Sunday, August 31, 2014
Friday, August 29, 2014
Thursday, August 28, 2014
Wednesday, August 27, 2014
Tuesday, August 26, 2014
Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan Kg Pagi
WZWH terima email dari seorang belia Kg Pagi. Pemuda ini mahu WZWH lontar cadangannya. Projek ini membantu ekonomi belia Kg Pagi disamping menjaga ekosistem.
"Kami nak buat projek zon khas memancing untuk ekonomi penduduk Kg Pagi...pelancongan berasaskan perikanan".
WZWH berbesar hati untuk publish hasilkerja pemuda Kg Pagi ini. Blog WZWH adalah satu platform untuk menyampai idea-idea bagi memajukan pembangunan kampung-kampung di Lembah Tembeling.
Ekopelancongan boleh didefinisikan sebagai pelancongan berasaskan alam semula jadi yang melibatkan pendidikan dan interpretasi alam semula jadi dan berjaya menjadi mampan dari segi ekologi.
Ekopelancongan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan ekonomi kawasan tersebut terutamanya di kawasan pedalaman.
Kampung Pagi yang terletak di Hulu Tembeling di daerah Jerantut, Pahang mula menjadi destinasi pelancongan kedua selepas Taman Negara sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan geografinya yang berdekatan dengan Taman Negara menjadi salah satu faktor kampung ini turut menerima kedatangan pelancong yang berkunjung ke Taman Negara. Uniknya, ia kaya dengan flora dan fauna malah terdapat penempatan Orang Asli dari kaum Batek di persisir Sungai Tembeling.
Kampung Pagi menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan bermula dari bulan Februari sehingga September setiap tahun.
Walaupun perjalanan ke sini cuma mengambil masa 45 minit sahaja dari jeti Kuala Tahan, namun cabaran menyusuri Sungai Tembeling mampu memberikan pengalaman yang sangat berharga.Aktiviti yang menjadi pilihan pelancong di sini ialah aktiviti memancing ikan air tawar di Sungai Tembeling,Sungai Pengau dan meneroka keindahan alam semulajadi.
Habitat ikan air tawar seperti ikan kelah, patin, jelawat, lawang, baung, dan temoleh serta akuakultur lain yang boleh di lihat di kawasan sekitarnya menambahkan lagi daya tarikan Kampung Pagi.
Memandangkan aktiviti yang menjadi pilihan popular pelancong yang datang di sini ialah aktiviti memancing ikan air tawar, KPEP Kampung Pagi bercadang ingin melaksanakan Program pengurusan Sumber Perikanan dalam Memperkasakan Ekonomi Penduduk Kampung Pagi khususnya. Program cadangan ini ialah Program ‘Santuari Ikan Temoleh’ dan Program Zon Khas Tempat Memancing yang Esklusif untuk pengemar pancing.
Kawasan Zon memancing.
Kepala Jeram Panjang hingga ke Jeram Katak.
Zon A : (Kepala Jeram Panjang hingga Jeram Aur) .
Zon B ( Zon khas memancing untuk ekonomi penduduk terutama nelayan sungai dengan memancing berbayar)
Komuniti mampu menampung kos pengangkutan team kerja untuk memantau zon tersebut.
Zon memancing itu harus diberi pada KPEP Kg Pagi.
Monday, August 25, 2014
Komuniti Cina Jerantut Menghargai Sumbangan Wan Amizan Bantu Sekolah Cina
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sg Jan terletak di bandar Jerantut dalam DUN Damak. Komuniti Cina Jerantut sudah lama minta bantuan kerajaan dan swasta.
Keperluan SRJK Sg Jan ialah pembinaan gantian 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Jumlah perbelanjaan ini cukup besar. Dewan Perniagaan Cina Jerantut tidak mampu menanggung semua kos pembinaan yang besar.
YB Dato' Lau Lee ADUN Damak sudah buat yang terbaik bagi mendapat peruntukan. Akhirnya pemimpin komuniti Cina Jerantut minta bantuan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan bagi menyelesaikan isu sekolah Cina Jerantut.
Mereka pemimpin Cina dan Dewan Perniagaan Cina berharap Dato' Wan Amizan dapat menyelesaikan isu ini. WZWH tidak tahu kenapa mereka tidak mahu minta bantuan dari ahli parlimen Jerantut.
Dato' Wan Amizan menggunakan skil dan kepakaran beliau bagi mendapatkan peruntukan yang berjumlah RM13.5 juta untuk pembinaan gantian 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan.
Hasilnya...
Akhirnya peruntukan RM13.5 juta berjaya dapat dengan usaha gigih Dato' Wan Amizan. Peruntukan RM13.5 juta ini membolehkan perlaksanaan projek ini bagi keselamatan para pelajar akan lebih terjamin serta dapat memberi keselesaan bagi tujuan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Komuniti Cina Jerantut menghargai sumbangan usaha Dato' Wan Amizan bantu sekolah Cina.
Sunday, August 24, 2014
Ahli Parlimen Jerantut Perlu Tulis Surat Rasmi Membantah Projek Sturgeon Kepada PM dan MB
Semua orang Jerantut tahu , ahli parlimen Jerantut membantah projek sturgeon Kuala Tahan sebab itu beliau menyokong kumpulan anti sturgeon yang disokong oleh MNS. Ahli parlimen Jerantut juga memberi sokongan moral kepada kumpulan anti sturgeon dalam misi ke Putrajaya dan demonstrasi tunjuk perasaan.
"Say No To Sturgeon Project In Kuala Tahan Pahang" itu motto kumpulan anti sturgeon.
Kumpulan ini juga yang demontrasi tunjuk perasaan di Bangunan Yayasan Pahang sewaktu taklimat Felda kepada MB dan EXCO Pahang sila lihat gambar di bawah.
Bagi kumpulan anti sturgeon ini , ahli parlimen Jerantut ialah pemimpin idola politik mereka.
Ahli parlimen Jerantut telah berucap di Majlis Jamuan Hari Raya di Felda Kota Gelanggi dengan kenyataan," Saya tidak bersetuju dan tidak menyokong Projek Sturgeon di Kuala Tahan" di hadapan Pengurus Felda Wilayah dan peneroka.
Projek sturgeon Kuala Tahan ialah projek yang mahu diusahakan oleh Felda dengan nilai pelaburan RM150 juta. Ini ialah projek usahasama dengan sebuah syarikat Korea Selatan.
Projek ini bertujuan membantu meningkat pendapatan generasi baru peneroka dengan menghasilkan telur ikan yang dipanggil kaviar. Kaviar sangat digemari dan mahal harganya.
Ini ialah salah satu langkah alternatif Felda dalam mencari sumber ekonomi baru selain dari menanam kelapa sawit dan getah. Masyarakat Felda menyokong penuh usaha inovatif Felda ini untuk mencari sumber ekonomi baru.
Parlimen Jerantut mempunyai pengundi berdaftar seramai 50,000 pada PRU 13. Pengundi dari warga Felda sahaja berjumlah 25,000 pengundi.
