Thursday, April 30, 2015

Najib Jawab Mahathir: Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone




Blogger otai A. Kadir Jasin menulis posting Mohd Najib: Pantang Anak Bugis Menyerah Kalah. Beliau memperlekehkan warisan budaya Bugis yang semangat 'chi' Najib cuba sampaikan.

Barangkali sebab A. Kadir Jasin orang Utara tidak berapa faham sejarah warisan Bugis. Sebagai juga blogger sejarah ada baiknya WZWH memberi pencerahan sejarah supaya pembaca blog WZWH boleh memahami sejarah politik etnik yang kita warisi.

Politik Bugis didasari oleh pepatah lama yang bermaksud (lebih kurang) "kuasai sesuatu melalui tiga cara iaitu hujung hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris"

Maksudnya melalui diplomasi, perkahwinan dan peperangan. Mungkin ada bangsa lain yang boleh berhijrah dan berjaya di tempat asing tetapi hanya Kaum Bugis adalah satu-satunya bangsa Melayu yang boleh menjadi pemimpin atau raja di luar tempat asal mereka.

Pada orang Malaysia biasa etnik kaum dibahagi kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain Bumiputera serta orang Asli.

Di Malaysia politik tidak boleh lari dari ras dan agama. Namun Malaysia selepas 55 tahun merdeka dari British, rakyatnya boleh hidup dengan aman.

Perikatan kemudian BN berjaya dengan formula 3 kaum utama bekerjasama membina negara lalu menjadi parti paling lama memerintah dalam dunia.

Dalam politik mentadbir negara banyak cabaran-cabaran baru harus dihadapi dan diurus demgan baik. Jika tidak kuasa akan berpindah ke parti lawan.

Jika mahu studi politik Malaysia kena juga studi politik UMNO yang merupakan tulang belakang BN.

Bila mahu studi politik UMNO parti orang Melayu mahu tidak mahu kita kena studi sejarah dan budaya Melayu melangkaui berbagai etnik.

Dalam sejarah nusantara alam kepulauan Melayu, kuasa politik yang yang unggul sekali ialah Empayar Srivijaya (abad 7-13), kemudian Empayar Majapahit (abad 13-15), seterusnya Empayar Melaka (abad ke 15).

Kemudian Empayar Johor-Pahang-Riau (abad 16-19).

Srivijaya berpusat di Palembang di Pulau Sumatera adalah orang Melayu. Majapahit berpusat di Pulau Jawa adalah orang Jawa.

Melaka adalah dari keturunan Srivijaya. Juga Johor-Pahang-Riau adalah dari keturunan Melaka.

Dari mana orang Bugis datang? Bugis datang dari Pulau Sulawesi. Ada ahli sejarah kata orang Bugis usul berasal dari Pulau Sumatera kemudian berhijrah ke Pulau Sulawesi.

Bila orang Bugis berpolitik? Orang Bugis dikenali sebagai pelaut dan pahlawan. Peranan politik orang Bugis muncul bila berlaku perpecahan dalam politik Empayar Johor Pahang Riau.

Pembesar Melayu minta tolong orang Bugis akhirnya orang Bugis boleh menguasai politik orang Melayu.

Sebelum ini orang Tamil Muslim berperanan politik pada akhir zaman kegemilangan Melaka. Bila orang Tamil Muslim bermusuh dengan pembesar Melayu maka Melaka cepat jatuh.

Hingga ke hari ini pun orang Tamil Muslim atau mamak berpengaruh.

Berbalik kepada orang Bugis. Bila orang Bugis menguasai politik, mereka pandai menguasai kedudukan yang berpengaruh. Orang Bugis boleh buat Sultan Melayu sebagai boneka.

Orang Bugis mengahwini anak-anak mereka dengan anak-anak pembesar Melayu maka lagilah kuat ikatan politik mereka. Akibatnya Sultan-Sultan Johor, Pahang dan Selangor dicatur oleh orang Bugis menaiki takhta mestilah ada darah campur Bugis walau sebelah emak atau nenda!

Cuma bila pembesar Melayu sudah merasakan orang Bugis sudah terlalu berkuasa maka akhirnya pembesar Melayu berpakat dengan Belanda menghalau orang Bugis.

Akhirnya hilang pengaruh orang Bugis. Ramai orang Bugis sudah assimilasi dengan orang Melayu hingga mereka hilang identiti mereka.

WZWH bukan orang Bugis tapi untuk berlaku adil kepada sejarah mestilah WZWH cerita benda yang benar dan mengakui serta mengiktiraf kelebihan berpolitik sesuatu etnik Melayu itu.

Dalam sejarah politik moden orang Melayu di Malaysia ini adalah era the rising of the Bugis clan.

Perdana Menteri ke dua Almarhum Tun Razak adalah berdarah Bugis. Tidak perlu WZWH cerita kehebatan dan kejayaan Tun Razak. Semua orang tahu.

