Sunday, March 27, 2011

Rombowarsoto Jaman Edan (Zaman Gila) : Arab Sudah Berbunuh Sesama Sendiri, Melayu Bila Lagi?


Video seks sangat memotivasikan Anwar Ibrahim. Tengku Razaleigh kata, "kenapa kita bagi banyak peluru kepada Anwar? Memang Anwar guna video seks sebagai peluru tembak Najib dan UMNO.

Siapa RTC yang tiada integriti sebar video seks. Adakah RTC sudah bincang dulu dengan strategis UMNO atau dengan Najib? Jika RTC memandai sebar video seks maka ini strategi yang boleh merendahkan rating UMNO dan BN dikalangan rakyat.

Sangat mudah untuk melemahkan Anwar Ibrahim. Biarkan kes liwat 2 dengan isu DNA yang sudah merimaskan Anwar. Jangan peduli lagi.

Video seks kembali memanjangkan "9 lives of Anwar". Ini strategi yang paling bodoh. Maka UMNO dan BN perlu bersedia dengan retorik Anwar Ibrahim. Samada rakyat percaya atau tidak PRU 13 akan beri jawapan.

UMNO dan BN bersedialah....

Najib jangan takbur
“Dari jantan sekarang mereka cari nyonya…..jaja, upah, beli orang. Orang yang pernah dikaitkan dengan rogol, rasuah, serta ahli parlimen yang melompat dijaja menjadi tokoh baru.

“Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia, Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita.

“Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak tunggu pilihan raya umum akan datang. Jangan takabbur…..anda boleh tipu sebanyak mungkin, beli orang dengan RM1.4 juta,”

Anwar sebelum ini dilaporkan mendakwa pengakuan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks itu adalah bukti pembabitan Umno.

Menurut Anwar, politik Malaysia kini dilanda ‘rombowarsoto jaman edan’ (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin.

Maka beliau menyeru terutamanya anak muda agar menjaga maruah diri daripada terus diperalatkan Umno.

“Mereka bercakap mengenai video seks, video apa? Umno tiada orang lain…apa polis tidak tahu siapa Thamby Chik, kesnya di Melaka? “Orang ini jadi dewa bak kata orang Jawa rombowarsoto jama edan (zaman gila) kerana perogol, perasuah dijadikan pemimpin. Kita ini dijadikan penjenayah.

“Anak muda, you ada semangat, kalau firaun kecil, yang lain cicak mengkarung you boleh cincang-cincang……ada orang-orang dalam

Pemuda Umno sanggup jadi perkakas semata-mata RM50. Mana maruah kamu? Lokap paling teruk sudah saya lalui, dianggap anjing.

Nak pukul, tangkap, aib semua dah buat. Manusia jenis apa mereka ini?

“Mereka alih pandangan kita, kita bukan bodoh. Mana ada dalam sejarah bila orang sebar video lucah haa sila datang…..Star kata kena tangkap, bohong mana ada kena tangkap. Bawa sekejap lepas…..sebab dia alat pencacai Umno,” 

Apa strategi UMNO dan BN untuk menghadapi isu post-video seks Anwar Ibrahim. Nasihat WZWH kepada strategis-strategis UMNO yang suka memandai-mandai ini jika ingin buat sesuatu pendedahan sensasi melibatkan imej UMNO dan BN please bincang dan rujuk dulu dengan pemimpin tertinggi UMNO. Jangan memandai-mandai berlagak cerdik dan lebih sudu dari kuah.

Kita sudah lihat orang Arab sudah berbunuh sesama sendiri. Jika kita tidak pandai mengurus konflik sesama kita tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu pun akan berbunuh sesama sendiri!

1 comment:

FARHAN PAHANG said...

da bnyk tuduhan yg dilempar ke atas DSAI, tpi pnykng pmbngkang ckp ni smua kerja UMNO, mmng jelas smua tuduhan ke atas ANWAR bkn shaja mnjejaskan skongan rakyat kpd pmbngkng tapi turut trjejas skongn kpd BN malah kesannya mngkin lebih buruk ke atas BN, kerana ada kalangn rakyat yg mula ragu dan menuduh UMNO sbg dalang. persoalannya, jika benar UMNO adalah dalang, adakah pemimpin UMNO sebegitu bodoh utk melakukan sesuatu yg jelas mnjejaskan BN? cth, kes liwat, dulu rakyat berdemo kerana mereka percaya DSAI difitnah melakukan liwat, DSAI dipecat tapi rating BN jatuh merudum. adakah pemimpin UMNO bodoh utk menggunakan strategi ini? kalau betul, saya x tahu la nk ckp apa, tndakan ini x bijak langsung! tpi klu pmbngkang yg buat lebih rasional sbb dlm ART OF WAR, salah stu teknik perang adalah cederakan diri sndiri. tpi sy xnk tuduh sapa2,wallahualam

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...