Pendirian ahli parlimen Jerantut amat mengecewakan komuniti masyarakat peneroka di Jerantut. Bukan itu sahaja majoriti pengundi di DUN Tahan seperti yang dimaklumkan oleh ADUN Tahan juga kecewa dengan sikap dan pendirian ahli parlimen Jerantut yang anti pembangunan.
Ahli parlimen Jerantut lebih mendengar pandangan penyokong kuat beliau yang hanya berjumlah 38 orang yang hardcore kuat membantah projek sturgeon di Kuala Tahan dengan dibantu di belakang oleh MNS sebuah NGO Alam Sekitar.
Projek sturgeon dibuat di kawasan luar dari Taman Negara dan di seberang Sungai Tembeling sebelah kanan mudik yang tidak berkaitan dengan Taman Negara.
Projek sturgeon ini ialah ilham dan pet projek DS Najib PM Malaysia. PM sangat teruja dengan projek sturgeon ini hingga DS Najib pernah bergurau dengan Presiden Putin bahawa sturgeon Kuala Tahan ini boleh menyaingi sturgeon dari Rusia.
Mengikut jadual asal, PM dijangkakan melancarkan projek sturgeon Kuala Tahan pada bulan September 2014.
ADUN Tahan dan WZWH menyokong kuat projek sturgeon di Kuala Tahan ini.
Ahli parlimen Jerantut seorang ahli politik yang berani dengan falsafah politiknya " Jerantut Baru Berani Berubah".
Ahli parlimen Jerantut sangat dikagumi oleh orang Jerantut kerana beliau berani dan tidak memperdulikan kehendak dan hasrat DS Najib PM, juga hasrat dan kehendak DS Adnan Yaakob MB Pahang apatah lagi mahu memperdulikan titah Tuanku Sultan Pahang...jika beliau fikir keputusan beliau lebih baik kepada masyarakat.
Untuk menzahir dan membuktikan keberanian politik beliau, ahli parlimen Jerantut perlu menulis surat rasmi membantah projek sturgeon Kuala Tahan kepada YAB PM dan YAB MB Pahang.
Pasti ahli parlimen Jerantut ini jika diberi peluang bertanding lagi pada PRU 14 pasti majoriti undi beliau lebih besar dari PRU 13.
Saturday, August 23, 2014
Wan Amizan Mahu Majukan Ulu Cheka Dan Selamatkan DUN Damak
Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan di Majlis Raya Ulu Cheka berucap menjanjikan harapan baru kepada masyarakat Ulu Cheka ( Dalam DUN Damak)
ADUN Tahan banyak membawa peruntukan pembangunan beratus juta ringgit ke DUN Tahan. Beberapa projek baru bernilai berbilion ringgit sedang diusahakan. Meskipun projek sturgeon RM150 juta mahu dilaksana ada juga segelintir menentang.
Memang ADUN Tahan ini aset parlimen Jerantut. Beliau cukup sentimental dan punya hubungan lama dengan masyarakat Ulu Cheka. Beliau mahu memajukan Ulu Cheka dengan cara beliau sendiri. Ini bukanlah menidak sumbangan ADUN Damak.
DUN Damak parlimen BN kalah 2500 undi (PRU 13). Juga kalah 2000 undi PRU 12. ADUN Tahan mahu selamatkan DUN Damak.
Ulu Cheka ada 7 kampung besar. Punyai seorang Tok Empat. Ulu Cheka juga digelar Kashmir Jerantut kerana Gunung Benom dan keindahan highlandnya.
Apa harapan yang ADUN Tahan lontarkan kepada masyarakat Ulu Cheka?
WZWH tiada masa menulis selain kerja korporat juga melayan undangan banyak jamuan raya. Di DUN Tahan sahaja ada l9 PDM-Pusat Daerah Mengundi yang telah mengadakan jamuan dan itu belum ditambah dengan kampung-kampung kecil serta anjuran GLC.
Secara ringkasnya:
- Peruntukan RM3 juta bagi membina masjid baru Ulu Cheka yang sudah lebih 50 tahun. Ini berita baik bagi mayarakat Ulu Cheka.
- Projek Jalan baru dari Damak ke Kuala Kerau,
- Projek Jalan baru Ulu-Cheka ke Mempaga-ini boleh mempercepatkan perjalanan ke KL
- Projek pembesaran jalan-jalan dalam kampung Ulu Cheka
- Penglibatan ECER dengan pembangunan Ulu Cheka merangka berbagai projek
- Projek Sturgeon di Perlok
- Pembangunan Gunung Benom-membina peranginan resort dan chalet secara terkawal
- Pertanian tanah tinggi ala Cameron Highland secara terkawal
- Penanaman padi bukit model terbaru
- Projek menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Ulu Cheka kepada Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Ulu Cheka
- Cuba membawa DS Najib melawat Ulu Cheka suatu hari nanti.
Masyarakat Ulu Cheka malam itu sungguh bersemangat dan ghairah bila ADUN Tahan mahu membantu majukan Ulu Cheka.
Orang muda-muda DUN Damak mahu pekerjaan, mahu rumah, mahu tanah, mahu standard of living yang baik.
Bila kita berjaya buat ini semua walau tidak 100%, WZWH percaya dan yakin parlimen BN Jerantut boleh mengurangkan deficit kekalahan dalam DUN Damak pada 2 PRU yang lepas.
WZWH pun berminat membantu memajukan ekonomi masyarakat Ulu Cheka. Bina satu lagi projek sturgeon Caviar Park di Ulu Cheka dan Projek Renewal Energy di Rengat Ulu Cheka.
Friday, August 22, 2014
Isu Sturgeon Bahaya: Pendirian Prof. Maketab Mohamed Tidak Konsisten!!!
Isu penternakan sturgeon bahaya kepada alam sekitar.
Baik semasa taklimat sturgeon kepada EXCO Pahang dan semasa Prof. Maketab Mohamed (MM) diwawancara oleh Pahangku Media, logiknya mudah Prof MM kata projek sturgeon boleh di buat di Felda Padang Piol atau Felda Sg Retang...TAPI tidak boleh buat di Kuala Tahan BERERTI projek sturgeon tidak bahaya.
Hanya bahaya di Kuala Tahan!
Nampak Pahangku Media boleh membuktikan bahawa PENDIRIAN Prof. MM ini tidak konsisten....
WZWH lebih respect jika Prof MM berpendirian bahawa semua projek sturgeon adalah BAHAYA kepada alam sekitar dan TIDAK BOLEH dibuat dimana-mana lokasi di Malaysia.
Dakwaan Prof. MM bahawa Felda tidak mempunyai data dan tidak ada kajian EIA mahu dibuat adalah tidak benar dan Prof. MM tidak tahu apa Felda buat.
Pihak Felda telah berurusan dengan JAS. Kalau ikut peraturan kawasan kurang dari 50 ekar bagi tujuan projek pembangunan adalah tidak memerlukan EIA.
