Thursday, January 31, 2013

Calon Parlimen Jerantut : Tengku Azlan Undur Diri Beri Peluang Calon Muda Berwibawa



















YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut mahu undur diri. Beliau konsisten bila dua kali menghebah kepada media hasratnya.

Beliau mahu undur diri beri peluang kepada orang muda Jerantut yang berwibawa dan komited mengalas tanggungjawab ahli parlimen Jerantut.

Parlimen Jerantut keluasannya 6 kali Singapura memerlukan ahli parlimen yang boleh membangunkan    Jerantut kalau tidak boleh menyaingi Singapura pun ikut majulah Jerantut pun tidak apa.

WZWH telah memujuk Tengku Azlan secara peribadi tapi beliau tetap dengan keputusannya. Cara berfikir dan bertindak hari ini sudah berubah...



















Dalam meeting yang terakhir pun, Tengku Azlan meluahkan perasaannya, "bukan saya yang bertanding parlimen Jerantut kali ini".

Ini keputusan muktamad. Cakap anak raja mesti dipegang. Maka inilah tema posting WZWH kali ini: Calon Parlimen Jerantut Tengku Azlan undur diri beri peluang kepada calon muda yang berwibawa.

Bererti kita semua lah 68,000 pengundi Jerantut yang bertanding!



















Ini membuatkan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan Dato' Dr Shukri ADUN Pulau Tawar berpadu tenaga dan usaha bekerja lebih kuat pada PRU 13 nanti kerana mahu memenangkan parlimen Jerantut.

Kemenangan parlimen Jerantut sangat perlu bagi menjamin mandat rakyat diberi sepenuhnya kepada DS Najib bagi menyambung tugas PM. Kalah bererti bukan DS Najib yang kalah, kita semua orang Jerantut dan Pahang kalah.



















Kerjasama dengan sesama komponen BN Jerantut perlu dierat, diperkemas, disusun dengan layout yang menarik pengundi. Dato' Lau Lee, ADUN Damak mengerakkan MCA dan komuniti Cina, MIC mengerakkan komuniti India, Gerakan , Kimma dll turut terlibat.



















Barisan AJK UMNO Bahagian Jerantut kali ini terpaksa mengembelingkan sehabis usaha bagi memastikan BN menang PRU 13 parlimen Jerantut. Kerjasama erat dan mesra adalah kunci kejayaan teamwork.



















Pemuda UMNO Jerantut perlu perkasa, agresif, ke depan memancing undi golongan muda yang merupakan pengundi majoriti itu trend politik negara kini.



Wanita dan Puteri UMNO Jerantut adalah tulang belakang BN. Tugas merayu undi Jalinan Rakyat Wanita dan Puteri mengenalpasti pengundi di setiap PDM adalah sangat penting memenangkan parti.



















Laungan 1Malaysia adalah asas yang menyatukan kita semua orang Jerantut, Pahang dan negara. Kenapa kita perlu bekerja kuat memastikan kemenangan BN Jerantut PRU 13 adalah kerana kita semua yang bertanding sebenarnya......

Calon-Calon DUN Pulau Tawar The All Dr Shukri Men!



















Mohd Aidil Mohd Zain (bersongkok) AJK UMNO Bahagian Jerantut telah disebut-sebut oleh Blog Parlimen 81 bertanding di DUN Pulau Tawar sila klik sini.

Dato' Dr Shukri menyatakan samada beliau berundur dari DUN Pulau Tawar atau naik pangkat bertanding parlimen Jerantut, beliau lebih suka orang-orang beliau menjadi calon DUN Pulau Tawar.

Selain Mohd Aidil Mohd Zain ada seorang lagi orang Dr Shukri yang juga disebut iaitu Dato' Zukarmi Abu Bakar, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut.


Dato' Zukarmi Abu Bakar juga calon potensi DUN Pulau Tawar.

