Wednesday, March 30, 2011

Apa Nazri Cakap Itu Boleh Dipraktis Di DUN Damak


Nazri kata suratkhabar Cina salah tafsir kata-katanya. Beliau maksudkan UMNO MCA ibarat perkahwinan lama, ada bergaduh tetapi tidak cerai.

Banyak suratkhabar Cina kata apa yang Nazri maksudkan MCA seperti isteri yang didera UMNO tetapi tidak mahu minta cerai.

Ekoran tersiarnya laporan itu beberapa pemimpin parti komponen BN meminta Nazri memohon maaf antaranya termasuk Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Nazri nampak kasar tapi bila WZWH fikirkan sebenarnya apa MCA dan Gerakan boleh sumbang kepada BN? Bolehkah MCA beri undi tambahan kepada BN. Bolehkah MCA kata mendapat sokongan dari orang Cina?

DAP jelas mendapat sokongan majoriti kaum Cina. Kenapa mahu pertahankan MCA jika parti itu lemah. Politik adalah peraduan untuk menang bukan kalah. BN mahu menang.

Realpolitik memerlukan sesuatu yang realistik. Jika itu kehendak majoriti kaum Cina. Nampaknya Nazri percaya MCA tidak lagi berperanan memenuhi tujuan BN kerana tidak tunjuk prestasi.

Jika UMNO mahu berkhidmat kepada rakyat dan rakyat tidak mahu MCA lagi maka UMNO perlu dengar suara rakyat. Jika UMNO mahu mempertahankan MCA lagi tetapi rakyat tidak mahu maka UMNOlah yang khianat kepada rakyat.

Dalam politik tidak ada kawan yang ada hanya kepentingan bersama. Jika kaum Cina mahu DAP maka itu realiti yang UMNO mesti terima!

Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak.

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Ternyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Daripada data PRU 12 parlimen BN hilang undi sebanyak 6511 ternyata pengundi Cina banyak telah lari kepada pembangkang. Dari peti-peti undi pengundi Cina berikut seperti SK Jerantut, SJKC Sungai Jan, Tabika Perpaduan PAKR Bandar Baru, SJKC Jeransong parlimen BN kalah. Cuma peti undi Balairaya Sungai Lekok membantu.

MCA kalau bertanding lagi dalam PRU 13 di DUN Damak akan kalah kerana PKR dan DAP boleh bergabung mengatasi undi MCA. Jika UMNO bertanding di DUN Damak pula keadaan boleh berubah. Sokongan lebih 56% pengundi Melayu akan kembali kepada UMNO dan momentum parlimen Jerantut akan mendapat lebih banyak undi.

Apa yang Nazri cakap itu boleh dipraktis di DUN Damak.

Berikut keputusan PRU 12 DUN Damak;

N10 DAMAK
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31% 
1. Datuk Lau Lee (BN) (5,674) 
2. Koh Boon Heng (Bebas) (3,295)
3. Mohd. Nor Jaafar (PKR) (5,165) 
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408






Maka BN menang DUN Damak dengan majoriti tipis 509. Pengundi Melayu ramai memberi undi kepada calon PKR Melayu. Disamping mempertahankan juga calon MCA BN.

WZWH mahu tunjukkan dimana kelemahan MCA di DUN Damak. Kita lihat peti-peti undi yang majoriti negatif:

SK Tebing Tinggi = -99
Balairaya Tebing Tinggi = -146
SK Temin = -204
SK Jerantut saluran 2 = -46
SK Bandar Jerantut = -412
Balairaya Lata Kasah = -26
SK Damak = -81
SJKC Batu Balai = -90
SM Agama Ulu Cheka saluran 2 =-39

Juga terdapat 7 peti undi yang majoriti kurang dari 50 iaitu:

SK Gintong = 11
SK Jerantut = 0
SMK Padang Saujana saluran 1 dan 2 = 39
SK Kampung Baru = 2
Dewan JKKK Kampung Som = 2
SM Agama Ulu Cheka saluran 1 = 25

Jika BN letak calon UMNO bertanding di DUN Damak, WZWH berpandangan bukan sahaja UMNO boleh menang dengan lebih majoriti di DUN Damak malah ianya juga boleh melonjak undi BN parlimen Jerantut. Sebab mudah pengundi Melayu bertindak seiring memangkah atas dan bawah parlimen dan DUN Damak.

WZWH mahu mesej ini sampai kepada PM dan MB. WZWH rasa semua ahli UMNO Bahagian Jerantut menyokong cadangan WZWH ini.