Yang penting selepas PRU 1969, ketika Perikatan mencapai majoriti mudah dengan rusuhan kaum maka Tun Razak lah menjadi harapan UMNO dan Perikatan membina dan menyusun kembali negara ini.

Tun Razak rebrand Perikatan kepada Barisan Nasional (BN) hingga parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan masuk BN.

Sekarang post PRU 13 lagi sekali DS Najib terpaksa meyakinkan majoriti rakyat Malaysia bahawa dengan cabaran-cabaran politik, ekonomi dan sosial baik dari domestik atau global lagi sekali beban politik yang berat ini dipikul oleh anakanda Tun Razak ini.

DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Posting WZWH kali ini mengkaji kenapa Bugis boleh memerintah Malaysia. Kita kena kaji sejarah bangsa Bugis. Dari mana Bugis datang?

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis.

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14. 

Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan. 

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu. 

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. 

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawesi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.

Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia yang ke dua Almarhum Tun Razak adalah dari etnik Bugis. Sekarang DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang ke enam. Ramai peramal politik dunia meramalkan DS Najib akan mendapat mandat baru dalam PRU 14 nanti.

DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.

Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).

Tapi Karaeng Aji tidak mau ribut, maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelar Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana. Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang sukses dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.

Ahmad Shabery Cheek: Menaiktaraf 2G ke 3G Perlu Pelaburan RM40 Bilion, Luar Bandar Harap Sabar!




DS Ahmad Shabery Cheek Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia beramah mesra dengan crew Pahangku media, antaranya En. Azam Abdul Rahman CEO Pahangku Media, blogger-blogger Pahang turut bersama YB Dato' Shahaniza Shamsuddin EXCO Komunikasi dan Multimedia Pahang.


ROMPIN, 30 April - Kementerian Komunikasi dan Multimedia terus memberi penekanan kepada memperluas liputan jalur lebar di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keperluan mendapatkan liputan jalur lebar kini bukan lagi satu kemudahan atau kemewahan, malah telah menjadi satu hak asasi manusia yang tidak dapat dinafikan.

"Bagi saya jika sesuatu tempat itu tidak mempunyai 3G kita begitu kecewa dan sedih, kerana mendapatkan liputan jalur lebar sama ada talian tetap ataupun mudah alih ialah satu hak asasi manusia.

"Kalau lambat, seolah-olah kita menafikan hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan jalur lebar dan ini menjadi keutamaan dan perjuangan kerajaan sekarang," katanya selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional di Laban Condong di sini Rabu.

Bagi tujuan itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan turun padang dan berbincang dengan penduduk tempatan mengenai keperluan jalur lebar sama ada dari aspek peningkatan kelajuan atau liputan yang lebih menyeluruh.

Jelasnya pelaburan untuk menambah baik infrastruktur jalur lebar memerlukan kos yang tinggi sehingga menyebabkan ia mengambil masa yang lama sebelum dapat dilaksanakan.

"Rata-rata model infrastruktur jalur lebar dipasang oleh syarikat Telco swasta dan memerlukan kos yang tinggi kerana penggunaan gentian fibre optic yang mahal.

"Sebagai contoh, untuk menaiktaraf 2G kepada 3G, ia memerlukan pelaburan sehingga RM40 bilion jadi tidak ada satu teknologi yang murah dan cepat, cuma kita perlu bersabar dan melabur sedikit untuk mendapat pulangannya," katanya.

Justeru beliau turut menyentuh inisiatif kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk meningkatkan sumber kewangan negara sekaligus memberi pulangan kepada rakyat dari pelbagai segi termasuk teknologi jalur lebar.

"Rakyat kena faham kalau sesuatu itu memerlukan kos yang tinggi kita memerlukan sumber kewangan yang tinggi untuk membiayainya. Kalau cukai pun tak nak bayar ini sesuatu yang sukar untuk dipenuhi," katanya.

Tuesday, April 28, 2015

Kenapa Mahathir Mahu 1MDB Gagal?...Ani Arope Sudah Lama Bagi Hint!



Allahyarham Tan Sri Ani Arope, Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB)

It was in this backdrop of events that Allahyarham Ani Arope stood his ground as executive chairman of TNB at the time in refusing to sign the very first power purchase agreement (PPA) for YTL Power’s benefit. While the terms of this agreement remain under wraps of the Official Secrets Act 1972, Ani Arope had repeatedly stated later that the terms were ridiculous from TNB’s perspective.
In the interview with KiniBiz in July 2014, Ani Arope reiterated that the PPA was a lopsided deal and that he could not sign it in good faith given his duty to TNB’s shareholders to administer the utility in their best interests. (To read the full story click here.)
“There were many clauses detrimental to TNB (that I couldn’t agree to),” said Ani Arope to KiniBiz. “If I (had) signed, people would have said that I also ‘sapu’ (get a cut).”
“If you want to get rich that way (by being corrupt), it’s easy,” said Ani Arope to KiniBiz. “But this (TNB) is a trust, an ‘amanah’ that is given for you to look after.”
Untuk menentang kehendak Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, akan mempunyai kos peribadi yang besar dan Ani Arope sudah mengetahui ini, namun dia berani berdiri teguh di atas alasan yang kukuh.. Sesungguhnya beliau telah ditendang daripada TNB untuk alasan beliau, kerana beliau memberitahu KiniBiz dalam wawancara sila klik sini.
"Apabila saya telah ditendang keluar, tidak ada syarikat akan mengambil saya," kenang Ani Arope dalam perbualan dengan KiniBiz, sambil menambah bahawa banyak syarikat pada masa yang mempunyai hubungan yang mengandungi pautan kembali kepada YTL. "Oleh itu, saya bekerja untuk syarikat-syarikat asing untuk sementara waktu."

