Gempar! Usul Undi Tidak Percaya Kepada ADUN Tahan
Semalam satu perjumpaan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bersama barisan saf kepimpinan 'hardcore' DUN Tahan termasuk Ketua Cawangan dan Tok Empat di Pejabat DUN Tahan, bandar lama Jerantut dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 pm.
Ini adalah perjumpaan ADUN Tahan bagi merapatkan saf kepimpinan meluahkan visi dan perasaan YB ADUN Tahan.
Sekarang musim mesyuarat UMNO cawangan sudah bermula. UMNO Bahagian Jerantut telah mengarahkan cawangan-cawangannya bermesyuarat sejak hari Sabtu lepas. ADUN Tahan mengadakan perjumpaan tertutup ini kerana terdapat isu panas berbangkit ekoran mesyuarat dua UMNO cawangan dalam DUN Tahan.
UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang yang bersidang pada Sabtu lepas telah mengusulkan undi tidak percaya kepada ADUN Tahan! Ini yang mengemparkan dan memeranjatkan YB Dato' Wan Amizan.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN Tahan ada cawangan UMNO berani buat usul macam ini. YB Dato' Wan Amizan yang banyak membawa pembangunan secara drastik di DUN Tahan pun tidak boleh memenuhi kehendak cawangan UMNO. Bayangkan kalau orang lain menjadi wakil rakyat DUN Tahan sudah tentu orang itu akan terjun sungai!
WZWH telah nyatakan beberapa posting tentang psikologi orang Tembeling. Mereka mahu dan suka bermanja dengan wakil rakyat mereka terutama dari anak tempatan. Jika mereka tidak puas hati kerana kehendak mereka tidak tercapai mereka akan maki kepada wakil rakyat itu. Maka mereka buat usul undi tidak percaya.
WZWH difahamkan kedua Ketua Cawangan UMNO Kuala Tahan dan Kampung Padang itu pada mulanya tidak bersetuju dengan usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan tetapi oleh kerana desakan orang muda dan orang kampung maka Ketua Cawangan terpaksa mengalah. Jika tidak dengan Ketua Cawangan sekali kena terjah. Mungkin ini cara dan bahasa orang Tembeling muda baru.
WZWH hendak gelak projek yang beratus juta masuk mencurah di DUN Tahan dan banyak projek-projek besar mahu dirancang di DUN Tahan alih-alih ada beberapa cawangan mahu buang YB Dato' Wan Amizan. Mungkin orang Tembeling sudah gila tidak boleh berfikir dengan waras.
Pada WZWH ini adalah masalah dalaman kecil yang perlu diselesaikan. Apa sebenarnya psikologi politik orang UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang. Apa isu yang berkobar diakarumbi itu perlu diketahui.
Isunya begini orang kampung mahu tanah. Kuala Tahan ialah kawasan resort dan Taman Negara bertaraf dunia dikenali. Sudah tentu tanah terhad. Ada banyak tanah sudah direzabkan kerajaan bagi tujuan pembangunan kini dan yang akan datang.
Seorang Tok Empat telah mengumpul orang kampung bagi meminta tanah dan sejumlah wang telah diberi. Bila orang kampung tanya Tok Empat itu jawab semua permohonan tanah tidak dapat kelulusan. Tok Empat itu kata ADUN Tahan tidak meluluskan. Tok Empat itu memfitnah ADUN Tahan tahan tanah itu bagi tujuan peribadi.
Tok Empat itu menambah lagi bahawa jawatan Tok Empatnya telah ditamatkan perkhidmatan. Maka mengamuklah orang muda dan orang kampung. Sangat mudah memahami kenapa usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan berlaku secara spontan. Ini adalah ledakan emosi orang Tembeling.
Spekulasi mengatakan bahawa Tok Empat itu sebelum menghasut orang kampung telah merujuk kepada seorang ADUN lain di Jerantut. WZWH tidak mahu mempercayai spekulasi ini tanpa bukti kerana jika benar spekulasi ini maka isu ini akan berpanjangan ke DUN lain di Jerantut. Nanti dibimbangi ada pula usul undi tidak percaya kepada ADUN lain itu atau mungkin usul undi tidak percaya kepada ahli parlimen. Panjang ceritanya.
