Wednesday, October 31, 2012

Jerantut Pengeluar Kaviar Sedunia

Lebih banyak pelaburan dan pertumbuhan pesat ekonomi Pahang jika DS Najib diberi mandat menjadi PM pada PRU 13.

Hari ini DS Najib PM mengumumkan dua berita baik untuk Pahang.

Pertama Pahang didapati ada telaga minyak dan layak mendapat royalti minyak 5% atau RM100 juta setahun buat permulaan. Ini baik untuk ekonomi Pahang.

Kedua Jerantut bakal pengeluar kaviar sedunia. Ada pelabur US Gevo Inc mahu melabur RM475 juta dalam masa 5 tahun. Bayangkan orang Jerantut, kesan pelaburan RM475 juta kepada ekonomi Jerantut seperti peluang pekerjaan, perpindahan teknologi, dll.


Kaviar ialah telur ikan berkhasiat yang diproses khas. Harga kaviar bermutu dunia ialah dari RM15,000 hingga RM35,000 sekilo  sila baca sini. WZWH tidak tahu apa jenis kaviar dari spesis ikan yang mahu dikeluar di Jerantut.

Seperti yang diumum oleh DS Najib:

"Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun.

"Ini merupakan contoh bagaimana aplikasi teknologi boleh melakukan perubahan besar kepada satu kawasan yang tidak dapat kita bangunkan. Kita dapat juga mewujudkan satu industri baharu yang bukan berasal dari negara kita.

"Inilah contoh yang sangat bermakna, bagaimana pembangunan bioteknologi membawa banyak kesan positif kepada negara kita,"



Blog Parlimen 81 memberi ulasan yang menarik tentang Jerantut pusat kaviar dunia sila klik sini.

24 November 2012, DS Najib akan lagi sekali turun padang ke DUN Tahan, Jerantut. Mungkin ada lagi pengumuman berita baik buat orang Jerantut. Kita tunggu saja kedatangan PM kesayangan kita.

56,000 pengundi Jerantut perlu sokong UMNO dan BN pada PRU 13 kerana DS Najib serious dan komited mahu membangunkan Jerantut. WZWH minta undilah sesiapa yang dipilih oleh DS Najib bertanding parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

DS Najib wajar diberi mandat pada PRU 13 dan peluang bagi beliau membuktikan kepimpinan dan wawasan ekonomi. Biarlah Sakmongkol AK47 seorang siang malam meracau suruh orang Pahang membenci DS Najib dan UMNO serta BN.

1.5 juta orang Pahang berdiri teguh menyokong DS Najib.


Blok PM307 terletak 160km dari pantai Pahang berpotensi mengeluarkan 64 juta tong minyak dijangka pengeluaran bermula pada 2014.

WZWH mahu semua masjid di Pahang minta buat solat kesyukuran bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada Pahang. Mungkin ada banyak lagi telaga minyak akan dijumpai di perairan laut Pahang.

Nampaknya ramailah calon-calon melobi nak jadi MB Pahang!

Kalau nak tahu harga Kaviar @ Caviar, orang Jerantut tengoklah harganya yang sangat mahal dan luxury! Fikirkan industri kaviar yang boleh menghasilkan ekonomi berpendapatan tinggi kepada  orang Jerantut.

Summer 2012 Caviar Prices in Malaysia
1 kg  farmed Korean  Almas Caviar US 2900-3800
Chinese Wild Ocietra 500 gm RM 3500
Russian Ocietra 40 gm Russian Rubel 3000 / RM 340  
and here are a listing of others
100 gm in Malaysian Ringgit
Iranian Sevruga RM 5860
Iranian Oscietra RM 6520
Iranian Beluga RM 6810
Iranian Golden Beluga RM 14700
Caspian Sea Caviar Sevruga RM 2560
Caspian Sea Caviar Golden Oscietra RM 3000
Caspian Sea Caviar Beluga RM 3850
Farmed Caviar France Oscietra RM 1000
Farmed Caviar France White Sturgeon ( Alverta ) RM 1720
Farmed Caviar France Imperial Baeri RM 1570
Farmed Caviar Italy Imperial Baeri RM 1650
Farmed Caviar Baccari RM 1640

Tuesday, October 30, 2012

Surah Khas Untuk Orang Melayu Sebelum Mengundi PRU 13



Bangsaku adalah Melayu;

Yang tidak mahu dipanggil Melayu pun sebenarnya tinggal dalam apa yang dikenali dunia sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu;

Elok jugalah begitu;

Kini bangsaku dalam kelompok masing-masing bersatu;

Bukan bersatu kerana mengikut Allah berfirman;

Bukan bersatu kerana subur nasionalisma dan iman;

Bukan bersatu untuk mencapai kejayaan ekonomi sezaman;

Tetapi;

Bersatu untuk berkelahi sesama sendiri;

Bersatu untuk mencapai matlamat peribadi;

Bersatu mengikut perasaan hati yang benci;

Bersatu berkawan dengan musuh dan bermusuh dengan kawan;

Siapakah yang akan menolong bangsa ini?