Mohd Aidil Mohd Zain seorang juruteknik Celcom di Kuantan, merupakan anak jati Kampung Pulau Tawar dan sudah lama bergiat dalam politik dari kilang Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Zukarmi dulu bekerja di LKWJ yang sekarang ini diswastakan menjadi Syarikat Jengka. Beliau adalah anak kepada mantan ADUN Pulau Tawar Allahyarham Cikgu Bakar.

Terdapat seorang lagi calon yang juga berpengalaman luas dan seorang anak peneroka Felda Sungai Tekam iaitu Dato' Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut.



















Dato' Nazri Ngah (memegang songkok) dulu pernah menjawat Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar.

Ini lah calon-calon DUN Pulau Tawar PRU 13 nanti...

WZWH suka mengingatkan terdapat 4000 pengundi muda 'first time voter'. Apakah langkah dan strategi yang perlu diambil oleh calon-calon ini untuk memenangi DUN Pulau Tawar?

Kelebihan majoriti 3000 undi DUN Pulau Tawar pada PRU 12 akan mengecil atau mungkin tewas pada PRU 13 jika 4000 pengundi muda ini tidak dikenalpasti dan diurus dengan berhemah.

WZWH belum nampak lagi apa-apa gerakan proaktif yang komprehensif untuk menawan hati pengundi muda DUN Pulau Tawar kecuali siri kempen parlimen Jerantut PRU 13 sudah bermula baru-baru ini.

DUN Pulau Tawar itu sebenarnya... lebih kronik dari DUN Tahan!

Calon-Calon DUN Tahan The All Wan Amizan Men!



















Wan Halim bin Wan Omar bertopi merah duduk sebaris dengan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

Ada komen dalam blog WZWH seperti berikut:

Anonymous said...

Salam 1Malaysia WZWH.
Penduduk Lembah Tembeling mohon jasa blogger seperti WZWH agar menulis pula tentang bakal calon DUN Tahan iaitu Wan Halim yang mula disenangi oleh penduduk Lembah Tembeling setelah wujudnya KAWAT yang kini ahlinya sudah mencecah 3000 orang terdiri dari orang lama dan anak muda.
Terima kasih.

Pada mulanya WZWH tidak mahu menulis pasal calon DUN Tahan kerana tidak mahu pembaca blog WZWH menganggap penulisan posting itu bersifat bias kerana WZWH ada banyak kepentingan dalam DUN Tahan.

Tapi bila orang DUN Tahan sendiri request minta WZWH sebagai blogger Jerantut yang berasal dari DUN Tahan (sepanjang Sungai Tembeling melibatkan kampung-kampung baik di Ulu Tembeling, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling).

Serta tambahan pula 90% penulisan posting WZWH berkisar kepada pembangunan DUN Tahan maka   adalah tidak elok jika WZWH tidak melayan permintaan tersebut.

WZWH hanya akan menulis mengenai calon yang diminta iaitu Wan Halim. Ada lagi 10 calon yang layak yang majoritinya adalah 'the all Wan Amizan men' dan hanya dua calon dari luar DUN Tahan.

WZWH tidak mahu menonjolkan nama-nama lain atas alasan privasi...WZWH akan menulis secara akademik dan seobjektif yang boleh.

Wan Halim bin Wan Omar adalah sedara rapat WZWH. Oleh kerana beliau berasal dari Kampung Mat Daling yang boleh dikatakan 99% adalah keluarga WZWH yang bercampuraduk sesama mereka menyebabkan WZWH kadang-kadang panggil abang, kadang-kadang panggil ayah sedara.

Wan Halim aktif berpolitik di UMNO Bahagian Pekan. Memegang jawatan Biro @ AJK UMNO Bahagian. Dulu seorang juruteknik sebuah jabatan kerajaan sekarang seorang kontraktor.

Penubuhan KAWAT sebuah NGO mengumpul orang Tembeling adalah usaha beliau yang setakat ini telah berjaya mengumpul 3000 orang. Sasarannya ialah 10,000 orang.

Wan Halim banyak mengadakan program-program kemasyarakatan di DUN Tahan seperti aktiviti di Masjid dan riadah orang muda- bola sepak terutamanya. Banyak program sudah dilaksanakan. Memang orang DUN Tahan selalu menyebut namanya.

