Thursday, March 24, 2011

Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling: MB Pahang Membantu


Dalam posting WZWH yang lepas bertajuk "Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling" ada menceritakan kesusahan dan kepayahan hilir mudik Sungai Tembeling merempuh jeram-jeram yang ganas hingga menyebabkan perahu panjang karam dan kematian.

Seorang penduduk Ulu Tembeling yang bernama Wan Zahari dari Kampung Bukit Mat Daling telah karam perahu panjangnya di Jeram. Bot beliau mengalami kerosakan teruk dan enjin sangkutnya rosak.

Beliau telah meminta bantuan dari MB Pahang melalui ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak. Alhamdulillah, MB Pahang berkenan meluluskan peruntukan bagi mengantikan enjin sangkut berkuasakuda 40 dengan nilai lebih RM10,000.


MB Pahang, DSD Adnan Yaakob sangat perihatin kepada penderitaan dan azab orang Ulu Tembeling. Diharap dengan bantuan dari MB ini boleh meringan beban kewangan Wan Zahari untuk meneruskan urusan hilir mudik Sungai Tembeling.

WZWH "publish" kembali posting tersebut...

Posting blog Urag Drrulug bertajuk "Menyabung Nyawa Di Pedalaman" memberi lapuran sebuah bot perahu panjang Tembeling telah karam dan terbalik semasa meredah Jeram Panjang mudik Sungai Tembeling 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Berita ini begitu menyentuh hati WZWH

Memang Jeram Panjang tempat lokasi selalunya berlaku bot penumpang Ulu Tembeling selalu karam. Sejarah bot karam di Jeram Panjang adalah penderitaan orang Ulu Tembeling kerana sungai yang terpaksa puluhan jeram diredahi kerana tiada kemudahan jalan raya moden dari Kuala Tahan ke Kampung-kampung Ulu Tembeling.

WZWH mula-mula tahu berita malang ini bila menziarahi ayah saudara WZWH, Wan Hamidon bin Wan Ahmad di bandar Jerantut pada malam Hari Raya Pertama. Mangsa yang terlibat ialah ayah saudara sepupu WZWH, Wan Zahari dari Kampung Mat Daling. Isteri Wan Zahari ialah emak saudara benar WZWH, Wan Maziah binti Wan Ahmad.

WZWH diberitahu terdapat 21 orang kanak-kanak dan orang tua di dalam bot ketika kejadian. Ayah Zahari dikatakan mudik salah alur lalu terlanggar batu membuatkan bot melintangi Jeram Panjang. Dan tiada seorang luan (orang di depan bot sekali yang ada galah panjang meninjau dan mengenalpasti alur) maka Ayah Zahari tersilap alur. Terjahan air jeram lalu membuat bot karam dan terbalik.

Mengikut cerita beberapa orang penyelamat, mereka menjumpai 12 orang kanak-kanak bergayut di bawah atap zink. Lantas penyelamat menyelamatkan mereka. WZWH bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini.

Sejarah bot orang Ulu Tembeling karam di jeram-jeram sepanjang yang WZWH tahu tidak melibatkan kematian jiwa kecuali kemalangan bot karam di Jeram Ampai, Tembeling Tengah dan di Kuala Tembeling sahaja.

Masalah jeram ialah bila air surut ada banyak batu-batu timbul manakala bila air besar maka ombak besar dan alur pun berubah. Kalau air bah sangat besar mungin boleh berlaku olak jeram yang baru dengan ombak besar terutama di tempat yang ada banyak batu besar-besar. WZWH pernah mengalaminya sendiri ketika mudik masa air bah 1983 lalu terpaksa menempuh olak jeram baru dekat Kampung Pagi.

Bila bot karam maka amat malang kerana tuan punya bot kehilangan bot dan enjin bot. Harga enjin bot berkuasa kuda 40 ialah RM10,000 ke atas. Harga bot perahu panjang Tembeling berharga antara RM10,000 hingga RM15,000. Jika ada duit simpanan, pengusaha bot boleh bila-bila beli enjin tetapi masalah hendak menempah bot baru kerana tukang-tukang bot perahu panjang sudah berkurangan, bekalan kayu cengal untuk buat bot sangat susah dan payah dan tiada kayu lagi. Tempahan bot perahu panjang Tembeling boleh ambil masa dari 6 bulan ke setahun lebih.

WZWH amat faham kekecewaan blogger Urag Drrulug kerana tiada kemudahan jalan raya moden ke Ulu Tembeling. Ini buat Urag Drrulug kritik dan menyalahkan pemimpin. WZWH harap Urag Drrulug bersabar. Projek jalan raya Ulu Tembeling telah bermula fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi sejal April 2010 lalu, seterusnya fasa ke dua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya fasa ke tiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling. Insyallah, WZWH percaya Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta ini akan siap dengan sempurna dalam masa 5 tahun lagi.

1 comment:

Anonymous said...

tipu la harga bot sampai 15000.....bot ngn perahu yg karam 2 pun milik belia kg mat daling...xbaik makan sorang woi/\.....makan harta rakyat namnye2.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...