Monday, March 28, 2011

PRN Sarawak Winnable Candidate Calon BN


Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

1/3 dari calon BN adalah muka baru. Ini yang dibayangkan oleh KM Taib Mahmud. Beliau berjanji akan berundur selepas PRN Sarawak beri peluang kepada pemimpin muda.

Kedudukan kerusi DUN Sarawak kini ialah Barisan Nasional 62 kerusi, DAP 6 kerusi, PKR 1 kerusia dan Bebas 2 kerusi. Dengan keadaan demikian Sarawak dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional dan dengan Sabah telah dapat mempertahankan kedudukan kukuh kerajaan BN di peringkat pusat.

Tidak hairanlah jika Pakatan Rakyat rakyat kini berusaha bersungguh sungguh hendak mempengaruhi rakyat di Sarawak sekurang kurangnya dengan tujuan memperbaiki kedudukan kerusi mereka di negeri tesebut. Malah ada juga pemimpin pembangkang seperti Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng nampaknya begitu berharap membuat kejutan dalam pilihan raya ini. Setakat ini tidak banyak tanda yang boleh menyokong jangkaan mereka.

Sarawak hanya mengadakan dua PRK, iaitu di Batang Ai dan Sibu. Di Batang Ai, BN telah mampu mempertahankan kerusinya dengan majoriti yang bertambah, mencermin sokongan berterusan masyarakat Dayak kepada BN. Di Sibu pula, ia adalah kerusi kawasan majoriti Cina (64%). Kemenangan di Sibu telah kita ramalkan dengan betul disebabkan oleh sokongan berterusan dari pengundi Cina kepada DAP disamping ketiadaan penyandang yang popular seperti dalam PRU 2008. Sebaliknya ia juga mempamerkan sokongan berterusan pengundi Melayu/Melanau dan Dayak kepada Barisan Nasional.

Seperti mana di negeri negeri lain, saya telah membuat kajian terperinci tentang sokongan setiap kaum kepada BN di Sarawak. Kaedah regression analysis telah digunakan meliputi angka keputusan pilihanraya dihampir semua kawasan DUN pada Pilihanraya Negeri tahun 2006. Hasilnya menunjukkan seramai 76% dari jumlah pengundi Melayu dan Melanau telah mengundi BN, 67% pengundi Dayak dan 40% pengundi Cina.

Dilihat daripada angka diatas, pada pandangan awal, kita tidak menjangka sebarang masalah untuk BN mengekalkan majoriti 2/3 di DUN Sarawak, sekalipun jika wujud sedikit kemorosatan undi.

Tetapi BN perlu mengambil perhatian kepada beberapa kerusi yang rapuh dengan majoriti kurang daripada 500 undi dibeberapa tempat. Dalam kawasan kawasan ini, terutama yang disandang terlalu lama, penamaan muka baru mungkin tidak dapat dielakkan. Tetapi, perlu diingatkan keadaan ini berisko agak tinggi, jadi seorang calon baharu mestilah seorang yang mudah diterima pengundi (anak tempatan, berkelayakan, mempunyai rekod baik dan disenangi rakyat setempat).

Saya ingin menarik perhatian bahawa mengikut analisis regression kita, pada keseluruhannya setiap penyandang kerusi di DUN Sarawak mempunyai pengaruh persendirian, ia itu kira kira 160 undi bagi setiap penggal yang di sandang. Jadi pengantian seseorang penyandang yang mempunyai majoriti kira kira 1000 undi pada pilihanraya tahun 2006, membawa risikonya tersendiri, kerana seorang calon baru boleh kehilangan majoriti yang dicapai dahulu, seperti terjadi di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu baru baru ini. Oleh itu BN perlu berhati hati sebelum membuat sebarang keputusan.

Dipetik dan diubahsuai dari DAH IKHWAN Weblog.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024