Melayu sudah ketandusan panglima dan pahlawan;Melayu sudah kehilangan penulis, pujangga dan seniman;

Melayu tercari-cari di mana failosof dan pejuang;

Yang dapat mengembalikan semangat yang sudah hilang;

Setelah institusi Raja-Raja Melayu dipertikaikan

Beginilah jadinya;

Jika nanti pemimpin sudah tidak bermaya;

Apabila ulama sudah menyesal dengan pegangan betul yang lama;

Siapakah yang dapat membetulkan arah yang sesat;

Siapa yang akan memberi nasihat;

Memberi nasihat harus cepat:

Wahai bangsaku: 

Sudah terlambatlah Melayu untuk bersatu dalam tangisan apabila sudah hilang kuasa;

Sudah terlambatlah Melayu untuk berfikir soal ekonomi setelah papa kedana;

Sudah terlambatlah Melayu untuk berpakat kembali dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan kongres apabila tempat untuk aktiviti begitu bukan milik kita;

Sudah terlambatlah Melayu untuk meminta pertolongan dari pemimpin yang jatuh terhina kerana fitnah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk menegak hukum apabila jentera kehakiman sudah dimusnah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk mengenang masa silam di waktu sistem kesultanan kita yang lemah belum punah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk menuntut kembali hak yang pernah ada dalam Perlembagaan;

Sudah terlambatlah Melayu untuk memperjuangkan hak majoriti dalam demokrasi;

Rata-rata di Nusantara golongan minoriti sudah memerintah – baik dalam negara atau negeri walau pun diberi nama daerah;

Wahai bangsaku bangsa Melayu;

Jika sesama Melayu kita tidak percaya lagi;

Sesama Islam di dunia pun kita tidak boleh menggantung diri;

Apakah yang dicari oleh bangsaku;

Selain kemegahan dari kuasa;

Selain kesedapan melayan nafsu;

Selain kepuasan menghimpun harta;

Tidak peduli apa akhirnya dan caranya, samada halal atau yang menghimpun dosa;
Wahai bangsaku, bangsa Melayu;

Jangan kau cari sesuatu mengikut kehendak kuasa, nafsu dan harta;

Jangan terlambat, carilah di tempat kehilangan dan bukan hanya dalam cahaya;

Carilah yang halal dan tidak berdosa,

Kalau kamu tidak mahu bersatu dan memilih persaudaraan di dalam Islam;

Kalau kamu tidak mahu berkawan dengan yang dhimmi, dengan berbagai alasan;

sebaliknya memilih yang harbi sebagai teman;

janganlah kau salahkan ibu mengandung.

Kamu sebenarnya adalah:

Laksana kelkatu menghambat cahaya;

Sampai di situ matilah ia.

Cebisan dari 'Kelohan Bangsa' oleh TSSJ 21 Oktober 2012.

Sunday, October 28, 2012

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan



















7 ekor lembu ditumbangkan sempena 'Ukhwah dan Qurban @ Tahan" di Felda Sungai Retang pada 28 Oktober 2012.

Banyak 'catch phrase' sehari dua ni. Dulu zaman Almarhum Tunku dan Tun Razak tidak kita dengar. Masa itu orang Melayu dengar apa kata pemimpin.

Sekarang zaman serba canggih. 'catch phrase' PMS, PDM, TouchPoint, dll. Semua itu jargon istilah perjumpaan dengan rakyat sebenarnya.

Politik orang Melayu mudah. Boleh dibahagi kepada 3 golongan:
  • Melayu bandar
  • Melayu Peneroka
  • Melayu Kampung Tradisional

Setiap golongan memerlukan pengisian yang berlainan, kadang-kadang sama, ada yang bertindih, ada yang 'internasional taste'.

Setiap 3 golongan di atas berkaitan diantara satu sama lain. Yang tinggal di bandar-bandar itu adalah anak-anak atau cucu-cucu Melayu Peneroka dan Melayu Kampung Tradisional.

Perubahan membuatkan sekarang UMNO, PAS dan DAP sendiri berubah pendekatan. Ini biasa bila parti-parti politik kontemporari adapt dengan perubahan masyarakat supaya kekal relevan.

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan merupakan program anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tahan dan JKKK Felda Sungai Retang dengan kerjasama JASA Negeri Pahang, Pejabat Daerah Jerantut serta Pejabat Pengurus Felda Sungai Retang.

Program yang dinamakan 'Ukhwah & Qurban @ Tahan' ini menggabungkan tiga elemen iaitu senibudaya, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kerohanian., adalah bertujuan bagi mengukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat setempat, memyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat serta mendekatkan pemimpin kepada rakyat melalui aktiviti turun padang.

Ia juga diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam pada 10 hingga 13 Zulhijjah setiap tahun, yang mana JKKN ingin mengetengahkan ibadah qurban agar tidak hanya diangkat sebagai satu kewajiban seorang Muslim, malahan satu budaya masyarakat yang dapat melahirkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insani.

Antara atur caranya ialah:
  • Majlis qurban JKKR Felda Sungai Retang bersama YB ADUN Tahan
  • Acara pengagihan daging qurban ke rumah penduduk Felda Sungai Retang
  • Majlis Tazkirah Zohor (Masjid Jamek Felda Sungai Retang)
  • Solat Zohor Berjemaah (Masjid Jamek)
  • Majlis Perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan 'Ukhwah & Qurban @ Tahan'
  • Kenduri Rakyat



















YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya DUN Tahan.



















