Saturday, March 5, 2011

PRK DUN Kerdau: Aktiviti Jengka 25















DS Lajim Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi ceramah politik di Jengka 25. Turut hadir Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan.















DS Lajim Ukin memberi peringatan tentang kitaran semula sampah. Sebuah tong sampah kitar semula diberi kepada Jengka 25. Negara perlu ada pengurusan sampah kitar semula yang setanding dengan negara maju.















Dato' Wan Amizan selaku Pengarah PRK DUN Kerdau: Jengka 25 sedang menjalankan  mesyuarat jentera pilihanraya. Kelihatan Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah ada bersama.

Pentas konsert Ana Raffali yang berlatarbelakang Gunung Senyum yang cantik pemandangannya.















Penduduk Felda Jengka 25 terpaku dengan persembahan acoustik dan unik dari Ana Raffali. Band Monoloque yang mengiringi persembahannya. Lagu hit "Kalau berpacaran" menjadi siulan hit anak-anak muda sekarang.















Ucapan Dato' Wan Amizan Wan Razak. Mengalukan kedatangan Ana Raffali. Beliau berkata persembahan konsert dan kebudayaan ini untuk melegakan suasana ketegangan pilihanraya-"cooling period".















Ana Raffali memberi satu pose istimewa. Beliau adalah anak Kerdau sebab neneknya adalah dari Kampung Ketapi Kerdau Pahang.















Dato' Ibrahim Ali, Presiden Perkasa selepas selesai berceramah politik di Rumpun Makmur singgah sebentar di rumah "homestay" Felda Jengka 25 TS Isa Samad. Kedua-dua tokoh telah membincangkan isu-isu politik negara terkini.

3 comments:

Anonymous said...

Ulas sikit 12 org ahli UMNO yg menyerahkan borang PAS di Jengka 25. Mcm mana Wan Amizan jaga jengka 25 ni, kurang bg penukul ke?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:34,
Berita itu tidak benar. Itu borang kosong. Bekas Ketua Cawangan UMNO itu menafikannya. Yang ramai-ramai dalam gambar itu memang orang PAS. Setakat hari ini prestasi BN di Jengka 25 memberansangkan. MB puas hati. Jentera BN perlu kerja lebih kuat lagi.

dobit127 said...

setakat arini nampknya kempen berjalan lancar terutamanya di Jengka 25, tahniah diucapkan kepada Umno Jerantut dan UMNO Kedah diatas kerja keras yang dijalankan. Adalah dijangkakan BN akan menang besar di Peti Undi Jengka 25.
Menurut kata orang pengikut kuat pembangkang, dia ramalkan keseluruhannya BN akan menang majoriti lebih kurang 6,000 undi.. Ini kerana kempen yang hebat sekali.
Bila ditanya kawasan FELDA..Katanya Jengka 25 tidak perlu susah payah comfirm menang besar, pembangkang akan dapat undi kurang dari 50 undi sahaja...Itupun kerana pengundi luar yang pulang untuk pengundi...Jengka 22 dan 23 pula, walaupun pada awalnya terdapat tentangan kempen secara agresif termasuk kempen pusingan oleh DS Anwar akan tetapi kempen balas BN menidakkan pertambahan undi untuk PAS. So, undi tetap ke arah Syed Ibra BN..Cuma pengundi luar sahaja kurang dititikberatkan ditambah dengan kempen secara online yang kurang memuaskan mengakibatkan undi condong ke PAS.

Itu cerita member kawan....Tapi syok lebih seronoknya dia kata BN akan tumbang di Merlimau...Xpe tunggu malam 6 Mac 2011 untuk keputusan sebenar..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...