Thursday, March 10, 2011

"Perang Persepsi" Bakal Mengagalkan Pakatan Rakyat Ke Putrajaya


Di Malaysia persepsi politik mempengaruhi sebahagian rakyat mengundi parti-parti tertentu dalam PRU. Begitulah penting persepsi. BN dan PR sedang belajar bagaimana mengurus persepsi politik.

Parti DAP dan PAS tidak kuat sebelum ini. Selalu kalah dalam PRU dan PRK. Anwar Ibrahim melahirkan PKR. Anwar bina persepsi politik baru maka PKR nampak kuat seketika. PRU 1999 persepsi "mata lebam" mempengaruhi pola pengundi. Mahathir cukup ingat ini.

Bila Anwar dibebaskan semasa era Abdullah Badawi, Anwar membina kembali persepsi baru. DAP tidak boleh berkerjasama dengan PAS sebelum ini namun Anwar menjadi orang tengah dan pemudahcara. Hasilnya PRU 12 BN gagal dapat 2/3 dan kehilangan 5 negeri. Begitu kuatnya pengaruh persepsi. Itu yang Mahathir belajar.

Maka Mahathir yang berumur 85 tahun, 22 tahun berpengalaman PM Malaysia, tokoh serantau dan dunia membangun dan Islam membalas balik persepsi baru Anwar. Pendeta bijaksana berkata mata pena lebih tajam dari mata pedang.

Mahathir telah memulakan "perang persepsi" ke atas Anwar.

Dakwaan terbaru Mahathir mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim menerusi memoirnya menolak PR ke dalam “perang persepsi” mengenai kewibawaannya selaku perdana menteri sedang menanti.

Malah pemimpin-pemimpin PR juga berkata mereka kini perlu bekerja keras untuk menangkis dakwaan bekas perdana menteri yang digariskan dalam autobiografinya, yang dipasarkan sejak kelmarin.

Mahathir menulis bahawa Anwar dibekalkan dengan empat wanita untuk tujuan seks dan pada masa yang sama bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah menafikan aktiviti liwatnya sebelum dipecat pada September 1998.

Kelmarin, Anwar membidas : "Mahathir pembohong besar.” Anwar menafikan tuduhan sex dengan empat wanita.

Masih diselubungi dengan kekalahan dalam dua PRK serentak di Kerdau dan Merlimau Ahad lalu dengan peningkatan majoriti kepada BN, PR kini mempunyai tugas baru iaitu perlu berhadapan dengan tamparan terbaru daripada Mahathir ke atas perikatan berusia tiga tahun ini.

“Itu sebabnya beliau lakukan ini. Hanya mahu menambah dakwaan terhadap Anwar, cuba memasukkan satu lagi paku ke atas keranda,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad.

“Mahathir tahu bahawa Anwar adalah pengikat dalam PR. Dengan menyerang Anwar dan memusnahkan beliau, ia serupa dengan tindakan memusnahkan PR,” kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua manakala BN pula menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai sudah tidak relevan lagi selepas kekalahan berganda di Kerdau dan Merlimau.

“Mahathir sangat berpengaruh dan apa yang dikatakan oleh beliau sangat berpengaruh. Kita telah menyaksikan bagaimana beliau telah menyerang penggantinya Abdullah Badawi dan kesannya ke atas BN.

“Cerita-cerita beliau hari ini akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat dan membawa imej negatif mengenai Anwar tidak lama lagi, kami dalam perang persepsi sekarang,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

“Beliau cuba untuk memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin Islam dengan dakwaan mengenai salah laku seks. Memang jelas ini adalah isu-isu sensitif bagi orang Melayu,” kata Khalid.

Kedua-dua Loke dan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, walaupun kekurangan bukti, ramai akan menelan kata-kata Mahathir.

“Oleh kerana ia datang daripada beliau, ia sudah pasti akan mencetuskan satu persepsi, sama ada benar atau tidak. Persepsi sangat penting dalam politik,” kata Loke.

“Sesetengah akan berfikir oleh kerana Mahathir yang mengatakan begitu, ia pastinya benar,” kata Khalid merujuk kepada dakwaan bekas presiden Umno itu dalam bukunya bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan-dakwaan Mahathir akan membawa kesan ke atas pengundi dan penyokong atas pagar yang masih belum membuat keputusan sama ada Anwar ada melakukan perbuatan sedemikian.