ADUN Tahan menyampaikan sumbangan mock cek kepada Tadika Felda Sungai Retang.



















ADUN Tahan menyampaikan sumbangan mock cek kepada JKK Masjid Jamek Felda Sungai Retang.



















Persembahan nasyid kanak-kanak.



















Persembahan bertenaga dari nasyid orang muda.



















Persembahan zikir marhaban dari orang veteran.

Psikologi Pengundi Cina Dan PRU 13



PRU 13 ada 13 juta pengundi. Suku daripadanya adalah pengundi Cina. DAP mahu pengundi Cina sokong PR. 'Grand design' untuk menjadikan orang Cina memerintah Malaysia samada melalui proksi atau de facto.

Sekali dengar enak telinga orang Cina dengar. Berdasarkan fakta cuma ada 45 parlimen yang orang Cina melebehi 50% daripada 222 parlimen. Untuk menang kawasan bercampur DAP perlu sokongan kaum-kaum lain.

PRU 12 DAP berjaya buat orang Cina marah kepada kerajaan BN. Juga ditambah dengan orang Cina yang over-checked dan over-balanced.

Orang Cina ramai yang menjadi korporat, peniaga dan penjaja. PRU 13 isu 'cari makan' menjadi keutamaan mereka. Politik yang stabil menjamin kesinambungan kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan orang Cina.

Adakah majoriti orang Cina hampir lebih 80% menyokong PR? Masih tidak puas hatikah orang Cina dengan polisi kerajaan yang dikatakan diskriminasi dan tidak adil kepada orang Cina?

Adakah isu pendidikan sekolah rendah Cina, sekolah persendirian Cina dan biasiswa, kuota, konsesi, lesen dll masih menghantui orang Cina.

Orang Cina melihat DS Najib menpunyai kesungguhan mendengar permasalahan mereka. Peruntukan sekolah rendah Cina ditambah, sekolah persendirian Cina dibenarkan, biasiswa diberi  kepada anak-anak Cina yang berjaya.

DAP masih menganggap DS Najib dan UMNO membuli orang Cina. Kempen politik kebencian  yang panjang meletihkan orang Cina akhirnya. Ramai yang berfikir dan bertanya kembali pihak mana yang benar sebenarnya.

Kerajaan China menghormati Malaysia. Kepimpinan DS Najib dihormati. Gaya politik sederhana DS Najib menarik China dalam kuasa politik dunia US bimbang kebangkitan China.

Peranan DS Najib sebagai orang tengah mendamaikan kerajaan Filipina dan Bangsamoro MILF menaikan statut DS Najib dalam politik Antarabangsa. OIC, US, dan Eropah menyokong usaha DS Najib mendamaikan rantau Asia Tenggara. Ini belum masuk Selatan Thailand dan Myanmar. China memerhati perkembangan ini semua.

Orang Cina melihat politik DS Najib mengatasi politik kepartian. Pemimpin-pemimpin pembangkang majoriti dari pemikiran politik 'medieval' tidak memberi keyakinan kepada orang Cina untuk memimpin Malaysia.

Corak pola politik Malaysia yang diinginkan oleh DAP iaitu 1Parti Pemerintah dan 1Parti Pembangkang adalah tidak sihat kepada politik dan ekonomi orang Cina.

Orang Cina perlu berfikir banyak kali dengan rasional siapa mereka mahu undi kerajaan pada PRU 13 nanti ini yang dikatakan psikologi pengundi Cina PRU 13:

  • It is Najib's ability to project himself above party politics; his long political career seems to show this. He is wise, lucky and has packaged himself well.
  • Continued political stability is important. Squabbling among politicians does not send a good message to foreign investors.
  • The hate politics along racial lines something dangerous and done at the expense of the country's stability. Whatever differences we may have, we must not sacrifice racial and religious harmony in the country.
  • No government is perfect, more so in a multiracial country where we need to strike a balance. The country does not belong to any one race. It belongs to everybody.

Saturday, October 27, 2012

Hutang Kerajaan Malaysia Dan GDP: Satu Penjelasan Mudah

Pembangkang suka mengambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa hutang kerajaan Malaysia peringkat bahaya sehingga boleh buat Malaysia bangkrap sperti Greece!

WZWH cuba menjelaskan dengan mudah apa yang pembangkang sengaja pusing fakta mempengaruhi rakyat menolak kerajaan BN pada PRU 13 guna isu hutang kerajaan Malaysia.

Ini posting hutang kerajaan Malaysia dan GDP (Gross Domestic Product) @ KDNK .

Malaysia Government Debt To GDP
Malaysia recorded a Government Debt to GDP of 52.60 percent of the country's Gross Domestic Product in 2011. Historically, from 1990 until 2011, Malaysia Government Debt To GDP averaged 47.39 Percent reaching an all time high of 79.50 Percent in December of 1990 and a record low of 31.80 Percent in December of 1997. Generally, Government debt as a percent of GDP is used by investors to measure a country ability to make future payments on its debt, thus affecting the country borrowing costs and government bond yields. This page includes a chart with historical data for Malaysia Government Debt To GDP. 


Malaysia Government Debt To GDP

Ahli ekonomi dunia kata hutang kerajaan jika peratusannya kepada GDP dibawah 55% hingga 60% adalah masih boleh diurus.

