Wednesday, March 9, 2011

Analisis Undi UMNO Dalam PRU 2008 Dan Ramalan Undi UMNO PRU 13


Ketika Anwar Ibrahim mulai menghebohkan hasrat hendak menawan Putrajaya, beliau memberi gambaran yang ramai Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai kerajaan baru. Kenyataan beliau sungguh memeranjat serta mengelirukan. Memeranjatkan kerana dikhuatiri kemungkinan beliau betul betul mendapat sokongan ramai MP dari Sabah, kerana perkara seperti ini pernah berlaku di peringkat negeri di sana. Tetapi setelah penafian demi penafian di buat oleh MP dari Sabah timbul pula tandatanya tentang kesahihan dakwaan Anwar itu.
Di Sarawak pula, rakyat di sana terkeliru sebab sudah sekian lama tak dengar orang lompat parti. Yang pernah lompat dua puluh tahun dahulu langsung tenggelam, kalah dalam pilihanraya berikutnya, hingga sekarang tak timbul timbul. Sebab itu MP Sarawak tak payahpun nak menafi dakwaan Anwar, sebab mereka sungguh arif akibat melompat ke parti lawan.

Di Semenanjung pula perkara lompat parti ini agaknya suatu ide atau kaedah penemuan baru Saudara Anwar. Ini pernah berlaku secara kecil kecilan diperingkat negeri dahulu, itu pun dari Parti pembangkang ke parti kerajaan di Kelantan. Yang ini lain pula, dari parti kerajaan ke parti yang ingin nak jadi kerajaan.

Sungguh mengelirukan! terutama bagi orang orang UMNO, yang kini berhadapan dengan bermacam macam masalah dalaman, misalnya dahulu Muhyddin Yassin sokong peralihan kuasa, hari ini lain pula ceritanya. Semalam si Zaid Ibrahim cabar Muhyddin letak Jawatan, hari ini dia sendiri pula yang letak Jawatan. Semalam Tun Mahathir Keluar Parti, hari ini beliau mohon nak masuk balik!

Sungguhpun demikian, ini tidaklah bermakna UMNO dalam kedudukan begitu lemah seperti di gembar gemburkan oleh Anwar. UMNO memiliki pengaruh dengan jaringan akar umbi yang meluas di Semenanjung Malaysia, berbanding PKR yang banyak bergantung dengan kekuatan Anwar semata mata.

Dalam pilihanraya tahun ini UMNO telah mendapat sokongan kira kira 1.87 juta undi Melayu dari 112 Kawasan Parlimen, manakala Barisan Nasional mendapat 2.28 juta undi Melayu di Semenanjung Malaysia.Sebagai perbandingan PKR hanya memperolehi kira kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang di tandinginya di Semenanjung.

Jika sesungguhnya ada Ahli Parlimen UMNO yang hendak melompat parti, sebenarnya beliau berhadapan dengan banyak risiko dalam kerjaya politiknya. Untuk menilai risiko yang dimaksudkan, bacalah artikel ini dan fikirlah sejenak.

UMNO bukanlah sebuah parti kerdil yang mudah tenggelam. Sama seperti PAS, masing masing ada landasan perjuangan kukuh. Selagi parti parti ini berada di landasan perjuangan asalnya, Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya. Ini bukanlah andaian semata semata, kerana ini terbukti secara analisis data statistik keatas keputusan beberapa pilihanraya yang lepas. Ini telah dibuat untuk Barisan Nasional dahulu (lihat artikel ‘Malaysia’s General Election 2008 Results : A Comprehensif Analisis’ bertarikh 10 Mei).

Kali ini analisis yang serupa dibuat tetapi khas untuk UMNO yang telah memenangi 79 kerusi(66 kerusi di Semenanjung dan 13 di Sabah). Berasas dengan model equation yang dihasilkan dalam para. Kaedah Analisis di hujung artikel ini, saya perturunkan estimates keputusan pilihanraya umum 2008 untuk kawasan P. 160 Johore Bahru sebagai contoh:

Butir butir                                       Kiraan undi mengikut model                 undi sebenar
Undi Melayu                                        (0.54×31,035) =16,758
Undi Cina                                             (0.39×26733) =10,426
Undi India                                                   (0.05×2876) = 144
Undi Setia UMNO                               (320×87.5%) =27,968
Undi sumbangan Calon                              (313×5) = 1,567
Konstant                                                                  - 19,015
Jumlah undi UMNO                                           37,847                     43,143


Dalam contoh diatas, peratusan undi umno pada pilihanraya sebelumnya, yang mencerminkan undi setia umno, menyumbang sebanyak 27,968 undi dan faktor status calon hanya menyumbang 1,567 undi sahaja.Kelebihan undi sebenar sebanyak 5296 berbanding kiraan model tidak dapat di explain, besar kemungkinan kerana faktor populariti khas calon Datuk Shahrir Samad yang bertanding dalam kawasan P.160 ini.

