Thursday, March 24, 2011

Pakatan Rakyat Jerantut Semakin Goyang


Mohd Nor Hamzah, Ketua Cabang PKR Jerantut yang lari meninggalkan PKR Jerantut untuk menyertai parti KITA.

Ketua Cabang PKR Jerantut sudah tinggalkan PKR Jerantut. Ini kata blog Pahang Selamat Rakyat Nikmat sila baca sini. Ketika ini tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik tindakan Ketua Cabang PKR Jerantut, Mohd Nor Jaafar, yang menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 Mohd Nor telah bertanding mewakili PKR di Dun Damak, dalam Parlimen Jerantut.

Beliau sebenarnya boleh menang merampas Dun tersebut daripada BN tetapi terhalang kerana berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu turut disertai oleh DAP.

Mohd Nor ialah abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar iaitu calon ahli parlimen PAS Jerantut.

Mungkin beliau sudah dapat mencium bau bahawa Anwar Ibrahim penasihat PKR dan strategis PR punya masalah persepsi moral negatif di kacamata rakyat.

Beliau pun tahu DAP Jerantut melobi kuat kerusi DUN Damak. Maka tiada tempat lagi untuk PKR. Kegagalan PKR Pahang melobi kerusi DUN Damak terlepas kepada DAP itu hakikat yang tidak boleh diterima Mohd Nor.

PKR Pahang sudah nampak mahu berkubur. Di Cabang Indera Mahkota ramai ahlinya keluar parti dan menyertai UMNO.

Tinggallah  Dr Hamzah yang akan bertanding kerusi PAS parlimen Jerantut buat kali ke tiga berturut-turut. WZWH menjangkakan ramai pengundi atas pagar dan UMNO akan kembali ke BN semula. Juga pengundi orang China Jerantut ramai mahu kembali kepada BN.

Dr Hamzah perlu lagi sekali bawa Hadi Awang Presiden PAS dan AJK PAS Pusat mudik Ulu Tembeling melihat perkembangan kemajuan tempat pedalaman. TG Nik Aziz sudah tahu...sebab itu beliau bila datang ke Jerantut lebih suka berkunjung ke Kampung Batu Balai (dalam DUN Damak). TG Nik Aziz cukup faham ADUN Tahan ini. Sebab itu beliau tidak sentuh DUN Tahan.

Perkembangan terbaru dan sensasi Anwar Ibrahim membuatkan pimpinan tertinggi PAS berbelah bagi terhadap kesan reputasi Anwar Ibrahim yang semakin rosak dan tidak menyenangkan perjuangan PAS. Begitu juga pemimpin DAP cukup bimbang kesan dari isu moral Anwar akan buat DAP terkena tempiasnya.


Agak malang Anwar Ibrahim diwaktu umurnya dalam 60an terpaksa bertarung di mahkamah yang meletihkan dan berbagai isu sensasi yang beliau perlu jawab. Banyak wang beliau dihabiskan untuk membayar team peguambelanya. Beliau tidak dapat fokus sepenuhnya kepada memasang strategi PR menghadapi PRK, PRN dan PRU.

Bila musuh-musuh politiknya baik semasa dalam UMNO dan luar UMNO menyerangnya dan banyak lagi berita-berita sensasi yang tunggu masa untuk diletupkan maka Anwar betul-betul tercunggap. Mampukah angan-angan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pasca PRU 13 menjadi kenyataan bila di sana-sini mulai retak pakatan PR?


Walaupun majoriti kaum Cina menyokong Anwar Ibrahim menjadi PM atas sebab-sebab strategik mereka itu belum cukup kuat bila kaum Melayu dan India sudah mulai sedar...

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024