Mula pihak JAS tidak mensyaratkan EIA. Tapi kemudian memaklumkan kepada Felda pada bulan Julai 2014 bahawa terdapat kekhilafan bila Felda dikehendaki menyediakan EIA sila klik sini.
Tidak ada keperluan mengkehendaki Felda menyediakan DEIA oleh JAS.
Tapi bila Prof. MM (Presiden MNS) dan beberapa kerat penduduk Kuala Tahan yang digelar Kumpulan Anti Sturgeon yang disokong oleh seorang pemimpin Jerantut sila klik sini, pergi ke Putrajaya dan berdemonstrasi di sana barulah JAS mengarahkan Felda menyediakan laporan DEIA.
Itu tidak ada masalah Felda sedang menyiapkan laporan DEIA.
Nampak jelas bahawa pendirian Prof. MM tidak konsisten dalam isu projek penternakan sturgeon merbahaya kepada alam sekitar.
Prof. MM mempunyai kepakaran air. Prof. MM bukan pakar ikan.
Tidak boleh di Kuala Tahan
Boleh di Felda Padang Piol
Boleh di Felda Sg Retang
Boleh juga di Kg Labu....
Ini menunjukkan dan membuktikan bahawa dakwaan projek sturgeon di Kuala Tahan itu adalah merbahaya kepada alam sekitar adalah TIDAK BERASAS!
Apa motif sebenar Prof. MM beriya benar menentang projek sturgeon di Kuala Tahan?
Adakah beliau diupah untuk sabotaj projek penternakan sturgeon di Kuala Tahan dan Pahang?
Kalau kerajaan Negeri Pahang tidak mahu projek sturgeon ini ada banyak lagi kerajaan negeri lain yang sangat berminat serta menawarkan tapak lokasi di negeri masing-masing.
Kerajaan Negeri Sarawak sangat berminat....!!!
Wednesday, August 20, 2014
MB Pahang: Isu Sturgeon Sudah Selesai
Taklimat sturgeon kepada EXCO Pahang oleh MNS dan Felda. Keputusan MB: Projek sturgeon ON, tapi perlu ada DEIA, Felda perlu taklimat kepada orang kampung, Felda kena ada CSR dan PR yang baik dengan orang Kuala Tahan. Isu sturgeon Kuala Tahan sudah selesai. WZWH happy.
Ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang kata "miscommunication" iaitu salah faham sahaja antara Felda dan Kumpulan anti sturgeon di ketua oleh Presiden MNS (Malaysian Nature Society) dan beberapa orang kampung.
Walau Felda mendapat kelulusan untuk buat Projek Sturgeon di Kuala Tahan RM150 juta namun perlu taklimat diberi kepada orang kampung yang dihadiri oleh Felda dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkenaan.
WZWH difahamkan sememangnya Felda mahu memberi taklimat kepada orang kampung pada bulan Ogos ini sila klik sini. Sekarang ini orang kampung sibuk dengan program Hari Raya tak habis-habis terutama di DUN Tahan semua 19 PDM ( Pusat Daerah Mengundi) mengadakan jamuan Hari Raya.
Pagi tadi Felda memberi taklimat khas kepada EXCO Pahang berkenaan penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan dengan panjang lebar dan detail teknikalnya.
MB dan EXCO sangat berpuas hati. Kerajaan Negeri Pahang sememangnya megalu-alukan pelaburan Felda membina sumber ekonomi baru bagi generasi peneroka dan kampung tradisional. Ekonomi Caviar adalah sumber ekonomi baru bagi bukan sahaja Pahang tapi negara.
Sesi soal jawab pun berlansung. Sebelum itu Kumpulan anti sturgeon telah memberi taklimat kerana dipanggil oleh MB untuk mendengar pandangan Kumpulan anti sturgeon.
Pihak Felda telah memberi penerangan yang pertama kali didengar oleh Kumpulan anti sturgeon. Sebelum ini pihak Kumpulan anti sturgeon tidak hadir bila dipanggil.
Antara soalan-soalan yang menarik ialah:
- Kenapa buat projek sturgeon ini di Kuala Tahan?
- Spesis sturgeon yang diternak itu jenis pemangsa atau bukan?
- Bagaimana sistem perawatan air kolam?
- Bagaimana kalau terlepas sturgeon ke Sungai Tembeling?
- Apa faedah projek ini kepada orang kampung?
WZWH cuba menulis jawapan secara ringkas:
Projek sturgeon di buat di Kuala Tahan kerana tempat itu sangat sesuai dari segi sains berdasarkan kajian pakar Korea yang telah mengambil 15 sample lokasi. Ikan sturgeon perlu hutan nature untuk bertelur dengan subur. Persekitaran yang senyap perlu. Tidak boleh persekitaran bising-bising kerana ini boleh menganggu kesuburan ikan sturgeon betina dan jantan.
Spesis sturgeon yang diternak ialah spesis bukan pemangsa dan kecil saiz. Sturgeon ini makan lumut, spirulina dan tahi siput.
Sistem perawatan air teknologi Korea ini teknikal dan ada securiti.
Ikan sturgeon ini jika kalau terlepas tidak boleh hidup di Sg Tembeling yang bersuhu tinggi juga tidak boleh membiak kerana perlu suhu sejuk.
Faedah projek ini kepada orang kampung:
- Peluang menjadi peserta berpendapatan tinggi
- Peluang pekerjaan bagi 300 anak tempatan
- Peluang anak-anak muda dihantar ke Korea belajar ternak sturgeon
- Pembinaaan infrastruktur termasuk jalanraya dan Caviar Park lengkap dengan R&D, Pejabat, Hostel,
- Caviar Park sebagai daya tarikan kepada pelancong melawat Kuala Tahan
- Pembinaan hotel-hotel dekat Caviar Park
- Industri IKS buat makanan bagi sturgeon.
- Dan banyak lagi.
Terdapat isu remeh temeh yang dibangkitkan oleh Kumpulan anti sturgeon seperti:
- Isu curi air masyarakat
- Tiada papan tanda di tapak clearing dan pembersihan projek
WZWH difahamkan mula-mula air masyarakat di Sungai Tabung itu 3 hari tiada air maka susah orang kampung mahu beribadat di Masjid Kuala Tahan. Orang kampung minta bantuan kontraktor Korea kalau mahu air sebab 3 minggu di chalet tempat pekerja-pekerja kontraktor Korea itu tinggal putus bekalan air supaya membaiki paip yang tersumbat.
Kontraktor Korea dijanjikan mendapat bekalan air masyarakat jika tolong orang kampung baiki paip yang tersumbat. Bila kontraktor Korea baiki paip itu dan elok ketika itu Kumpulan anti sturgeon ambil gambar-gambar dan menjadikan bahan sensasi dan menjadi viral di media baru menjadikan isu "kontraktor Korea curi air masyarakat".
Dulu ada producer filem bikin shooting filem di Kuala Tahan selama 3 bulan. Set produksi dan crew pakai air masyarakat itu tiada masalah pun tiada pula MNS dan Kumpulan anti sturgeon bantah dan komplen!