Kesimpulan

Dengan hasil kajian diatas, bolehlah disimpulkan seramai 54% dari pengundi Melayu yang turun mengundi pada pilihanraya tahun 2008 telah mengundi UMNO, berbanding sebanyak 39% bagi kaum Cina dan 5% bagi kaum India.

Sebilangan besar pengundi telah mengundi kerana setia dengan parti, manakala sumbangan undi atas sebab populariti khas calon juga agaknya tinggi. Bagaimanapun seseorang calon biasa hanya mampu memperolehi undi individu yang marginal sahaja, tidak melebihi 1,600 undi dan kira kira 83% calon umno adalah dalam categori ini.

Berbanding keputusan pilihanraya tahun 2004, hasil analisis menunjukkan peratusan undi Melayu untuk UMNO hanya menurun kira kira 3.3% sahaja, mengambarkan keadaan lebih baik dari tanggapan umum. Ini lebih baik daripada prestasi Barisan Nasional yang kehilangan 10% undi Melayu, secara tidak lansung menggambarkan kemerosotan sokongan Melayu kepada parti MCA, MIC dan GERAKAN.

Implikasi daripada hasil kajian diatas menunjukkan, sekiranya seseorang Ahli Parlimen UMNO melompat parti ke Pakatan Rakyat, beliau akan kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum yang akan datang oleh kerana kedudukan UMNO yang teguh dalam kawasan tersebut dengan regression coeficient undi Melayu 0.54 dan coeficient kesetiaan pengundi 320. Natijah ini relevan untuk calon biasa, merangkumi 83% daripada keseluruhan calon UMNO.

Anda mungkin bertanya, jika begitu, mengapa UMNO boleh kehilangan begitu banyak kerusi kepada Parti Pembangkang dalam pilihanraya tahun ini. Jawapannya ialah kerana larinya sokongan secara mendadak dari kaum India dan Cina, dan bukan kerana kehilangan undi Melayu yang banyak. Sebenarnya, UMNO telah kehilangan separuh undi Cina dan hampir semua undi India dalam pilihanraya tahun ini. (Dipetik dari blog Dah Ikhwan Weblog).

Perkembangan mutakhir dengan kemenangan PRK 8 BN dan 8 PR. Empat PRK terakhir membuktikan orang Melayu menolak PAS dan sokongan Orang India meningkat naik serta orang Cina mula menunjuk peningkatan undi. Di PRK Merlimau contohnya sokongan orang India kepada BN sebanyak 80% dan sokongan orang Cina kembali 60%.

Seperti apa yang disimpulkan oleh DS Najib ini ialah tanda-tanda mengalakkan dan trend kebangkitan rakyat Malaysia baik orang Melayu yang setia kepada UMNO, orang India yang kembali menyokong BN, juga orang Cina yang mahu memberi peluang kepada DS Najib memimpin Malaysia.

5 comments:

FARHAN PAHANG said...

Tuesday, March 8, 2011
Apa yang memenangkan UMNO?
PRK Merlimau dan Kerdau baru saja melabuhkan tirainya dengan keputusan yang sudah dijangka. Kemenangan di pihak kuffar UMNO BN dengan peningkatan majoriti berbanding PRU12. Dan kekalahan 'hatrick' PAS bukanlah satu perkara luar biasa. Juga bukan menggambarkan parti itu lemah. Namun ianya sebagai satu 'teguran' dari Allah bahawa masih banyak kelemahan dan kelompongan yang perlu diatasi dan diisi segera sebelum parlimen dibubarkan.

Mungkin kekurangan itu tidak disedari selama ini atau terlepas pandang. Iyalah... sebagai manusia, nescaya kita tak dapat lari dari kesilapan dan kealpaan. Mungkin juga PAS perlu memikirkan satu mekanisma terbaik bagi menembusi 'pasaran' pengundi Islam yang masih berkarat dengan fahaman jahiliyyah mereka.

Perlu disedari, dalam konteks meraih sokongan pengundi ini, sudah tentu pelbagai cara dan pendekatan perlu diambil bagi melariskan 'produk' yang dibawa oleh PAS. Setiap orang berbeza citarasa dan kehendaknya. Ada yang boleh dilentur dengan pendekatan ilmiah seperti ceramah. Ada yang berubah sendiri bila merasa diri teraniaya. Ada juga yang lembut hati kerana anak-anak. Ada yang insaf bila terjadi sesuatu pada ahli keluarga.

Justeru seluruh jentera PAS perlu mengenalpasti sasaran mereka dan mempelbagaikan kaedah pendekatan agar setiap misi berjaya dilaksanakan, seterusnya merealisasikan visi mulia yang diredhai Allah.

