YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut mahu undur diri. Beliau konsisten bila dua kali menghebah kepada media hasratnya.
Beliau mahu undur diri beri peluang kepada orang muda Jerantut yang berwibawa dan komited mengalas tanggungjawab ahli parlimen Jerantut.
Parlimen Jerantut keluasannya 6 kali Singapura memerlukan ahli parlimen yang boleh membangunkan Jerantut kalau tidak boleh menyaingi Singapura pun ikut majulah Jerantut pun tidak apa.
WZWH telah memujuk Tengku Azlan secara peribadi tapi beliau tetap dengan keputusannya. Cara berfikir dan bertindak hari ini sudah berubah...
Dalam meeting yang terakhir pun, Tengku Azlan meluahkan perasaannya, "bukan saya yang bertanding parlimen Jerantut kali ini".
Ini keputusan muktamad. Cakap anak raja mesti dipegang. Maka inilah tema posting WZWH kali ini: Calon Parlimen Jerantut Tengku Azlan undur diri beri peluang kepada calon muda yang berwibawa.
Bererti kita semua lah 68,000 pengundi Jerantut yang bertanding!
Ini membuatkan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan Dato' Dr Shukri ADUN Pulau Tawar berpadu tenaga dan usaha bekerja lebih kuat pada PRU 13 nanti kerana mahu memenangkan parlimen Jerantut.
Kemenangan parlimen Jerantut sangat perlu bagi menjamin mandat rakyat diberi sepenuhnya kepada DS Najib bagi menyambung tugas PM. Kalah bererti bukan DS Najib yang kalah, kita semua orang Jerantut dan Pahang kalah.
Kerjasama dengan sesama komponen BN Jerantut perlu dierat, diperkemas, disusun dengan layout yang menarik pengundi. Dato' Lau Lee, ADUN Damak mengerakkan MCA dan komuniti Cina, MIC mengerakkan komuniti India, Gerakan , Kimma dll turut terlibat.
Barisan AJK UMNO Bahagian Jerantut kali ini terpaksa mengembelingkan sehabis usaha bagi memastikan BN menang PRU 13 parlimen Jerantut. Kerjasama erat dan mesra adalah kunci kejayaan teamwork.
Pemuda UMNO Jerantut perlu perkasa, agresif, ke depan memancing undi golongan muda yang merupakan pengundi majoriti itu trend politik negara kini.
Wanita dan Puteri UMNO Jerantut adalah tulang belakang BN. Tugas merayu undi Jalinan Rakyat Wanita dan Puteri mengenalpasti pengundi di setiap PDM adalah sangat penting memenangkan parti.
Laungan 1Malaysia adalah asas yang menyatukan kita semua orang Jerantut, Pahang dan negara. Kenapa kita perlu bekerja kuat memastikan kemenangan BN Jerantut PRU 13 adalah kerana kita semua yang bertanding sebenarnya......