Kedudukan Cikgu Koh Boon Heng (berdiri dalam gambar) sebagai calon DAP Jerantut di kerusi DUN Damak pasti tergugat bila DAP pusat mahu meletakkan calon profesional muda Melayu di DUN Damak pada PRU 13 nanti.
DAP Jerantut perlu letak calon Melayu tanding DUN Damak pada PRU 13 untuk buktikan DAP parti berbilang bangsa.
Dengan DAP meletakkan calon Melayu profesional membolehkan DAP menjaga majoriti pengundi Melayu di DUN Damak yang pengundi keseluruhan berjumlah 19,500. Ini juga sebagai persediaan DAP kalau mahu ADUN DAP menjadi MB Pahang kerana pemimpin PAS dan PKR Pahang tiada berwibawa.
Tiada masalah untuk ADUN DAP menjadi MB di Pahang jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang pada PRU 13 nanti. TG Nik Aziz dan Hadi Awang pasti kuat menyokong.
DAP mesti membuktikan di Pahang bahawa DAP sanggup letak calon Melayu kerana Cikgu Koh Boon Heng jika bertanding atas tiket DAP sudah tentu akan dikerat oleh sebahagian penyokong PKR Jerantut yang ditikam belakang oleh Cikgu Koh Boon Heng yang bertanding atas tiket bebas pada PRU 12.
Sekurangnya EXCO Pakatan Rakyat Pahang boleh memilih seorang EXCO Melayu DAP dari Jerantut.
DAP perlu membuktikan kepada 90,000 penduduk Melayu di Jerantut bahawa DAP bukan parti anti Melayu dan hanya parti chauvinis Cina semata-mata.Sampai bila DAP mahu bergantung kepada PKR dan PAS untuk meraih undi orang Melayu. DAP perlu membuktikan di Pahang ini terutama di Jerantut untuk kerusi DUN Damak perlu letak calon Melayu bahawa DAP ialah parti mewakili berbagai bangsa.
DAP cukup kecewa dengan pendirian PAS yang 'kluk klek' mengenai isu Jais memeriksa gereja DUMC. Jika Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS suatu hari nanti mengantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS ini akan buat DAP tidak selesa.
DAP perlu merekrut lebih ramai pemimpin-pemimpin profesional muda Melayu untuk dijadikan calon parlimen dan DUN seluruh Malaysia ini adalah untuk kepentingan dan kebaikan DAP dari segi jangka panjang.
10 comments:
Wahai WZWH,
Kerusi DUN Damak akan jatuh ke tangan DAP pada PRU13 nanti kalau DAP lawan MCA-BN.
Lagi baik engkau nasihatkan BN Jerantut bagi DUN Damak kepada calon UMNO kalau nak kekal menang!
Bukankah lagi senang kita orang UMNO untuk mempengaruhi BN dalam isu2 calon?
Takkan tiba2 jadi konsultan bagi DAP pula bro? Orang PR ketawa sama lu la. Pura2 nak jadi kawan pula.
Lebih baik kau ambil masa cari jalan macam mana nak tibai MCA keluar dari DUN Damak ni. Kalau tak, confirm jatuh ke tangan PR pada PRU13 nanti.
Kalau majoriti kekalahan MCA tinggi di Damak, ia mungkin akan mengugat BN di Parlimen Jerantut juga!
~ AJK Cawangan Kg
calon tiada masaalah prof melayu masuk dap baru2 ni sedia bertanding parlimen jerantut tu jangan risauLah ?
Salam Anon 11.47,
Terima kasih memberi pandangan yang baik dan bernas...
Salam Rabi...
DAP perlu buktikan. Orang Melayu Jerantut mahu melihat keikhlasan DAP...
kami ore kelate batu balai ake beri undi pado cikgu koh.
jahanam......punah ranah...hancur ...harubiru...
siapa kata dap bertanding didamak?pakatan belumpun buat keputusan parti mana yg bertanding...
huh!!!!!bahaya ni,dah ada melayubatu balai sanggup jadi pencacai cina makan babi.eloklah kalau melayu tersebut makan babi sekali.
aku nak umno bertanding kat situ.dulu aku tak bagi cikgu koh dan lau lee sbb dua2 tu kafir.jadi akan datang nampaknya aku tak keluar mengundilah sebab tak ada calon pas atau umno.
Setuju dengan AJK Cawangan Kg Anon 11:47,
Tuan penasihat perlulah menasihat BN/UMNO dukan jadi penasihat DAP; mau pusing ka? Allo tuan penasihat, pusing tuan orang kampung dah tak ambil pusing lagi dah. Dah dekat PRU 13 ni. MCA/MIC akan berkubur... UMNO mungkin dalam keadaan nazak..Lepas ni tuan penasihat boleh la jadi penasihat DAP/PR pulak.
kenapa promote DAP lak nie...
setuju dgn ajk caw.kg.!!
parti kita asik bertelagah dalaman.
DAP sudah masuk kg...mendapat sokongan PAS,PKR dan semestinye undi CINA...UMNO KALAU SILAP PILIH CALON BOLEH TERSUNGKUR DI JERANTUT.
Post a Comment