Wan Halim sudah melabur lebih RM100,000 setakat hari ini. WZWH selalu mengingatkan Wan Halim yang kebiasaannya UMNO Bahagian Jerantut dan sayap-sayap parti diberi keutamaan untuk dipilih menjadi calon di parlimen dan DUN di Jerantut.

Wan Halim tidak kisah dan sedar itu semua. Apa yang beliau lakukan adalah berusaha. Soal dapat atau tidak itu adalah ketentuan ilahi dan tidak penting.

Beliau dan NGO KAWAT tetap menyokong siapa saja calon yang AKHIRNYA nanti dipilih oleh pucuk pimpinan. 

WZWH percaya pada akhir pemilihan DS Najib dan DSD Adnan Yaakob akan bertanya kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan siapa dia calon yang terbaik untuk DUN Tahan. 

Dato' Wan Amizan sebagai ADUN Tahan yang set the standards so high juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Selain Wan Halim ada lagi beberapa calon yang kuat bekerja untuk DUN Tahan. Ada yang sudah bekerja 5 tahun dulu dan ada juga yang bekerja last minit 3 bulan dulu.

Terserah kepada pucuk pimpinan untuk memilih. Ada kemungkinan Istana akan turut campur kerana DUN Tahan adalah DUN eksklusif!

Ada fakta yang penting terdapat dua kawasan Felda dalam DUN Tahan yang merupakan 'vote bank' terbesar. Tetapi sayang tidak ada anak-anak peneroka yang menonjol dalam politik DUN Tahan.

Kepada calon-calon dari luar yang berminat dan berhajat...WZWH berpendapat jika dari DUN Tahan sendiri ada lapan calon yang hebat bersaing sesama sendiri apatah lagi calon-calon dari luar DUN Tahan mahu bertanding maka tepuk dada tanya selera....

Itulah sedikit coretan WZWH mengenai DUN Tahan yang eksklusif...



















Foto terbaru WZWH bersama jentera, dibelakang; Tok Penghulu Zul dan Tok Penghulu Wan Ahmad Saifuddin mudik Sungai Tembeling...

Wednesday, January 30, 2013

Mengenali Pemimpin-Pemimpin Pelapis Dan Muda Jerantut

Sebagai blogger Jerantut WZWH perlu memperkenalkan pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut kepada umum.

Terutama kegiatan orang-orang muda baik NGO, Belia, GPMS dsb di Jerantut. Mereka ini sebenarnya pemimpin-pemimpin pelapis dan muda Jerantut.

Baru-baru ini pada 27 Januari 2013, Ahad malam berlansung program GPMS Malam Penyatuan Berlian "Adat Berbudi, Berwadah Bakti" di Hotel Darul Makmur Jerantut menghimpun pemimpin-pemimpin muda dari mahasiswa, wakil belia dan NGO, pemimpin UMNO, Pemuda, Puteri dan veteran Jerantut.

Majlis diisi dengan sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran serta penghargaan kepada pemimpin-pemimpin. WZWH paparkan berapa keping foto ihsan dari GPMS Jerantut.

Faiz Mahayudin, Dato' Wan Amizan, Azhar Sulaiman dan Ahmad Shah Jamlus.

Ahmad Shah Jamlus Pengerusi GPMS Jerantut, Dato' Wan Amizan, Dato' Zukarmi, Tn Hj Nazlan, Dato' Bazain dan Cikgu Pian blogger Jerantut.

Orang kuat GPMS Jerantut; Azman, Fasal Jamlus, Faiz dan Zuan.

Zamri SU Pemuda Jerantut, Sofi dan AJK serta Hartini Ketua Puteri Jerantut.

Zarul Penerangan Pemuda Jerantut nampak ketrampilannya berbicara pandangan,

Amir anak Arwah Dato' Khairuddin Kawi sedang melontarkan idea-idea bernas.

Wan Jaimi Pegawai Belia Daerah Jerantut aktif membantu kegiatan belia dan Pemuda UMNO Jerantut.