Tetapi dia tidak menyatakan rasa kesal di keputusannya - jauh dari itu. Satu kenyataan yang sering berulang-dari Ani Arope adalah bahawa dia tidak ingin kuburnya dikencing, suatu penghinaan dalam budaya Melayu, untuk urusan yang tidak jujur ​​dalam kehidupan. 

Wawancara dengan Ani Arope, KiniBiz menerangkan beliau sebagai The Man Who Refused Mahathir.

Wawancara itu tidak boleh datang pada waktu yang lebih buruk. Berikut adalah mengapa. Mahathir telah menjaringkan banyak mata menyerang Najib atas 1MDB, menuduh Perdana Menteri tidak cekap, mendakwa bahawa RM27 bilion telah hilang ke udara nipis, dan sebagainya.

Dalam temu bual itu, Ani Arope memberitahu kita cerita yang berbeza sama sekali. Ia memberitahu kita daripada rancangan oleh Mahathir, dan EPU, untuk mewujudkan pengeluar tenaga yang akan memperkayakan kroni (Francies Yeoh, Ananda Krishnan, Syed Mokhtar AlBukhary, antara lain) dan memiskinkan rakyat dan Tenaga Nasional Berhad.

Ani Arope melihat ini. Beliau menolak untuk bermain bersama-sama. Beliau dipecat SATU MINGGU selepas berkata enggan kepada Mahathir. Sebelum itu, 'black out' utama telah "disusun" untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana tidak cekap Tenaga Nasional dan mengapa IPP diperlukan --- pergi membaca wawancara dalam KiniBiz.

Selepas IPP pertama (YTL), Mahathir terus untuk memulakan banyak lagi IPP. Ini pengeluar tenaga semua dibuat besar, wang besar. Pada siapa perbelanjaan? Pada rakyat, sudah tentu. Ingat bagaimana kita semua mengadu tentang berapa banyak terpaksa membayar bil electrik. Mula-mula kita menyalahkan TNB Tetapi kemudian, bila tahun-tahun berlalu, kita memahami bahawa ia adalah IPP.

Apabila PM DS Najib mengambil alih, beliau mesti telah melihat rampasan itu. Jadi dia menggunakan 1MDB untuk membeli IPP selepas memberitahu Ananda, Francis dan Syed Mokhtar yang kontrak mereka tidak akan diperbaharui, terima kasih. Langkah seterusnya, senaraikan IPP ini dalam satu penyenaraian mega awam dan membuat dan berkongsi kekayaan dengan lebih pihak yang berkepentingan, bukan hanya kroni.

Tiga perkara yang akan berlaku bersama-sama dengan IPO: -

1. Ia akan menamatkan subsidi tidak masuk akal bahawa Tenaga Nasional dan Petronas telah dipaksa untuk diberikan kepada IPP tahun dalam dan tahun keluar.

2. Orang-orang akan menikmati tarif elektrik yang lebih rendah dan,

3. IPP seperti yang kita tahu mereka tidak akan ada lagi. Begitu juga IPP legasi Mahathir.

Mahathir tidak bersendirian dalam serangan terhadap Najib. Beliau tidak pernah bersendirian. IPP telah bersama beliau dari awal.

Monday, April 27, 2015

Amanat Muhyiddin Yassin : Abaikan Mahathir Tumpu Kepada PRK Rompin Dan Permatang Pauh




Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus komited memberikan penerangan dan penjelasan kepada pengundi meskipun parti itu menerima kritikan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Menurut Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassib, dalam pada tempoh kempen yang berbaki kurang daripada sepuluh hari, adalah lebih baik jentera parti menumpukan tanggungjawab memberi penerangan berbanding 'menumpukan' kepada teguran negarawan itu.

"Tak apa.. Mana yang kita boleh jawab, kita jawab. Macam saya sebutkan tadi ada beberapa perkara tertentu sama ada bantuan BR1M atau GST. Itu tanggungjawab kita sebagai BN.

