Tuesday, March 15, 2011

The Other Side Of Mahathir's Blood: Why Mahathir Concealed?


Buku memoir Mahathir menimbulkan perdebatan dan perbincangan hangat dikalangan bloggers mengenai "I am Indian blood but a Malay".

Maka orang kata sebab itu Mahathir suka spin. Mahathir lebih Melayu dari India. Mahathir PM yang lain dari PM-PM yang lain dari latarbelakang keluarga aristokrat Melayu. Mahathir tidak ikut budaya Melayu. Macam-macam orang kata.

Lew Kuan Yew pernah mengadap Almarhum Sultan Johor menyatakan Mahathir semasa belajar di Singapura tulis dalam borang ruangan bangsa sebagai India Muslim!

WZWH tidak faham mengapa Mahathir berasa "inferiority complex". Mahathir berasa beliau tidak ada darah aristokratik Melayu menyebabkan beliau rasa rebellious.

Atau Mahathir sengaja tidak mahu mendedahkan darah aristokrasinya. Atau beliau memang ignorant dengan sejarah keluarganya.

WZWH ingin dedahkan the other side of Mahathir's blood : Why Mahathir concealed?

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak.

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mengesahkan salasilah keturunan Wan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah.

Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd. Yusof, menjelaskan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim.

Menurutnya, Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.

Semasa hukuman dijalankan, petanda yang ditugas menikam telah tertikam buah dada Mahsuri lantas mengalirkan air susunya.

“Pada masa kejadian, Mahsuri baru dua bulan melahirkan Wan Hakim hasil perkongsian hidupnya dengan Wan Derus.

“Oleh kerana itu orang mengatakan Mahsuri keramat, kerana melihat darah yang mengalir berwarna putih. Tapi yang dilihat itu adalah air susunya,” kata Wan Shamsuddin lagi.

Semasa sedang nazak itulah Mahsuri berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk kepada orang yang memfitnahnya.

“Ya Allah, ya Tuhanku, tunjukkanlah kekuasaan-Mu. Jadikanlah Langkawi ini huru-hara selama tujuh keturunan, disebabkanangkara fitnah mereka,” rintih Mahsuri dalam doanya. Sebaik melafaz dua kalimah syahadah, dia pun menghembuskan nafas akhir.

Selepas kematian Mahsuri, Wan Derus membawa Wan Hakim meninggalkan Langkawi kerana ada khabar mengatakan, kedua-duanya sedang dicari oleh Karma Wijaya. Dari Langkawi, Wan Derus menyusur pantai dan tiba di sebuah perkampungan Melayu di Phuket, Thailand. Dia diterima baik oleh orang-orang pulau itu lalu menetaplah kedua-dua beranak itu di Kampung Kemala.

Wan Hakim kemudian berkahwin dengan gadis kampung tempat dia membesar. Keturunan beliaulah yang berkembang biak sampai sekarang.

Menurut Wan Shamsuddin lagi, antara keturunan Mahsuri di Kedah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Ibunya Wan Tempawan Wan Hanafi daripada keluarga Wan Su, keturunan Datuk Temenggong Kulut salah seorang cucu-cicit Mahsuri dari Bukit Lada.

“Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak memakai gelaran Wan di pangkal nama kerana ibunya Wan Tempawan berkahwin dengan Mohamad Iskandar yang bukan dari kalangan Wan,” katanya.

Begitu juga dengan penderma hati, Wan Mohd. Hafizam. Dia adalah keturunan Mahsuri dari Changloon. Sementara Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah keturunan Mahsuri di Langkawi.

Wan Shamsuddin yang juga merupakan tokoh sejarah Kedah, bangga apabila nama Wan diabadikan di beberapa batang jalan di Kedah. Antaranya, Jalan Pasar Seberang Perak di Alor Setar telah diubah kepada Jalan Wan Mat Saman, mengambil sempena pembina terusan terkenal di Kedah.

Begitu juga pada sebuah bulatan yang dinamakan Teluk Wan Jah. Beliau keturunan Mahsuri dari Pattani yang dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid.

“Bukan kita nak mendewa-dewakan keturunan Wan tetapi bertujuan untuk mengeratkan dan menghimpun serta menjalin tali silaturrahim serta mengembangkan sejarah.” katanya lagi.

Menurutnya sehingga kini kira-kira 10,000 hingga 15,000 keturunan Wan tinggal berselerak di kampung-kampung dan Bandar seluruh Kedah termasuk negeri bersempadan seperti Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

“Keturunan Wan di Perak dan Wan Kedah adalah serumpun dan mempunyai pertalian darah selepas peristiwa Kedah menyerang Perak angkara dipaksa oleh pihak Siam,” katanya.

Apabila sampai di Kuala Kangsar pertempuran sengit meletus. Perak berjaya ditakluk oleh Kedah. Bagaimanapun akhirnya Kedah dan Perak berdamai selepas begitu ramai askar Kedah jatuh hati dengan gadis-gadis Perak.

“Maka lahirlah keturunan Wan di Perak. Jadi Wan di Perak memang mempunyai pertalian rapat dengan Wan di Kedah,” katanya.

Bagaimanapun menurut Wan Shamsuddin, keturunan Wan Di Kedah tiada kaitan dengan Wan di Kelantan. Ini kerana keturunan Wan di Kelantan adalah golongan bangsawan atau keturunan diraja yang memerintah negeri itu. Ia bukan dari keturunan Mahsuri,” katanya.

Wan Shamsuddin juga menyatakan, Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah sekarang, merupakan sultan ketujuh yang memerintah. Begitu juga keturunan Mahsuri sudah sampai kepada tujuh keturunan.

“Sumpahan Mahsuri telah berakhir. Tetapi, keturunan sebelah Datuk Karma Jaya, yang menjatuhkan hukuman ke atas Mahsuri sudah pupus dan tidak diketahui lagi waris-warisnya,” kata Wan Shamsuddin.

Beliau juga mengatakan hingga ke hari ini dia belum dapat mengetahui siapa sebenarnya Datuk Karma Jaya yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Mahsuri.

“Sesiapa jua yang memerintah Langkawi zaman itu diberikan gelaran Datuk Karma Jaya,” katanya.

Sebab itulah sehingga hari ini Persatuan Sejarah Kedah meminta kerajaan Kedah memansuhkan gelaran itu.

“Nama itu tidak patut dikekalkan. Sejarah telah membuktikan angkara orang yang memakai gelaran itulah yang menghuru-harakan negeri Kedah,” kata Wan Shamsuddin lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Jadi posting ni nk cerita kehebatan keluarga wan la? sudah la wzwh, sedang mana sgt ke intelek awk tu?

Anonymous said...

Apa Anon 2:45 marah sangat kat WZWH. Kenapa tidak komen context posting? Kenapa komen peribadi WZWH? Anon ada masalah personal dengan WZWH ke?

dobit127 said...

salam..
Tahniah kepada penulis blog kerana mededahkan salasilah Dr M..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...