Dato' Zukarmi bakal calon DUN Pulau Tawar, Hj Nazlan mencongak peluang bertanding di DUN Tahan atau parlimen Jerantut, Dato' Bazain. Dato' Mustapa Long sibuk SMS merancang politik Pahang....gamoknya.

Boleh ke Dato' Wan Amizan naik pangkat?...Itu kena tunggu keputusan DS Najib dulu.

Antara pemimpin-pemimpin muda yang hadir dari wakil mahasiswa, belia dan NGO Jerantut.

Sejak ada Hotel Darul Makmur ini meriah juga acara sosial Jerantut. Tahniah Majlis Ugama Islam Pahang kerana pandai berniaga korporat.

Penghargaan kepada Dato' Wan Amizan ADUN Tahan pemimpin yang begitu memahami semua golongan masyarakat Jerantut. 

Ahmad Shah Jamlus menyampaikan penghargaan kepada Dato' JP Bazain Mahmud seorang pemimpin veteran UMNO yang sangat aktif dengan kegiatan belia sejak beliau masih muda lagi. Mantan ADUN yang masih lagi aktif berpolitik di Jerantut.

Ahli GPMS dan pemimpin bergambar kenangan.

Tuesday, January 29, 2013

PAS Perlu Belajar Menjadi "Islam Besar"....


Sewaktu kecil bila WZWH bicara politik dengan Sifu Guru politik WZWH sering WZWH bertanya apa sebenarnya parti PAS ini?

Jawab Sifu...PAS suka mengecilkan kolam...PAS tidak mahu kolam yang besar...

WZWH membaca yang tersirat bahawa PAS memang suka mengecilkan skop dan perspektif Islam. PAS perlu belajar menjadi "Islam yang besar"...

Susah untuk memberi pemahaman kepada ahli PAS baik dari ahli biasa hingga pemimpin tertinggi. Mereka sudah diindoktrin mempunyai pemikiran yang tidak berjiwa besar.

Dikalangan wakil rakyat dan ahli parlimen PAS sudah berbaiah jika lompat parti ibaratnya akan jatuh talak 3 kepada isteri. 

Pemimpin PAS dikatakan bermata satu...bertelinga pekak maksud kata pendeta bestari itu akan berlaku pada akhir zaman pemimpin yang tidak dapat melihat dunia yang luas dengan sepasang mata kerana pemimpin PAS memandang dengan sebelah mata.

Kedua telinga yang pekak tidak mahu menerima pandangan positif berjiwa besar.

Pemimpin PAS yang akhirnya tunduk kepada musuh halus Islam....

Pemimpin PAS yang kuman di seberang sungai nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak...

Menarik komen dalam blog WZWH oleh orang muda yang merupakan majoriti pengundi PRU 13 :

Anonymous said...

Main hadis di lidah di tangan.pembohongan yg nabi kata tu pd pengikut PAS, ust Nasha takat ikut PM buat pe smpai nk pecat mjlis syura?dia bukan suh pakai kalimah Allah samarata,dia suh Islam bersatu.kena pecat ke ape ke tak perlu,asal Islam tu bersatu.ni apa jenis pegang prinsip agama kena buang dr pegang prinsip organisasi?sori PR, we r graduated n we just only wanna say, u broke our heart, n we quit


Ustaz Nasha ke Palestine di tendang keluar PAS. ANWAR Ibrahim penyokong Israel di terima PAS.. ADAKAH PAS parti yang perlu disokong rakyat yang berugama Islam.. Jauh pangang dari api.. Hanya tahu mempergunakan Islam sahaja..

PAS ITU KRISTIAN!    KRISTIAN ITU PAS!

Mahathir kata....

PAS perlu melihat penyertaan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah

PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.

Seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)…kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,” !!!...

Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Nik Aziz.

Sunday, January 27, 2013

Aktiviti Karnival Parlimen Jerantut Momentum Berterusan....

WZWH memberi laporan aktiviti Karnival Parlimen Jerantut yang berlansung dari 19 Januari hingga 24 Februari 2013.