Dulu ada producer filem bikin shooting filem di Kuala Tahan selama 3 bulan. Set produksi dan crew pakai air masyarakat itu tiada masalah pun tiada pula MNS dan Kumpulan anti sturgeon bantah dan komplen!
Felda diberi kelulusan oleh Jabatan Hutan Pahang supaya boleh menebang pokok kayu yang minimal bagi bina tapak projek. Maka kerja-kerja clearing dan pembersihan dijalankan. Dari 50 ekar hanya 30 ekar itu pun bukan semua pokok ditebang. Jabatan Hutan Pahang terlupa hendak beritahu Felda supaya dibuat papan tanda tapi itu hanya papan tanda tebang kayu saja.
MB Pahang minta pihak Felda supaya bermurah hati beri CSR (Corporate Sosial Responsibility) kepada orang kampung yang memerlukan. Ini untuk menawan hati orang kampung. Perlu ada komunikasi. Felda perlu ada PR (Public Relation) yang baik dengan orang kampung.
MB angggap isu sturgeon Kuala Tahan sudah selesai. Projek sturgeon boleh dilaksanakan setelah laporan DEIA dibuat. Taklimat perlu diberi kepada orang kampung.
WZWH ingin menegaskan sekali lagi ini adalah projek Felda. Pelaburan RM150 juta ini adalah dari Felda yang berpengalaman membangunkan kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga.
Masih ada lagi budak-budak nakal Kuala Tahan yang terpengaruh dengan kempen Kumpulan anti sturgeon berdemonstrasi walau pun pemimpin mereka telah mendengar taklimat Felda kepada EXCO Pahang di bangunan Yayasan Pahang. Pemimpin idola politik mereka pun sudah berfikir banyak kali samada mahu terus bersimpati dan menyokong mereka setelah mendapat taklimat yang sebenar!
Tuesday, August 19, 2014
Kuala Tahan Berpotensi Menyelamat Sturgeon Dunia Bersama Abu Dhabi
Ahmed Al Dhaheri, pengasas bersama dan Pengarah Urusan di Emirates Aquatech, berdiri dengan tangki yang penuh dengan anak-anak ikan sturgeon yang dibiakkan di UAE.
Ladang kaviar meliputi 56,000 meter persegi dan satu hari nanti akan menghasilkan 35 tan telur ikan setahun.
Sturgeon muda di dalam tangki di Emirates Aqua Technologies Cavair Kilang di Abu Dhabi.
Hasrat DS Najib dan Kerajaan Negeri Pahang mahu menternak Sturgeon di Caviar Park Kuala Tahan seluas 50 ekar hasil pelaburan FGV kerjasama dengan Syarikat Korea akan membuatkan Kuala Tahan berpotensi menyelamat sturgeon dunia dari pupus bersama Abu Dhabi.
Ini adalah kebangkitan Sturgeon di negara Islam yang akan membekalkan kaviar ke pasaran dunia. Kita lihat dan belajar dari kebangkitan sturgeon di Abu Dhabi UAE.
Dipetik dari The National UAE 2 Januari 2014...
Dipetik dari The National UAE 2 Januari 2014...
Fikirkan kaviar dan ia tidak mungkin bahawa Abu Dhabi akan datang ke fikiran sebagai sumber yang sangat dicari iaitu telur ikan kaviar.
Langkah ini bermula dengan usaha ladang kaviar Caspian tertutup di ibu negara meletakkan semua usaha dalam menjaga sturgeon Siberia terancam. Ladang Sturgeon ini kini menjadi pengeluar kaviar terbesar di dunia.
Bulan lepas, kerana negara itu telah meraikan kemenangan Expo 2020 di Dubai, Emirates Aqua Technologies Cavair Kilang adalah meraikan kejayaan kumpulan pertama UAE telur sturgeon yang dibiakkan dan menetas sepenuhnya di UAE.
"Kami telah menamakan mereka sebagai dalaman Ekspo 2020 akan bersedia untuk memberikan kaviar sebelum Ekspo 2020 tetapi kami telah memanggil mereka kerana sebahagian daripada mereka akan memberikan kaviar sehingga tahun itu," kata Ahmed Al Dhaheri, 44, pengasas dan pengarah urusan di Emirates Aquatech.
Penetasan yang melambangkan keinginan ladang untuk menggalakkan model perniagaan yang mampan yang berasaskan pembiakan Sturgeon sendiri dan bukannya menangkap mereka liar atau penetasan telur yang telah disenyawakan di tempat lain dan diimport.
"Sekarang kita mempunyai batch segar telur menetas iaitu UAE 100 peratus," kata Encik Al Dhaheri.
"Ada rasa ini hanya sesuai di Siberia, Laut Kaspia dan bahagian dunia, tetapi dengan teknologi dan apa-apa keupayaan yang boleh dilakukan.
"Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan orang-orang dengan bantuan orang yang tepat dan teknologi."
Beliau berkata, ladang 56,000 meter persegi akhirnya akan menghasilkan 35 tan kaviar dan 700 tan daging Sturgeon setahun.
"Tetapi projek ini bukan semata-mata mengenai menghasilkan kaviar dan membuat wang," kata Encik Al Dhaheri.
"Aspek lain projek ini adalah alam sekitar; menyelamatkan spesies. Kami ingin pelbagai produk yang terdapat dalam persekitaran di mana penawaran dan permintaan boleh dikawal.
"Terdapat dua aspek untuk perniagaan. Satu adalah pengeluaran dan bahagian ekonomi daripada itu; keupayaan dan pasaran dan di mana untuk menjual. Sisi lain adalah ikan itu sendiri dan bagaimana ia berkembang - yang ikan ini dan mengapa ia begitu istimewa "?
Sturgeons Siberia disenaraikan sebagai spesies terdedah oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam, organisasi alam sekitar yang terbesar dan tertua di dunia.
Ia sedang overfished dan banyak tempat-tempat pembiakan semula jadi sturgeon Siberia telah hilang kepada pencemaran, pembangunan loji tenaga dan aktiviti industri yang lain.
Encik Al Dhaheri berkata Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Fauna dan Flora (CITES) yang diiktiraf ini sejurus selepas beliau dan adiknya yang diperanakkan oleh idea membina ladang kaviar pada tahun 2006.
Ia menambah dorongan kepada projek mereka kerana ia ditubuhkan bahawa spesies yang perlu dilindungi.
"Kaviar masih dituntut di seluruh dunia dan jika orang ramai masih menuai daripada liar kemudian ikan ini mungkin telah berlalu kepupusan sekarang," katanya.
Untuk memulakan pengeluaran, syarikat saham bersama swasta terpaksa mendapatkan lesen dari badan-badan tempatan dan antarabangsa seperti CITES, EU dan pihak berkuasa makanan di Abu Dhabi.
"Kita tidak boleh menjual kaviar kepada sesiapa tanpa lesen," kata Encik Al Dhaheri.