Malaysia mempunyai rekod membayar hutang negara yang sangat baik tidak pernah default. Kalau kita lihat Malaysia pernah mencatat peratus hutang yang tertinggi pada Disember 1990 iaitu 79.5%

Adakah pada masa itu Kerajaan Malaysia bangkrap?

Pembangkang banyak main isu hutang kerajaan Malaysia seolah-oleh pentadbiran DS Najib sebagai PM gagal mengawal ekonomi yang dipsywar boleh menjurus kepada negara bangkrap.

Apa yang DS Najib sedang buat bagi mengurus dan menurun peratus hutang kerajaan Malaysia seperti berikut:

  • Malaysia's debt is still manageable as it is below 55 per cent to the Gross Domestic Product (GDP) ratio
  • 53.8 per cent of national debt for last year is within the range as the government continues its efforts to bring down the fiscal deficit level.
  • With the implementation of the Economic Transformation Programme, we are on the right trajectory and continue to reduce the deficit level every year. For 2012, we aim to narrow further the fiscal deficit to 4.7 per cent from 5.0 per cent of last year's GDP.
  • We borrow for investments (aiming) to grow our GDP and economy. The debt level will directly reduce. Unlike Greece, they are borrowing a lot of money but the economy is shrinking.

Bagi pembaca yang 'well verse' dengan economics sila baca soal jawab hutang kerajaan Malaysia sila klik sini.

Kerajaan Malaysia berhutang kerana membiayai pelaburan yang boleh menjanakan lebih banyak pendapatan dimasa hadapan disamping menyediakan barangan dan perkhidmatan dan memberi pekerjaan bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Thursday, October 25, 2012

WZWH Bertalaqqi Politik Dengan Tengku Azlan Demi Masa Depan Politik Jerantut



















YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut, seorang ahli politik yang jujur, berintegriti dan cultured.



















Ku Lan sedang bekerja demi kesejahteraan dan kebaikan orang Jerantut.

Di hari yang baik sempena keputeraan Tuanku Sultan Pahang semoga Allah panjangkan usia Kebawah Duli Tuanku moga dapat memerintah Negeri Pahang dan Jajahan takluknya dengan makmur sejahtera.

WZWH berkesempatan bertalaqqi politik dengan Tan Sri Dato' Sri YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut menyentuh masa depan politik Jerantut.

WZWH mahu 'face to face' dengan Tengku Azlan mahu tahu dari hati ke hati apa yang sebenarnya status politik Ku Lan ini yang semua orang bercakap, banyak media Utusan, BH, Sinar, Star, Malay Mail dan yang terkini Dewan Masyarakat mewar-warkan Ku Lan mahu berundur politik.

Ku Lan mengakui hari ini rakyat di seluruh dunia sudah bangkit dengan 'people power'. Era kerajaan yang tahu semua perkara dan 'patronage' sudah berlalu.

Anak-anak muda terutama yang belajar di luar negara mempunyai mindset yang berbeza suka mengkaji dan menganalisa serta bersuara menegur dan mengkritik kerajaan. Pemimpin hari ini tidak boleh menolak pemikiran baru orang muda dan melatah.

Beza pemikiran politik 30 tahun berlainan generasi tidak membentuk cara fikir yang sama. Ku Lan pun tidak mampu berfikir seperti orang muda berfikir. Apa kehendak orang muda mungkin tidak difahami oleh orang tua.

Lebih-lebih lagi dizaman ledakan maklumat ICT, internet, blog, FB, Twitter dan lain-lain secara real time pantas membentuk persepsi politik mengenai sesuatu isu. Memandangkan kebebasan media sosial melahirkan siber anarki yang boleh buat pengundi muda tidak menyokong kerajaan atau tidak keluar mengundi.

Ku Lan pun merasakan dalam keadaan politik post-2008 di parlimen Jerantut sendiri beliau merasakan kalau beliau diberi peluang bertanding buat penggal keempat pada PRU 13, beliau tidak yakin untuk menang memandangkan perubahan landskap politik Malaysia dan penambahan 9000 pengundi baru parlimen Jerantut yang sekarang berjumlah 56,000 pengundi.

Sebab itu Ku Lan mahu berundur dari politik Jerantut kerana beliau cuba memahami perubahan pemikiran politik dan kehendak pengundi. Biarlah peluang diberi kepada pemimpin-pemimpin muda Jerantut. Lagi satu 3 penggal mahu pun 4 penggal sangat lama tempohnya dan tidak larat kerana faktor fizikal dan minda kerana usia.

Adakah status pemikiran politik Ku Lan yang mahu mengundurkan diri dari politik Jerantut baik untuk masa depan politik Jerantut dan sesuai dengan keadaan politik hari ini? Betul ada ramai AJK UMNO Bahagian Jerantut yang teruja dengan keputusan politik Ku Lan ini kerana memberi peluang kepada mereka mahu memimpin Jerantut.

Adakah keputusan Ku Lan itu betul dan tepat? 56,000 pengundi Jerantut mahu dengar pendapat politik WZWH disaksikan Ku Lan sendiri apa yang WZWH fikir sebagai blogger politik Jerantut.