Ahli Parlimen Machang itu berkata sasaran utama adalah mereka yang berusia antara 21 dan 25 tahun, yang masih muda apabila Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS juga bersetuju pengaruh politik  Mahathir dan “perkataan-perkataan tajamnya” kemungkinan akan memberi impak ke atas pembaca meskipun kekurangan bukti.

“Biasanya, orang ramai akan terima isu-isu sensasi,” katanya lagi.

“Ramai tidak kisah sama ada cerita-cerita itu benar atau tidak dan penulis-penulis seperti Mahathir mempunyai impak ke atas pembaca,”

Katanya, PR perlu menerimanya sebagai “perang persepsi” menghadapi BN meskipun ia pertarungan yang tidak adil ketika kerajaan terus mengawal akses kepada media.

WZWH boleh menjangkakan dalam masa dua tahun dari sekarang hingga PRU 13, Anwar Ibrahim dan PKR serta PAS dan DAP akan buang masa dan sibuk menepis persepsi negatif Anwar. PAS dan DAP akan menghadapi dilema politik.

Tokoh politik semacam Mahathir bila beliau berkata boleh mempengaruhi rakyat, orang Melayu dan pengundi atas pagar. Walaupun PR kata buku memoir itu bohong namun bak kata orang Jerantut selama ini rakyat percaya "pungkar Anwar" kini rakyat mahu dengar "pungkar Mahathir" pula.

Mesej Mahathir jelas: "mentor politik saya ialah Tun Razak". Rakyat faham apa yang Mahathir mahu pesan. Sokonglah DS Najib sebagai PM dan kerajaan Malaysia dalam PRU 13 nanti.

WZWH percaya "Perang Persepsi" Mahathir dan Anwar ini bakal mengagalkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

13 comments:

Anonymous said...

jika betul ramai yg percaya kata2 mahathir, bermakna masih ramai yg bodoh dlm malaysia ni apabila mempercayai sesuatu perkara tanpa asas dan bukti yg kukuh..

bermakna satu lagi kejayaan mahathir dan kerajaan BN dlm mewujudkan rakyat yg bodoh...tahniah BN

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:55,
Mahathir dan BN yang buat rakyat Malaysia bodoh telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun tapi Anwar dan PR yang ideal, adil, tersangat cerdik, berwawasan, demokrasi, bersih gagal memikat rakyat bodoh Malaysia ke Putrajaya. Tahniah, Syabas dan berusaha lebih gigih lagi PR. PR parti paling cerdik dan bergeliga dalam dunia.

Anonymous said...

ada tak kau orang persoal kenapa.mahadir masih bising ?
dah besara tu.berehat lah
so kenapa mahadir masih hingak kata orang kedah.
al maklum lah.ini kerana musuh dia no 1masih ligat dalam politik.sebut nama anuar ibrahim ja.mahadir dah fobia.dia takut pembangkang menang dan mahadir serta anak anak dia tak akan selamat.ramaln juga sebab dia bising pun kerana anaknya belum di kedudukan yang selamat dalam politik.
sebolehnya lepas najib.anaknya mokhris jadi Perdana Menteri.apa yang aku takut sekarang Rosmah masuk tanding dan menang.silap silap Rosmah jadi PM selepas najib.haru kalau lagu tu.sebab apa mahadir sokong perkasa ? sebab apa pula pak brahim beria ria nak tubuh perkasa dan jemput mahadir join sekali.apa motif pak brahim pula tubuh perkasa.ha sedangkan dah banyakngo untuk melayu.nak buat apa lagi perkasa ,dok jadi pening kepala orang mlayu.Perkeda pun ngo juga.Perkeda dah lama tertubuh dan besar pula tu di Malaysia.pasal nak pilihan raya lah pru 13.mana aku nak pi tanding pru 13 ni.atas tiket apa.Pas dah takmau aku.Keadailan lagilah.Kita.tak mau aku tak sebulu dengan zaid.Kalau aku tak baik dengan BN atas pertubuhan ni.susah lah aku nak tanding kat pasir mas.setiausaha BN kata nak letak calon di pasir mas pru 13..ha ha ha.parah ni.ini semua politik.Politik ibarat macam kepa taik.masa nakkeluar keras.tapi bila dah keluar lembik.macam tu juga macam politik.masa nak bertanding .wah cakap bedekor dekor.bila dah menag.batang hidung pun tak nampak.tu lah yang kita kata melayu mudah lupa.melayu nyanyok pun ramai.kita kena buat persatuan melayu nyanyok.pengerusi nya Tun Mahadir.la ni dia dok sibuk lagi.dok hantam Anuar.rakyat buat tak tau ja.tapi dia pula mula sibuk.kalau pencen buat kerja orang pencen lah.pi masjid.buat amal.kata orang buah nyok dah nak luruh.dosa dah banyak.buat amalminta ampun kat tuhan.dan minta ampun kat orang yang kita buat naya dulu...sampai tua pun odoh aku pun naik pening

FARHAN PAHANG said...