"Tak payah kita tumpu kepada apa yang beliau (Tun M) sebut tetapi apa yang kita tahu berlaku di bawah

"Kita respon terhadap apa yang rakyat bangkitkan di sini dan kalau perkara itu dibangkitkan di Rompin atau di Permatang Pauh, semalam saya di sana, maka kita jelaskan isu-isu yang berkaitan dengan kawasan itu. Itu lebih baik kerana menjurus kepada kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Uniten, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan yang disuarakan Tun Mahathir baru-baru ini terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Terbaharu, negarawan itu menggesa Umno untuk menyingkirkan Najib kerana kegagalan pemimpin berkenaan, atau parti itu bakal berdepan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambah Muhyiddin, walaupun kritikan berkenaan dilihat mampu memberi kesan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, namun ia bergantung kepada sejauhmana sikap agresif jentera turun padang memberi penerangan.

"Terserah kepada kita jentera parti bagaimana untuk turun ke bawah memberi penerangan," ujarnya.

Sunday, April 26, 2015

Lebuhraya 4 Lorong Kuantan-Segamat Manifestasi Terbaik Dato' Hasan Arifin PRK Rompin




















Walau BN belum secara rasmi mengeluarkan manifesto pilihanraya PRK Rompin dan sebaliknya pembangkang pun tidak mengeluarkan lagi manifesto mereka. WZWH berpendapat ini masa yang terbaik pengundi di parlimen Rompin mendesak kerajaan membina Lebuhraya 4 Lorong Kuantan-Muadzam-Segamat.

Lebuhraya 4 Lorong Kuantan-Segamat adalah manifestasi terbaik Dato' Hasan Arifin calon BN PRK Rompin. Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pun tidak sempat melaksanakan pembinaan lebuhraya baru ini. Dato' Hasan Arifin perlu mendesak kerajaan bila terpilih menjadi ahli parlimen Rompin pada 5 Mei 2015 nanti.

Walaupun lebuh raya 2 lorong ini secara amnya lurus dengan kurang selekoh tajam, Lebuhraya Kuantan-Segamat sangat dikenali kerana sering menjadi lokasi kemalangan, terutamanya pada beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan pertambahan aliran lalu lintas. Keperluan mendesak cadangan Lebuhraya Tun Razak dinaik taraf kepada lebuh raya 4 lorong sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kemalangan.




Lebuhraya Tun Razak laluan , juga dikenali sebagai Lebuhraya Segamat-Kuantan adalah laluan persekutuan sejauh 146.8 km bermula dari Segamat, Johor ke Gambang sebelum melalui baki 38 km melalui Laluan Persekutuan di Gambang berhampiran Kuantan,Pahang. Jalan persekutuan 2 lorong ini dinamakan sempena Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.


Kilometer Sifat bagi Laluan Persekutuan 12 ini terletak di Segamat,Johor, di persimpangannya dengan Laluan Persekutuan , jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya, lebuh raya ini melintasi sempadan Johor-Pahang dekat Perwira Jaya di sebelah Pahang.

Laluan Persekutuan 12 seterusnya melintasi Laluan Persekutuan di Bandar Tun Abdul Razak. Seterusnya, lebuh raya ini bersilang dengan Laluan Persekutuan di Persimpangan Bandar Muadzam Shah. Selepas itu, lebuh raya ini menyeberangi Sungai Pahang di Paluh Hinai. Akhir sekali, lebuh raya tamat di Gambang, Pahang, di persimpangan 4 hala dengan Laluan Persekutuan , jalan raya timur-barat utama antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.


Lebuhraya Tun Razak adalah hasil ilham Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. Pembinaan lebuh raya ini bermula pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1983. Sultan Haji Ahmad Shah sendiri merasmikan pembukaan Lebuhraya Tun Razak pada tahun 1983 semasa baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu. Lebuhraya Tun Razak kemudian diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 19 Oktober 1989.

Dibina di bawah Dasar Ekonomi Baru Malaysia, lebuh raya persekutuan 2 lorong ini dibina atas sebab berikut:-

  • Untuk memendekkan jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di kawasan barat laut seperti Segamat, Tangkak,Muar, Batu Pahat dan Melaka ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Peninsular Malaysia.
  • Untuk merancakkan pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Kos untuk membina Lebuhraya 4 Lorong Kuantan-Segamat dianggarkan hampir RM2.5 bilion.

PRK Rompin: Kempen Felda Keratong 9 Dan Keratong 8




















Bilik Gerakan Felda Keratong 9.






















Bilik Gerakan Felda Keratong 8






















Dato' Hasan Arifin calon parlimen BN PRK Rompin secara personal memilih Dato' Wan Amizan ADUN Tahan menjaga peti undi bagi Felda Keratong 9 dan Keratong 8. Dua peti undi ini mempunyai 3400 pengundi. Maka segala program disusun bagi mendapat coverage semaksimun 3400 pemgundi itu.





















Program untuk kaum ibu di Felda Keratong 9. Cukup meriah.





















Dato' Hasan Arifin mengadakan pertemuan dengan kepimpinan pemuda dan puteri tempatan. Beliau memberi kepercayaan kepada Dato' Wan Amizan yang merupakan anak didik beliau untuk bertanggungjawab dan komited menjaga pengundi di Felda Keratong 9 dan Keratong 8.





















