Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, March 22, 2011

Projek Jalan Ulu Tembeling















Ini ialah Projek Jalan Ulu Tembeling yang telah diluluskan oleh mantan PM Tun Pak Lah melalui surat kelulusan bertarikh Februari 2008 sebelum PRU 12 bila Dato' Wan Amizan Wan Razak bertanding di DUN Tahan.

Walaupun mendapat surat kelulusan awal namun implementasi penuh ranjau dan penat lelah usaha YB Dato' Wan Amizan. Juga atas kertas projek ini sepatutnya telah bermula secara rasmi pada 1 April 2010, akhirnya pada hujung tahun lepas projek ini telah bermula.

Projek Jalan Ulu Tembeling ini anggaran kos keseluruhannya ialah RM450 juta. Dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa pertama dari Kampung Tuit (atas Kuala Tahan) hingga ke Kampung Pagi dengan bajet yang dipersetujui oleh MOF berjumlah RM121 juta.

Fasa yang seterusnya akan dibuat selepas selesai fasa pertama. Seperti yang dijanjikan blog WZWH diberi hak eksklusif untuk mengikuti perkembangan status projek jalan Ulu Tembeling.

Blog N9 Tahan secara sinis menulis..."Kami rasa sebelum Jalan ke Hulu Tembeling siap,mungkin masalah Jalan ke FELDA Sg Retang akan dapat diselesaikan dulu agaknya?


Lagipun Jalanraya ke Hulu Tembeling tu janji pada signboard dia dijadual siap pada 2013.Mungkin tengah cari laluan yang banyak balak agaknya?Boleh lagi diguna untuk JANJI PRU ke 13 kut??"


Projek Jalan Ulu Tembeling kalau mengikut jadual project managementnya mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan. Bukan semudah seperti apa yang ditulis oleh blog N9 Tahan yang pro PAS. Allignment jalan mengikut pelan JKR. Balak yang ditebang pun tidak banyak.

Maka WZWH perlu kemukakan bukti projek jalan Ulu Tembeling itu sedang dibuat. Jentera-jentera berat dihantar ke Kampung Pagi. Pokok hutan yang menghalang allignment jalan perlu ditebang. Bukit-bukit perlu ditarah dan diratakan mana yang perlu. 















Jentera berat sedang mengorek tanah di Kampung Pagi.















Perhatikan jalan tanah merah yang dibuat dilereng bukit.















Kelihatan hutan, bukit dan jalan diratakan oleh jentera berat di Kampung Pagi.

Dalam posting WZWH yang terdahulu bertajuk "WZWH Jawap Isu Kampung Pagi Reaksi Kepada Blog Hulu Tembeling", WZWH menulis....

WZWH ucap terima kasih kepada blog Hulu Tembeling kerana mendapat bukti bahawa Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa Pertama dari kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi kos projek sebanyak RM121 juta sedang berjalan. Disahkan oleh penduduk Kampung Pagi melalui perbualan blogger Hulu Tembeling dengan orang Kampung Pagi.

Projek jalan yang dimaksudkan oleh penduduk Kampung Pagi itu yang mengambil tanah-tanah orang Kampung Pagi ialah Projek Jalan tar dalam Kampung Pagi sepanjang 4km termasuk jambatan Pengor kos projek RM12 juta.

Jalan itu dibuat allignment baru hingga ke tepi Sungai Tembeling di Kampung Pagi kerana kerajaan telah meluluskan "Inland port" kos projek RM5 juta. Bila projek Jalan Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi siap nanti dijangka "inland port" Kampung Pagi akan sibuk dikunjungi oleh pelancong dan penduduk Ulu Tembeling.

Berbagai-bagai perancangan pembangunan akan dibangunkan di sepanjang tebing sungai dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi. WZWH tidak mahu cerita lebih pada tahap ini. Nanti orang Jerantut cakap WZWH kuat pungkor.

Pelan allignment projek jalan dalam Kampung Pagi telah dilulus dan disahkan oleh Pihak Jabatan Kerajaan yang terlibat. Tiadalah kontraktor memandai-mandai atau menggugut. Dari 38 pemilik tanah terbabit hanya 2 orang menentang. Majoriti menyokong kerana mereka tahu projek pembangunan ini baik untuk kemajuan Kampung Pagi.

Mengenai pampasan walaupun kerajaan belum lagi membayar pampasan, pihak kontraktor telah menguna budi bicara sendiri untuk membayar sedikit sagu hati "in- advance". 

