sebagai ahli parlimen Chiang Mai. Puncak kareer politiknya menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan semasa kabinet Chatichai Choonhavan.

Seorang lagi ahli keluarga, Sujate anak kelima menjadi Datuk Bandar Chiang Mai.

Thaksin menolong ayahnya semasa ayahnya, Lert menjadi ahli parlimen. Thaksin selalu melawat pejabat Lert di parlimen dan menolong kempen pilihanraya Lert. Cerita Yingluck pun sama. Politik bukanlah benda baru kepada generasi ke empat keluarga Shinawatra.

Generasi keempat
Ada dua jalur keluarga iaitu jalur Sak dan jalur Lert

Jalur Sak-dua anak menjadi tokoh penting tentera. General Chaisit dan General Uthai. Chaisit bertanding di Ratchaburi atas parti Pheu Thai tapi kalah pada PRU 2011. Masih aktif dalam parti Pheu Thai.

Jalur Lert- Lert berkahwin dengan Yindee Ramingwong keturunan kerabat Diraja Chiang Mai. Mempunyai 10 orang anak.

Anak-anak Lert yang berpolitik ialah:
  • Thaksin, Mantan PM Thailand. Sekarang hidup dalam buangan.
  • Yaowalak, Datuk Bandar perempuan pertama Chiang Mai.
  • Yoawares, mempunyai perniagaan sutera di Phuket dan Pattaya. Ada bisnes komunikasi dan pembinaan. Dia menjaga kepentingan parti Pheu Thai di selatan Thailand.
  • Yoawapa, tokoh penting parti Thai Rak Thai. Suaminya Somchai Wongsawat PM Thailand ke 26. Anak perempuan bernama Shinnicha adalah ahli parlimen Chiang Rai atas parti Pheu Thai.
  • Payap, adik lelaki Thaksin. Pelabur terkenal di Pasaran Saham Thai. Dia menjaga kepentingan parti Pheu Thai di Tenggara Thailand.
  • Akhir sekali Yingluck anak perempuan bongsu. Sekarang PM Thailand yang baru.

Thaksin menjadi kaya dari hasil empayar sutera Shinawatra. Membina empayar komunikasi. Mendapat ilmu politik dari ayah dan pakciknya. Beliau berjaya menjadi PM Thailand mencapai hasrat keluarganya. Sekarang masa memindahkan kuasanya kepada ahli keluarga yang lain.

Somchai dan Yingluck menjadi PM secara 'aksiden'. Kita perlu memerhati siapa pula ahli keluarga Shinawatra yang akan menjadi PM lagi. Mungkin Pinthongta anak perempuan Thaksin calon PM 2030?

Maka DAP pun mahu belajar dari keluarga Shinawatra keturunan Cina bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia membolehkan bukan Melayu menjadi PM. Mungkin Lim Kit Siang sudah tua namun Lim Guan Eng masih muda untuk menjadi PM bukan Melayu pertama Malaysia.

Politik Malaysia serba kemungkinan pada PRU 13 ditambah lagi PAS dan PKR boleh membantu Lim Guan Eng. Tidak ada masalah TG Nik Aziz dan Hadi Awang boleh pada bila-bila masa mengeluarkan fatwa menyokong dalam Islam bukan Melayu boleh menjadi PM Malaysia.

Sangat mudah untuk menyuruh pengikut PAS yang ikut saja arahan seperti lembu dan PKR tiada masalah menyokong sampai sanggup baring atas jalan dan merusuh demonstrasi jalanan dan seperti biasa penyokong DAP akan bersorak!

DAP mahu belajar bagaimana keluarga Shinawatra keturunan Cina boleh jadi Perdana Menteri Thailand sebanyak tiga kali.

8 comments:

Anonymous said...

ada satu pihak lagi bertungkus lumus mendaftarkan penduduk asing sebagai pengundi ..... takut sangat kehilangan kuasa ..... sehingga sanggup melakukan apa shaja untuk menang

Anonymous said...

anon di atas,
sekurang-kurangnya tidak lah sampai menggadaikan agama seperti pas pis pus.

Anonymous said...

Lepas ni Indon atau Bangla dengan status melayu boleh jadi ADUN atau Ahli parlimen bila kumpulan mereka dah ramai jadi warganegara. Mungkin kat hulu Jerantut tak ramai kot atau tak de yang ingin pergi, tapi di kawasan maju yang lain ..mungkin ramai.

Anonymous said...

dari dulu sampai sekarang PAS gadaikan ugama ... orang PAS juga sanggup gadaikan negara lagi hanya semata2 untuk kekal memerintah .... mengalibabakan projek ialah orang PAS pekerrjaan utama orang PAS brooo .. yang mengadaikan tanah balak dan hutan belantara ialah orang PAS bro ... yang mengadaikan projek berbilion2 ialah orang PAS bro ... orang UMNO semua bagus ... pijak semua pun tak mati orang UMNO ni .... semua yang jahat tu orang PAS bro .... orang UMNO baik belakeee

Anonymous said...

Cina DAP di Penang membuktikan kepada semua yang mereka boleh mentadbir Penang dengan lebih baik daripada Cina Gerakan/MCA. Cuba baca surat khabar cina kalau tak percaya.

Anonymous said...

mana ada pemimpin UMNO bagus.Cuba sebut.Dari kecik sampai ke besar semua hampas.Bodek dan cari makan saje

Anonymous said...

last term bn bro....

Anonymous said...

KAH KAH KAH KAH KAH!

DENGKILAH TU.TAK DAPAT KE DEME.KALAU DAPAT KE DEME PUN SERUPA ITU JUAGAK LE.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024