Berbagai program untuk orang muda dan memastikan pengundi luar balik hari mengundi.





















Gerak kerja Dato' Wan Amizan bersama Dato' Razali Timbalan Menteri JPM menemui penduduk Felda Keratong yang ditimpa sakit, musibah , OKU dsb.



























































Dato' Wan Amizan dan Dato' Razali Timbalan Menteri mengadakan perjumpaan dengan pengundi Keratong 9.








































Dato' Razali Timbalan Menteri JPM hal ehwal Felda memberi ucapan yang menarik,simple, dan mudah faham apa yang kerajaan telah buat untuk memajukan Felda secara jangka panjang. Apa kesan ekonomi dunia dan pasaran dunia kepada harga minyak kelapa sawit dan saham FGV. Apa pembangkang buat hanya untuk memusnah apa yang ada.

Pembangkang hanya berminat dengan Felda bukan membicarakan kebajikan peneroka.





















Press menemuramah Dato' Wan Amizan tentang PRK Rompin, peluang calon Dato' Hasan Arifin bangkit kembali, peranan Dato' Wan Amizan sebagai anak peneroka yang begitu memahami permasalahan dan kehendak peneroka dan generasi baru.





















Dato' Wan Amizan akan berkampong di Felda Keratong 9 dan Keratong 8. Beliau komited membantu memastikan kemenangan majoriti besar calon BN. Beliau mahu bawa turun jentera pemuda, puteri, dan wanita, semua Ketua Cawangan UMNO dan semua Tok Empat  turun berkempen di dua kawasan Felda tersebut.





















Dato' Wan Amizan beramah mesra dengan jentera tempatan.





















Untuk mengerakkan jentera perlu kenali mereka yang bekerja  kuat untuk memenangkan calon BN.




















Satu langkah permulaan yang baik bagi gerak kerja kempen di Felda Keratong 9 dan Keratong 8.





















Dato' Hasan Arifin calon yang diberi tanggung jawab untuk mengalas amanah dan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis di parlimen Rompin.



Tempo PRK Rompin Slow...BN Kena Laju




















Kempen  BN di PRK Rompin slow. BN kena laju buat kerja.

Ini bukan suasana biasa kempen Parlimen seperti PRU biasa sebelumnya.

Calon Parlimen BN bergerak solo. Satu team kepimpinan AJK Bahagian UNMO perlu digerakkan sebagai satu kumpulan.

Setiap AJK UMNO Bahagian perlu dipanggil secara personal, diberi arahan yang jelas.

Walau jentera sayap seperti Pemuda, Wanita dan Puteri telah turun bersama yang turut dibantu oleh Bahagian-Bahagian lain namun pengetahuan kepakaran mengenai lokal politik dari Barisan AJK UMNO Bahagian Rompin sangat ditagih.

Setakat ini tidak nampak pergerakan  dari kalangan AJK UMNO Bahagian Rompin, masih menunggu arahan dari calon parlimen BN.

Jika mahu bekerja sebagai satu team, penglibatan dari ketumbukan Barisan AJK UMNO Bahagian diperlukan baru boleh mendapat keputusan majoriti yang lebih baik.

Tuesday, April 21, 2015

TUNKU ABDUL RAHMAN: Mahathir Khianati Saya




Adakah Tun Mahathir Derhaka Kepada Perdana Menteri, DYMM Agong Dan Negara?




Dalam konteks sejarah bangsa Melayu, derhaka adalah melawan dan tidak setia kepada Raja dan pemerintah sejak dari Empayar Sriwijaya, Majapahit, Melaka dan Johor Riau termasuk juga Langkasuka.

Hari ini peranan Raja adalah berpelembagaan mengikut model Westminster England.

Dan Perdana Menteri sebenarnya adalah "Raja politik Malaysia".

Tun Mahathir sudah derhaka kepada Perdana Menteri, DYMM Agong dan Negara.

Dalam agama ada watak yang menderhaka seperti Syaitan yang super ego tidak mahu mengiktiraf projek manusia (Adam) yang telah dicipta oleh Allah. Kenapa? Kerana Syaitan merasakan beliau lebih hebat dan kritik manusia depan Allah bahawa manusia ini akan membuat banyak kerosakan seperti spesis-spesis yang telah terdahulu Allah cipta.

Syaitan tidak mahu sujud kepada manusia walau Malaikat semua sujud dua kali pula itu!

Tun Mahathir sudah derhaka kepada DYMM Agong dan Negara. Beliau ini hendak jatuhkan Perdana Menteri yang telah dipilih parti dan rakyat secara demokrasi dan mengikut undang-undang.

Dulu apabila Tun Abdullah disingkirkan, beliau bernasib baik kerana Tun Abdullah itu turun secara sukarela. Ahli-ahli UMNO dan BN pun setuju dengan perletakkan jawatan oleh Tun Abdullah.

Kalau DS Najib dapat sokongan parti UMNO dan BN dan tidak hendak berundur, apakah Tun Mahathir ini hendak jatuhkan secara revolusi Perancis ala Bastille atau secara coup d'etat?