Siapa mahu bertanding mengantikan Ku Lan dalam keadaan politik genting sekarang? Adakah 2 dan 3 tokoh-tokoh yang disebut itu boleh yakin menang PRU 13 parlimen Jerantut?

Berapa TOV mereka? 30%, 40% 45 %......51% Adakah pengundi Jerantut benar-benar kenal dan suka kepada mereka?

Adakah penyatuan UMNO dan BN Jerantut boleh seutuh pada masa ini?

Bercakap soal pembangunan Jerantut. Tidakkah Ku Lan selama 3 penggal telah berbuih mulut bercakap di Dewan Parlimen dan kepada kepemimpinan negara serta Kementerian secara peribadi bahawa parlimen Jerantut tersangat membutuhkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, pelaburan ekonomi, dan perhatian dari Putrajaya dan Kuantan.

Adakah pertumbuhan ekonomi Jerantut dan perkembangan bandar dan pinggir bandar Jerantut hari ini menjadikan Jerantut bandar transit, aktif hidup malam hari, tumpuan eko-resort tidak melambangkan lansung hasil usaha kepimpinan dan polisi UMNO Jerantut?

Hari ini projek jalanraya seperti Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dan nak masuk Fasa 2, penambahbaikan Jalan Jerantut-Benta dan Jalan Jerantut-Maran serta jalan-jalan kampung luar bandar ditar adakah tidak kerana dibawah kepimpinan Ku Lan?

Penubuhan institusi pendidikan Kolej ADTEC, Kolej Komuniti dan bakal universiti berkembar serta politeknik menyusul tidak lama lagi. Upgrading dan bangunan tambahan banyak sekolah SMK dan Rendah di parlimen Jerantut membuktikan kepentingan pendidikan dipandang keutamaan oleh Ku Lan.

Siapa Jerantut dipandang orang sebelum Ku Lan menjadi ahli parlimen? Hari ini ramai orang-orang 'Besar' di Jerantut. Ramai juga jutawan-jutawan di Jerantut dihasilkan. DS Najib pun pada tahun 2012 kerap kali turun ke Jerantut membuat lawatan kerja.

Adakah Jika Ku Lan menjadi ahli parlimen Jerantut jika menang PRU 13 dimasa insyallah DS Najib dapat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya maka Jerantut menjadi lembab untuk maju?

Ku Lan wajar risau dengan 9000 pengundi baru namun DS Najib lagi risau dengan pertambahan 22,000 pengundi baru di parlimen Pekan yang perlu ditangani kearah mana sokongan mereka!

WZWH secara peribadi percaya parlimen Jerantut tidaklah seburuk dan tahap kronik hingga UMNO dan BN Jerantut jadi fobia bahawa akan kalah jika nak dibandingkan dengan 221 parlimen lain lagi.

Sebab itu Ku Lan bercakap 'reverse psychology' dan selalu kadangkala nampak negatif kerana mahu 20,000 orang UMNO terutamanya sedar dan berfikir bahawa orang UMNO dan Jentera parti perlu kerja kuat bagi memenangkan parti.

Jika di satu DUN itu ada 19 AJK UMNO Bahagian berasal dari DUN itu sepatutnya boleh menghasilkan keputusan PRU yang lebih baik lagi.

Dibantu dengan ADUN-ADUN yang kuat bekerja menambah lagi sokongan dan kekuatan parti.

56,000 pengundi Jerantut tanya sama Ku Lan apa yang Ku Lan ada selama menjadi ahli parlimen Jerantut?

Tanah untuk tapak rumah pun Ku Lan tiada di Daerah Jerantut lebih-lebih lagi beliau anak Raja tidak diambil kesempatan apa lagi berebut projek-projek dengan orang Jerantut.

Personaliti Ku Lan sebagai anak Raja yang 'the most gentleman' penuh lemah lembut menghormati rakyat tidak pernah meninggi diri dan berbangga dengan status kedudukan beliau boleh buat lawan pun segan kepada beliau.

Jika ditanya WZWH bolehkan Ku Lan bertanding lagi di parlimen Jerantut PRU 13 jawab WZWH sekarang Ku Lan masih diperlukan oleh UMNO dan BN Jerantut.

Wednesday, October 24, 2012

Buka Hatimu...Bukalah Sedikit...Untukku...



Aku telah mengikuti semua...
Buka hatimu...bukalah sedikit...
Berbagai cara dan kempen telah aku lakukan...
Hingga aku mengorbankan hidupku...
Buka hatimu...bukalah sedikit...untukku...
Ikut aku sokong...
Buka hatimu...bukalah sedikit...

Monday, October 22, 2012

Bekerja Kuat Politik Seolah-Olah Esok Pilihanraya

Ulama berceramah sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Berbanyak beramal ibadatlah kamu seolah-olah esok kamu mati.

Bila mati kita mahu syurga. Amalan dan ibadah kita ditimbang oleh dacing neraca. Lebih berat amalan kita dari amalan jahat maka jaminannya syurga. Belum tentu pangkah PAS boleh masuk syurga.

Cuba tanya TG Nik Aziz ada ke doa masuk syurga? Kalau ada WZWH pun hendak hafal doa itu! Itu syurga dan neraka adalah budi bicara Allah. Itu kerja tuhan.