BEGITU JUGA ANUAR IBRAHIM DAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, USIA MEREKA DAH LANJUT, BERSARA SAHAJALAH DARIPADA ARENA POLITIK, TUN M DAH BERSARA TAPI MASIH BUKA MULUT, TUAN GURU NIK AZIZ, DAH LA BELUM BERSARA DAN BERTERUSAN PULA NAK BUKA MULUT.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Ada peribahasa Melayu baru mengambarkan politik semasa: "Seperti Lew Kuan Yew dan Mahathir buat buku" maksudnya LKW dan M buat buku untuk tatapan generasi baru dan pemimpin masa depan Singapura dan Malaysia buat renungan dan pengajaran serta iktibar bagi membina masa depan. It is the fact that LKW dan M are the best leaders so far in South East Asia in managing their respective countries.

Anonymous said...

bukankah saya kata, JIKA RAKYAT MASIH PERCAYA DENGAN OMONGAN TANPA BUKTI DAN ASAS DARI MAHATHIR, bermakna memang benarlah rakyat masih bodoh untuk menilai kebenaran....

dan memang saya akui mahathir itu berpengaruh...dan dia menggunakan pengaruhnya untuk membodohkan rakyat dengan membawa sesuatu tanpa asas dan bukti....bukan saya yg kata, tapi saudara yg kata...

so tahniah, kerana memperakui mahathir dan BN membodohkan rakyat selama mereka berkuasa..
sekali lagi,
tahniah

Anonymous said...

Anon 11:50 lebih cerdik dari Mahathir. Anon juga sangat percaya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mencerdikkan rakyat Malaysia selama ini yang bodoh sejak zaman BN memerintah, mungkin Pakatan Rakyat terbaik lebih baik dari Empayar Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Syabas dan tahniah menyokong Anwar ibrahim pemimpin terbaik Islam yang terpuji yang "tidak meliwat" selepas Nabi Muhammad SAW!

Anonymous said...

anon 1150 pendapat untuk sedap diri sendiri jer. Ko merapu macam org tersampuk jembalang. Ko tak fikir masa depan kaum keluarga keterunan. Jika M'sia tgadai oleh ahli2 penyokong pengikut fucktan lebih2 lagi kemajuan M'sia terpancar di kaca mata dunia atas kebijaksanaan Tun Dr M. Anwar apa kemajuan dia buat. Mengkayakan kroni, menjual maruah diri di serata dunia. Tak mengaku meliwat tapi mencanang kebodohan diri sendiri dengan meminta portolongan perlindungan peribadi.

Anonymous said...

janganla marah...aku mengulas apa yg si blogger ni tulis ja....
terbukti kan dr apa yg dia tulis rakyat DIBODOHKAN MAHATHIR DAN BN bagi mempercayai setiap kata2 mahathir even x da bukti yg sah...
bukan aku kata, blogger ni yg kata

ke yg marah ni perasan yg korg dah dibodohkan oleh mahathir n BN??
hehe

jgn mara ek, lagi mara lg nampak bodo...hahak

Anonymous said...

Jadi ko tinggal di M'sia selama ini bodoh macam keldailah anon 10 11 4.30

dobit127 said...

inilah rakyat bila berbicara pasal politik.. Masing-masing beria menegak pendirian masing-masing menerusi pendapat yang diberikan.
Bagi kawan, ok lah kalau hendak menyokong mana-mana tetapi bila nak keluarkan pendapat, tulislah secara berhemah dan lebih elok sekali dengan sumber bukti. Barulah para pembaca boleh menilai tentang apa yang dibahaskan.. jika bersesuaian, mungkin hujah anda menjadi faktor pertukaran undi. manalah tahu...

Anonymous said...

yg percaya bodoh la...yg x percaya mcm mana bleh jd bodoh plak...
hahak

bukan aku yg cakap ek...hahak

akim said...

bila aku ikuti perdebatan ni, aku putuskan yang Anon adalah BODOH orangnya. nak tau kenapa diputuskan begitu...nanti aku bagi tau selanjutnya...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...