Thursday, March 17, 2011

Kenapa Mahathir Mahu Kerajaan Batal Projek Loji Nuklear?


Mahathir berkata Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear. Alasan Mahathir seperti berikut:
  • Beri tumpuan kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro.
  • Nuklear bukan satu pilihan. 
  • Masih banyak yang Malaysia belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif,  akan hilang kawalan ke atasnya dan juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi.
  • Malaysia juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan
  • Malaysia  juga pernah mempunyai ‘pengalaman buruk’ mengenai nuklear.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. 

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan. 

Difahamkan, Malaysia sedang menimbang tiga jenis teknologi reaktor nuklear daripada tujuh negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan China, untuk membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021. 

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad, dilaporkan berkata, teknologi reaktor nuklear terbabit ialah teknologi reaktor air tertekan (PWR), reaktor air berat (PHWR) dan reaktor air didihan (BWR).

Mahathir cakap semua alasan itu untuk justifikasi kerajaan hentikan projek loji nuklear. Mahathir seorang yang progresif dan saintifik pemikirannya. Mahathir tahu teknologi nuklear jika Malaysia bermula akan mungkin 30 tahun akan datang lebih maju industri dan eksport barangan Malaysia lebih kompetitif.

Tidakkah Malaysia mahu belajar jadi macam China, India, Jepun dan Korea Selatan kalau tidak boleh mengejar kemajuan AS, German, Rusia dan Perancis.

Teknologi nuklear memerlukan pelaburan, kepakaran, saintis, jurutera, dan teknologi. Semua negara-negara maju teknologi dalam dunia ini bermula dengan satu langkah atau langkah pertama.

Kenapa Mahathir mahu kerajaan batalkan projek loji nuklear? Adakah Mahathir sudah hilang motivasi? Ini bukan Mahathir yang kita kenal selama ini!

WZWH tahu kenapa Mahathir berfikiran demikian? Mahathir tahu pembangkang di Malaysia sangat cekap dan berkesan spin isu dalam dunia. Pembangkang Malaysia boleh buat cerita tidak betul jadi betul, benda benar jadi tidak benar. Itu kepakaran pembangkang Malaysia.

Mahathir tahu rakyat Malaysia terlalu percaya kepada persepsi. Rakyat tidak cuba memahami isu "renewal energy" RE ini. Logik rakyat mudah. Apa yang berlaku di loji nuklear Fukushima cukup dan amat membimbangkan mereka.

Majoriti rakyat bila dispin pembangkang akan menentang projek loji nuklear. JIka DS Najib bersungguh mahu bangunkan loji nuklear maka mesej majoriti rakyat mudah-"vote out BN!", tidak faham-faham rakyat tidak mahu kerajaan bina loji nuklear.

Pembangkang dan NGO Hijau akan berjaya membentuk "public opinion" dan kerajaan BN terpaksa menimbangkan plan yang ada. Sama seperti isu "saman ekor, ramai rakyat kata kerajaan BN suka cari kesalahan rakyat sendiri. Ini juga satu polisi yang tidak popular.

Kita melihat German, Korea Selatan, Iran, Thailand terpaksa tunduk kepada pandangan "public opinion" rakyat untuk mengkaji semula dasar nuklear negara masing-masing.

Ini yang Mahathir nampak kerajaan BN akan kehilangan lebih banyak undi kerana protes rakyat jika masih mahu meneruskan projek loji nuklear. Jika itu rasionalnya kenapa Mahathir mahu kerajaan batalkan projek loji nuklear maka DS Najib tiada pilihan mahu jadi PM sepenggal sahaja atau rakyat beri peluang sepenggal lagi untuk mentadbir Malaysia.

WZWH tidak akan menulis lagi posting tentang loji nuklear. WZWH akan lebih fokus kepada 'renewal energy" RE lain terutama hidro. Posting akan datang WZWH akan bincang pilihan alternatif variasi teknologi hidro seperti Small Renewal Energy Programmme (SREP), Hidroelektrik dam dan Underground hidroelektrik dam.

Sememangnya Pahang kaya dengan sumber air-itu alternatif terbaik RE yang WZWH boleh fikirkan.

1 comment:

FARHAN PAHANG said...

seeloknya kita teroka tenga boleh diperbahrui dan tenaga bersih, tenaga nuklear tidaklah bersih sangat, bahan buangan nuklear hanya akan selamat setelah berganerasi lamanya, tetapi kuasanya sangat efektif, satu reaktor kecil yang boleh dimuatkan dalam kapal selam mampu bertahan selama 20 tahun, sebelum perlu diganti dengan rod baru.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...