Seperti fesyen ianya satu trend yang berulang-ulang. Begitu juga politik. Kekangan Malaya atau Malaysia menjadikan 'framework' politiknya tidak dapat berkembang. Malaysia sudah bangkrap politik kerana warisan 'political trap' yang ditinggalkan oleh British.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang mudah ditipu. Kehadiran bangsa asing ke bumi Malaya akibat dasar ekonomi British setelah 100 tahun menambah rencah isu politik yang tidak berjaya diselesaikan oleh pemimpin Malaysia. Ianya nampak ada formula boleh selesai tetapi bila pemimpin lemah akan bangkit kembali ideologi politik lama yang menentangnya.
UMNO dan BN ada penyelesaian namun halangannya ialah politik 1940an kembali mewarnai politik Malaysia. Gerakan ideologi lama ini telah meresapi pada parti-parti politik pembangkang, NGO-NGO dan gerakan massa tanpa sedar atau tidak disedari.
Penjajah British telah lama pergi, UMNO yang memerintah namun gerakan sosialis komunis @ Melayu Kiri menganggap UMNO adalah penjajah baru. UMNO adalah legasi British. UMNO dipersepsi parti kaum bangsawan feudal Melayu.
Betul UMNO itu nampak parti bangsawan feudal Melayu pada mulanya kerana majoriti rakyat Melayu yang tidak terdedah kepada pelajaran berharap kepada pemimpin bangsawan memimpin mereka. Hakikatnya UMNO itu ditubuhkan secara rasmi di Istana Raja Melayu.
UMNO adalah parti berbudaya Melayu yang ada semangatnya dan 60 tahun kemudian UMNO menjuarai kepentingan majoriti Melayu tidak kira kelas disamping menjaga kaum-kaum lain.
UMNO bukan parti anutan ideologi asing yang tidak ada budaya Melayu hanya semangat kebencian dan revolusi mahu mengubah masyarakat tanpa pengisian-pengisian progresif memajukan negara.
UMNO bukan parti yang dibekalkan dengan senapang kemudian ramai-ramai lari masuk ke hutan sebagai base untuk melancarkan keganasan sebagai alat politik tetapi tidak dapat mencapai matlamat objektif hanya sifat keberanian yang dibanggakan namun semuanya tewas.
UMNO adalah parti yang deal secara diplomasi, pragmatik dan relevan dengan realiti politik. Itu sebab UMNO lama memerintah negara dalam dunia.
Kini politik 1940an kembali mewarnai politik Malaysia. Apa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hasil dari ideologi mudah UMNO-alif, ba, ta (agama, bangsa dan tanah air) selama lebih 60 tahun tidak mahu diakui oleh politik haluan kiri ini.
Maka intelektual dan sasterawan mereka berkata,"Musuh BN bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.."
Maka mereka memuja sangat tepat apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung PKM, Chin Peng tidak lama dulu bahawa “Sungguhpun kami tidak menang, tetapi kita memperlihatkan kepada generasi-generasi mendatang ‘semangat kami yang berani berjuang dan rela berkorban walau jiwa-raga sekalipun demi pencapaian cita-cita kami’” ........seseorang tidak akan berasa kecewa atau sia-sia hidupnya asalkan pernah berusaha demi membangun masyarakat lebih indah untuk semua".
Musuh UMNO dan BN sebenarnya adalah komunis yang berada di bandar, dalam NGO-NGO dan parti-parti politik. Mereka tahu bahawa hanya ideologi komunis senjata ampuh bagi menumbangkan UMNO dan BN pada PRU-PRU akan datang setelah apa cara demokrasi dan liberalisasi tidak dapat menjayakan hasrat mereka.
6 comments:
Anak-anak Muda perlu faham perjuangan agar tidak ditipu oleh anasir-anasir yang ingin menghancurkan Melayu
yg tak sehaluan dengan umno mesti dikatakn komunis.... siapa yg sebenar nya mengamalkn polotik 1940... tepuk dada tanya selera
Umno ada teknik baru sekarang ni apabila nak lawan musuh politiknya iaitu dgn kaedah porno. Tak tau lah ini kaedah tahun berapa yg digunakan. Satu lagi strategi baru Umno ialah dgn mengupah strategis Yahudi iaitu Apco. Jadi setelah 70 tahun, Umno layak dipanggil UMNOAPCOPORNO!
Selamat Datang Selamatkan Pahang ke blog WZWH,
UMNO dipersalahkan atas kesalahan peribadi pemimpin 'anugerah tuhan'. UMNO lagi kenal pemimpin itu luar dalam.
Strategi adalah ilmu universal sifatnya. Kita boleh guna pakai apa strategi tidak kira dari China, Afrika, Eskimo kalau beri kebaikan. Macam pembangkang akhirnya guna pakai juga pemimpin UMNO...ekekekekeke
Harap Najib dapat selesaikan Bonus Raya kakitangan Awam. Sekurang-kurangnya dapat mengambil hati mereka.Orang di atas tak nampak kesusahan dan kesengsaraan kakitangan awam berpendapatan rendah.Ringankanlah beban kakitangan awam berpendapatan rendah.Jika hidup sentiasa tertekan tak mustahil mereka akan tak sayang pada BN.!.3 juta daripada mereka tak termasuk ibu bapa anak bini layak mengundi.
Anon 8:32,
2 bulan bonus dalam pertimbangan DS Najib. Sabarlah....tunggu.
Post a Comment