Tuesday, March 1, 2011

Mesej Terakhir Dato' Azizan Yaakob Kepada WZWH



YH Dato' Azizan Yaakob (mantan ADUN Pulau Tawar) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.00 malam 28 Februari 2011 di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit "stroke".

Jerantut kehilangan seorang tokoh politik dan blogger. Beliau adalah tokoh politik yang naik dari bawah, punyai warna-warna perjuangan tersendiri. Saat kemuncak karier politiknya bila beliau menjawat ADUN Pulau Tawar 1995-1999, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Beliau adalah blogger Suara Majlis, Melayurayadaily dan banyak lagi. Banyak pemikiran pengalaman politik beliau dicurahkan dalam blognya.

WZWH mengaku Arwah Dato' Azizan adalah seorang guru politik WZWH yang banyak mengajar ilmu politik dengan cara yang tersendiri walaupun ada pendekatannya berlawanan dengan pandangan politik WZWH.

Beliau seorang ahli politik yang kaya hubungan dengan sahabat dan kawan-kawan. Beliau seorang ahli politik yang simple, tetapi bertindak agresif bila diperlukan pada masanya.

Salah satu kenangan, memori untuk WZWH kenang ialah mesej terakhir arwah Dato' Azizan kepada WZWH seperti yang dipublish di bawah:

Dato' Azizan Yaakob September 25, 2010 at 5:08pm Report
2. saya tidak marah sdr, menyebut nama saya dlm UD, termasuk dalam mesyuarat pemuda sdr ada menyebut nama saya kepala blogger tetapi dimatikan oleh D KP. 


3. Sdr zuri saya tidak mahir sgt computer. saya hanya taip dan emel kpd kawan saya diKL dia yang publishkan posting saya dari dulu MRD dan SM itu dan BBB itu agak kronik dan saya pening. Kwn saya itu yang manage blog saya. Klu ada komen saya jawab sendiri. itu sebab saya tak ble post tiap hari. saya belajar tp tak berapa masuk dah teknikal computer. Silap masa dulu saya take for granted bila ada kerani semua mrk buat. skrg dah lewat. setakat facebook itu saya bolehlah. Tapi saya boleh tahan sikitlah dari D KP kita tu. hihihi. sambung lagi.

4. saya lihat dijerantut, lebih pesat perkembangan IT samada bloggers dan FB. satu yang baik, Blog jerantut mengatasi jumlah blog negeri Pahang. Sdr semak blog-blog bahagian lain tidak seganas jerantut. Saya berpandangan bahawa ia suatu perkembangan yang meransang celik IT. Namun demikian, biasalah akan berlaku kejutan budaya. Sdr fahamlah. Mereka menggunakan blog melepaskan geram macam sdr juga tergoreng dalam kuali yang sama. hihihi. kah kah kah 


5. YBM Tengku Azlan yang tak kisah fasal blog pun sebulan yang lepas mengarahkan mizi suk mencari orang buat blog. Lahirlah gerila dan muarasat dan beberapa lagi saya dengar kata kawan rapat mizi.


6. Ada blog pro umno yang ditaja oleh pembangkang dan macam-macam lagi. Bila duit semua boleh jadi. inilah masalahnya. Sdr kata saya kontrol semua blog hebatlah saya. macam ada satu komen dalam blog wzwh. Boleh kontrol PDO lagi bagus. Kalau saya boleh kontrol spu pun bagus. Kadang-kadanng saya rasa rimas juga bila mereka bantai boss saya Najib. Nak keluarkan senarai dalam link nanti mereka akan bantai saya pula sebab kita tak tau geng dia orang berapa.


7. Saya tak marahkan MB. sengaja saya usik sikit-sikit tapi beralas. Saya percaya pada takdir. Lagipun MB apa yang saya minta tolong semua dia selesaikan. Dia simpati dengan nasib saya, dan dia tahu saya susah. Anak2 saya semua dia bagi biasiswa YP rayuan sms saja. Jd apa nak marahkan pada beliau. 

8. saya sms ini sebab saya tidak mahu hubungan kita putus. Saya orang yang mula2 bawa sdr dlm politik. Ingat?. baik spu itu katanya orang lama dalam bloggers tapi dia dah jual pada orang lain. tapi dia masih hantar post banyak lagi kat spu berdasarkan tulisannya. Mereka ini orang lama ada cerita dngn MB, Dato Shakar dan Dato Sham setpol. Katanya UMB pahang telah membelakangkan orang lama dalam media baru. Orang lama termasuk yang gambi, seratah, warisan pahang dll terdiri dari bloggers lapis pertama termasuk sakmongkol dan brave heart dipinggirkan oleh Dto shakar dan Datok Sham. Jadi masing bawa diri. Gabung bloggers pahang pun macam dah tutup. Kebanyakan bloggers lama orang jab penerangan negeri. UMNO pahang buat UMB tapi yang lama tak campur dah. MB jadi mangsa. Saya dah bagi mesej pada anak sdr MB. Tak taulah apa aksinya. Saya tidak mahu saya dilebel macam sdr lebelkan saya.

