Projek 'FINAL TOUCH' penyudah melengkapi keperluan rakyat pedalaman Ulu Tembeling dengan membina 2 jambatan panjang dan 6 jambatan pendek memudahkan perhubungan selain beberapa jalan menghubung kampung.
Tidak perlu lagi penduduk Kg Gusai guna rakit bawa motosikal bila menyeberang Sg Sepia.
Tidak perlu lagi penduduk Kg Mat Daling dan Bantal Seberang guna bot bawa motosikal dan barang menyeberang Sg Tembeling ke Kg Bantal.
Tidak perlu lagi penduduk Kg Gusai guna jalan slack/simen yang rosak ke Kg Bantal berulang alik sejauh 5km.
Tidak perlu lagi penduduk Kg Mat Daling berulang alik ke Kg Bantal Seberang guna jalan tanah merah yang rosak sejauh 13km.
Sebelum ini sudah siap Projek Jalan Fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kg Pagi jarak 22km kos RM121 juta.
Bagi Pakej 2 pula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM280 juta untuk pelaksanaannya. Skop kerja bagi Pakej 2 bermula dari penghujung Pakej 1 di Kg Pagi sehingga ke persimpangan Kg Bantal Seberang sejauh 32km. Pakej ini juga melibatkan penambahbaikan 4 jambatan sedia ada.
Pakej 2 ini telah ditawar kepada Kontraktor yang sama membina Pakej 1 dengan kos RM280 juta dengan masa pembinaan 36 bulan.
Projek ini sepatutnya telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.
Projek ini sepatutnya telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.
Buat masa ini kerja-kerja tanah sedang giat work-in-progress dan keseluruhan kemajuan semasa disekitar 75%.
Bagi Pakej 3 pula, ia merupakan penyudah kepada keseluruhan projek. Pakej sudah mendapat kelulusan dan mahu dibuat pelaksanaannya memerlukan peruntukan sebanyak RM180 juta.
Pakej ini melibatkan beberapa jalan dan jambatan antaranya:
- Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
- Kg Pagi By Pass 7km
- Jalan kampung dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
- Jalan Kg Kuala Sat 5km
- Sebuah jambatan di Sg Tembeling menghubung Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m
- Sebuah jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m
- Membina 6 jambatan pendek merentasi Sg Semena, Sg Rek, Sg Kembir, Sg Semena-Main, Sg Bubut, dan Sg Betung
Dengan terlaksananya nanti Projek Penyudah 'FINAL TOUCH' Jalan Ulu Tembeling bolehlah WZWH istihar bahawa sudah lengkaplah keperluan infrastruktur asas rakyat pedalaman Ulu Tembeling.
Jangan kata pemimpin anak tempatan tidak berbuat sesuatu demi kemajuan kampung halamannya.
Jangan kata rakyat pedalaman Ulu Tembeling diabai dan dipinggirkan selamanya.
Setelah projek infrastruktur asas lengkap barulah projek-projek ekonomi pantas menyusul satu demi satu demi masa depan yang cerah bagi generasi seterusnya.