"Mereka mahu tahu bahawa anda akan semakin meningkat ikan ini dengan cara yang akan mengekalkan pengeluaran, membuat kaviar kepada dunia dan menyelamatkan ikan daripada menjadi pupus secara semula jadi.
"Ini adalah apa yang kita lakukan di sini. Terdapat ladang lain dengan kapasiti yang lebih kecil, nombor yang lebih kecil daripada ikan, tetapi di sini kita mempunyai 300,000 ikan, dan nombor-nombor itu akan berkembang. "
Hanya Sturgeon betina sahaja boleh kaviar telah diekstrak sekali seumur hidup sebagai proses membunuh ikan. Tetapi Encik Al Dhaheri berkata tiada Sturgeon pergi ke membazir.
Saturday, August 16, 2014
Siapa Pemimpin Jerantut Sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan?
Sungguh sedih hati WZWH bila pemimpin Jerantut yang WZWH harapkan rupanya menjadi dalang dan sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan.
Politik pembangunan yang WZWH perjuangkan demi kemajuan ekonomi DUN Tahan terutamanya rupanya ditentang oleh pemimpin Jerantut yang diberi amanah.
Selama 3 tahun WZWH berkempen bela sturgeon untuk caviar selepas sahaja DS Najib PM membuat pengumuman dulu, kini dengan berbagai program ECER demi meningkat ekonomi Jerantut.
Lagi sedih DS Najib bila tahu anak buah sendiri rupanya sabotaj pet projek yang menjadi minat DS Najib dan usahasama FGV dengan Syarikat Korea.
DS Najib suruh satu team yang terdiri dari Pegawai Kerajaan, Pegawai FGV, EXCO Pahang dan wakil rakyat Pahang beberapa kali melawat Korea Selatan berkenaan penternakan Sturgeon.
Tapi sayang harapkan pagar...pagar makan padi!
Patutlah sedaramara WZWH 3/4 kerat itu kuat membantah dan berkempen anti sturgeon rupanya ada tokoh dan pemimpin politik di belakang menyokong kuat walau majoriti orang Kuala Tahan menyokong projek sturgeon.
WZWH tidak mahu komen lebih. No further question....
Cuma WZWH petik sedutan dari Blog Kutukan Dewata.....
INGATKAN FAUZIAH THORON YANG TENTANG PROJEK STURGEON KERAJAAN!!! RUPA-RUPANYA AHLI PARLIMEN KERAJAAN SENDIRI!!!
Cukuplah Pemimpin Jerantut Sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan Jangan Jadi Bodoh Dan Gila!
DS NAJIB SEHARUSNYA SIASAT DAN PANTAU SIKAP MP BN YANG JADI DALANG KEPADA PENENTANGAN TERHADAP PROJEK KERAJAAN!
TINDAKAN TIDAK BERETIKA INI SEHARUSNYA DIBENDUNG!
BIAR NGO,ATAU ORANG AWAM YANG TENTANG, TAK APA.TAK ADA MASALAH!
BIAR MP PEMBANGKANG YANG TENTANG,TAK APA SEBAB MEMANG KERJA PEMBANGKANG ASYIK BANGKANG AJE!!!
MP KUANTAN FAUZIAH SALLEH TENTANG PROJEK LYNAS ADALAH WAJAR KERANA DIA PEMBANGKANG!
LYNAS TETAP JALAN.SETAKAT NI BELUM ADA LAGI YANG MATI KERANA LYNAS!
IRONISNYA,PROJEK STURGEON ILHAM KEPIMPINAN BN DI TENTANG SENDIRI OLEH MP BN! JIWA PEMBANGKANG ADA DALAM TUBUH BN!
So DS Najib....WZWH rest my case...
Friday, August 15, 2014
Cukuplah Pemimpin Jerantut Sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan Jangan Jadi Bodoh Dan Gila!
Projek Sturgeon Kuala Tahan adalah projek disokong penuh oleh Putrajaya dan Kerajaan Negeri Pahang. Ini usahasama FGV dengan Syarikat Korea bagi menghasilkan ekonomi baru bagi generasi baru peneroka dan kampung tradisional dengan pengeluaran kaviar.
Kerajaan Negeri Pahang meluluskan 50 ekar tanah di Kuala Tahan bagi tujuan projek tersebut. Tapak Caviar Park ini yang digunakan hanya 30 ekar di Sungai Tabong. Oleh kerana kontraktor Korea sedang membersih dan clear kawasan maka pokok-pokok hutan tertentu telah diberi kebenaran oleh Jabatan Hutan Pahang.
Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH tapak Caviar Park ini dan reservenya BUKAN dalam kawasan Taman Negara. Ianya terletak di seberang Sungai Tembeling belah kanan mudik. Ianya dalam kategori KSAS- kawasan sensitif alam sekitar.
Bawah 50 ekar kebiasaannya sesuatu projek itu tidak memerlukan EIA Report. Tetapi oleh kerana tapak projek ini di bawah KSAS maka Jabatan Alam Sekitar pada bulan Julai 2014 telah mengarahkan EIA Report.
Yang peliknya selepas Kumpulan anti sturgeon bertemu dengan JAS barulah keputusan bahawa Felda dikehendaki menyediakan laporan DEIA. Itu tiada masalah pihak yang berkenaan sedang menyediakan laporan DEIA.
Yang peliknya selepas Kumpulan anti sturgeon bertemu dengan JAS barulah keputusan bahawa Felda dikehendaki menyediakan laporan DEIA. Itu tiada masalah pihak yang berkenaan sedang menyediakan laporan DEIA.
WZWH ingin menegaskan ini projek kepentingan negara. Kalau ikut jadual PM mahu melancarkan projek ini pada bulan September 2014 nanti.
Malangnya terdapat beberapa pemimpin politik Jerantut yang tidak suka projek ini dijayakan dengan berjaya di Kuala Tahan di DUN Tahan. Bukan itu saja semua projek-projek pembangunan di DUN Tahan telah disabotaj dengan kerjasama media massa bagi memberi perspektif yang negatif kepada rakyat.
Sebagai seorang pemimpin politik yang diberi tempat dan platform cara kerja terbaik ialah berjumpa dengan Kementerian, dengan Menteri, dengan Pegawai Tinggi Kerajaan, dapatkan sokongan MB, jumpa PM minta peruntukan.
Beri sebab-sebab ekonomi dan kewangan mengapa sesuatu projek itu baik untuk parlimen dan DUN. Kalau kerajaan ada kekangan kewangan cari alternatif bagaimana untuk mendapatkan dana dan sumber kewangan dengan pelbagai mekanisme.
Bukan dengan cara publisiti murahan dengan media massa dengan kononya tunjuk keperihatinan dan bising. Kalau macam itu semua orang boleh buat kerja itu pergi komplen dan bawa wartawan suruh tulis dalam akhbar.
Apa perasaan Kementerian yang telah, sedang dan akan bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan sesuatu projek itu. Tidak perlu bising-bising dan ribut.
