Thursday, March 17, 2011

Bila Mahathir Bercakap Tentang Bijih Besi

Loji pencuci bijih besi yang bakal dibina di Jerantut.

Agak menarik minat WZWH bila Mahathir tulis dalam blog Che Det bicara tentang "iron ore"-bijih besi. WZWH CnP sepenuhnya...

1. I read an advertisement in a Malaysian paper by a Malaysian Steel mill wanting to buy iron ore. I also know of another steel mill importing iron ore.

2. I think this is very strange. It is known that iron ore is being mined in Terengganu and Pahang right now. I understand that the iron ore is being exported. Without being processed in any order to add value.

3. Why cannot the people mining for iron ore in Malaysia sell the ore to Malaysian mills. The ore they have to buy comes from Australia or even Latin America. The price must be higher because of transportation cost. If Malaysian ore is sold to Malaysian mills, the profit would be higher for the miners as the transportation cost would be lower.

4. If the Malaysian mills are given mining concessions, the price would certainly be lower. It would enable Malaysian mills to compete with imports. If we must export , there should be some added value by conversion to pellets or billets or even construction steel. Malaysia would gain much by so doing.

5. I hope the government authorities concerned will look into this. There is something wrong when we chose to export the raw material needed for our own industry! 

WZWH bersetuju dengan pandangan Mahathir. Bijih besi yang di lombong di Malaysia terutama di Pahang perlu dibersihkan dan ditambah nilai-add value untuk dibuat pelet, bilet dan keluli.

Mahathir mahu kilang keluli Malaysia dapat jual barangan besi dan keluli dengan harga yang lebih murah. Ini boleh menambah "competitive advantage" kepada syarikat-syarikat yang produk dibuat dari bahan besi.

Bijih besi diperlukan oleh indusri negara. Pada masa ini permintaan dari China cukup mengoda pelombong besi di Pahang. Tsunami Jepun yang meranap infrastruktur pantai timur Jepun menambah lagi permintaan besi.

Kenapa bijih besi dari Pahang dan Terengganu sangat diperlukan? Ini kerana kalau China mahu beli bijih besi dari Australia dan  Amerika Latin maka harga lebih tinggi kerana pengangkutan yang lebih jauh.

Bijih besi dari Pahang dan Terengganu dieksport dari pelabuhan Kuantan dan Kemaman. Kos pengangkutan lebih murah.

Ada beberapa perkara yang WZWH boleh membaca apa yang Mahathir maksudkan yang boleh memajukan Jerantut dan Pahang seperti berikut:
  • Loji pencuci bijih besi.
  • Loji pemprosesan bijih besi kepada pelet, bilet dsb.
  • Upgrade Pelabuhan Kuantan.
  • Buat pelabuhan daratan-inland port di Jerantut.
  • Buat pelabuhan baru Gebeng
WZWH lebih berminat dengan loji pencuci bijih besi. Ini perlu pelaburan yang banyak mungkin lebih dari RM1 bilion. Kerajaan Pahang perlu cari pelabur. Tsunami Jepun memusnahkan banyak pelabuhan di pantai timur Jepun.

Pelabur-pelabur ini tidak akan ambil risiko lagi untuk melabur di Jepun kerana bencana semulajadi seperti gempabumi dan tsunami. Pahang menawarkan lokasi strategik yang paling selamat dalam dunia.

Oleh kerana Pahang mengikut rekod geologi antarabangsa kaya dengan bijih besi terutama di Jerantut maka loji pencuci bijih besi yang dicadangkan oleh WZWH ini boleh mengembangkan pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Industri ini memerlukan lebih 2000 orang pekerja. Jerantut bersedia untuk menawarkan tempat kerana  masih ada banyak tanah bagi membina loji ini. Bandar Jerantut akan berkembang pesat. Pertumbuhan suburban Jerantut yang WZWH tulis dalam posting lepas akan lebih cepat menjadi kenyataan.

WZWH faham sekarang kenapa Mahathir sememangnya PM Malaysia yang paling berpandangan jauh dan arif ekonomi tempatan dan dunia.

3 comments:

FARHAN PAHANG said...

WZWH ahli majlis daerah agak slow, skrng da nampak pmbngunan pon sbb DO yg ambil lngkah, ahli majlis mungkin perlu dirombak, duit diorng x reti nak guna, sampai DO baru boleh buat mcm2 pembngunan dgn duit daerah yg tidak digunakan tu, kalu nak harapkan ahli majlis, payah nak nampak pmbngunan...........

Anonymous said...

Assalamualaikum. Amat di kesali hasil bumi di berikan kepada org peseorangan dan syarikat dan rakyat berputih mata .....

Unknown said...

Saya Mohd dari KL..pakcik saya adalah Pelombong/Pengusaha bijih besi..kami memerlukan dan sedang mencari tapak untuk melombong bijih besi..sekiranya tuan/puan ada/kenal tanah milik individu bergeran berkeluasan lebih 100 ekar (minimum 70 ekar) sila maklumkan kepada kami segera..gred batu mestilah fe 56 ke atas,kandungan sulfur & fosforus di bawah 1%

Mohon jasa baik tuan/puan yang SERIUS dan GENUINE sahaja..janganlah buang masa tuan/puan sendiri

0123434571

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024