Itu kan derhaka? Apa hukum kepada orang yang menderhaka dalam Sejarah Melayu?

Tun Mahathir juga tidak menghormati Kedaulatan Undang-Undang.

Mahkamah menjatuhkan kesalahan kepada DS Anwar Ibrahim lalu dipenjarakan 5 tahun maka Tun Mahathir suka sangat.

Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman pada DS Anwar.  Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul menafikan Altantunya dengan penglibatan DS Najib.

Sebab itu Tun Mahathir mengamuk salahkan DS Najib sampai merepek-repek Altantunya.

Kita lihat sejarah konsep derhaka Orang Melayu...

Setelah Seri Teri Buana, yang berketurunan Raja Iskandar Dzulkarnian dinobatkan menjadi raja negeri Palembang, beliau berkehendakkan seorang isteri. Oleh kerana dia seorang raja yang berketurunan baik, maka banyaklah anak-anak raja yang ditawarkan untuk menjadi isterinya.

Akan tetapi, setiap kali dia mengahwini isteri-isterinya dan meniduri wanita tersebut, mereka akan menjadi kedal pada keesokan harinya dan terpaksa ditinggalkan oleh Seri Teri Buana. Acapkali perkara ini terjadi, sehinggalah baginda berkeinginan untuk mengahwini anak perempuan menterinya, Demang Lebar Daun. Demang Lebar Daun bersetuju untuk membenarkan rajanya mengahwini anaknya, tetapi bersyarat; selepas ini keturunan Demang Lebar Daun akan berhambakan di bawah Seri Teri Buana, namun sekiranya keturunannya berdosa dan sebesar-besar dosa tersebut, keturunan Seri Teri Buana tidak akan menista dengan kata-kata yang jahat dan jika dosa itu berat, hukumlah mati tetapi harus menepati hukum syarat.

Seri Teri Buana bersetuju dengan syarat tersebut, tetapi juga inginkan janji dari Demang Lebar Daun, yakni bahawa anak cucu Demang Lebar Daun tidak akan derhaka kepada anak cucu Seri Teri Buana, walau seberapa zalim keturunannya sekalipun.

Demang Lebar Daun bersetuju, katanya selagi anak cucu Seri Teri Buana menepati janji Seri Teri Buana, maka anak cucu Demang Lebar Daun juga akan menepati janji Demang Lebar Daun.

Kisah yang diambil dari karya Sejarah Melayu ini menceritakan asal-usul ketaatan orang Melayu kepada rajanya, dan konsep ‘derhaka’ yang dikatakan begitu tabu di dalam budaya orang Melayu. Keturunan Demang Lebar Daun, yakni orang Melayu, di’wajibkan’ untuk taat kepada rajanya dalam apajua keadaan sekalipun, walau betapa zalim raja tersebut, kerana janji yang telah diberikan oleh Demang Lebar Daun keapda Seri Teri Buana.

Konsep derhaka ini menjadi isu akhir-akhir ini apabila timbulnya krisis Tun Mahathir derhaka kepada Perdana Menteri, DYMM Agong dan Negara bila mahu menjatuhkan DS Najib secara tidak Adat Melayu dan Tidak demokratik melalui penulisan blog, ucapan awam dan interview.

Melayu zaman ini begitu berlainan dengan Melayu ketika karya Sejarah Melayu dihasilkan. Peredaran zaman juga telah membawa perubahan minda kepada masyarakat Melayu, di samping juga perubahan sistem pemerintahan. Jika pada zaman dahulu orang Melayu diperintah oleh raja yang berpaksikan sistem monarki, kini orang Melayu diperintah oleh ahli politik yang berpaksikan sistem demokrasi. Institusi raja-raja kini adalah institusi raja berpelembagaan yang diimport dari sistem yang digunakan oleh United Kingdom pada ketika ini. Raja masih mengetuai kerajaan, tetapi fungsi dan kuasa raja termaktub oleh perlembagaan.

Dengan perubahan sistem kerajaan orang Melayu dari monarki absolute kepada raja berpelembagaan, konsep ketaatan kepada raja itu juga telah sedikit sebanyak berubah. Orang Melayu tidak lagi melihat raja-raja mereka seperti nenek moyong mereka melihat raja-raja mereka ketika itu. Samada perubahan ini berlaku akibat terhakisnya sistem monarki atau ianya berlaku akibat daripada evolusi semulajadi pemikiran Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi apa yang pasti adalah Melayu pada masa ini tidak akan teragak-agak mengkritik raja mereka sekiranya dirasakan bahawa kritikan itu perlu. Lihatlah, betapa raja-raja Melayu dikritik beberapa tahun dahulu apabila imuniti raja dihapuskan oleh Tun Mahathir secara halus. Lihatlah juga, betapa raja Melayu dikritik pada masa kini apabila sesetengah rakyat berpendapat bahawa raja itu telah membuat keputusan yang salah.

