Wednesday, March 16, 2011

Memahami Bacaan Radiasi Nuklear: Berapa Bahaya?

A
Carta bacaan radiasi nuklear.

Tahap radiasi loji nuklear Fukushima yang meletup pada mulanya 400 millisieverts (mSv) per jam. Carta bacaan radiasi nuklear di atas memberi perspektif seperti berikut:
  • Sinaran X-ray dada = 0.05 mSv
  • Sinaran X-ray perut = 0.6 mSv
  • Sinaran radiasi semulajadi dalam setahun = 2 mSv
  • Had limit pekerja industri nuklear = 20 mSv setahun
  • Mengikut World Nuclear Association, 100 mSv setahun ialah paras terendah. 
  • Terkena radiasi lebih 500 mSv boleh menurunkan paras sel darah putih.
  • Radiasi 1000 mSv menyebabkan pening dan muntah.
  • Radiasi 5000 mSv boleh membunuh separuh mangsa dalam masa sebulan.
Berpandukan bencana letupan loji nuklear Chernobyl pada tahun 1986, sesiapa yang terdedah radiasi pada paras lebih dari 350 mSv kena dipindahkan.

Jepun telah memindahkan 140,000 penduduk dari lingkungan 30km dari loji nuklear yang meletup. Rakyat dinasihat duduk diam di rumah. Zon larangan terbang dikeluarkan disekitar loji nuklear.

Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata bacaan pernah meningkat ke 1,000 mSv kemudian jatuh ke paras 600-800 mSv per jam masih dikira tidak selamat.

Pekerja membaikpulih loji nuklear tidak boleh bekerja di loji kerana bahaya kerana risiko radiasi. 150 penduduk Jepun telah disahkan terkena radiasi nuklear dan dirawat.

Persediaan sedang dibuat untuk menyembur air ke unit reaktor 4 malangnya paras radiasi yang tinggi di unit reaktor 3 menghalang kerja tersebut. Bila keadaan sesuai air akan akan disembur. Bila penyejukan sistem coolant berjalan tahap radiasi akan menurun.

Berdasarkan tahap paras radiasi sekarang penduduk Jepun selamat bila berada dilingkungan 30km dari kawasan bencana loji nuklear Fukushima.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...