9. Dr. Shukri pun ada bloggers peliharaannya. contoh sangkakala itu budak pptr baru ini saya jumpa dia mengaku. Blog Pakatan Rakyat juga cambah mengekori blogger pro umno. Sekarang dikedai-kedai kopi berlonggok cerita hal blog. Nama saya popular balik sdr highligt lagilah meletup. Tapi dikenali sebagai samseng yang ditakuti hahahahaha... sebab boleh kontrol blog pro kerajaan dan blog PR.


10 zuri saya tidak ada cita politik lagi. saya dah lepas. lagi pun saya tidak mampu. Kalau ada duit lebih baik saya kemaskan keluarga saya. Sekarang politik bukan macam dulu, xde duit xde undi. Baik macam mana pun kita klu kurang orang tak cari kita. Kalau kita jahat ada duit orang akan ikut cakap kita. Banyak contoh. UMNO dah sangat hujung sakarang. sukar dipulih lagi. Klu ada parti baru saya akan fikir masak-masak. Sekarang saya hanya suka berkawan sahaja.

11. saya simpati dengan D KP, tentang isu k18. saya pun tertinggal. tapi saya tidak komen apa-apa. Seminggu lepas k18 meeting D Hj Nazri bagi tau saya. Dr sukri membentuk group sendiri tanpa saya sekarang. Kamarozaman dan mad daud khalil satu group baru ini buka puasa di Tekam satu group. md lobi kama B, dun tahan atau MP. Saya lone ranger. Jd elakan musuh dengan siapa-siapa. Sebenarnya, mesej k18 dah sampai pada PM. 


12. Saya diamkan diri sebab anything can happen. Mungkin pilih umno next year. Mungkin PRU dulu kita tak tahu. Klu kita asyik bermusuh suatu hari mungkin satu hari antara kita berguna nak telan semuanya serta merta ?. 


13. saya dah masak politik, siapa yang saya musuh tak jadi kawan. siapa yang besarkan tak jadi lawan?. semua dah rasa. Jadi budaya politik ini saya takrifkan hubungan bersekepentingan. jika kepentingan masing-masing ada.. GO n join. win..win..

14. Akhirnya, walaupun saya buat pendirian diam diri saya tidak ada kemampuan untuk kontrol blogger tanpa wajah dijerantut. saya tidak kenal dan mereka ramai gulungan dan puak. silap-silap saya masak. mereka baru dan cari fasal saja untuk serang.


15. Beritau D KP/ D hj Nz jangan campur. Kalau orang serang dia semua orang fikir saya. 


16. sdr kalau bole kurangkan cerita jerantut, larikan diri sebab saya perhatikan pembaca blog sdr majoroti dari luar. kalau sentuh isu jerantut apa pun mereka akan masuk komen hentam sdr. Klu sdr dapat redakan hal ini baik bagi D KP. itu pandangan saya dengan ikhlas. Nanti kalau memanjang dok korek boos sdr tu, berbagai perkara akan keluar. Saya jadi mangsa sama. Tapi saya tidak pegang jawatan kesannya tidaklah teruk. Orang kurang usik saya sebab saya diam pana kan diri betul-betul. Mereka nak masuk komen blog saya pun mungkin tak releven dgn mereka.


pihak atas semua pihak pantau. sekarang SB mana pun pantau blog. Pejabat PM tingkat 4 pun pantau blog. Yang tak pantau blog umno pahang saja agaknya. maaf zuri saya ambil masa agak panjang semoga sdr dapat berinteraksi dengan saya sebagai orang tua sdr. tksh.

9 comments:

oRang kAmpong said...

Alfatihah.

Anonymous said...

adat la org melayu, bila org dah tak ada baru nak cerita baik...

al fatihah

Anonymous said...

Salam.Walau macam mana pun arwah dulu adalah seorang ketua pemuda UMNO bahagian Jerantut yang hebat.Bukan seperti ketua pemuda sekarang.

Anonymous said...

Al Fatihah...,

Amin...

Pang5 Banir

Anonymous said...

anon 9.28,
kalau awak hebat sangat bertandingla jawatan ketua pemuda sebab yb dompok dah lebih umur.jangan cakap aje.nanti orang kata awak bodoh sombong pulak.

kutukan dewata:biar bodoh boleh diajar drp cerdik tak boleh di ikut.

Anonymous said...

Dompok tak lulus SPM pun, tapi macamana boleh merangkul Ijazah dari Universiti Australia?

Siasat punya siasat, rupa-rupanya dari Universiti Che Gu Seroji, kepada sesiapa yang mahukan ijazah tanpa masuk U bolehlah berurusan dengan Che Gu Seroji.

Malang sungguhnya nasib DUN Tembeling yang mempunyai ADUN Pembohong, Perompak dan ......!

Fety Ayu said...

Al-fatihah.

http://fetyayu.com/al-fatihah-takziah-untuk-keluarga-dato-azizan-yaakob/

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:24,
Anon salah fakta. ADUN Tahan berkelulusan post graduate diploma in business management dari Cheshire Professional Business Association England.

Anon tak mahu komen kelulusan WZWH pula? ekekekeke...

Fety Ayu said...

Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang solehin.Amin.

http://fetyayu.com/al-fatihah-takziah-untuk-keluarga-dato-azizan-yaakob/

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...