Saturday, March 26, 2011

PAS Perlu Bagi Laluan Suhaimi Said Bertanding Parlimen Jerantut

Suhaimi Said duduk di sebelah Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS. Suhaimi Said calon parlimen Jerantut yang popular dikalangan orang Asli, peneroka Felda dan ahli PKR Jerantut. Beliau banyak berpolitik di Jerantut sekarang lebih dari Kuala Krau. Beliau adalah pemimpin pejuang rakyat marhein Jerantut.

DAP Jerantut melalui Cikgu Koh mendesak agar kerusi DUN Damak diberi kepada DAP. Pada PRU 12 DUN Damak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara MCA, PKR dan Bebas (Cikgu Koh yang kini Pengerusi DAP Jerantut).

MCA menang tipis kurang 500 undi. Jika Bebas tidak bertanding pasti PKR menang. Kini parti-parti di dalam Pakatan Rakyat bercakap-cakap sesama mereka bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada DAP dan akan terlepas dari PKR.

Ekoran itu Mohd Nor Jaafar Ketua Cabang PKR Jerantut tawar hati dan keluar parti masuk parti KITA. Pakatan Rakyat Jerantut sudah mulai goyang. Ini dinyatakan oleh Suhaimi Said dalam blog The Spirit Of Lubuk Kawah...

Selaku Anggota Jawatankuasa PKR Negeri yang ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan Parti Keadilan Rakyat untuk Cabang Jerantut, saya meminta supaya parti-parti didalam Pakatan Rakyat supaya memberhentikan cakap-cakap bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada sebuah parti didalam Pakatan Rakyat dan akan terlepas dari PKR.

Eloklah hentikan cakap-cakap seumpama ini kerana pertamanya perkara penyerahan itu tidak akan berlaku; dan keduanya PKR Cabang Jerantut adalah sebuah organisasi yang masih dan tetap segar, dan kerja-kerja untuk menyusun rakyat didalam DUN Damak sedang dilakukan.

Jerantut mempunyai 3 DUN dan satu Parlimen. PAS bertanding untuk Parlimen dan dua DUN yang lain iaitu Pulau Tawar dan Tahan; manakala PKR hanya bertanding di DUN Damak. Didalam pertandingan yang lalu (2008) PKR hanya kalah tipis sahaja di DUN Damak, dan jika tidak ada calon Bebas pada waktu itu, besar kemungkinan PKR sudah memenangi DUN Damak.

Calon Bebas didalam Pilihanraya 2008 di DUN Damak itu adalah ahli MCA yang diketepikan oleh partinya sendiri dan beliau memilih bertanding bebas. Kini calon itu menjelma sebagai ahli DAP dan berterusan memancing pandangan PAS supaya DAP diberikan kerusi DUN Damak kepada DAP.

PKR tidak berhajat untuk menyerahkan kerusi DUN Damak ini kepada PAS atau kepada DAP dan sebagai parti-parti didalam Pakatan Rakyat maka PKR menyeru supaya PAS dan DAP memberikan kerjasama yang erat kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN Damak ini.,

WZWH berpendapat tidak perlu Suhaimi Said bertanding di DUN Damak. Orang strategis berorganisasi semacam Suhaimi Said layak bertanding parlimen Jerantut pada PRU 13. PAS Jerantut patut beri laluan kepada Suhaimi Said pemimpin pejuang sosialis keadilan moden dan amat disukai oleh orang Asli dan peneroka Felda.

Suhaimi Said boleh memperjuangkan hak-hak rakyat marhein Jerantut. Mungkin orang Jerantut sudah jemu dengan politik anak raja. Barangkali orang Jerantut mahu pemimpin seperti Suhaimi yang gigih memperjuangkan rakyat bawahan.

PAS perlu bertanding dalam kesemua tiga DUN di parlimen Jerantut iaitu di DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. PAS mesti menguasai majoriti DUN Pahang ini kalau Tuan Ibrahim Tuan Man masih bercita-cita mahu menjadi MB Pahang baru Pakatan Rakyat.

Seperti biasa harapan DAP Jerantut akan berkecai bila PKR dan PAS berkompromi dan akhirnya DAP Jerantut tidak akan dapat satu kerusi pun di Jerantut. Nampaknya tiadalah wakil rakyat Cina di Jerantut pada PRU 13 nanti.

Orang Jerantut memang suka berahli parlimenkan dari orang luar kawasan. Bila kehendak masing-masing tidak tercapai maka jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang suka dan senang dipergunakan oleh orang luar!

4 comments:

dobit127 said...

Hj Suhaimi tidak akan bertanding di Jerantut. Ini kerana fokusnya adalah parlimen Kuala Krau. Jerantut adalah fokus tambahan yang dipikul akibat penangan parti KITA. PKR terpaksa mengaktifkan dan menguatkan akar umbi mereka di Parlimen Jerantut umumnya dan DUN Damak khususnya agar kerusi tersebut tidak terlepas kepada cikgu Koh DAP.. Kerusi Damak menurut pandangan pembangkang merupakan DUN yang tidak harus dilepaskan kerana undi popular di sana melebihi 60% Itu bermakna peluang nak menang adalah cerah.
DAP dan PKR sedang mengambil langkah masing-masing untuk ke arah itu..
BN pula bagaimana?
Ala.. MCA bertanding, biarlah mereka menguruskan di situ.. Eh...bukankah undi Orang Melayu lebih ramai dari undi Orang Cina?...
Patutlah PKR lebih calon Melayu berbanding letak calon Cina...

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara,

Saya anak jati Pahang tak nak berMB kan orang Kelantan. Orang Kelantan ramai yg berhijrah dtg ke Pahang dan buat penempatan secara haram seperti di Merapoh, Mentara Baru, Kubang Rusa dan Besul. Kerajaan Pahang baik hati dan bagi mereka hak milik tanah. Maka kalau orang Kelantan jd MB Pahang saya rasa bukan saja semakin ramai yg akan berhijrah dan buka tanah di Pahang, bahkan jawatan SUK, DO, Kadhi, cikgu dan banyak lagilah semua akan dibolot oleh orang Kelantan. Itukah yg orang Pahang mahu? Jgn jadi bodoh. Orang Kelantan tak beri peluang utk orang negeri lain, biarpun Melayu dan Islam utk memiliki tanah di negeri mereka. Jd buat apa kita nak baik sgt pada mereka?

Anonymous said...

betol sangat-sangat,nak beli borang pun tak dapat,ni kan pulak nak miliki tanah kat kelantan..
balik-balik kita orang pahang jugek yang tak bertanah..
WZWH tolong buat sesuatu,keadaan makin meruncing..

Anonymous said...

penjawat awam pon da rmai dr kelantan, sebabnya pegawai yg uruskan tu org kelantan, xpercaya? g la tgk sndri, alamat je jerantut, tpi no kad pngenalan kelantan...bukan nak bersifat kenegerian, tapi da jelas sngt, pegi pasar kt jerntt, da mcm pegi pasar kt kota bharu

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...