Yang penting pemimpin itu boleh meyakinkan pembuat keputusan bawa banyak projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing BUKAN dengan pandai komplen projek-projek yang orang lain sudah bawa dengan ikhtiar yang bersungguh.
Yang penting cuba berusaha bersungguh bagaimana mahu menjayakan projek-projek yang pemimpin itu sudah berjanji kepada rakyat terutama semasa musim PRU 13 dulu. Ingat balik apa janji-janji itu!
Cukuplah pemimpin Jerantut sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan jangan jadi bodoh dan gila!
Orang Jerantut tahu siapa-siapa dalam gambar yang membantah Projek Sturgeon Kuala Tahan. Siapa pemimpin Jerantut di belakang yang menyokong semua orang tahu!
Pemimpin Jerantut jangan guna Orang Asal @ Orang Batek Kuala Tahan menggunakan berbagai alasan dan sentimen rekayasa bagi sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan.
Pemimpin Jerantut kalau mahu sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan jangan hanya bawa dua orang Batek Kuala Tahan. Jangan kedekut bawalah 3 atau 4 buah bas bawa ramai orang Batek Kuala Tahan baru POWER berpiket di Putrajaya.
Cukuplah pemimpin Jerantut sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan jangan jadi bodoh dan gila.
Berusahalah cari projek-projek pembangunan mengunakan idea-idea sendiri dan bawa banyak peruntukan ke Jerantut.
DS Najib....WZWH mahu tanya ini pemimpin Jerantut mahu diberi bertanding lagi ke PRU 14 nanti???
Thursday, August 14, 2014
Misteri Dua Beradik Perempuan Kg Labu Yang Hilang 120 tahun dulu...
Sejak kecil WZWH diberitahu satu kisah cerita dua beradik perempuan dari Kg Labu Tembeling Tengah hilang secara misteri sejak lebih 120 tahun dulu.
Dikatakan dua beradik perempuan ini hilang kerana diambil orang bunian. Ada yang kata dibaham harimau Si Pudong atau weretiger @ harimau jadian sila klik sini dan sila klik sini.
WZWH yang berfikiran saintifik menolak cerita begitu. Pasti ada sebab yang logik dibalik misteri kehilangan dua beradik perempuan itu.
Ya WZWH ke mana mereka pergi. Kedua beradik perempuan ini bukan orang lain 5 generasi atas kepada WZWH.
Dua beradik perempuan ini jika keduanya berkeluarga pasti beranak pinak dan menghasilkan keturunan yang ramai dan besar keluarga selepas 120 tahun.
WZWH mahu tahu sebab ini famili WZWH entah di mana mereka semua berada!
Setelah berpuluh tahun mengkaji akhirnya WZWH sudah dapat gambaran yang sebenar apa yang sebenarnya berlaku dari berbagai sumber ...ini satu kisah family yang sedih dan tragedi.
WZWH berasal dari sebuah family yang paling feudal dalam negeri Pahang. Dulu dalam adat keluarga WZWH family yang perempuan tidak dibenarkan berkahwin dengan orang luar.
Semua yang perempuan disusun atur mengahwini sama sedara dalam family samada di Tembeling, Chenor dan Pekan. Jika melanggar adat ini berat hukumannya seperti:
- Di denda
- Tidak boleh ditanam dengan keranda bila mati nanti
- Dipulau keluarga atau dihalau atau dibunuh
- Diambil bawa ke Pekan tinggal di istana, cuma bila tiada gigi (sudah tua) baru dihantar pulang ke kampung asal atas titah Raja.
Adat ini dijaga konon menjaga nama baik dan maruah keluarga. Keras sungguh hukuman ini sebab itu WZWH cakap ini family paling feudal dalam Pahang.
Dua beradik perempuan ini adalah anak kepada seorang pemerintah atau pembesar Lembah Tembeling yang menguasai sosial politik dan paling berpengaruh masa itu.
Si Adik sudah jatuh cinta kepada seorang pemuda biasa dari orang kebanyakan. Cinta adalah anugerah tuhan yang tidak mengenal darjat dan kasta.
Kerana cinta sanggup berenang lautan api....nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan buang emak buang sedara kerana kasih hamba turutkan.
Love is blind...orang putih kata.
Perhubungan ini tidak direstui oleh Si Ayah. Kalau diketahui niat sebenar pasti Si Ayah akan menghalang dan sanggup membunuh...akhirnya Si Adik mengambil keputusan berani lari dari kampung bersama kekasih sanggup tinggal keluarga demi cinta.
Si Adik sempat mengambil beberapa peralatan keluarga sebagai tanda initial kenangan barang-barang itu tanda milik keluarga dan benih padi Tembeling.
Kehilangan Si Adik mengemparkan keluarga dan menjadi perbualan orang kampung. Keluarga dan orang kampung mencari ke pelusuk kampung-kampung dan hutan belantara.
Timbullah cerita Si Adik telah diambil oleh orang bunian. Ada yang kata mungkin Si Adik telah mati dibaham harimau atau binatang buas.
Namun Si Abang tahu cerita yang sebenar...Si Abang seorang yang garang lalu api kemarahan membakar hati, jiwa dan perasaan.
Si Abang memberi kata dua kepada Si Kakak disuruh supaya menjejaki dan mencari Si Adik sampai dapat.
Pesan Si Abang," kamu cari sampai dapat adik kamu....bawa adik kembali ke kampung...jika tidak ayah dan abang akan hukum bunuh kamu!"
Si Kakak tahu ini mission yang sangat berat...ini arahan...diluah mati bapa...ditelan mati emak.
Lalu Si Kakak pun memulakan tugas dan assignment mencari ke mana pergi Si Adik. Berkat pertolongan kuasa Allah, akhirnya Si Kakak berjaya berjumpa dengan Si Adik dan kekasihnya di satu kampung bernama Mengkarak.
Si Kakak memujuk Si Adik dengan hati yang hiba..." Adik pulang dan kembalilah kamu ke pangkuan keluarga di kampung...jika kakak gagal membawa adik pulang, kakak akan dikena hukum bunuh!"
Si Adik berkata," Adik sudah pun bergelar isteri...mustahil adik akan kembali ke kampung bersama suami....tentu akan dihukum bunuh jua".
Lalu Si Kakak berasa sangat sedih kerana sudah tahu apa akan berlaku nasib hidup dan arah tuju destinasi.
Si Kakak mengeluh sambil berkata," Kalau kakak kembali ke kampung tanpa adik...pasti kakak akan dihukum"
Akhirnya kedua beradik perempuan itu membuat satu keputusan nekad bahawa mereka tidak akan kembali ke kampung...mereka mahu membawa haluan hidup masing-masing.
Si Adik dan suami mengakhir perjalanan di sebuah kampung di Negeri Sembilan.
Nasib malang menimpa Si Adik. Suami terkena penyakit kebusungan perut yang tiba-tiba membesar dan akhirnya membawa maut. Nasib baik juga sempat meninggalkan benih. Si Adik sampai masanya melahirkan zuriat dan berkembang biak.