Siri Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Damak berlansung hari ini petang Sabtu 26 Januari 2013. Sebanyak 23 pasukan terlibat yang diadakan di padang Kg Koi dan padang Kg Ulu Cheka.

Sebelum ini pada 19 Januari 2013, Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Pulau Tawar telah diadakan di Felda Gelanggi 3 pada hari Sabtu lepas.

Ulu Cheka merupakan 'Kashmir Jerantut' kerana latarbelakang gunung-ganang, udara yang sejuk dan nyaman. Gunung Benom dan Pahlawan Pawang Nong adalah ikon tokoh tempatan.



















Perlawanan separuh akhir sedang berlansung di padang Kg Ulu Cheka.



















YB Dato' Wan Amizan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang beramah mesra dengan pemimpin akar umbi Ulu Cheka di astaka sambil menikmati minum petang.



















Deretan gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman kepada pengunjung menambah keceriaan Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah.



















Dato' Wan Amizan berasa pelik dan hairan dengan 'air askrim goyang' yang berfungsi seperti peti ais tradisional.



















YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bergambar kenangan bersama finalis kejohanan Bola Sepak antara Mat Kilau FC dan Sg Kiol FC.



















Barisan pemain Sg Kiol FC yang terdiri dari majoriti pemain orang asli diperkenalkan oleh Dato' Wan Amizan kepada Dato' Lau Lee.



















Permainan akhir kejohanan bolasepak sedang berlansung yang akhirnya dimenangi oleh Mat Kilau FC mengalahkan Sg Kiol FC 2-0.




















Sejurus perlawanan akhir tamat sementara menunggu upacara penyampaian medal dan wang tunai, kelihatan ramai kanak-kanak Ulu Cheka melepaskan geram bermain bola. Siapa tahu satu hari nanti mereka boleh bermain bola sepak dengan baik mewakili Pahang dan Malaysia.

Perkembangan terbaru padang bola rumput tiruan bernilai RM1.2 juta telah kerajaan setuju untuk dibina di Kompleks Sukan Jerantut sila klik sini.




















Dato' Wan Amizan menyampaikan ucapan. Terimaksih kepada penyertaan para belia dan pemuda dan ADUN Damak yang sudi hadir merasmi dan menutup kejohanan.

Dato' Wan Amizan mempromosikan karnival Jerantut yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN dan Parlimen, Futsal, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Keranjang.

Acara UMNO Youth Job Fair melibatkan 500 syarikat menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada orang muda, EXPO Pendidikan melibatkan Yayasan Pahang dan IPTA, Aktiviti belia, belia wanis, wanita. Aktiviti ceramah agama.

Persembahan kebudayaan dari artis Astro dan pengiat budaya. Battle of the band yang melibatkan pemuzik tempatan dan luar dengan hadiah besar RM50,000.

Sambutan malam Tahun Baru China secara besar-besaran akan disambut di Bandar Inderapura Jerantut

Yang menarik hadiah wang tunai RM7000 bagi juara Kejohanan Bola Sepak peringkat parlimen bila mana 8 pasukan terbaik dari setiap Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN bererti 24 pasukan akan berentap Piala Perdana Menteri sumbangan DS Najib sendiri piala pewter bernilai RM17,000.

Kemuncak Karnival Parlimen Jerantut ialah dengan DS Najib sendiri turun walkabout seharian di bandar Jerantut menghadiri program Karnival Parlimen Jerantut.

Walau Karnival Parlimen Jerantut akan berakhir pada 24 Februari 2013, berbagai-bagai lagi program akan diadakan 'Non-Stop' sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan...Momentum Siri Kempen Parlimen Jerantut PRU 13 dan DUN baru panas bermula....




















Tempat ke 4 medal dan wang tunai RM700.



















Tempat ke 3 medal dan wang tunai RM1000.


Sg Kiol FC tempat ke 2 menerima medal dan wang tunai RM2000.



















Mat Kilau FC johan menerima medal dan wang tunai RM3000. Pada minggu depan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Tahan diadakan pada 2 Februari 2013 di padang Felda Padang Piol. WZWH akan memberi laporan nanti.



