Setelah WZWH semak di Pejabat Tanah Jerantut rupanya Tok Empat itu tidak pernah menghantar permohonan tanah orang kampung ke Pejabat Tanah Jerantut. Kalau tidak hantar permohonan tanah bagaimana JKPT mahu meluluskan. Gila kalau ADUN Tahan tidak mahu meluluskan permohonan tanah orang kampung dalam DUNnya!
Dakwaan bahawa ADUN Tahan ada banyak tanah di DUN Tahan itu adalah fitnah dan tidak benar ADUN Tahan minta tanah untuk peribadinya. Tidak ada nama YB Dato' Wan Amizan dalam tanah di DUN Tahan dalam search yang WZWH buat. Tok Empat ini perlu minta maaf kepada YB Dato' Wan Amizan.
Selepas usul tergempar undi tidak percaya itu, semalam YB Dato' Wan Amizan mengadakan perjunpaan dengan JKKK Kuala Tahan. ADUN Tahan mahu tahu tanah mana yang diminta oleh orang kampung. ADUN Tahan mahu jumpa MB dan PM.
Nampaknya ADUN Tahan yang suka berfikir projek-projek besar di awanan untuk dibawa ke DUNnya telah mula bertindak di atas tanah memastikan permohonan tanah dari orang kampung yang nampak simple tapi penuh bermakna. Ada baik juga usul tergempar itu boleh selesaikan masalah orang kampung kalau tidak boleh selesaikan sepenuhnya sekurang-kurangnya orang kampung gembira YBnya mahu bawa hal mereka kepada MB.
Comments
Dunia ini lebih indah tanpa Dumpok.
-Peminat Azizan sejati
Dia tu wali ke?Mudah sangat jadi taksub..
-Hardcore Rasulullah..
Makan taik..
Gempar! Usul Undi Tidak Percaya Kepada ADUN Tahan
Banir bukan orang politik dan tak pernah berpolitik pun. Bab cakap2 dan orang berlangkah politik Banir dapat cam ke mana arah tuju, maaf bukan riak dan takbur. Perihal pemimpin terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang satu cara dimurkai orang. Maaf guna perkataan “murka”. Beberapa komen Banir sebelum ini, sepatutnya pemimpin berteraskan UMNO seharusnya tahu secara mendalam. Banir tak nak berkata secara “dierect” kebodohan pemimpin yang tak mengambil kira bulu masyrakat (termasuk pengundi, penyokong, hatta musuh politik dan mush dalaman). Banir tak nampak kejujuran ada di sini.
Pernah, Banir menyifatkan cadangan pembinaan projek besar, berbillion dolar hanya “menyakitkan hati” orang kampung. Orang kampung terdahulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Apa yang orang nampak secara samar2, semestinya tuan yang ampunya diri wajib lebih mengetahui. Contoh mudah, kalau pemimpin mempunyai tanah beratus2 ekar, kereta berderet tak muat parking, bini sampai tiga empat orang, kedatangan ke lokasi memerlukan sambutan permaidani merah. Meluncur laju..., masalah sejemput tak boleh nak diselesaikan. Jangan salahkan orang kampung. Sekarang ini, apa lagi orang kampung berfikiran dianggap “gila dan tak waras”.
Ini berkaitan rapat dengan projek “loji nuklear” dicadangan nilaian billlion dolar, tapi “nukelar dihanyutkan” di Sungai Tembeling masih tidak berkesudahan sejak dari turun temurun sehingga sekarang. Jangan mendabik dada projek itu memudahkan masyarakat. Itu tanggungjawab pihak berwajib, termasuk pihak pembangkang yang kerjanya membangkang.
Pang5 Banir. Mujur hajerk undi tork percayerk. Cukup dulu. Awas jangan cuba nak berlumba2 pulak....!!!
Dalam politik di Malaysia ini, terutamanya di kawasan luar bandar. Hal ehwal penduduk lama mesti diambil kira walaupun kadangkala permintaan macam remeh. Ini kerana hal remeh itulah penentu jatuh bangun ADUN setempat.
Dalam kes undi tak percaya ADUN Tahan, harap ini memberi fahaman yang lebih untuk terus membantu kemajuan kawasan dan yang lebih penting pembangunan penduduk dan pengundi khususnya. Apa yang diminta sama juga seperti penduduk di ADUN kawasan lain. Tanah, rumah, kemudahan asas...semuanya sama.. Tengoklah mana patut..
