Nuffnang Ads

Pages

Monday, March 14, 2011

Loji Pemprosesan "Rare Earth" Bakal Dipindah Ke Jerantut


Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini, terdapat banyak komen yang tidak bersetuju projek pembinaan loji pemprosesan "rare earth" terbesar dunia iaitu thorium sejenis logam radioaktif di Gebeng, Kuantan.

Projek ini pada fasa pertama akan melabur RM700 juta dan beberapa fasa lagi yang hampir RM1.3 bilion. Projek ini memberi 2500 peluang pekerjaan sektor pembinaan dan limpahan ekonomi kepada ekonomi negeri Pahang.

Fuziah Salleh ahli parlimen Kuantan dan Nasruddin Hasan Tantawi Ketua Pemuda PAS Malaysia tidak bersetuju dengan projek ini. Sahabat Alam Malaysia pun tidak menyokong.

Terkini Pemuda UMNO meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan yang diberikan oleh Atomic Energy Licensing Board (AELB) kepada sebuah syarikat Australia, Lynas Corp untuk membina kilang memproses memproses tanah jarang (rare earth) di Kuantan yang dikhuatiri memberi kesan kepada orang ramai dan alam sekitar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu bimbang perkara yang sama berlaku pada 1980-an di Bukit Merah yang mana kilang seumpama itu telah mengeluarkan bahan-bahan radioaktif yang akhirnya terpaksa ditanam di tempat yang dirahsiakan.

“Perkara ini telah dibangkitkan oleh salah seorang Exco Pemuda, Mohd Suffian Awang yang merupakan Ketua Pemuda Kuantan pada mesyuarat Exco dan kita amat berharap ketelusan kerajaan untuk bentangkan laporan yang terperinci mengenai kesan daripada kilang tersebut.

“Kita amat berharap kerajaan mengkaji semula kelulusan berkenaan dan sekiranya ada kesan kepada alam sekitar dan kesan kepada orang ramai melalui sisa-sia radioaktif kami harap kelulusan ini dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang terbaru.

Ini adalah kenyataan KJ Ketua Pemuda UMNO yang kurang faham teknologi terkini. KJ mengikut kata Mohd Suffian Awang EXCO Ketua Pemuda Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

Mohd Suffian Awang adalah EXCO yang mendapat nombor satu dalam pemilihan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Beliau diberi jawatan Setiausaha Politik kepada Duta Amerika Syarikat bertaraf Menteri Dato' JJ.

WZWH tidak pasti samada Dato' JJ memberi input kepada Mohd Suffian. Mohd Suffian adalah tokoh bakal ahli parlimen Kuantan. Spekulasi mengatakan mungkin beliau tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan loji pemprosesan "rare earth" terbesar di dunia yang disokong kuat oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan Dato' Wan Adnan Wan Mamat.

Mohd Suffian Awang tidak bersetuju dengan projek mega RM1.3 bilion untuk memajukan Kuantan dan Pahang ini. WZWH boleh meramalkan beberapa loji nuklear yang ingin dibina oleh DS Najib di Pahang ini pasti ditentang oleh Mohd Suffian atas nama ekologi.

Nampaknya gagallah beberapa projek tenaga dan mega untuk membangunkan ekonomi Pahang dan kepentingan negara ini tidak dipersetujui oleh Mohd Suffian dan KJ Ketua Pemuda Malaysia ini.

China adalah pengeluar terbesar "rare earth" hampir 95% kepada pasaran dunia. "Rare earth" ini juga dipanggil "thorium" digunakan dalam industri produk Apple iPhone,Toyota Prius dan Boeing smart bom. Thorium juga bahan alternatif kepada uranium elemen penting untuk buat loji nuklear.

Dulu Jepun ada cuba menyaingi China tetapi tidak boleh bersaing kerana kos yang tidak kompetitif. Maka Jepun melalui Mitsubishi Chemical membuka loji yang akhirnya ditutup pada 1992 di Bukit Merah, Ipoh. WZWH difahamkan tahap standard radioactive waste management di loji Mitsubshi Chemical itu di bawah paras piawai yang menimbulkan masalah alam sekitar.

Loji pemprosesan "rare earth" Gebeng, Kuantan akan mengikuti standard piawai yang tinggi dengan langkah-langkah keselamatan sebab itu diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia. DS Najib memberi jaminan bahawa projek ini selamat.

Akhir-akhir ini rakyat risau bimbang apa yang berlaku di Jepun bila beberapa loji tenaga nuklear meletup dan menyebabkan radiasi kerana rempuhan tsunami bencana alam. Berita terbaru Jepun memaklumkan kepada IAEA bahawa tiada kebocoran radiasi dan keadaan terkawal di loji-loji nuklear Jepun.

Jika Mohd Suffian Awang bakal ahli parlimen Kuantan tidak bersetuju dengan projek loji pemprosesan "rare earth" terbesar dunia maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan loji itu boleh dipindahkan ke Jerantut. Sememangnya Daerah Jerantut yang mempunyai keluasan 777,000 hektar adalah daerah terbesar dalam negeri Pahang dan ada banyak tanah untuk pelabur dari Australia melabur di Jerantut.

WZWH boleh meyakinkan Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan menerima projek mega ini. Bukan itu sahaja Jerantut juga bersedia untuk menerima projek loji tenaga nuklear jika DS Najib bersetuju.

7 comments:

Anonymous said...

KAH KAH KAH, KAH KAH KAH

FARHAN PAHANG said...

THORIUM TIDAK BAHAYA, BOLEH DIKENDALIKAN DGN MUDAH, TETAPI MASALAHNYA HNYA APABILA PENGURAIAN THORIUM TIDAK DIKAWAL, GAS RADON YG DIKELUARKAN SEMASA PROSES TERSEBUT BOLEH MNDATANGKAN MASALAH, TETAPI MASALAH GAS INI BOLEH DIATASI JIKA KEMUDAHAN DI FASILITI DISEDIAKAN DGN BAIK, THORIUM MELEPASKAN RADIASI ALPHA, YG MERUPAKAN RADIASI LEMAH DAN TIDAK MEMBAHAYAKAN, SOALNYA, ADAKAH FASILITI YG DIBINA BENAR2 MENEPATI SPESIFIKASI? KEBOCORAN DI FASILITI DI BUKIT MERAH, DIKHUATIRI AKAN BERULANG

Anonymous said...

salam,
kalau iktibar pembinaan tahap stadium terengganu dgn makmal sekolah, kira tunggu buat kawasan kubur sama la. tapi tak apa, jerantut tu luas....tanah mesti cukup..hahahaha..ini lah tamak dunia yang ketepikan nyawa.orang pahang tak cukup makan ke kena ada kerja kilang berisiko sebegine.kesihan. pm duduk istana putrajaya..selamattttt

Anonymous said...

" Construction of a $230m rare earth ore processing plant, the first to be built outside of China in nearly three decades, is nearing completion in the Gebeng construction area in Kuantan, Malaysia. It has been called the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) and is scheduled to come into production by the third quarter of this year..."

Lu betul-betul ke buat lawak, kan project tu dah nak siap...

Anonymous said...

aku orang Jerantut ... aku tak sedia .... WZWH ORANG CERDIK YANG BODO

Anonymous said...

1.Elimination
2.Substitution
3.Engineering controls
4.Administrative controls
5.Personal protective equipment

teja kuantan said...

ahaks...kuikuikui pandai wzwh wat lawak..takpe, carilah laba, peduli apa nyawa manusia. carilah seribu alas dan sokong selaksa, usah peduli fakta dan angka asal nyata apa dicita..di era globalisasi yang penting ekonomi bukan akal budi