Tuesday, November 30, 2010

Najib Umum Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai


PM DS Najib mengumumkan lagi 9 projek EPP. WZWH minat bicara projek yang ketiga iaitu Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai.

Ini ialah projek pelaburan RM4 bilion oleh TNB pada tahun 2011 untuk bina 2 empangan hidroelektrik baru iaitu Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai dan Empangan Hidroelektrik Ulu Terengganu.

Memang WZWH sudah menjangka Ulu Jelai dapat dulu projek ini kerana TNB telah secara serious mencadangkan Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai sejak 5 tahun lalu.

WZWH mahu DS Najib luluskan dengan cepat Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai yang WZWH bawa usul dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2009. TNB telah bersetuju untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya Projek hidroelektrik Sungai Tekai dibina. TNB telah menjalankan kajian terbaru projek ini pada tahun 2010.

WZWH mahu projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai ini diumumkan nanti kerana banyak faedah ekonomi yang boleh dinikmati oleh penduduk di DUN Tahan dan Jerantut.

WZWH ingin beri contoh  Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai yang telah memberi faedah ekonomi kepada penduduk sekitarnya. Antara faedahnya ialah kemudahan infrastruktur yang akan disediakan oleh kerajaan dan pemaju.

Ketua Penolong Pangarah Kanan Jalan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Aminuddin Md Yusoff telah mengumumkan projek jalan utama dari Pos Betau ke Lembah Bertam dijadual siap pada Mac 2010.

Pembinaan jalan tersebut membabitkan empat pakej iaitu Jalan Sungai Koyan ke Pos Betau sepanjang 19 km, Pos Betau-Bukit Petubong dekat Sungai Temahang (22km), Jalan Bukit Petubong-Kampung Susu dekat Sungai Bertam (19.5km) dan Jalan Kampung Susu-Ringlet (18.6km).

Jalan sepanjang 79.1 kilometer tersebut telah dibina sejak tahun 1999 dan kos keseluruhan adalah sebanyak RM608 juta.

Laluan tersebut akan lebih menarik apabila Projek hidroelektrik di Empangan Susu di Ulu Jelai dekat sini dijadual bermula Oktober 2009 dan dijangka siap pada akhir 2014. Projek yang dikendali oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu akan melibatkan kawasan seluas 388 hektar yang meliputi 2.5 peratus daripada keseluruhan kawasan tadahan hujan.

Projek itu juga akan melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong dan stesen janakuasa yang mampu menjana sehingga 372 megawatt.

Projek ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain ia turut mengelakkan banjir di kawasan sekitar sementara itu seramai 84 keluarga di tiga kampung itu akan diberikan rumah, penempatan baru itu turut dilengkapi dewan serbaguna, surau, gelanggang sepak takraw, pencawang elektrik dan tangki simpanan air.

Empangan atau tasik buatan merupakan tarikan kepada orang ramai untuk mengujunginya, kita dapati bagaimana Tasik Kenyir, Tasik Kundang, Tasik Banding, Empangan Beris, Tasik Merah dan ‘Lake Garden’ Taiping merupakan tempat tarikan kepada pemancing atau pengunjung.

WZWH dapat rasakan cadangan TNB untuk bina lagi satu projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai akan diluluskan dan diumumkan oleh DS Najib nanti.

Anwar Ibrahim Kecewa Internet Tidak Boleh Tembusi Ulu Tembeling


Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang diadakan di Shah Alam semalam. Pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan.

WZWH ingin menyentuh sikit tentang komunikasi dan media masa. Ada kebimbangan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai peranan komunikasi dan media yang tidak efektif dan efisien.

Mengulas lanjut tentang hal ini, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat tidak cukup efektif dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

“Kita tidak efektif dalam menjelaskan pendirian dan tindakan kita kepada rakyat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Penetrasi Internet terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan-kawasan luar bandar,” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin PKR telah menyuarakan keprihatinan mereka mengenai halangan dihadapi dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya selepas Suara Keadilan digantung permit penerbitan.

Penerbitan Suara Keadilan digantung permit oleh KDN kerana selalu sangat menyiarkan berita bohong dengan fakta yang sering diputarbelit dan menghasut rakyat.


Maka Anwar Ibrahim mahu propaganda Pakatan Rakyat disebarkan melalui internet malangnya internet akses hanya meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar. Anwar kecewa internet tidak dapat menembusi kawasan pedalaman seperti Ulu Tembeling. 

Anwar Ibrahim sedar terdapat 75% kerusi parlimen daripada 222 kerusi terletak di luar bandar. Ini tentu menyukarkan hasrat Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Anwar sudah nampak kesilapan isterinya, Dr Wan Azizah, Presiden PKR telah terlepas cakap bahawa PKR menyeru supaya rakyat menolak Konsep Ketuanan Melayu. Persepsi orang Melayu itu isyarat PKR mahu hasut rakyat dan memecahbelah perpaduan kerana pada mereka PKR mahu buang institusi Raja-Raja Melayu. 

Majoriti orang Melayu di luar bandar sudah menganggap PKR ini sama dengan "Malayan Union" yang dipaksa oleh British kepada orang Melayu untuk terima pada tahun 1940an. "Malayan Union" mahu buang Raja-Raja Melayu yang merupakan simbol Ketuanan Melayu sejak dari zaman Empayar Sriwijaya disambung oleh Empayat Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Bagaimana Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat mahu menerang isu ini kepada rakyat di luar bandar yang membentuk 75% pengundi parlimen Malaysia? Sebab itu Anwar Ibrahim kecewa internet tidak boleh tembusi Ulu Tembeling.

