Nuffnang Ads

Pages

Sunday, March 6, 2011

PRK DUN Kerdau: Kempen Terakhir Felda Jengka 25
















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia memberi amanat kepada pengundi luar generasi ke dua Felda Jengka 25 yang pulang dari perantauan untuk mengundi PRK DUN Kerdau.















Dato' Wan Amizan adalah tokoh politik muda anak peneroka yang layak memberi panduan halatuju generasi ke dua Felda kemana mahu membawa masa depan mereka 50 tahun akan datang. Beliau menceritakan sejarah Felda dan harapan masa depan. Kenapa mesti mempertahankan kerajaan BN dan UMNO demi perjuangan.


Kemudian menyusul YB Dato' Ahmad Maslan Timbalan Menteri Felda merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau memberi fakta dan angka kemajuan Felda kepada pengundi luar generasi ke dua Felda. Beliau menunjukkan kekuatan kerajaan BN dan kelemahan PR.















Akhir sekali kehadiran TS Isa Samad dan isteri pada jam 11.30 malam dalam program santai bersama penduduk Felda Jengka 25 mengakhiri kempen terakhir di Felda Jengka 25. Berbagai program diadakan terutama cabutan bertuah dengan hadiah, hamper, dan barangan yang menarik.

Sudah hampir seminggu WZWH berkampung di Felda Jengka 25. Pengalaman berkempen di kawasan Felda meninggal banyak kenangan manis. WZWH harap insyallah Syed Ibrahim calon BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar.


9 comments:

dobit127 said...

BN telah akhiri kempen dengan fokus pengundi luar..tahniah diucapkan kerana fokus kepada orang betul2 di atas pagar...Nampaknya gerak kerja BN malam akhir lebih fokus kepada pengundi luar...

Arini, 6 Mac merupakan hari penentu untuk BN bagi memastikan BN menang besar. Setakat pagi ini, tiada apa isu yang benar-benar boleh mengugat Syed Ibra dari menang dengan majoriti besar walaupun ada press statement dari Dato' Tuan Ibrahim mengenai beberapa janji yang tidak tertunai lagi sewaktu PRK Sanggang....
Penguatkuasaan mengenai larangan bendera di kereta petugas parti mungkin akan diambil enteng..Tapi kita tengok apa perkara yang berlaku hari ini....

Semoga BN terus cemerlang....apapun tahniah diatas gerakkerja UMNO Jerantut dan UMNO Kedah... Cuma kawan tak nampak Tengku Lan... mana yer....kot ada tugas yang tidak boleh dielakkan.....

Anonymous said...

seminggu berkampung? awak kan cikgu, tak mengajar ke? or dpt mc 21 hari juga ssbb depression mcm laki cikgu mala? Bila PAS buat salah, UMNO buat betul.

Belum jadi org besar lagi dah khianati amanah rakyat as cikgu, biar anak murid tak mengajar.

Dasar makan gaji buta.

FARHAN PAHANG said...

sabtu ahad cuti, hari lain isnin-jumaat keje bkn smpai mlm, ble je nk berulang ke jngke tiap mlm tnpa jejas prestasi krje

dobit127 said...

Apapun tahniah kepada BN kerana berjaya menambah majoriti di DUN Kerdau...

WZWH said...

Salam semua terimakasih kepada jentera BN yang terlibat dan pengundi yang memilih BN. Majoriti PRK DUN Kerdau sebanyak 2700 mengatasi majoriti 2500 semasa PRU 2004 zaman emas BN. Ini petanda yang sangat baik bahawa rakyat mula menerima kepimpinan DS Najib dan 1Malaysia. Majoriti undi Cina bertambah dari 37 kepada 212 undi. Di Merlimau 60% pengundi Cina memilih BN. 80% pengundi India memilih BN. DS Najib berjaya memulih penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap BN.

Anonymous said...

apa yang tak terjejas .... kalau ia awak tak tipu .... ajar murid je ala kadar jee .... lingkup laa budak2 sekolah tu kalau ada cikgu macam awok tuuu

FARHAN PAHANG said...

cikgu yg sokong pas pown ble msuk kelas x sah klu x kutuk kerajaan.....

dobit127 said...

buat anonymous dan FARHAN PAHANG,
isu guru yang terlibat dalam politik terutamanya penulis blog sendiri, bagi kawan.. biarlah dia sendiri untuk menjawab dengan Tuhan berkenaan cara mendapat rezeki.. Allah maha Adil lagi Maha Bijaksana... Biarlah guru-guru berkenaan mendapat balasan setimpal.. Kita beria-ia mengatakan mereka bersalah tetapi dalam diam sebenarnya mereka mengikuti jalan yang benar dan penuh keikhlasan.. Nah!.. siapa yang malu dan lebih teruk menanggung dosa fitnah?..
Mungkin ada tetapi yang ada itu, biarlah masa menentukannya..

FARHAN PAHANG said...

saya sokong dobit, ikut pas atau umno, tapi x bermakna kita x pernah lepas drp lakukan kesalahan....... yg penting terus doa dan mohon petunjuk drp ALLAH.... jangan hina org yang x sehaluan..........