Jika MCA bertanding lagi di DUN Damak maka WZWH tidak yakin MCA dapat mempertahankan DUN Damak. Bukan saja DUN Damak nanti akan jatuh ke tangan PKR malah akan menjejaskan peluang BN menang parlimen Jerantut dan WZWH tidak mahu Pakatan Rakyat merayakan kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti di Jerantut seperti gambaran di bawah:

8 comments:

Cikgu Akan Pencen... said...

Kalau letak Melayu ke Cina ke!..PR 13 ni BN memang sakit sikit nak menang..

kalau letak MIC lagi lah ber masalah juga..tengok apa jadi dengan INTERLOK...(di'murni'kan oleh kaum india...bertolak ansurnya kerajaan)

Bahayanya politik mengikut bangsa..
Kita tengok perkhidmatan lah..kalau Lau Lee bagus atau MCA ada calun lebih baik...tak salah kita bagi lagi peluang pada mereka..
Kemudian BN kalah..PR memerintah..baru tau langit tinggi atau rendah...baru kepimpinan akan dapat menilai politik Jerantut yang indah bertari...
Tak perlu saudara WZWH mengkaji DUN DAMAK..jaga elok-elok DUN TAHAN tu..lagi huru hara...

dobit127 said...

MCA akan bermatian untuk memegang kerusi DUN Damak ini.. Kalah menang soal kedua, janji kerusi itu tetap diperuntukkan untuk mereka.
'Ala, UMNO pun kalah jugak. Gerakan lagi banyak siap satu negeri hilang. Ni yang menang, kot kena hilang kerusi.' Hujah Dato' Lau.
"Tapi Dato', Kemungkinan nak kalah besar, pilihanraya umum ke 12 aritu menang pun sebab kedua calon pembangkang tidak berpakat. Sekarng dengarnya, sudah mencapai kesepakatan. Silap haribulan kalah kit Dato'..Kata wakil UMNO Bahagian.
"Betul tu, Dato'. Kita kena bekerjasama untuk menang bukan pentingkan diri. Tengok kami walaupun calon bukan dari parti kami, kami tetap menyokong Dato'. ujar wakil MIC Bahagian.
"Tarak boleh ooo.. Itu sudah konsensus antara parti diperingkat negeri dan pusat. Semua lu orang nak pulun, apa tinggal dekat kami orang wooo...." Kata Dato" Lau mempertahankan dirinya untuk bertanding lagi...

So, apa kata anda... Ikut konsensus or ikut hujah WZWH ini....

Pembangkang juga begitu. Perebutan antara PKR dan DAP disebut2 untuk menjadi key point kemenangan BN di DUN Damak dan juga di Parlimen Jerantut.
Adakah saudara Rosdi Ahmad akan naik terus mewakili PKR atau beralah kepada DAP menerusi Cikgu Koh?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Satu pandangan analisis yang baik tentang realpolitik DUN Damak dan kesannya kepada parlimen Jerantut.

Anonymous said...

saya amat berbesar hati sekiranya calon di DUN DAMAK pada PRU 13 Nanti ada DATO SING TIONG.Beliau adalah seorang peguam dan seorang bakal pemimpin MCA yang terbaik setakat ini di jerantut.BN terus berkuasa sekiranya DATO SING TIONG menjadi Calon Di DUN DAMAK>>>

dobit127 said...

Jika naik Dato' Sing, mana nak letak Dato' Lau.... Karang, elok2 berperang dengan Cikgu Koh sorang , nanti bertambah lawan besar lagi sorang pulak...

Exco Kanan Pemuda said...

saudara dopit127..calon yang terbaik didamak adalah Dato Sing Tiong.Beliau saje adalah calon yang akan dapat pertahankan BN untuk terus berkuasa didun Damak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam EKP,
Eng Si Tiong ni lawyer peguambela pembunuh jutawan kosmetik Sosilawati tentu orang Melayu tak mahu undi dia ekekekeke..

exco kanan pemuda said...

saudara WZWH...Demi mempertahankan Bendara Barisan Nasional Di Dun Damak adalah amat baik sekiranya Dato Eng Si Tiong dijadikan wakil calon Bn di Dun Tersebut.kerana budi2 beliau telah banyak tersemai di kalangan penduduk2 di dun tersebut.banyak cerita tentang kebaikan beliau telah kedengaran di dun Damak.apalah salah kita sama2 menyokong beliau nanti.Demi BARISAN NASIONAL>

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...