Nuffnang Ads

Pages

Sunday, March 20, 2011

Ramalan Politik Pilihanraya Sarawak

KM Sarawak Taib Mahmud akan "kerja kuat" tidak mahu menghampakan DS Najib.

Isnin 21 Mac, DUN Sarawak akan dibubarkan. Perebutan 71 DUN bermula. BN mahu mengekalkan "fixed deposit". PR cuba menafikan penguasaan BN. 

PRN Sarawak penting mengukur sokongan rakyat terhadap DS Najib. Keputusan PRN Sarawak menentukan "mood" pengundi Malaysia keseluruhan.

Apa keputusan yang dijangka? 

BN Sarawak dijangka berjaya mengekalkan majoriti 2/3 pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan sebelum 24 Julai depan tetapi mungkin menghadapi persaingan sengit di kawasan bandar.

BN yang memegang 61 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan kehilangan lebih banyak kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Cina.

Terdapat 12 kerusi marginal di negeri itu yang boleh berubah kedudukannya. Berdasarkan trend pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perpindahan undi sebanyak 5 % kepada pembangkang, dijangka pembangkang akan berjaya mempertahankan kesemua 12 kerusi dan memenangi lima lagi kerusi. Jumlah itu tidak mencukupi untuk menafikan BN memperolehi majoriti 2/3.

14 kerusi itu merangkumi 10 kawasan pengundi majoriti kaum Cina, tiga kerusi majoriti pengundi Bumiputera bukan Islam dan satu kerusi majoriti pengundi Bumiputera Islam. Pembangkang memerlukan 20 % pemindahan undi untuk menguasai 36 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah.

Pembangkang tidak boleh mengurangkan majoriti 2/3 daripada BN walaupun anggota komponen seperti Parti SUPP kehilangan lebih banyak kerusi.

PBB diketuai KM Taib Mahmud dan merupakan parti tunjang bagi BN Sarawak adalah sangat kukuh. Saribas dan Ba Kelalan yang dimenangi dengan majoriti tipis mungkin dirampas oleh pembangkang sekiranya BN tidak berhati-hati tetapi ia sukar diramal.

PBB memenangi kerusi Saribas dengan hanya 94 majoriti undi manakala calon BN dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) memenangi kerusi Ba Kelalan dengan majoriti 400 undi pada pilihan raya negeri 2006.

Tidak mustahil pembangkang akan menambah bilangan kerusi tetapi tidak sehingga mengetepikan majoriti dua pertiga BN.

Empat faktor pembangkang berupaya menambah bilangan kerusi:
  • Menjalin koordinasi dan kerjasama lebih baik antara pakatan pembangkang.
  • Psysche ‘kesedaran yang tinggi di kalangan pengundi’. 
  • Isu kepimpinan negeri dan keputusan pilihan raya umum Mac 2008 ‘yang telah membuka mata sebahagian pengundi’.
  • Isu bible Al-Kitab.
Terdapat 18 kerusi dianggap kritikal, 10 kerusi hitam manakala 30 kerusi kelabu tetapi kebelakangan ini Ketua Menteri telah melakukan banyak kompromi kepada rakyat.

Kompromi itu termasuk kesemua tanah yang dibekukan di Bako sejak 30 tahun lepas mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, telah ditarik balik.

Mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak adalah satu notis awam yang menyatakan bahawa tanah mungkin diperlukan untuk tujuan awam dan menghalang pemilik tanah membangunkan tanah berkenaan.

DAP dijangka memenangi 12 daripada 15 kerusi majoriti kaum Cina. Tetapi tanpa sokongan ketara daripada Dayak atau Iban, ia tidak dapat menjejaskan kedudukan BN untuk terus memegang kuasa.

Sekiranya BN Sarawak gagal mempertahankan majoriti dua pertiga, ia akan menyebabkan BN berdepan risiko hilang 10 kerusi daripada 31 kawasan Parlimen negeri itu pada PRU akan datang.

Ini akan menjejaskan usaha BN untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Pembangkang hanya menguasai dua kawasan Parlimen di Sarawak – Bandar Kuching dan Sibu, kedua-duanya di bawah DAP.

Sarawak harus menangani beberapa isu seperti menamakan bakal pemimpin negeri untuk mengelak lebih ramai penyokong hilang terutama komuniti Cina. Komuniti Cina akan mempertimbangkan setiap undi yang diberi kepada SUPP merupakan undi yang diberi kepada Taib. Mereka kemungkinan akan memilih pembangkang sebagai ‘tanda protes’.

Rakyat di kawasan luar bandar akan terus menyokong BN. BN akan mengekalkan majoriti 2/3 tetapi pencapaiannya tidak sebaik keputusan pilihan raya 2006, melainkan terdapat hala tuju yang jelas untuk pelan peralihan kepimpinan.

3 comments:

dobit127 said...

salam..
Harapnya DUN Sarawak tiada masalah untuk terus dipegang secara majoriti mutlak oleh BN.
Walaupun didunia siber ini, isunya banyak dan sedikit sebanyak semua itu boleh menjejaskan potensi BN. Tetapi seperti biasa DS Najib akan menghantar panglima-panglima ke sana untuk meneruskan momentom kemenangan BN seperti PRK akhir-akhir ini..
Bagi kawan BN tiada masalah untuk mengekalkan Sarawak malah akan menambah lagi beberapa kerusi yang terlepas dahulu. Di Sarawak, corak politik mereka agak berlainan berbanding kita ini. Begitu juga di Sabah.
Mungkin WZWH akan memberi analisa secara mendalam dan huraian lebih lanjut tentang DUN Sarawak tanpa melupakan berita-berita Jerantut harapnya.

p.s. Tidak lama lagi Cawangan akan mula bermesyuarat. Apa kisah pemuda Jerantut yang seperti biasa saja?

WZWH said...

Salam Dobit127,
Taklimat mesyuarat pemuda UMNO Jerantut telah diadakan pada Jumaat 18 Mac oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Jerantut Sdr Zamri di Pejabat UMNO Jerantut. Lepas ini sibuklah kita pemuda UMNO Jerantut bersidang. Selamat bersidang di cawangan WZWH ucapkan kepada semua pemuda UMNO Jerantut.

dobit127 said...

Harapnya nanti jika kawan dipilih ke mesyuarat Pemuda Bahagian,bolehlah kita berjuma di sana.. Mengeteh sekali...
Kawan jarang sekali diberi peluang ke sana.. maklumlah perwakilan terhad dan corak pemilihan agak pelik... xpe. tiada rezeki......