Dulu dizaman sekolah cikgu kata belajarlah rajin-rajin seolah-olah esok periksa. Dalam politik begitu juga bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya.

Bila UMNO dan BN kerja kuat maka sudah tentu rakyat beri markah lebih boleh menang pilihanraya. Kenapa nak menang pilihanraya sebab mahu kuasa memerintah dan mentadbir negara. 

UMNO mahu jaga agama, bangsa dan tanahair. Sebab utama semua pemimpin UMNO dan pengikut UMNO mahu berpolitik diredai Allah sebab mahu masuk syurga.

Bila UMNO berkuasa boleh jaga Islam terpelihara, bangsa dimertabatkan,negara dimakmurkan. Itu Allah suruh sebab itu UMNO diberkati Allah memerintah Malaysia lama dengan kerjasama BN.

Komponen BN percaya kepada UMNO kerana boleh sejahterakan kehidupan duniawi mereka. Ada juga dari mereka mahu masuk syurga dengan keizinan dan rahmat Allah.

Itu mukadimah panjang WZWH tentang konsep "bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya".

Hujung minggu lepas dari dari Sabtu sampai Ahad WZWH sibuk kerja kuat politik ini catatannya....



















Pemimpin perlu berdamping dengan rakyat. Hadirilah kenduri kahwin dan kematian orang kampung. Bila pemimpin datang besar hati tuan rumah. Di majlis sebegini pemimpin mudah berjumpa rakyat. Rakyat boleh bertanya permasalahan kepada pemimpin secara kasual tanpa formaliti.



















Rakyat mahu mengadu. Mencerita hal yang baik dan sedih. Bila pemimpin peka dan prihatin senang menyelesai kehendak rakyat.



















Pemimpin kena 'hands-on' turun ke akar umbi. Gerakkan jentera pilihanraya disetiap peti undi. Dengar apa perancangan dan hasil. Kekurangan dibaiki, sasaran di pantau.



















Tanya pemimpin kampung ada tidak rakyat yang susah perlu bantuan dan sumbangan. Pemimpin perlu ambil berat dan membantu meringankan beban, beri sokongan moral, memberi penyelesaian walau tidak semestinya sempurna. Rakyat akan berkeyakinan hidup bila ada pemimpin yang memberi dorongan dan sokongan.



















Pemimpin perlu berdampingan dengan orang muda-muda. Galakkan program-program yang sihat dan produktif untuk orang muda supaya bukan sahaja tubuh badan sihat malah minda cerdas berfikiran positif. Tahniah Saudara Murad Pengerusi MBD Jerantut dan AJK yang rajin mengendalikan program belia.



















Tahniah team futsal Pulau Tawar @ PUTA yang menjadi Johan Futsal Parlimen Jerantut 2012. Hebat anak-anak muda Pulau Tawar mengondol wang tunai RM1000 dan mewakili Jerantut ke pertandingan Futsal Parlimen Malaysia di Putrajaya.



















Bila anak-anak muda kerap beriadah di seluruh gelanggang futsal di parlimen Jerantut diharap gejala-gejala negatif boleh dihindari.



















Pemimpin perlu berdampingan dengan ulama. Pemimpin kena galakkan program-program agama memberi makanan rohani kepada rakyat. Bila rakyat kenyang perut dan rohani sihat maka masyarakat itu akan maju dan progresif.



















Forum Hal Ehwal Islam di Kg Gajah Mati dekat Felda Padang Piol menjadi tumpuan penduduk sekitar seperti Kg Tg Betong, Sg Yap dan Kg Gajah Mati. Panel terdiri dari Ustaz Dato' Abu Hassan bin Din Al-Hafiz dan Ustaz Idris bin Haji Derus. Moderator Ustaz Mohd Rasmawi bin Harun.



















Di perkemahan belia Kg Batu Balai. Ini foto sebahagaian peserta yang sempat WZWH ambil. Perkemahan di hutan dekat Kg Bonggol di Mukim Ulu Cheka, DUN Damak.



















Pemimpin perlu galakkan anak-anak muda membina sahsiah diri dan keperibadian di program perkemahan. Di Jerantut ini perlu dibina satu kem untuk pembentukan dan pembangunan jati diri dan sahsiah orang muda.



















Pemimpin bersemangat bercakap hal-hal besar menjangkui ruang lingkup persekitaran kampung-kampung tradisional. Apa yang kita ada? Apa yang kita perlu ada? Apa kita mahu masa depan kita? Bagaimana mahu mencapai masa depan kita?



















Walaupun audiennya hanya anak-anak hingusan dan mentah itu tidak mengapa. Siapa tahu ada dikalangan anak-anak hingusan suatu masa nanti akan menjadi seorang Perdana Menteri, MB, CEO, Teknokrat, Korporat antarabangsa, Usahawan, Ulama tersohor kerana mendengar cakap berjiwa besar sang pemimpin.



















Marching lah anak-anak hingusan Tembeling dalam perbarisan yang bersemangat dan penuh disiplin. Masa depan yang gemilang hanya menunggu masa untuk dicapai...



















Pemimpin yang selalu bersama dengan pimpinan akarumbi pasti mempunyai sentuhan politik yang realiti dan berpijak di bumi nyata. Mesej di atas sampai ke bawah. Mesej di bawah sampai ke atas. Komunikasi dua hala yang membina dan harmoni menyuburkan organisasi.






