Friday, March 4, 2011

Ummi Dan Rahimi Bongkar Pungkar Anwar Ibrahim Di Kerdau


Anwar ahli politik Malaysia paling kuat pungkar. Istilah pungkar ialah bahasa dialek Pahang bermaksud penuh tipu dan bohong. Lain-lain dialek Pahang yang seerti ialah reba atau bobok.

Tapi pungkar Anwar disukai, dipercayai dan diterima oleh Lim 2 beranak. Karpal 3 beranak, Hadi dan Nik Aziz. Sesetengah pengikut PAS anggap cakap Anwar ini bawah sikit pada Al-Quran dan Hadis. Pengikut PKR anggap Anwar ini "nabi politik". Pengikut DAP anggap Anwar macam "Raja Melayu".

Begitulah hebat pungkar Anwar.

Tapi...di Rumpun Makmur salah satu peti undi di PRK DUN Kerdau dimana Anwar Ibrahim berceramah, menunggu Ummi Hafilda dan Rahimi Osman membongkar pungkar Anwar.

Ummi Hafilda cakap antara Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar ada rahsia besar yang ditutup melibatkan skandal sex dan wang berjuta. Ummi mahu abangnya Azmin bertaubat. Ummi tidak mahu abangnya bersekongkol dengan Anwar menipu negara dan rakyat.

Dalam ceramah Anwar di Rumpun Makmur bila Anwar bangkitkan kerajaan BN rasuah terus Ummi Hafilda tembak Anwar lah bapa rasuah. Banyak saham diberi kepada bapa dan adik-beradik Anwar dan Azmin. Anwar terkedu dan terus berhenti ceramah.

Rahimi Osman bekas pembantu Anwar sama seperti Saiful Bahari cakap dia mahu menentang tuduhan liar dan penipuan politik Anwar. Rahimi budak Temerloh tidak mahu rakyat Kerdau dan Pahang terpedaya dengan Anwar.

Rahimi kata Anwar dulu ada link dengan Yahudi, Israel dan AS.

Hanya taraf Ummi Hafilda dan Rahimi untuk mematikan pungkar Anwar di PRK DUN Kerdau. Hasrat PAS untuk gunakan kehadiran Anwar bagi strategi saat akhir membawa gelombang perubahan tidak kesampaian sebab rakyat Kerdau dan Pahang sudah tahu pungkar, reba dan bobok Anwar Ibrahim.

WZWH tahu rakyat Pahang sangat sayangkan DS Najib PM Malaysia - A prince of Pahang! Nya bodoh amat weh kalau orang Pahang menolak Najib.

3 comments:

dobit127 said...

bila di sebut ceramah pilihanraya kecil, ia agak berbeza berbanding sewaktu pilihanraya umum.. Untuk Kerdau ini, kawan selalu pergi melihat ceramah kedua-dua parti bertanding...Terutamanya di peti undi FELDA....
Secara amnya jika tengok sambutan, memang diakui ceramah pembangkang lebih ramai dari BN..bila kawan perhati betul-betul, rupanya yang ramai yang dengar rupanya bukan bakal pengundi tetapi penyokong luar yang sama memeriahkan suasana tempat ceramah...Kawan pun pergi ke ceramah BN...Tidak ramai orang, penceramah tidak dikenali sangat,..giant killer a.k.a. menteri..tiada....(maybe sebab tu tak ramai)..kawan tengok sama sahaja, orang luar jugak yang memenuhi ruangan kerusi yang tak berapa nak penuh)...
Kesimpulannya, bukan ceramah menjadi modal pusingan untuk menang dalam PRK ni, tetapi perl perubahan dan corak kempen...Kawan tertarik dengan corak yang dilakukan oleh Dato' Wan sewaktu berkempen di Bukit Segantang dahulu..Walaupun BN kalah kepada YB Nizar, tetapi pengundian hasil kempen 'dekat dihati' lebih membawa erti...

Cadangan kepada sesiapa yang berkenaan, walaupun dah kempen dari rumah ke rumah..kempenlah secara berterusan.. kunjungilah setiap hari, bukannya banyak sangat rumah untuk dikunjungi berbanding petugas yang ada....
Lagi satu, kempen rumah ke rumah pula, janganlah kempen kerap sangat ke rumah orang BN tapi perhebatkan kempen ke rumah orang atas pagar dan kuat pembangkang...Ni Umi buat ceramah , orang BN dengar..habis tu, bila undi nak bertambah....Begitu jugak bila DS Anwar berkempen, orang Pas jugak dengar...Kalau tak berkempen pon, memang comfirm punya orang-orang tersebut akan pangkah parti masing-masing.

Satu lagi, pengundi luar jangan abaikan, pastikan mereka balik dan paling penting..mesti undi parti yang menaja..Kalau BN taja, sepatutnya undilah BN...Itu kerja orang yang berkenaan unutk memastikan undi itu dipangkah sebetulnya..

Dalam sibuk-sibuk PKR KErdau ni, paling terasa penduduk Jengka 21..Ini kubu kuat BN sebab pembukaannya tahun 70-an lagi, mananya tidak, dah 3 tahun pemuda UMNO berjuang untuk dapat gelanggang futsal..barulah dapat...itupun sebab YB ADUN dah berjanji..kalau tidak seperti janji Dewan yang dijanjikan oleh Pengerusi FELDA lama masih tiada tindak balas...Dalam kecoh-kecoh pemimpin UMNO Jengka 21 berusaha, tetiba PRK tiba...Jengka 22,23 dan 25 diberikan setiap satu gelanggang futsal dan sebijik dewan semai bakti dengan peruntukan RM1 juta setiap jengka.. .Belum lagi kecoh tentang PUsat Jalur Lebar Komuniti.. Wang CESS pula pengundi sahaja akan dapat Isnin ini.. Jika difikirkan , rasa sedih dipinggirkan oleh orang sendiri . Harap jangan undi teralih arah sewaktu pilihan umum nanti.
Banyak lagi cerita di sebalik PRK Kerdau ini boleh ditulis, tetapi baiknya tengoklah sendiri..tanyaah sendiri baru berpuashati..

dobit127 said...

hajat dihati ingin bertemu penulis blog di Jengka 25 untuk bertegur sapa , bersua muka..maklumlah kita banyak yang sama.. tapi siapa kawan...tak tahu pula bagaimana...takpe la..mungkin lain kali...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam dobit127,
kita jumpa di Jengka 25 malam ini. Ada jamuan perdana dan konsert Anna Raffali and geng k.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...