Apa yang terjadi kepada Sang Rajuna Tapa, Hang Jebat dan Penglima Bentan, yang dahulunya menjadi ‘bukti’ apa yang akan berlaku sekiranya Melayu derhaka kepada raja, kini hanya menjadi kisah silam yang menarik. Samalah juga seperti janji yang diberikan oleh Demang Lebar Daun kepada rajanya, Seri Teri Buana.

Oleh itu, adakah konsep derhaka itu masih menjadi tabu kepada masyarakat Melayu? Walaupun peranan raja-raja Melayu kini termaktub di dalam perlembagaan dan masyarakat Melayu tidak lagi mempercayai bahawa raja adalah pemerintah mutlak yang mempunyai ‘daulat’, tidak boleh dinafikan bahawa orang Melayu masih menghormati raja-raja mereka. Tetapi, sejauh mana penghormatan, ketaatan dan derhaka masih releven kepada minda orang Melayu amat sukar untuk dipastikan. Orang Melayu itu sendiri ini mempunyai begitu banyak perbezaan dari segi status sosial, pendidikan, tempat tinggal dan ideologi politik. Sukar untuk membuat rumusan untuk persoalan tersebut.

Mungkin selepas pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh, kita akan mendapat gambaran tentang konsep derhaka kepada masyarakat Melayu di situ.

Monday, April 20, 2015

Hikayat Puteri Walinong Sari Featuring Putera Gunung Tahan





Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.
"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.
"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.
"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."
"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.
"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.
"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.
"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.
"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...
"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.
"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.

Melihat sahaja akan burung merpati putih itu, hati baginda terus tertawan. Lantas diperintah juak-juak pengiring menangkap burung merpati itu. Anehnya burung merpati itu langsung tidak melarikan diri. Seolah merelakan dirinya ditangkap oleh juak-juak itu pula. Puteri Wanang Seri merasa amat sukacita mendapat burung yang jinak itu. Terus sahaja baginda membelai dan bermain-main dengan burung merpati itu.
"Siapakah gerangan engkau wahai burung merpati? Kenapa beta tiba-tiba jatuh kasih kepadamu. Katakanlah wahai burung.." madah baginda seolah-olah burung itu memahami kata-kata baginda.
Burung merpati itu terbang hinggap di atas jari telunjuk Puteri Wanang Seri.
"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.
"Entahlah inang. Hati beta merasa berdebar-debar melihat burung merpati ini. Beta merasa malu pula. Seperti burung merpati ini seorang lelaki layaknya..."
Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.
"Ada-ada sahaja Tuan Puteri ini.. Inikan hanya seekor burung?" kata Inang Tua.

Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.
"Terbanglah engkau wahai merpati. Beta tidak dapat hendak membawa kamu bersama kerana beta tidak sampai hati hendak mengurung kamu di dalam sangkar. Kamu tentu inginkan kebebasan. Berat rasanya hati beta hendak berpisah dengan kamu. Hati beta sudah jatuh kasih padamu wahai burung. Walau bagaimanapun pulanglah engkau ke tempat asal engkau. Selamat jalan, burung..."
Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.

Setelah rombongan itu berangkat pergi, burung merpati itu bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara bahawa Puteri Wanang Seri itu seorang puteri yang budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri itu sekadar memperlihatkan matanya, namun Raja Mambang Segara dapat merasakan bahawa puteri itu tersangat jelita. Hati Raja Mambang Segara sudah terpikat. Tanpa berlengah, baginda menuruti jejak rombongan itu menuju ke Pekan.

Ada pun rombongan Puteri Wanang Seri itu tiba di Pekan. Pekan merupakan sebuah kota yang sibuk dengan pasarnya. Hamba rakyat yang mendiaminya sangat ramai dengan aneka jualan dan juga permainan di dalam pasarnya. Rakyat jelata apakala mengetahui rombongan Puteri Wanang Seri mengunjungi kota itu, terus sekelian hamba memberi pelbagai hadiah buat tuan puteri dan juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara yang baru tiba di Pekan itu kemudian menukarkan dirinya menjadi seorang pemuda buruk yang berpakaian compang camping. Baginda kemudiannya mendekati usungan Puteri Wanang Seri lalu menghulurkan sebiji talam yang sangat cantik ukirannya.
"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."
Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Dilihatnya seorang pemuda buruk sedang memegang talam yang sangat halus buatannya. Dilihatnya pemuda itu sangat comot tetapi matanya bercahaya dan bersinar galak. Puteri Wanang Seri merasakan darahnya menyimbah naik ke muka apakala menentang sinar mata pemuda miskin itu.
"Terima kasih orang muda. Beta merasa berbesar hati menerima hadiah dari kamu.. Budi kamu beta junjung"

Setelah memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 bidang itu, rombongan itu pulang ke istana. Malamnya pula Puteri Wanang Seri tidak dapat melelapkan mata, asyik terkenangkan pemuda comot itu. Kesokan paginya, sebaik sahaja ayam berkokok dan fajar menyinsing, Puteri Wanang Seri sudah bersiap-siap berlanggir untuk menuju ke Pekan dengan ditemani oleh inang-dayang dan juga juak-juak.