Sempat Dato' Lau Lee ADUN Damak dan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bersama pemimpin Ulu Cheka dan anggota Keselamatan Awam dan Pertahanan mengetir (minum teh atau kopi) di sebuah restoran di Kg Ulu Cheka.

Bantuan Sekolah Dan Masalah Rumah Penduduk Mukim Pedah DUN Tahan

Ini posting WZWH tentang bantuan sekolah, bantuan Yayasan Pahang dan masalah rumah penduduk mukim Pedah DUN Tahan. Mukim Pedah adalah bahagian paling hilir DUN Tahan dekat dengan bandar Jerantut bersempadan dengan DUN Damak.



















Ini SK Tanah Rom dalam mukim Pedah. Anak-anak murid yang bersekolah di SKTP dari kampung-kampung berdekatan seperti Kg Tanah Rom, Kg Tanah Nyior, Kg Pedah, Kg Paya Gunung, Kg Paya Rajin.

YB Dato' Wan Amizan menyampaikan bantuan sekolah RM100 dan bantuan Yayasan Pahang RM300 kepada 85 murid.



















Ini sekolah kurang murid (SKM) dengan 14 guru dan 85 pelajar. Sesuatu perlu dilakukan untuk meramai murid sekolah. Kawasan penempatan dan perumahan baru perlu disediakan oleh kerajaan. Cadangan itu akan dilaksanakan diatas tanah seluas 300 ekar yang bersempadan antara mukim Pedah dan DUN Damak.



















Basikal tergantung disiling adalah satu inisiatif motivasi yang disumbang oleh ADUN Tahan kepada murid SR Tanah Rom pada tahun 2011 bagi mencapai 5A UPSR. Akhirnya 6 orang murid berjaya mendapat 5A. Tahun 2013 ada 10 orang murid mengambil UPSR. Hadiah laptop kepada murid yang berjaya kali ini.



















Tok Empat Pedah, Hj Raimi membawa ADUN Tahan meninjau rumah penduduk dalam mukim Pedah yang perlu penambah baikan kerana uzur.



















Ini rumah En Mohd Nizam bin Itam di Tanah Nyior. Tok Empat telah mengemukakan nama-nama penduduk yang rumah uzur tapi malangnya tidak berjaya mendapat kelulusan. Minta saham Felcra walau dua kali menghadiri temuduga pun tidak lulus dan layak!



















Ini pula rumah En Jamsari bin Itam. Rumah ini adalah model rumah Felda yang kesemua kayunya dibeli dari seorang peneroka di Chenor dan dibina semula. En Jamsari ini berkahwin dengan seorang perempuan Cina mualaf. Pun tidak mendapat saham Felcra. Sebab itu saham Felcra perlu utamakan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan jangan diambil penduduk yang jauh kadang-kadang dari DUN lain!



















Ini sebuah rumah yang paling uzur dan tunggu masa hendak runtuh tapi masih berpenghuni di Kg Tanah Rom dekat Pedah. Tak kan rumah macam ini masih tidak layak diberi bantuan?



















Ini ialah sebuah rumah yang diduduki oleh 3 buah keluarga di atas sebidang tanah yang merupakan tanah reserve. Bersesak dan tidak selesa. Ada ibu tunggal yang mempunyai 2 anak turut menumpang.

WZWH ingat penduduk Ulu Tembeling sahaja yang susah namun sebenarnya masih ada lagi penduduk yang memerlukan bantuan perumahan di sebelah hilir DUN Tahan.

Penyelesaian bagi isu ini boleh dipecahkan kepada jangka pendek dan jangka panjang.

Dari segi jangka pendek bantuan yang ada seperti:

  • Bantuan Rumah Kasih Felda
  • Bantuan Rumah SPMB
  • Bantuan Rumah Risda

Cuma perlaksanaan bantuan ini perlu adil kena pada sasaran yang sepatutnya dan jangan tertinggal.

Untuk jangka panjang seperti pembukaan tanah 300 ekar untuk perumahan rakyat yang dicadangkan diatas.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024