Pemimpin mesti serious dengan "war room" dipeti undi terbesar. Perancangan strategik jentera pilihanraya perlu untuk menyaingi musuh bagi kemenangan calon dan parti. Bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya.

Friday, October 19, 2012

MB Pahang Gentleman Hadapi 500 Piket Orang Asli



Jumlah penduduk Orang Asli seluruh Malaysia census 2003 ialah 147,412.

Pada 17 Oktober 2012, 500 Orang Asli berpiket di Pejabat MB Pahang mahu serah memorandum 8 tuntutan terutama berkenaan rezab Orang Asli dan Tanah Adat.

Blog pembangkang terutamanya menjadikan piket Orang Asli ini sebagai isu konon DSD Adnan Yaakob tidak mahu melayan tuntutan Orang Asli.

WZWH tahu dibelakang 500 Orang Asli ini ialah penghasut PKR.

Apa yang berlaku? :

MB Pahang gentle dan berani turun jumpa Orang Asli. Adakah Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim berani jumpa piket rakyat?

MB Pahang terima memorandum dan baca kesemua 8 tuntutan. Ini isu utama.

Sebab MB Pahang terima memorandum dan layan Orang Asli dengan baik, pembangkang hilang idea hendak jadikan isu.

Apa yang kerajaan Pusat dan Negeri Pahang telah bantu Orang Asli?

Tidak payah 500 Orang Asli berpiket dihasut PKR memadai menghantar wakil menyerah memorandum kepada MB Pahang yang sedang bersiap sedia bermesyuarat mingguan EXCO.

Kenapa PKR mahu menghasut 500 Orang Asli memprovoke MB Pahang ditengah kepanasan cuaca yang terik?

Ini faktanya:

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menerima peruntukan sebanyak RM203.6 juta bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dengan pelbagai kemudahan, pada tahun depan.

Sebanyak RM115 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM88.6 juta bagi melaksanakan projek pembangunan membabitkan bekalan air bersih, elektrik, jalan dan projek ekonomi.

Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, benar-benar mendapat manfaat kepada kaum itu.

Setiap tahun JHEOA Negeri Pahang membelanjakan hampir RM60 juta bagi kemudahan Orang Asli sejak 2009.

Adakah ini bukti kerajaan BN dan Negeri Pahang tidak perihatin kepada Orang Asli?

Walaubagaimanapun WZWH bersetuju untuk berbicara secara akademik berkenaan Akta Orang Asli yang boleh ditambahbaiki melalui beberapa pindaan.

Akta Orang Asli : Kelemahan dan Cadangan Pindaan sila baca sini.

Posting Laman Pahang Mengingatkan WZWH Nostalgia Kisah Tetawak Gong Brunei


Beauty in the eyes of culture. Moyang WZWH iaitu Che Wan Ahmad bin Engku Khatib tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Brunei walau dititah oleh Sultan Brunei kerana puteri itu punya tradisi telinga panjang. Maka Che Wan Ahmad memilih berkahwin dengan anak perempuan Menteri Besar Brunei pada 1904.

Blog Laman Pahang banyak menceritakan sejarah dan budaya Pahang. Posting terbaru Laman Pahang mengenai tetawak dan gendang lama Tanjung Besar sila baca sini.

Posting Laman Pahang ini mengingatkan WZWH nostalgia kisah tetawak gong Brunei yang ada dalam simpanan keluarga WZWH sila klik sini.




Ini komen WZWH dalam posting terbaru Blog Laman Pahang:



WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...


Salam Laman Pahang,
WZWH ada dalam simpanan keluarga WZWH di Tembeling sepasang tetawak @ gong yang diberi oleh Sultan Brunei pada awal abad kepada Moyang WZWH yang bernama Wan Ahmad bin Engku Khatib kerana jasa menangkap penjenayah di Brunei. Moyang WZWH ini datang ke Brunei atas titah Sultan Pahang dan British. Setelah selesai tugas balik semula ke Tembeling dengan seorang isteri anak Menteri Besar Brunei. Ya betul tetawak Brunei ini special. Tetawak atau gong ini boleh berbunyi sendiri memberitahu ada ahli keluarga akan meninggal. Kadang-kadang basah berair semacam memberi tanda. Sepasang tetawak Brunei ini ada namanya. Dibalut dengan kain kuning. Terima kasih Laman Pahang buat posting yang buat WZWH membangkitkan nostalgia gong Brunei.


Laman Pahang said...
Terima kasih WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP).

Dalam Laman Pahang ada kami terbitkan cerita 'dongeng' tentang apa yang WZWH sebut. Semasa diterbitkan, kami tak nak sebut ini cerita betul. Kami katakan sahaja tak ada waris supaya tak ada orang tanya (kalau ceritanya cerita betul mana warisnya?).

Pada hari ini WZWH telah menyebut bahawa cerita ini mungkin betul. Inllah 'dongeng' kami:

Di Brunai pada masa itu telah dipermainkan oleh tiga orang pencuri yang mempunyai ilmu yang tinggi (sihirke@pukauke tak tahulah). Tiada orang atau pamglima raja brunai yang dapat menangkap mereka. 