Di pihak UMNO pula, kemenangan yang diperolehi sebenarnya tidak menggambarkan kekuatan mereka. Sebaliknya menang mereka adalah dengan cara paling keji. Mengugut, menabur wang, memfitnah, menggunakan seluruh jentera kerajaan, menipu dan lain-lain adalah bukti jelas betapa tenatnya mereka hari ini. Sentiasa dibayangi oleh ketakutan kronik akan hilang kuasa serta segala dosa besar yang dilakukan selama ini.

Benar, pada pandangan mata kasar memanglah UMNO masih berkuasa dalam negara namun percayalah nyawa mereka sudah terlalu amat pendek. Pada perkiraan mereka, kemenangan yang diperolehi adalah kurniaan Ilahi. Sebenarnya tanpa sedar, Allah sengaja biarkan mereka leka dan seronok dengan kemenangan itu agar semakin jauh kesesatan mereka.

Secara terang Allah tegaskan di dalam Kitab-Nya bagaimana perangai golongan MUNAFIQ yang menyangka mereka telah berjaya memperolok-olokkan golongan beriman walhal mereka sebenarnya hanyalah memperolok-olokkan diri sendiri.

Bagi penulis, tiada bezanya UMNO dengan golongan MUNAFIQ yang disebut dalam Al-Qur'an. Lebih tepat lagi segala tindak-tanduk pimpinan dan ahli tegar UMNO sama saja dengan perangai Abu Jahal, Abu Lahab dan para pengikutnya di kalangan Musyrikin Mekah dulu. Samalah juga dengan perangai Kamal Ataturk, Hosni Mubarak, Mahmoud Abas dan lain-lain pemimpin yang korup dan zalim.

UMNO masih mampu berdiri hari ini bukan kerana kuat tetapi disebabkan masih ramai lagi umat Islam yang berkiblatkan kebendaan. Justeru, kita boleh lihat sendiri betapa rendahnya maruah dan harga diri orang Islam yang hanya boleh dibeli dengan wang RM50, RM100 atau RM200 dalam setiap pilihanraya. Lebih murah daripada harga seekor kambing.

Tanpa sedar, sebenarnya mereka telah dihina, diperalat dan diperbodohkan semahunya oleh pimpinan UMNO yang terus-menerus melonggokkan kekayaan negara untuk diri, keluarga dan kroni.

Bukan satu hal yang mudah untuk berhadapan dengan habuan dunia. Jika golongan agama sendiri boleh tersungkur imannya dek habuan dunia, apatah lagi orang biasa...

Hanya dengan hidayah dan petunjuk Allah jua sajalah yang dapat menyelamatkan kita dari segala tipu daya dan tarikan dunia ini.



hanya mahu berkongsi dengan DATO' apa yang saya baca di blog MONAZMUSLIM..........BLOGGER PRO PAS.....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Farhan Pahang,
Itulah kelebihan PAS merasakan mereka lebih "ISLE" dari orang ISLAM yang lain. Bagi PAS selain menganut fahaman mereka dikira JAHIL. Sebab itu Allah memberkati PAS hingga kini masih tidak mampu menawan KL/Putrajaya. Orang lain salah, orang lain tidak betul. Hanya PAS PASTI syurganya, hanya PAS yang betul, HANYA PAS YANG LEBIH "ISLE"!

FARHAN PAHANG said...

memang kalau penyokong tegar pas diorang akan bagi ulasan yang pelik, contohnya, dulu ada yang cakap pahang banjir besar sebab bala ALLAH turunkan keatas orang pahang yang telah mengundi BN, tapi, banjir di kelantan, dan pantai di kelantan yang semakin terhakis hanyalah ujian ALLAH untuk orang yang beriman.. apakah mereka rasa hanya dengan mengundi pas barulah seseorang itu diredhai oleh ALLAH? NAUZUBILLAH.TUAN GURU NIK AZIZ MENOLAK PERPADUAN DENGAN UMNO BUKAN KERANA UMNO X ISLAM, TAPI SEBAB KEBENCIAN DAN API DENDAM BELIAU TERHADAP UMNO ATAS PERISTIWA YG BERLAKU DULU X PERNAH PADAM....

(KPD YANG X PERCAYA DGN APA YG SAYA CKP, SAYA X KISAH, SESUNGGUHNYA MEMANG SAYA PERNAH DGR PENYOKONG PAS MENYATAKAN SEPERTI APA YANG SAYA TULIS DIATAS)

dobit127 said...

macam-macam yer bab politik ni...

Anonymous said...

artikel ini, tuan copy paste daripada blog orang lain ker? hehehe...tuan perlu bg kredit penulis asal blog ini tuan..baru la profesional.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...