Biasalah dulu tanah orang tua WZWH di Kampung Bantal banyak diambil alih untuk dibuat sekolah kebangsaan Kampung Bantal yang baru. Orang Tua WZWH dengan rela hati menyerah sebidang tanah yang luas juga kepada kerajaan dan menerima pampasan.

Projek Jalan Ulu Tembeling yang bila siap sepenuhnya akan menelan belanja lebih RM450 juta. Ini ialah hasil usaha Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Ini ialah perjuangan beliau yang mahu merealisasikan realiti projek yang menjadi mimpi 50 tahun orang Ulu Tembeling.

Ada banyak lagi rancangan-rancangan kemajuan yang ingin dilaksanakan oleh YB Dato' Wan Amizan di DUN Tahan ini. Rakyat DUN Tahan perlu menyokong YB ADUN Tahan yang bekerja kuat memajukan tempat kelahirannya sendiri. Bila anak watan menjadi YB maka sentuhan tangan menyentuh jiwa kalbu dengan perasaan dan semangat mahu bangun dan majukan tempat sendiri. 

Rakyat DUN Tahan mahu sentuhan emas bukan sentuhan kaca atau janji-janji palsu oleh mereka yang diberi tanggungjawab sebelum ini terutama wakil rakyat PAS yang hanya pandai bercakap saja tanpa memberi sumbangan apa-apa tapi PAS kata Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Hamzahlah yang bawa pembangunan di DUN Tahan.

Apa yang WZWH boleh katakan..."lu lancaulah PAS!

6 comments:

dobit127 said...

Salam...

Bila WZWH tulis tenang pembangunan jalan ke Kampung pagi ini, teringat kawan tentang pembangunan ari Jengka 8 ke Maran .. bila gamaknya nak siap.. Padahal projek di bawah RMK 9..
Rasanya kontraktornya Seroja Enterprise..
ni silap siapa yer penyebab tertangguh projek ni. Silap kontraktor xde duit ker or kerajaan tiada duit......
Balangkali kena dijadikan isu pilihanraya terdekat nanti, baru nak sambung balik kot......

p.s. tu belum lagi jalan yang dah siap(J8 ke Jerantut) ..asyik berlubang jer..

WZWH said...

Salam Dobit127,
Ikut pelan Mahathir Projek Jalan Jengka Maran-Jerantut-Benta itu perlu dibuat pakej sekali gus dengan jumlah RM1 bilion lebih tetapi malangnya bila Dato' JJ menjadi Menteri Kewangan masa itu telah memandai-mandai memecah kepada beberapa pakej, potong mana pakej yang Mahathir setuju bagi kepada kontraktor-kontraktor tertentu kepada pilihan Dato' JJ maka akhirnya keadaan jadi macam sekarang. Kalau ikut perancangan Mahathir sudah lama Projek Jalan Maran-Jerantut-Benta telah selesai.Contoh kontraktor yang buat jalan Jerantut Benta tidak dapat menyiapkan projek tersebut.

Anonymous said...

apa tak esklusifnya ..... awak dengan wan amizan tokey sebenar syarikat yang yang dapat projek secara runding terus ini .... he he he he ... brape untung broooo ..... ???

Anonymous said...

WZWH ....... LU CAKAP PAS TAK DE JASA KAT TAHAN YEEE.... LU LANCAU LAAA WZWH ....

KALAU PAS TAK MENANG DUN TAHAN TU SAMPAI SEKARANG UMNO TAK PANDANG PUN DUN TAHAN NII .... DULU UMNO NAK KALAHKAN PAS KAT DUN TAHAN TERPAKSA LETAK KADI JADI CALON ...... APA KADI TU PUN LANCAU KE WZWH .... LU LANCAU LAAA WZWH ... LU BUDAK LU APA TAHU ....LU LANCAU LAAA WZWH

Anonymous said...

jalan yang termahal di dalam sejarah malaysia, runding terus, jalan yang paling slow sekali pembikinannya di malaysia, pehak jkr tak boleh membantalkan syarikat yang melaksanakan nya, di sebakan oleh syarikat di punyai oleh ahli yang berhurmat dan kroninya.

fakta yang di perolehi dari pehak kkw

Anonymous said...

InsyaAllah,Pakatan Rakyat akan memerintah negara satu hari nanti,itu kehendak rakyat sekarang...