Seperti hari sebelumnya itu, Puteri Wanang Seri bertemu dengan pemuda yang memakai pakaian compang camping itu lagi. Kali ini pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekaki payung berwarna kuning.

Hari yang ketiga, Puteri Wanang Seri turun lagi mengunjungi Pekan. Hari yang ketiga itu, pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekuntum Bunga Melur.
"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.
"Patik, Tuanku.."
"Tahukah kamu bersilat dan bermain senjata..?" tanya tuan puteri.
"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.
"Mahukah kamu kalau beta mengajak kamu bersayembara di gelanggang silat?" tanya Puteri Wanang Seri lagi.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."

Maka hari sayembara itu ditetapkan. Sekelian hamba rakyat keluar menyaksikan pertarungan persilatan antara Puteri Wanang Seri dengan pemuda miskin yang ditemuinya di Pekan. Sebaik sahaja ditiup nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri masuk ke gelanggang silat lengkap berpakaian kebesaran. Bertudung menutupi wajahnya sebagai tanda menjaga maruah puteri melayu. Di gelanggang persilatan, pemuda comot itu sedia menanti.

Puteri Wanang Seri sangat perwira dan tidak pernah kalah walau sekalipun sebelum sayembara itu. Baginda merasa amat pasti bahawa baginda akan memenangi pertarungan itu. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pukulan dan buah kilas. Sesekali jurus yang dikeluarkan adalah jurus kebatinan yang memukul dari jauh. Segala pukulan yang ditujukan ke arah pemuda itu dapat dikesampingkannya dengan sempurna malah ilmu persilatan pemuda itu jauh lebih hebat daripada ilmu pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka saling berasak-asak dengan pukulan yang merbahaya sehingga akhirnya pemuda itu melancarkan jurus pukulan yang sangat hebat. Puteri Wanang Seri tahu bahawa dia akan tewas dalam sayembara itu. Bagi menjaga maruah istana, baginda merasakan bahawa baginda harus memenangi sayembara itu walau dengan apa cara sekalipun. Di saat yang genting itu, Puteri Wanang Seri menarik tudung yang menutupi wajahnya lalu terlihatlah seri cahaya wajahnya yang gilang gemilang. Melihatkan kecantikan puteri itu, pemuda comot itu terus jatuh pengsan akibat gelora nafsu yang tidak tertahan.




Sebaik sahaja pemuda comot itu pengsan, hilang sementara waktu segala kesaktiannya. Pemuda comot itu tidak semena-mena bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara, lengkap berpakaian kebesaran serta busar panahnya terletak di sisi. Melihatkan hal itu, Puteri Wanang Seri segera menitahkan agar Raja Mambang Segara yang masih tidak sedarkan diri diusung naik ke istana.

Raja Mambang Segara pengsan tidak sedarkan diri selama setengah hari. Peristiwa itu disaksikan oleh Raja Laksamana Petir dari Kemuncak Gunung Tahan melalui cermin hikmat baginda. Baginda merasa amat murka terhadap Raja Mambang Segara kerana tidak harus keturunan baginda tewas dengan kecantikan seorang manusia. Baginda kemudian menghantar utusannya untuk mengambil Raja Mambang Segara yang masih belum sedarkan diri di istana Inderapura.

Arakian, muncullah petir dan kilat sabung-menyabung di langit tinggi. Puteri Wanang Seri masih setia di sisi Raja Mambang Segara namun dilihat oleh baginda, jasad Raja Mambang Segara semakin lama semakin menipis. Baginda puteri terkejut dengan kejadian itu. Tiba-tiba menjelma kilat dari langit beserta yang letupan guruh yang memekakkan telinga membelah udara istana. Jasad Raja Mambang Segara lenyap dari pandangan. Puteri Wanang Seri terus jatuh pengsan.

Dalam tidak sedarkan diri itu, Puteri Wanang Seri bermimpi bertemu dengan seorang pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri kasihkan ia, carilah ia di kemuncak Gunung Tahan. Di sanalah ayahandanya berkerajaan".




Ada pun keesokan harinya, Puteri Wanang Seri dikhabarkan lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Wanang Seri telah berangkat ke Kemuncak Gunung Tahan mencari kekasih hati baginda. Kadang-kadang Puteri Wanang Seri dilihat muncul di Inderapura bersama dua orang pengiring perempuan. Seorang sedang memayungi Puteri Wanang Seri dengan payung berwarna kuning manakala seorang lagi pengiring baginda menaburi langkah Puteri Wanang Seri dengan bunga-bunga yang diisi di dalam talam berukiran indah. Nama Puteri Wanang Seri kemudiannya lebih dikenali ke hari ini sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.



Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang


Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman


Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, melambung lembing
Pandai melambung


Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari


Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung


Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam


Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan


Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024