Di sebuah kampung di Negeri Sembilan masih lagi orang ingat kepada benih padi Tembeling...
Si Kakak pun akhirnya berkahwin dengan seorang jejaka budiman dan entah kemana menetap berkembang biak keturunannya.
Bila sampai umur tua dan uzur ke dua beradik perempuan ini berpesan kepada anak cucu supaya mencari waris keluarga di Tembeling.
"Pergilah kamu ke Tembeling dan carilah susur galur keluarga.. siapa-siapa yang menjadi penghulu, orang besar dan pemimpin itulah pengenalan keluarga kamu...cari puncanya...tunjukan barang-barang peninggalan keluarga yang sebagai tanda bukti.."
Memang sejak 1960an, 1970an, 1980an , 1990an keluarga yang hilang ini mencari warisnya di sepanjang alur Sungai Tembeling. Mereka berjumpa punca-punca itu....tetapi malangnya waris keluarga mereka di Tembeling menafikan cerita itu kerana ramai dari mereka tidak tahu sejarah, tidak tahu cerita yang sebenarnya...
Hanya segelintir yang tahu dan bila didesak baru mengiyakan cerita yang sebenar. Ramai keluarga yang hilang itu berada di Negeri Sembilan, Pelangai dan ada yang terlepas ke Kg Perlok.
Menambah lagi keinsafan Si Ayah yang berumur panjang lebih seratus tahun...disaat akhirnya hidupnya telah meminta Si Abang supaya mencari kedua beradik perempuan bawa berjumpa Si Ayah buat kali terakhir..sambil bersedih tanggis syahdu.
Si Ayah juga menyuruh beberapa orang tertentu mencari kedua anak perempuannya sambil memberi tanda-tanda badan kedua anak perempuan sejak masih kecil.
Si Ayah terlalu merindu ke dua beradik perempuan yang hilang itu.
Tapi nasi sudah jadi bubur. Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian sudah tidak berguna.
WZWH menyampaikan mesej ini kepada keluarga yang hilang ini bahawa kamu semua tidak semudah itu untuk dilupakan dalam sejarah.
Ingat pesan ke dua moyang kamu carilah tanda dan punca keluarga waris Tembeling.
Wednesday, August 13, 2014
Projek Bandaraya Tun Abdul Razak Jengka-Stadium, Hotel, Hospital Dan Jalanraya Baru
Dato' Wan Salman bin Wan Ismail ADUN Jengka pemimpin muda Pahang.
Kepimpinan DSD Adnan Yaakob MB Pahang melalui YB Dato' Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka berkerja keras untuk menjayakan Projek Bandaraya Tun Abdul Razak Jengka.
Bandar Tun Abdul Razak Jengka @ Bandar Pusat Jengka pesat membangun. Bandar ini dikelilingi oleh hampir 300,000 penduduk terdiri dari empat parlimen Maran, Kuala Krau, Jerantut dan Temerloh.
Majoriti penduduk dari keluarga peneroka dari 35 Rancangan Felda. Sememangnya Bandar Tun Abdul Razak Jengka perlu diupgrade infrastruktur.
Jalan Simpang Kg Awah - Bandar Tun Razak Jengka terlalu kecil dan sempit. Statistik kemalangan berlaku average 150 kemalangan setiap tahun. Jalan ini perlu dibesarkan 2 carriage ways 2 lorong- 2 lorong. Bukan itu sahaja perlu disambung dan diperbesarkan hingga ke Simpang Jengka 8 dan terus ke Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak Sg Tekam.
Kos Projek ini diangggar RM1.8 bilion. Tidak perlu kerajaan buat sekaligus kerana kekangan kewangan memadai buat berperingkat-peringkat fasa by fasa.
Felda boleh advance dana kepada kerajaan sehingga kemudian in future kerajaan bayar balik- deferred payment.
Sudah sampai masanya rakyat di Bandar Tun Razak Jengka perlu kepada jalanraya yang lebih lebar dan besar untuk keselesaan pengguna.
Penduduk yang berpiket mahukan jalan baru dari Simpang Kg Awah - Bandar Tun Razak Jengka.
Sebenarnya MB Pahang bekerja keras untuk menjayakan Projek Jalan tersebut. Kita perlu bersabar kerana kos yang tinggi kalau tidak sepenuhnya RM1.8 bilion sekurang-kurangnya kerajaan perlu belanja RM400 juta untuk buat projek jalan fasa pertama.
Sememangnya DS Najib telah berjanji mahu buat projek jalan tersebut.
Sebelum ini DS Najib melalui Felda telah sedang membina Projek Stadium RM90 juta bagi kegunaan Team Felda United termasuk hotel dan tempat parking.
Kebanjiran penyokong bolasepak Team Felda United dan lain- lain pasukan akan memadatkan trafik di Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Trafik akan menjadi 'macet' meminjam bahasa Jakarta.
Projek Jalanraya Simpang Kg Awah - Bandar Tun Razak Jengka sememang keutamaan prioriti.
Begitu juga hospital Bandar Tun Abdul Razak Jengka sangat kecil tidak boleh menampung keperluan perubatan 300,000 penduduk sekitar. Sebuah hospital baru perlu diusahakan oleh swasta atau GLC yang lebih besar dan selesa.
Tidak ada masalah bagi peneroka dan keluarga peneroka kerana mereka semua punya skim insurance yang dibantu oleh Felda.
WZWH tahu Dato' Wan Salman ADUN Jengka sungguh proaktif bekerja kuat untuk menjayakan Projek Bandaraya Tun Abdul Razak Jengka.
Monday, August 11, 2014
The AntDaily: WZWH Adalah Little Napoleon di Lembah Tembeling?
WZWH komited dengan Blog WZWH memertabatkan pembangunan politik, ekonomi dan sosial Pahang khasnya Jerantut dan DUN Tahan especially Lembah Tembeling.
Secara konsisten sejak 2010 WZWH berblog lebih 2000 posting majoriti bagaimana mahu memajukan dan membangunkan Lembah Tembeling.
Antaranya Projek Jalanraya Ulu Tembeling, Projek Hidroelektrik, Ladang-Ladang, Tembeling Agro Park. Projek Pembesaran Kampung dan infrastruktur seperti jambatan dan kemudahan untuk masyarakat luar bandar.
Yang terkini Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika SHAS, Projek Safari Park, Projek Gaharu Park dan banyak lagi projek-projek pembangunan di bawah ECER.
Termasuk Projek Ikan Sturgeon di Kuala Tahan dan Perlok.
Semua itu WZWH sudah tulis panjang lebar mengapa kita mahu projek ini dijalankan dengan cepat dan pantas.
Sekarang portal-portal pembangkang termasuk Malaysikini, The AntDaily, media baru juga ada kalangan pemimpin UMNO Jerantut yang tidak suka kepada projek-projek yang WZWH telah nyatakan untuk dijayakan di DUN Tahan.