Ada kalanya orang ni, gajah didepan mata tak nampak, kekadang kuman diseberang sungai pahang nak jelas pulak.. So, kenalah mudik ke seberang untuk tengokkan kuman itu..
wassalam
betul apa yang anon cakap. yang salah ialah ayahchu mezah dalam hal ni. patutnya sebelum di buat undi tak percaya pada dompok, dia kena ptahankan, kalau dia yang dijadikan sasaran, dia letak dulu jawatan sebagai ketua cawangan dan ajk bahagian tu dan tangguhkan mesyuarat dulu, jadi takadalah dompok kena undi tak pcaya tu dulu sebab cu mezah terpaksa bunuh diri dulu demi mylamatkan dompok. maknanya sempatlah nak buat sesuatu menjelang mesyurat semula n kalau plu mb turun, pgil mb turun la, janji undi tk pcaya tak di buat pada dompok. tapi takut jawatan sendiri yang melayang, biarlah dompok yang kena. hehe. yang ni aku tak faham. spatutnya kita kna ptahankan bos kita n biar kta yang kena tembak, tapi kta lari sebab tkut kna tembak n bos mati nasib lah. orang mcm ni tak bole pakai n tk bole d buat kawan. ajk bahagian jerantut d jerantut mmg semua org tahu kerja makan tido je. patutnya, diaorg semua tolong dompok n turun padang. tak kan tak tahu n tak da bau isu mcm ni akan keluar. tp semua sibuk buat duit n semua pntingkan diri sendiri, tu yang jadi mcm ni. dato nazri je la yang aku tgok tahan sikit ada nak jumpa n bincang2, yang lain semua hampeh.
kepada yang baca tulisan aku ni,
1) aku memang lama dah tak setuju dgn ajk bahagian yang ada skrang ni. semua dah tak layak duduk situ n kta perlu kan orang lain yang lebih bijak, muda n berilmu n pandai buat kerja.
2) bagi aku, byk duit tu tak penting. orang bodo je berpolitik duit ni. lpas ni, duit kita ambik, tapi undi kta jgn bagi. ckuplah sudah kita jadi bodoh mcm lembu gini.
3) kepada semua ahli umno, pemilihan akan datang, mari kita sama sama ubah semua ketua cawangan yang tak pakai ni. dan kita lantik semua muka baru dalam ajk puteri, wanita, pemuda dan bahagian jerantut. kita bersatu.
4) kalau setuju, bagi komen setuju. aku nak tgok.
saya nk komen mat sop jer....
saudara mmg la banggang serupa ketua cawagan yg buat undi tk percaya di dun damak tu.....
menulis ni mmg la sedap ikut suke jer nk hentam org tp sebaliknye cube kite renung ape yg kite buat?
saudar pernah trfikir ker bagaimana ade sebahagian pemimpin kite ni begitu mudah d beli utk kepentingan sendiri kalo lah kepentingan itu bangsa kite takpe lah.....
kalo dh bengong tu bengong la juak...
kepada org yg suke buat fitnah tk tentu pasai tu sedar lah mungkin org tahu keperibadian ANDA....
kesian saya tgk ape yg d hadapi oleh YB DUN TAHAN TU.....kepada YB bersabar lah org jerantut ni mmg bangang(terutama org UMNO)suka mengata yg bukan2 kenape pulak tk diangkat ape yg kejayaan YB DUN TAHAN tu dh buat.....biasalah die pandai mencari peluang die bijak....
YB YANG ADE CLASS....
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar HIJAU UNGU
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
1 ID untuk 7 PERMAINAN ( NEW GAME : BANDAR SAKONG!!! )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik dari MandiriQQ..!!
- Bonus TurnOver 0.5% tiap Minggunya
- Bonus Referral 20% Dibagikan Setiap Minggunya.
- Minimal Deposit hanya 20 Ribu
- Minimal Withdraw hanya 50 Ribu
Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs MandiriQQ
PIN BBM : 2BE2B4BA
Line : mandiri_qq
yahoo : mandiriqq@yahoo.com
Link : www.mandirimenang.com