Pada posting WZWH yang lalu bertajuk "Politik Karung Plastik boleh buat Selangor Tumbang PRU 13", baca sini, WZWH   telah menyatakan ketidakpuasan hati pengguna dan komuniti bisnes boleh beri kesan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.

Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar. Ramai pekedai mengadu 50% pelanggan telah komplen polisi karung plastik. Ramai pelanggan mengeluh buat apa bayar 20 sen.

Itu sebab mengapa bisnes jatuh 30% pada hari Sabtu kerana rakyat tidak mahu shopping pada hari Sabtu. Ramai yang tidak mahu shopping pada hari Sabtu. Jika Selangor ikut jejak Pulau Pinang mahu hapuskan terus penggunaan beg plastik, dijangka peniaga akan kerugian bisnes jatuh lebih 40%. Ramai pelanggan mahu boikot.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Anwar juga menekankan gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merapatkan semula hubungan di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum awal tahun depan.

Isu ini timbul kerana wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan. Anwar Ibrahim bimbang  Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan risiko sekiranya wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan.

Ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu, Lim memberi amaran Selangor akan berhadapan dengan nasib PAS di Terengganu pada 2004 jika tidak kekal bersatu.

WZWH nampak pimpinan Pakatan Rakyat sudah tidak berapa yakin dan goyah untuk menuju Putrajaya ini ekoran isu pendedahan Zaid Ibrahim bahawa PKR tidak adil dalam mengurus pertandingan dalam parti (tidak demokratik) bagaimana mahu mengurus rakyat Malaysia bila diberi kuasa, isu Konsep Ketuanan Melayu yang mahu dihapuskan dan isu PAS yang hipokrit untuk dapatkan undi bukan Islam terpaksa mengorbankan prinsip Islam dan Melayu.

Gerakkan Rizab Antarabangsa Bagi Bina Projek Mega DUN Tahan


Dulu zaman Mahathir semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion.

Sekarang zaman DS Najib rizab antarabangsa Malaysia hari ini terlalu tinggi. Negara ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh. Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertangguh.

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan AS$105.8 bilion).

Rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan. Tun Mahathir mencadangkan daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini.

WZWH sangat bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir itu. Kalau kerajaan boleh gerakkan AS$50 bilion lebih kurang RM155 bilion DS Najib boleh guna wang untuk laksanakan beberapa projek ETP dan projek kritikal yang negara sangat perlukan.

Maka bolehlah DS Najib campak peruntukan ke DUN Tahan Parlimen Jerantut untuk lebih cepat laksanakan;
  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dan Fasa 3 berjumlah RM340 juta. Fasa 1 telah diperuntukkan RM120 juta.
  • Projek Hidroelektrik Sungai Tekai RM2.7 bilion.
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling RM3.6 bilion.
  • Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2 bilion. 

Projek jalan Ulu Tembeling sangat perlu untuk kemudahan penduduk pedalaman. Dua projek tenaga itu amat kritikal kepada keperluan tenaga negara. Lebih baik kerajaan melabur sekarang. Memang Pembangunan resort bersepadu eco-nature itu sangat diperlukan Pahang untuk menarik pelancung datang.


Jika DS Najib pertimbangkan cadangan projek-projek mega DUN Tahan ini, WZWH percaya ianya baik untuk pertumbuhan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut.

Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu Bukan Malay Supremacy

Gambar DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Sultan Pahang. Daulat Tuanku.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah menyatakan Ketuanan Melayu harus ditinggalkan - kerana itulah faktor utama yang menyebabkan orang Melayu terpedaya dan tidak boleh maju. Beliau menyatakan Konsep Ketuanan Melayu adalah helah golongan elit UMNO untuk menipu orang Melayu demi kepentingan peribadi.

WZWH rasa penulis teks ucapan Dr Wan Azizah tidak faham sejarah Konsep Ketuanan Melayu atau sengaja untuk memutarbelit fakta dan cuba menaikkan emosi. Satu retorik politik yang membangkitkan kebencian kaum bukan Melayu kepada Melayu dan buat Melayu benci kepada UMNO.

Sememangnya ramai orang bukan Melayu tidak memahami Konsep Ketuanan Melayu. Orang Melayu sendiri yang berpendidikan dan liberal pun keliru dengan Konsep Ketuanan Melayu.

Konsep Ketuanan Melayu bukan "Malay Supremacy".

Masyarakat di negara ini perlu menghormati Konsep Ketuanan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dari sudut bahasa, Konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

Penulisan yang mempertahankan kedudukan Ketuanan Melayu adalah betul, tapi jangan ada pihak yang hendak ubah kepada "Malay Supremacy". Konsep itu tidak wujud.

Tiada perkataan atau ayat dalam bahasa Malaysia yang boleh menjelaskan "Malay Supremacy", ia tiada dalam Perlembagaan.

Konsep Ketuanan Melayu bermaksud rakyat baik orang Melayu dan bukan Melayu berpayung di bawah kuasa Raja-Raja Melayu termaktub dalam perlembagaan dan negara Malaysia moden mengamalkan konsep pemerintahan raja berpelembagaan-"constitutional monarchy".

Adakah Dr Wan Azizah faham apa yang beliau perkatakan dalam majlis PKR baru-baru ini. Tidakkah ini kalau betul Dr. Wan Azizah genuine maksudkan begitu bererti ini adalah idea menubuhkan negara republik Malaysia!