Sila klik Malaysiakini dan sila klik The AntDaily dan Facebook Kami Bantah Projek Sturgeon yang mula melancarkan kempen negatif dan anti sturgeon.
Isu yang gunakan konon alam sekitar sedangkan tapak Projek Sturgeon Kuala Tahan di luar kawasan Taman Negara. Walau pun tapak ini dikategorikan KSAS namun segala peraturan dan guideline dipatuhi.
Tidak cukup dengan itu ikan sturgeon ditohmah dengan bermacam-macam walaupun mengikut kehendak Akta Perikanan.
Ini projek untuk kebaikan generasi baru Felda dan kampung tradisional meningkatkan pendapatan sebagai sumber baru untuk masyarakat di luar bandar.
Ini projek pioneer bila berjaya nanti insyallah akan diperluas di seluruh Rancangan Felda dan Kampung-kampung tradisional dalam negara.
Projek Sturgeon Kuala Tahan ini pada hakikatnya mendapat sokongan dari majoriti penduduk tempatan walau hanya segelintir yang tidak bersetuju namun itulah yang dihighlightkan oleh pembangkang.
WZWH telah brief dengan mudah Projek Sturgeon Kuala Tahan sila klik sini.
Adakah terdapat 'Little Napoleon' bekerja di Taman Negara?
Dikemaskini 11:43AM Ogos 10 2014
11:30AM Ogos 10 2014
ShareThis
Mike Tan
JERANTUT: Bantahan daripada penduduk tempatan menentang projek ladang penternakan ikan Sturgeon yang terletak hanya bersebelahan Taman Negara memasuki fasa baru apabila kerja-kerja asas awal projek itu dilihat telah bermula baru-baru ini.
Pemandangan jentolak membuat laluan melalui hutan hujan di belakang rumah mereka sendiri memberitahu realiti sebenar bahawa projek Sturgeon itu akhirnya diteruskan.
Walaupun butir-butir projek dan pembersihan hutan masih dipersoalkan oleh penduduk tempatan, tiada pihak dikaitkan secara langsung dengan projek itu, yang merupakan usaha sama antara FGV Global dan sebuah syarikat Korea Selatan, seperti dimaklumkan kepada penduduk tempatan yang menentang keras projek ladang penternakan ikan Sturgeon.
Seorang lelaki, bagaimanapun, telah menyatakan matlamat untuk memastikan bahawa projek ini berjaya, tidak kira apa cara sekalipun.
Kebanyakan 'posting' di blog dan di media sosial, beliau telah berkali-kali dicemuh dan dikecam oleh pencinta alam sekitar, operator pelancongan dan penduduk tempatan, menyatakan kebimbangan mereka.
Permusuhan beliau terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan projek adalah jelas, seperti yang dibuktikan oleh jawapan kepada jemputan untuk berdebat mengenai projek sturgeon dengan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Maketab Mohammad.
Dalam jawapan balas kepada Maketab yang dicatat di dalam perbualan Facebook beberapa bulan lepas, beliau berkata, "Apabila PM bersetuju ... Felda melabur ... ketua-ketua jabatan bersetuju ... WZWH tidak perlu melayan Maketab Mohammad. Siapakah anda? Lu Siapa di Lembah Tembeling".
Pada minggu-minggu berikut itu, beliau telah menggunakan taktik bertujuan untuk menakutkan penduduk tempatan, termasuk membayangkan bahawa mana-mana pihak yang membangkang projek itu akan menanggung kemurkaan sultan dan bahawa projek itu mempunyai sokongan yang tersirat daripada Menteri Besar Pahang.
Serangannya yang paling baru-baru ini sukar dipercayai, kerana dia melabelkan mereka yang menentang projek itu sebagai pengkhianat, yang mengatakan "WZWH boleh membuat kesimpulan bahawa anda semua adalah contoh orang-orang Yahudi yang tidak suka untuk mendengar pemimpin anda. Yang suka membunuh nabi dan rasul itu. "
Walaupun ini mungkin omong kosong penyokong yang keterlaluan, terdapat khabar angin bahawa beliau mewakili kepentingan seorang wakil tempatan yang menyokong projek Sturgeon itu, dakwaan bahawa dia sendiri tidak menafikan dan seolah-olah menggalakkan untuk meningkatkan kredibilitinya.
Apa yang paling merisaukan adalah bahawa tidak ada jurucakap lain telah melangkah ke hadapan untuk membawa penjelasan kepada isu semakin hangat ini.
Oleh yang demikian, kemarahan penduduk tempatan terhadap projek ini telah meningkat, dan ramai yang telah menggunakan protes fizikal, berdiri di hadapan jentolak sebagai tanda bantahan mereka.
Terdapat juga cadangan membentuk tambak untuk menyekat jentera dalam usaha untuk menghentikan kerja-kerja pembersihan tanah.
Keadaan ini telah diburukkan dengan penemuan bahawa kontraktor yang terlibat dalam pembersihan tanah telah menggoyahkan air dari saluran paip penduduk tempatan.
Taman Negara merupakan kawasan yang terpencil dan jauh, kampung berdekatan menarik kebanyakan air dari Sungai Tembeling melalui paip graviti. Penduduk tempatan telah menemui pengubahsuaian kepada bahagian-bahagian tertentu paip mereka, di mana paip lain dikaitkan dengan ia untuk menarik air dari sini.
Perbuatan terkini telah menimbulkan ketegangan dan radang sentimen tempatan ke satu tahap yang ia akan mengambil masa tetapi insiden lain menyebabkan perkara yang tidak terkawal.
Adakah tindakan berdiam diri yang berterusan daripada pemilik projek itu bermakna penyokong ini sebenarnya adalah "Little Napoleon" keluar untuk mengukir empayarnya di Taman Negara?
Adakah dia ingin menempa nama, dengan harapan untuk dikenali oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi yang tidak tahu taktik yang tidak beretika beliau? Jika ya, apa yang akan berlaku kepadanya apabila perkataan keangkuhan beliau sampai ke peringkat atasan kerajaan?
Sunday, August 10, 2014
Friday, August 8, 2014
Penjelasan Sturgeon Dari WZWH Yang Buat Ramai Rakyat Dan NGO Tunggu...!!!
WZWH CEO Pembangunan DUN Tahan merangka berbagai projek membina tamadun 300 tahun ke depan bagi Lembah Tembeling.
Berikut adalah respon bagi artikel bantahan terhadap projek ikan sturgeon di Kuala Tahan, Pahang. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan agar pihak umum memperoleh fakta yang benar mengenai projek tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kota Gelanggi @ Kota Batu Hitam atau Klang Kio dalam bahasa Siam bererti perbendaharaan permata adalah sebuah bandar purb...
-
WZWH rasa terpegun juga dengan cadangan projek jambatan Perlis-Langkawi sejauh 48km dengan kos sebanyak RM130 bilion. Wow! satu projek super...
-
Pengetahuan tentang peranan dan tugas yang perlu dan boleh dimainkan oleh ahli majlis di dalam bidang perancangan dan ...