Maka diistiharkan kepada orang ramai akan perkara itu,” barang siapa dapat menangkap akan pencuri ini akan diberi hadiah dan anugerah.” 

Perkhabaran yang tersebut telah dibawa sampai ke Pahang dan telah didengari oleh Si Raja dan dia telah menerima tawaran untuk menangkap pencuri di Brunai itu. Katanya,”tiada salahnya mencuba kerana ianya tidak merugikan.”

Si Raja berlayar ke Brunai bersama wakil Brunai yang sampai di Pahang dengan perkhabarannya.

Sesampainya di Brunai Si Raja menyiapkan perkakasan untuk menangkap tiga pencuri itu, (cara dia manangkap tiga pencuri itu, itu satu cerita lain dan tidak akan diceritakan, maaf).

Selepas tertangkapnya tiga pencuri itu, lalu dibawa kehadapan Sultan Brunai. Maka dihukumlah tiga orang pencuri itu oleh Sultan Brunai.

Si Raja yang telah menangkap pencuri tiga orang itu telah diberi hadiah dan diberi pilihan untuk mengkhawini antara puteri-puteri dibrunai. 

Si Raja memilih anak memanda menteri untuk dijadikan isteri kerana dengan itu Si Raja tidak perlu menetap di Brunai (itu sebab dia tidak berkhawin dengan puteri sultan brunai). 

Si Raja telah kembali ke Pahang bersama isterinya dan dikatakan dia dan isterinya bermukim dikawasan Hulu Tembeling@ Kuala Tahan.

Link cerita:
[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/04/9-sultan-ahmad-budu-dengan-tiga-orang.html ]

Sekian. 
(kalau salah tolong betulkan)
(saya budak baru belajar)
WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...


Salam Laman Pahang,
WZWH banyak posting hal Brunei dengan Moyang WZWH iaitu Che Wan Ahmad bin Engku Khatib. Antara yang terbaik:http://wzwh.blogspot.com/2011/12/pengaruh-seorang-isteri-pemimpin-boleh.html

'Si Raja' dalam posting Laman Pahang merujuk kepada Che Wan Ahmad yang memang keturunannya belah atasnya pernah claim title Raja Bendahara Pahang sebanyak 2 kali cuba.

Apa hubungan Che Wan Ahmad dengan Sultan Wan Ahmad pertama Pahang?

Cik Wan Ahmad bin Engku Khatib bin Tun Abdullah (Marhum Ketapi) bin Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid.

Sultan Wan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali ibni Bendahara Tun Koris ibni Bendahara Tun Abdul Majid.

Bererti Che Wan Ahmad adalah anak sedara dua pupu Sultan Wan Ahmad pertama Pahang.

Tun Da dan anaknya Tun Abdullah pernah cuba claim title Raja Bendahara Pahang tapi gagal.

Walaubagaimanapun hubungan Keluarga keturunan Tun Da Tembeling dengan keturunan Sultan Wan Ahmad hingga sekarang tetap baik dan taat setia.

Memang Che Wan Ahmad ada ilmu kebatinan tinggi. Tapi usaha menangkap bandit Brunei itu diguna cara psikologi.

Che Wan Ahmad deal dengan penjenayah Brunei itu dengan mengajak penjenayah itu bersumpah dengan Al-Quran. Oleh kerana takut dimakan sumpah Al-Quran maka penjenayah Brunei terpaksa ikut janji dan menyerah diri.

Memang Che Wan Ahmad tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Brunei kerana tidak mahu tinggal di Brunei dan lagi satu telinga puteri Sultan Brunei itu panjang lanjut macam kaum Kelabit!

Maka Che Wan Ahmad berkahwin dengan anak Menteri Besar Brunei bernama Daing Khadija binti Muhammad.

Malangnya tiada zuriat. Daing Khadija dimakamkan di Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling namun kuburnya dialih ke makam Bukit Hangus Kampung Bantal siap dengan batu nesan Brunei yang dibawa bersama ketika Daing Khadija masih hidup.

Kerapkali rombongan Diraja Brunei datang melawat makam Daing Khadija dan mencari waris.

Sultan Brunei ada mengurnia tanah kepada Che Wan Ahmad di Limbang, Brunei. Juga Daing Khadija punya tanah di Brunei.

Menteri Kehakiman Brunei menjelaskan oleh kerana tiada waris-waris Che Wan Ahmad dan Daing Khadija datang menuntut tanah-tanah di Brunei selepas masa yang diperuntukkan maka tanah-tanah tersebut dilupuskan menjadi hak negara Brunei.

Che Wan Ahmad tidak tahu menulis dan membaca ada sekeping cek bernilai $20,000 dikurnia oleh Sultan Brunei tidak ditunaikannya hinggalah beliau meninggal dunia dan cek tersebut masih ada dalam peti kayu beliau! 

Selain itu 40 orang pengikut, sepasang tetawak gong Brunei, sebidang tanah di Limbang, bendera, bintang kebesaran dikurnia Sultan Brunei.

Daing Khadija dan 40 pengikutnya telah membentuk dailek Ulu Tembeling yang dituturkan oleh penduduk Ulu Tembeling hingga hari ini.

Terima kasih Laman Pahang kerana sudi mendengar pengisahan lisan sejarah keluarga WZWH.


EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024