Dalam sejarah dunia Konsep Ketuanan Melayu telah mengalami  tiga fasa pembangunan:
  • Fasa pertama ketika pemerintahan Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
  • Fasa kedua ketika Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 14  (1402-1511) dan disambung oleh Johor.
  • Fasa ketiga ketika British mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu melalui Malayan Union tetapi ditentang oleh orang Melayu yang menubuhkan UMNO pada tahun 1946.

Jika Dr Wan Azizah serious mahu menghapuskan Konsep Ketuanan Melayu atas nasihat Anwar Ibrahim maka WZWH kira Konsep Ketuanan Melayu akan memasuki fasa keempat. Majoriti orang Melayu akan bangkit menentang cadangan dari Presiden PKR ini.

Menghina institusi Raja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. Bagaimana di Malaysia? Adakah rakyat Malaysia sudah menganggap institusi Raja-Raja Melayu sudah tidak perlu dihormati?

Ada golongan yang begitu angkuh mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Negara. Golongan ini begitu biadab menghina institusi Raja-Raja Melayu dan sudah berani mencabar status agama Islam.

Menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sudah ada dalam Perlembagaan Negara, tetapi dalam masa yang sama, golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat lebih mementingkan kedudukan politik daripada mempertahankannya.

Malah golongan ini sentiasa beranggapan bahawa mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera dan agama Islam hanyalah permainan politik UMNO sahaja.

Apakah golongan ini sudah merasakan mereka sudah lebih berkuasa daripada Raja-Raja Melayu dan Undang-Undang Negara?

Saturday, November 27, 2010

Antara Dua Darjat-Sketsa Kehidupan Kampung Pedalaman


Dalam posting WZWH kali ini cerita tentang sketsa kehidupan kampung pedalaman Ulu Tembeling. Ada 5 kampung besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling. Terdapat juga kampung-kampung kecil yang berhampiran dan banyak yang kurang berpenghuni malah ada yang ditinggalkan.

Kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling begitu cantik, permai, tenang, dengan panorama sungai, bukit dan hutan serta kehidupan cara kampung tradisional yang unik masih ada di Ulu Tembeling. Tidak ada lagi kampung yang sebegini di Semananjung Malaysia. Sejak Malaysia merdeka 53 tahun dulu kehidupan tradisional penduduk Ulu Tembeling tidak ketara berubah cara hidup kehidupan tradisional kerana tiada jalanraya yang menghubungi kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling ini dari bandar Jerantut.

Projek jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke kampung Pagi yang sedang dalam pembinaan dijangka siap menjelang 2013. Dijangka lagi empat tahun baru siap fasa ke dua dan fasa ketiga terus ke Kampung Bukit Mat Daling iaitu pada 2017. Maka sekarang ini penduduk pedalaman ini hidup dalam kesusahan kerana tidak dapat menjual barangan dan hasil pertanian mereka dengan cepat kerana masalah pengangkutan yang hanya melalui perkhidmatan perahu bot panjang hilir mudik di sepanjang Sungai Tembeling.

Pada awal tahun ini WZWH berkesempatan mudik Sungai Tembeling menuju ke Kampung Jipang sebuah kampung di Ulu Sungai Sat kerana menghadiri program "Berkhemah 1kampung bersama ADUN Tahan". Kampung Jipang adalah subkampung dalam Kampung Kuala Sat.

Jika kita mudik Sungai Tembeling kita akan nampak anak sungai di sebelah kiri Kampung Sat sekarang. Anak sungai ini ialah Sungai Sat. Untuk pergi ke Kampung Jipang kita perlu naik perahu bot kecil ke dalam Sungai Sat lebih kurang sejam perjalanan memudiki Sungai Sat.

Dulu pada tahun 1930an penduduk Sungai Sat pernah dihalau oleh Kerajaan British kerana kampung mereka didakwa dalam kawasan Taman Negara King George maka habislah semua penduduk kampung pindah memudiki Sungai Sat sampai ke Ulu Sungai Sat dan tiba di Ulu Sungai Lebir akhirnya menghilir Sungai Lebir hingga masuk ke negeri Kelantan. Mereka meninggalkan kampung yang penuh dengan beratus pokok durian tua lama yang ditanam oleh nenek moyang mereka.

Arwah Pak Sako begitu lantang dalam menyuarakan ketidakadilan layanan kerajaan British terhadap penduduk Kampung Sungai Sat dalam penulisan dalam akhbar. Almarhum Sultan Abu Bakar terpaksa campurtangan dan menitahkan supaya penduduk Kampung Kuala Sat ini pulang kembali ke kampung asal dari Kelantan. Tanah di sepanjang Sungai Sat diberi kepada orang Kampung. Sultan Pahanglah tempat "the last resort" bagi penduduk Ulu Tembeling meminta pertolongan. 

Tapi WZWH ingin menambah bukan penduduk Ulu Tembeling saja begitu, di negeri Pahang ini ahli politik pun baik ADUN biasa, EXCO malah hingga ke MB- mereka juga mengadap Tuanku Sultan Pahang bila dekat pilihanraya umum. Macam-macam cerita, ada yang menanggis, ada yang meraung, ada yang berguling, ada yang memegang kaki Tuanku Sultan lebih teruk keadaannya dari penduduk Ulu Tembeling. Tuanku Sultan Pahang adalah "Master of the State".

Kampung Kuala Sat ini juga dulu menjadi tumpuan pelombong Eropah datang mencarigali emas. Dari sejarah yang WZWH baca terdapat kes pembunuhan melibatkan sesama pelombong Eropah di kampung Kuala Sat ini.

Berbalik kepada program berkemah di Kampung Jipang tersebut WZWH akhirnya  tiba di tempat perkhemahan di sebuah pulau di Ulu Sungai Sat yang sungai  begitu cantik mengalir air jernih kristal nampak ikan-ikan bermain di bawah air dan pemandangan hutannya. WZWH tidak jangka boleh dikata penduduk satu kampung Jipang baik tua, muda , kanak-kanak ,lelaki, perempuan ramai sudah menunggu di Pulau itu. Mereka sedang menyediakan penyedian memasak makanan untuk dimakan pada malam hari nanti.

WZWH lihat sudah banyak khemah telah dipasang. Rupanya semua penduduk kampung telah berkhemah di Pulau tepi sungai itu semalaman. Mereka semua begitu gembira untuk menyambut kedatangan ADUN mereka YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak. Walaupun WZWH ada bawa set khemah tetapi orang kampung tetap menyediakan khemah khas untuk ADUN dan rombongannya sebagai tanda hormat dan menghargai pemimpin. Sejarah 53 tahun kampung itu belum ada mana-mana wakil rakyat baik ahli parlimen dan ADUN yang bukan saja sanggup turun mudik ke Ulu Kampung Sat malah bermalam dengan mereka penduduk Kampung Jipang.

Ianya cukup berlainan bila ADUN yang merupakan penduduk tempatan Lembah Tembeling sendiri menjadi ADUN Tahan. ADUN ini tahu denyut nadi masalah penduduk kampung-kampung di sebatang Sungai Tembeling. Ditambah pula hubungan kekeluargaan dan rasa sayang, prihatin dan tanggugjawab kepada orang kampung sendiri. WZWH terfikir tiada orang yang boleh menolong mereka ini kecuali pemimpin-pemimpin anak muda tempatan yang komited terhadap kemajuan dan kemakmuran tempatnya sendiri.

WZWH tidak nafikan ada anak muda kampung ini yang sekarang ini menjadi Setiausaha Politik (Akhbar) kepada PM DS Najib. Tentu beliau sepatutnya membawa segala permasalahan orang kampung Kuala Sat sendiri ke pengetahuan DS Najib kerana beliau berada kedudukan rapat dengan PM. WZWH tidak pasti samada SETPOL-akhbar ini berperanan atau tidak.

Pada malam itu semua penduduk kampung berkumpul dalam khemah besar. Ada ramai lagi penduduk kampung datang pada malam hari. Selepas makan malam, sudah tentu makanan kegemaran orang Tembeling seperti gulai rong, gulai masam ikan kelah, ikan kelah bakar, daging exsotik rusa, landak, ayam hutan dari hutan di hidangkan. Orang kampung Dipang mula menceritakan masalah mereka:
  • Mereka sebenarnya didiskriminasi kerana kehidupan mereka yang susah dan tertutup dipandang rendah oleh kepimpinan JKKK Kampung Kuala Sat.
  • Hidup mereka susah. Tiada jalan yang sempurna  untuk anak-anak mereka dan orang kampung melalui dari Kampung Jipang ke Kuala Sat.
  • Mereka mohon tanah baru di seberang Sungai Tembeling iaitu di Kampung Sat.
  • Mereka mohon tapak rumah untuk 300 keluarga.
  • Mereka tidak puas hati dengan Tok Empat Kampung Kuala Sat kerana ada  "antara dua darjat antara penduduk Kampung Jipang dan penduduk Kuala Sat".
  • Mereka terharu dengan kesudian ADUN Tahan turun padang mendengar segala permasalahan mereka.
  • Mereka minta apa bantuan-bantuan dan kemudahan yang dapat ADUN Tahan salurkan.
  • Mereka berjanji selama ini mereka mengundi PAS dalam setiap PRU kerana protes kepada kerajaan BN kali ini pada PRU akan datang penduduk 1kampung akan mengundi UMNO.
Malam itu selepas selesai sidang pengaduan masalah orang kampung, WZWH dan penduduk kampung bersembang cerita-cerita nostalgia kehidupan penduduk Ulu Tembeling masa lalu. WZWH rasa sungguh gembira kerana boleh berkemah dengan 1Kampung Dipang. Mengetahui apa masalah mereka dan berbincang denga ADUN Tahan pemyelesaiannya.

Projek jalan "slack" (jalanraya bersimen membolehkan motosikal lalu) telah diluluskan sebanyak beratus ribu ringgit dari Kampung Jipang ke Kampung Kuala Sat. Projek ini sedang dibina sekarang.

Selepas program itu Tok Empat Kampung Kuala Sat telah meletak jawatan dan menghantar surat kepada DO Daerah Jerantut. Tok Empat tidak puas hati kerana tindakan ADUN Tahan meluangkan masa dengan penduduk Kampung Jipang. WZWH akui Tok Empat ini sudah tua tapi perangainya suka "berdongeng" dengan ADUN Tahan. Tapi bila baru-baru ini DS Najib umum elaun Tok Empat dinaikkan ke RM800 lebih maka dengar-dengar cerita Tok Empat ini hendak tarik balik surat perletakan jawatannya.

Maka ramailah calon-calon bakal Tok Empat datang berjumpa ADUN Tahan minta dipertimbangkan diri masing-masing secara tersurat dan tersirat. Itu terpulanglah kepada keputusan ADUN Tahan. WZWH tahu ada banyak masalah lagi yang dibuat oleh Tok Empat ini. 

Kadang-kadang WZWH fikir susah juga Tok Empat hendak melepaskan jawatan. Ini baru Tok Empat belum lagi ADUN biasa, EXCO , MB atau Menteri.

Apa-apa pun WZWH tidak menyangka di sebuah kampung pedalaman ini masih ada cara hidup bermasyarakat kampung yang ada unsur "antara dua darjat" yang tidak boleh WZWH terima rasionalnya.

Friday, November 26, 2010

PRU 13 Lambat Lagi...

Recepient of AFC Diamond of Asia, Malaysian Prime Minister Najib Razak gives a speech
Banyak pihak baik kerajaan dan pembangkang membayangkan PRU 13 akan diadakan pada tahun depan. Blog-blog Jerantut seperti SPU dan Menyegar juga spekulasi PRU sudah hampir. Baca sini dan sini.

Mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan BN sampai pada tahun 2013. Kenapa kerajaan BN mahu terburu-buru mengadakan pilihanraya.

WZWH difahamkan DS Najib amat meminati sukan bolasepak. Baru-baru ini DS Najib dapat anugerah AFC Diamond of Asia. Beliau dalam ucapannya menyatakan falsafah bola telah diterapkannya dalam politik. Semangat dan kerja berkumpulan, bawa bola ke depan untuk dapatkan gol, permain dalam pasukan berbilang bangsa, semua pemain sama tarafnya dan jangan sumbat gol sendiri.

Jika kita main bolasepak selama masa yang diperuntukkan 90 minit maka kita mainlah mengikut masa yang diberi supaya berpeluang untuk sumbat banyak gol lagi. Kerajaan BN jangan ulangi kesilapan PRU 12 kerana "bad timing" masa yang tidak kena.

Sangat mudah memahami "mood" rakyat dulu selepas PRU 12 kita merasakan rakyat Malaysia agaknya sangat marah dan protes tapi bila masa berlalu kita sudah nampak sokongan kepada kerajaan BN sudah kembali sedikit demi sedikit. Dulu Hindraf marah BN sekarang sudah sejuk. Dulu rakyat berkobar-kobar dengan semangat PR melalui PKR yang nampak menjanjikan perubahan tetapi rakyat sudah nampak temberang dan wawasan "pseudo".

Rakyat sudah nampak kepimpinan DS Najib membawa perubahan dan harapan. Jika diberi masa lagi 2 tahun setengah tentu rakyat akan dapat melihat kegeniusan kepimpinan dan pentadbiran DS Najib lebih terserlah.

Ada beberapa faktor kenapa WZWH mengatakan PRU 13 lambat lagi. Sebab utama ialah faktor ekonomi. Ekonomi dunia belum pulih sepenuhnya. Amerika Syarikat terkial-kial cuba bangkit dari penyakit "British Disease". 

Ekonomi Malaysia masih banyak bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat. Jalan menuju pemulihan ekonomi Amerika menemui banyak masalah. Pelabur dunia risau krisis bajet Eropah. Greek sudah bangkrup, Ireland sedang menuju bangkrupsi dan sekarang melarat kepada Sepanyol. China akan lebih mengetatkan dasar monetari untuk mengawal inflasi dan tekanan krisis di Semenanjung Korea memberi kesan kepada pasaran global. Banyak ketidaktentuan ekonomi dunia.

Walaupun Amerika Syarikat telah menambah ransangan ekonomi melalui Federal Reserve sebanyak USD600 bilion, tanda aras ekonomi masih jatuh 1.4 %. Perkembangan ekonomi dan politik dunia yang WZWH telah sebutkan menyebabkan index pasaran saham dunia jatuh 0.5%.

Bagaimana DS Najib boleh yakin untuk membuat keputusan mengadakan PRU 13 lebih awal tahun depan bila faktor ekonomi dunia diambil kira. Yang paling penting faktor ekonomi. Jika ekonomi baik maka politik yang sukar pun turut baik. Tun Mahathir juga sependapat tidak bersetuju PRU 13 diadakan lebih awal. Gunakan masa dan mandat yang diberi untuk menambah khidmat lebih cemerlang kepada rakyat.

Di Jerantut ada satu faktor kritikal. Sebelum PRU 13 yang dijangka pada tahun akhir 2012 atau pertengahan 2013 projek jalan Ulu Tembeling perlu disiapkan sampai ke Kampung Pagi. Kalau DS Najib buat PRU 13 katakan bulan Mac atau April 2011, bagaimana mungkin projek jalan Ulu Tembeling boleh siap. Bagaimana WZWH mahu kempen kepada penduduk Ulu Tembeling?

Kesannya bukan saja kepada DUN Tahan tetapi juga melarat ke DUN Pulau Tawar kerana ramai peneroka di 16 kawasan FELDA berasal dari Lembah Tembeling. Juga kena di DUN Chini terutama FELDA Chini 1, 2 dan 3 dalam kawasan parlimen DS Najib sendiri-Pekan. Ramai peneroka Tembeling di situ.

Ramai orang kata DS Najib suka kepada nombor 11. Mungkin DS Najib akan adakan PRU 13 pada tahun 2011. Suka WZWH nyatakan di sini Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Bunyi hujungnya 11 juga. WZWH rasa masa yang sangat sesuai untuk mengadakan PRU 13 ialah pada tahun 2013.

Mengurus Sumber Ekonomi Baru Negara Afrika Ikut Model Malaysia

Afrika adalah benua yang akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang seterusnya selepas benua Asia.
Negara Afrika Barat menjumpai sumber ekonomi baru. Pemandangan telaga minyak di sepanjang pantai adalah panorama semakin meningkat di Ghana.

Ghana ada 'Millenium Development Goals (MDGs)-iaitu sasaran pembangunan millenium. Ramai pemimpin tradisional, akademik, pemimpin NGO, pelajar bimbang samada kekayaan baru negara tidak memberi kebaikan kepada rakyat biasa.

Adakah minyak ini rahmat atau sumpahan? Mungkinkah minyak dan sumber asli memaksa Ghana yang merupakan pengeluar utama koko, kopi, minyak kelapa sawit membelakangkan pertanian? Mampukah kekayaan minyak ditadbir urus dengan baik?

Bukan rakyat Ghana saja yang menyuarakan kebimbangan itu. Jirannya Sierra Leone juga mahu tahu apa akan terjadi kerana sekarang mereka jumpa telaga minyak baru dan lombong bijih besi yang terbesar di dunia. Sierra Leone baru-baru ini telah menandatangani konsesi baru lombong bauxite disamping konsesi berlian, titanium dan emas yang sedia ada. Konsesi bijih besi Sierra Leone ditaksir 10.5 bilion tan.

Cerita yang sama tentang galian yang banyak muncul di negara Afrika lain termasuk Chad, Guinea, Liberia, Mauritania dan Sudan. Bila banyak negara di seluruh dunia bergelut dengan langkah-langkah penjimatan, negara Afrika ini perlu menimbangkan strategi pemulihan dan kaedah-kaedah menamatkan mereka dari bantuan asing.

Jika Ghana adalah pemimpin pencetus menamatkan pemerintahan kolonial, Ghana lagi sekali boleh menjadi cerita negara Afrika sub-Sahara yang berjaya ekonomi. Ghana perlu belajar cerita kejayaan negara lain di rantau yang sama.

Di benua yang kekayaan galian mineral juga sering menjadi satu sumpahan, Botswana telah menunjukkan bagaimana sumber asli boleh promosi pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik. Botswana boleh mengurus inflasi yang rendah dan menarik FDI untuk mempelbagai ekonomi Botswana disamping kurang bergantung lagi kepada perlombongan berlian.

Satu pujian harus diberi kepada usaha artis selebriti Bono dan Sir Bob Geldof membuatkan setengah negara Afrika telah dilupus hutang lama mereka beberapa tahun dulu. Pilihan yang dibuat oleh negara Afrika hari ini akan menentukan samada Afrika akan kekal miskin, menjadi ekonomi pelbagai Dubai atau ikut kejayaan model industri-pertanian yang dibuat oleh Malaysia (walaupun minyak juga dijumpai)

Negara Afrika juga secara idealnya boleh memilih model Norwegian yang prinsipnya sumber asli adalah kepunyaan semua warganegara termasuk yang belum lahir. Semua urusan lombong mestilah 'transparent' telus sepenuhnya kepada umum. Patuh kepada prinsip ini memastikan tiada "private rent-seeking" dan pencabulan keuntungan minyak.

Pada masa yang sama adalah penting untuk menghindar kekayan mineral galian dari menyebabkan kenaikan matawang. Ini boleh menjejaskan persaingan lain-lain sektor ekonomi dan menjejaskan pertumbuhan eksport berorientasikan pembuatan.

Negara Afrika boleh menyalahkan kolonialism kepada kebanyakan masalah sejak 350 tahun dulu. Tetapi tiada siapa yang boleh disalahkan lagi kecuali diri sendiri bagi keputusan-keputusan yang dibuat sendiri untuk 50 tahun akan datang. Tiada pihak luar yang memaksa negara Afrika dari menandatangani urusan lombong dan pengalian. Pemimpin Afrika perlu guna model Malaysia atau model Norwegian mengurus sumber baru ekonominya.

Industri Cicak Gecko Lembah Tembeling

Blog Urag Drrulug dalam postingnya baca sini mempersoalkan ada diskriminasi taklimat kontraktor kelas F Jerantut yang dibuat beberapa sesi. Seramai lebih 150 kontraktor hadir. WZWH akui kontraktor kelas F susah dapat projek sekarang apa lagi Jerantut Daerah termundur di Pahang. Bagaimana mahu beri makan kepada 150 kontraktornya.

WZWH tertarik dengan pandangan seorang pengkomen tetap blog Urag Drrulug iaitu Ri Kuala Pengor. Beliau mencadangkan secara tersirat supaya kontraktor Kelas F yang ramai di Jerantut ini membela atau upah orang Asli mencari cicak gecko atau juga dipanggil cicak tokek.
Di Lembah Tembeling, cicak ini orang kampung panggil cicak toek. Cicak ini ada banyak di hutan Tembeling. Cicak gecko suka bermain di pokok dan belukar.

Kenapa cicak gecko ini boleh dikategorikan satu industri baru yang lumayan juga macam burung walit dan kontraktor kelas F Jerantut yang seramai 150 orang itu digalakkan menceburi bidang keusahawanan ini.

Cicak dikenali sebagai gekko-gecko itu dilaporkan menjadi buruan ramai berikutan harganya mencecah RM30,000 seekor dan haiwan itu dikatakan menerima permintaan tinggi di kalangan penggemar makanan eksotik berikutan khasiat kesihatannya yang tinggi. 

Setakat ini beberapa individu di Sabah, Kedah, Perak serta Terengganu mula menjadikan aktiviti mencari cicak yang lebih dikenali sebagai Pokke di kalangan penduduk tempatan secara serius, malah ramai yang mahu menjadikan ia satu perniagaan sama seperti ternakan haiwan lain seperti lintah dan burung walit. 

Penggunaannya dikatakan hanyalah untuk perubatan. 

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengetahui sama ada ia digunakan dalam industri perubatan atau dijadikan sumber makanan oleh golongan tertentu yang mungkin percaya ia mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit sama seperti sarang atau air liur burung walet. 
INFO: Cicak gekko-gecko 
  • Di Indonesia dan Pulau Jawa ia dikenali sebagai Tokek. 
  • Tergolong dalam keluarga cicak Gekkonidae. 
  • Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau sekitarnya, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina. 
  • Dipercayai ada lebih 2,000 spesies cicak gecko-gecko di seluruh dunia yang belum lagi dijumpai. 
  • Cicak berkenaan kerap ditemui di pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung dan tepi hutan. 
  • Spesies terbesar dikenali Kawekaweau dengan panjang badannya 60cm. Spesis terkecil ialah Jaragua Sphaero dengan panjangnya 16mm. 
  • Dipercayai apabila mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan enzim yang mampu mengubati penyakit HIV/AIDS, sakit kulit dan asma. 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak bercadang mengkomersialkan spesies cicak jenis 'gekko-gecko' yang kini menjadi buruan ramai bagi dijadikan ubat tradisional sebagai satu perusahaan, seperti burung walit atau belut, yang turut terkenal dengan khasiat tinggi untuk kesihatan.

Kementerian tidak bertanggungjawab ke atas haiwan spesies itu, melainkan unggas seperti burung walit dan belut yang diletakkan di bawah kendalian kementeriannya.

Kalau ada yang berminat untuk jadikan cicak ini sebagai satu perusahaan, ia sama seperti perusahaan lintah dan kedua-duanya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebaliknya mereka boleh rujuk pada jabatan lain yang berkaitan. 

Ia berbeza dengan perusahaan burung walit kerana ia spesies unggas dan kementerian boleh membantu pengusaha burung walit kerana ia memang terletak di bawah bidang kuasa kementerian.

Ini ialah kerana Menteri dan pegawainya tidak mahu buat kajian lanjut. Itu tidak mengapa kalau betul cicak gecko ini boleh dibuat ubat HIV atau AIDS, WZWH percaya industri ini boleh memberi pulangan yang tinggi kepada pengusahanya.

Kontraktor  kelas F Jerantut boleh tangkap cicak gecko yang banyak di hutan Tembeling kemudian bela dalam rumah khas cicak gecko.

WZWH yakin dan percaya syarikat-syarikat parmaceutical dari Amerika Syarikat akan banyak datang membuka cawangan di bandar Jerantut dan mencari pembekal cicak gecko yang terdiri dari kontraktor kelas F Jerantut.

Thursday, November 25, 2010

Analisis Provokasi Korea Utara Ke atas Korea Selatan

Dunia terkejut dengan provokasi agresif Korea Utara mengebom Korea Selatan menyebabkan kematian 2 orang askar dan 2 orang awam serta menyebabkan berpuluh cedera diikuti banyak rumah dan bangunan di Pulau Yeonpeong. Ini merupakan insiden pertama selepas gencatan senjata Perang Korea pada tahun 1953.

Sebelum itu pada bulan Mac 2010, sebuah kapal perang Korea Selatan telah karam bersama 46 krewnya mati kena torpedo Korea Utara.

Tentu serata dunia kata ini kerja gila general Korea Utara yang gila lunatik. Tanpa diprovoke menyerang jiran. Korea Utara menyatakan Korea Selatan yang mula dulu kerana menjalankan latihan ketenteraan dan pada hujung minggu ini bersama dengan tentera Amerika Syarikat. Tindakan latihan tentera Korea Selatan dikatakan menganjing Korea Utara.

Sejarah perang Korea membuktikan itu adalah perang proksi antara China dan Soviet Union (Korea Utara) dengan Amerika Syarikat dan PBB ( Korea Selatan). Ini pertembungan antara 2 ideologi iaitu Komunis dengan Demokrasi ala Amerika.

Hari ini ideologi bukan sebabnya. Komunis telah mati di Rusia. China walaupun politiknya komunis tetapi ekonominya kapitalis. China tidak mahu ikut demokrasi ala Amerika yang tidak berapa stabil.

Jika konflik ini didorong oleh proksi, WZWH berpendapat ianya berkenaan kepentingan dan kuasa dunia. WZWH berpendapat sebenarnya general Korea Utara cerdik pemikiran permainan politiknya.

Kita tahu Korea Utara negara miskin kerana banyak wang negara dihabiskan kepada pembangunan ketenteraan. Korea Utara bercita-cita memiliki senjata nuklear dan teknologi misil. Manakala Korea Selatan negara kaya membina ekonomi besar.

Ekonomi Korea Utara telah parah kerana menghadapi sekatan ekonomi yang dikenakan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Korea Utara bertindak sebagai Sang kancil yang buat 2 atau 3 ekor gajah berkelahi atau dalam keadaan tegang. Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan tuduh provokasi perang Korea Utara tentu mendapat lampu hijau dari Beijing.

Korea Utara telah buat China tertekan. China sememangnya bimbang jika penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan akan di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Dunia pun tahu Amerika Syarikat sakit kewangannya terkena penyakit "British Disease". Tentera Amerika Syarikat telah terikat di Iraq dan Afghanistan. Kepimpinan Presiden Obama anti kepada peperangan. China disyaki mahu menguji keazaman dan kesungguhan Amerika Syarikat di rantau Asia melindungi sekutunya Korea Selatan.

Amerika Syarikat tidak mampu untuk berperang lagi. Maka dunia akan mendesak China supaya berperanan menyelesaikan konflik Korea ini. Lalu China akan dipandang sebagai kuasa baru pengimbang dunia dengan disokong oleh Rusia. Tun Mahathir pasti suka idea ini-dwi polar bukan unipolar.

Korea Utara mahu dunia bantu ekonominya sebagai konsesi dan kolateral. Korea Utara mahu ekonominya jangan disekat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

China tidak untung ekonomi kalau berlaku perang kerana rantau tidak stabil, gangguan perdagangan, masalah pelarian. Sebab itu China mahu menghentikan pertelingkahan ini. China ada kredibiliti menjadi pemimpin dunia yang bertanggungjawab.

Amat mudah bagi China membawa kestabilan dan keamanan di rantau ini dengan kepimpinannya yang aktif. Kepimpinan politik China perlu meleraikan kekusutan "permainan politik Korea Utara".

Jika China dan Soviet Union telah memulakan Perang Korea pada tahun 1950an dulu maka adalah sangat mulia untuk China dan Rusia menamatkan sengketa Korea ini dengan menekan Korea Utara. Ini lah masanya China dan Rusia menunjukkan kepimpinan dan tanggungjawab bukan membiarkan Amerika Syarikat bertindak.

Amerika Syarikat telah mula bising bila China telah memanipulasi matawang Yuan dan China telah menguasai ekonomi dunia. Isu krisis Korea ini telah mengalih perhatian Amerika Syarikat dari menumpukan fokusnya mahu seimbang perdagangan dengan China.

Malaysia umpamanya pelabur nombor satunya ialah China bukan lagi Amerika Syarikat atau Jepun. Malaysia perlu berkecuali kerana perlu kepada pelaburan China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Apa yang China buat itu baik dan apa yang Amerika Syarikat buat itu pun baik juga.

Jika kita mengandaikan krisis ini tidak terkawal maka mahu tidak mahu Korea Utara akan memuntahkan semua senjata berat yang ada misil dan pastinya nuklear dan Amerika Syarikat sekali lagi terpaksa menekan buton nuklearnya. China dan Rusia terpaksa terlibat maka konflik ini mungkin berakhir dengan pertunjukan senjata nuklear hingga 2012. Kehancuran dunia akan bermula!

Sejarah Perang Korea

Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan USSR (Rusia) selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan diterajui oleh Amerika Syarikat).

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 walaupun secara formalnya dipanggilsebagai Han-guk Jeonjaeng (Korea : bermakna “Perang Korea”. Di Korea Utara, konflik ini dikenali secara formalnya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War)

Amerika Syarikat secara rasminya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman ataupun “policing action”, walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia II dan juga Perang Vietnam.

Perang Korea
Sebahagian dari Perang Dingin
Lopez scaling seawall.jpg
Askar marin AS mendarat di Inchon.
TarikhPertempuran total dari 25 Jun 1950, hingga gencatan senjata pada 27 Julai1953, walaupun tidak pernah adaperjanjian damai.
TempatSemenanjung Korea
HasilGencatan senjata; pembentukanKawasan Bebas Tentera Korea; ataupun, status quo ante bellum.
Perubahan
wilayah
Kawasan Bebas Tentera Korea (DMZ); kedua-dua Korea Utara dan Selatan mendapat kawasan sepanjang selarian ke-38.
Pihak bersengketa
Flag of the United Nations.svg PBB:

Kakitangan perubatan:
Bendera Denmark Denmark,
Bendera Itali Itali,
Bendera Norway Norway,
Bendera Sweden Sweden
Komunis:
Komander
Bendera Korea Selatan Syngman Rhee,
Bendera Korea Utara Kim Il-Sung,
Kekuatan
Korea Selatan 590,911,
Amerika Syarikat 480,000,
Britain 63,000,[1]
Kanada 26,791,[2]
Australia 17,000,
Filipina 7,000,
Turki 5,455,[3]
Belanda 3,972,
Perancis 3,421,[4]
New Zealand 1,389,
Thailand 1,294,
Habsyah 1,271,
Greece 1,263,
Colombia 1,068,
Belgium 900,
Afrika Selatan 826,
Luxembourg 44

Jumlah: 941,356–1,139,518
Korea Utara 260,000,
Republik Rakyat China780,000,
Kesatuan Soviet 26,000

Jumlah: 1,066,000

Nota: Angka berbeza mengikut sumber. Disenaraikan kekuatan puncak kerana saiz berubah semasa perang.
Korban dan kehilangan
Korea Selatan:
58,127 maut
175,743 cedera
80,000 hilang/ditawan[1]
Amerika Syarikat:
36,940 maut (termasuk 3,275 bukan dalam pertempuran)
103,000 cedera
8,142 hilang
3,746 ditawan
United Kingdom:
1,109 maut[2]
2,674 wounded
1,060 hilang/ditawan[3]
Turki:
721 dead[5]
2,111 cedera
168 hilang
216 ditawan
Jumlah: Lebih 474,000
Korea Utara:[4]
215,000 maut,
303,000 cedera,
120,000 hilang/ditawan
China (rasmi):[6]
114,000 maut dalam pertempuran
34,000 bukan dalam pertempuran
380,000 cedera
21,400 POW
China (anggaran Pentagon):[5]
400,000+ maut
486,000 cedera
21,000 ditawan
Soviet:
315 maut
500+ cedera
Jumlah: 1,190,000-1,577,000+
Orang awam Korea terbunuh/cedera = Jutaan

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024