Nuffnang Ads

Pages

Sunday, March 20, 2011

Berat Hati MB Pahang "Melepaskan" Anak Daranya Kepada Orang!















Pada 19 dan 20 Mac 2011 berlansung majlis perkahwinan anak perempuan MB Pahang, Yang Azizah DSD Adnan dengan pasangannya Faiz di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Majlis 19 Mac malam untuk jamuan kepada Sultan, PM, Pegawai Tinggi kerajaan, Dato'-dato' korporat dan VVIP lain.

Majlis 20 Mac untuk jamuan diberi kepada rakyat dan pemimpin UMNO. Kalau ikut DSD Adnan Yaakob mahu beliau mahu buat 6 jamuan untuk panggil semua semua orang hadir namun kakitangan yang bekerja tidak mampu.

Ini belum lagi dikira untuk orang Bentong termasuk DUN MB sendiri Pelangai.

















Tema majlis berkonsepkan taman hutan dengan bunyi burung berkicauan. Perhatikan pengantin bersanding di tetingkap seperti filem P. Ramlee ketika aksi Ibrahim Pendek keluar dari tingkap.

Selain di dalam dewan juga di luar dewan disediakan jamuan makan. Ramai rakyat yang datang. Semua EXCO dan wakil rakyat Pahang boleh dikatakan semua hadir.

Dalam ucapan MB Pahang, beliau mengucapkan terima kasih kepada para hadirin, Beliau meminta maaf jika sekiranya majlis kahwin anaknya tidak seadanya, makanan tidak sedap, atau tempat duduk tidak selesa di luar.

Beliau menceritakan pengalaman menikahkan anaknya yang kedua dan perempuan itu. Beliau rasa kempen PRK Kerdau tidaklah serumit majlis pernikahan anaknya. Yang beliau pening ialah bab menjemput orang. pasti ada yang tertinggal.

Dalam ucapan itu juga beliau menasihatkan anak dan menantunya perihal kehidupan berumahtangga. Bagaimana anak menjaga kedua ibubapa bila mereka sudah tua. MB Pahang suka berceloteh bab-bab ini.

Ada satu cerita yang buat WZWH gelak, DSD Adnan Yaakob berkata,"kita susah-susah jaga anak perempuan kita alih-alih kena beri dan lepaskan pada orang pulak! Nampaknya berat hati MB Pahang "melepaskan" anak daranya kepada orang!

Bila WZWH fikirkan bila kita menjadi bapa dan anak perempuan kita sudah besar dan sampai masa disunting orang maka kita pun akan berfikir seperti DSD Adnan Yaakob juga dengan harapan semoga anak perempuan kita hidup bahagia kekal berumahtangga dengan si suami.















Seperti biasa MB Pahang bila moodnya happy beliau suka menyanyi. DSD Adnan Yaakob menyanyikan beberapa lagu. MB Pahang ini hobinya suka dengar lagu-lagu lama genre langgam! Maka lagu-lagu tahun 1940an dan 1950an menjadi kesukaan beliau. WZWH kira ini klasik FM la!

No comments: