WZWH memberi penerangan kepada Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER tentang beberapa projek pembangunan yang dicadangkan dan sedang diusahakan di DUN Tahan. Turut hadir Pegawai Daerah Jerantut, CEO FELDA Wilayah Jengka dan pegawai-pegawai ECER, FELDA, Pejabat Daerah Jerantut dan MDJ.
Hari ini lawatan ECER ke DUN Tahan turun padang bagi meninjau, melihat sendiri dan memberi feedback kepada kerajaan bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan dan memajukan Kuala Tahan getaway Taman Negara.
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.
Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas. Kita ada baki lagi 6 tahun.
WZWH lebih berminat bercakap mengenai projek-projek ECER Taman Negara. Kalau kita lihat ECER lebih fokus kepada ekonomi Pahang Timur. Boleh dikatakan tiada lansung projek-projek di belah Pahang Barat terutamanya Jerantut.
Blog WZWH banyak mencadangkan beberapa projek dalam posting yang terdahulu di DUN Tahan dan Taman Negara. Sedikit sebanyak apa yang WZWH beri pandangan dan komen-komen pembaca blog WZWH turut membuka mata DS Najib PM.
CEO ECER Dato’ Jebasingam Issace John berkata bahawa DS Najib telah mengarahkan beliau supaya mengkaji apa-apa projek yang boleh dilaksanakan di Taman Negara dan Jerantut. Beliau mengaku sedang meneliti dan mengimplemen saranan PM.
CEO ECER berkata DS Najib mahu Kuala Tahan sebagai Gateway to Taman Negara menjadi daya tarikan bertaraf internasional. Boleh membuatkan pelancong-pelancong asing berminat melawat Taman Negara.
Memang Dato' Jebasingam issace John dibayar gaji oleh Petronas untuk memikir keseluruhan projek ECER. Namun WZWH berpendapat kita orang Jerantut terutama golongan muda dan profesional perlu juga mencadangkan apa projek-projek Taman Negara yang terbaik kepada kerajaan.
Apa yang menarik adalah ECER bertanggungjawab bagi pembangunan special zone Kuala Tahan terutama dari pihak swasta. Untuk initial outlay, ECER telah memperuntukan berpuluh juta ringgit bagi persediaan Kuala Tahan menjadi pembangunan special zone melalui MDJ dan geran kajian.
Bagi fokus kepada pengembangan ekonomi Jerantut pula sektor Pertanian, Pelancungan, Infrastruktur, Renewal Energy, dan Pembangunan Luar Bandar sangat sesuai dan tepat untuk diaplikasi di Jerantut. Pemimpin-pemimpin politik Jerantut terutamanya perlu ke depan fikir bagaimana sektor-sektor ini boleh diimplementasi di Jerantut.
Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER adalah pemimpin yang serious, berpandangan jauh, bijak, kuat berkerja, mempunyai azam yang tinggi adalah pilihan terbaik DS Najib bagi membangunkan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut serta Pahang, Terengganu, Kelantan, serta Mersing Johor.
Antara projek-projek yang dicadangkan, diluluskan dan sedang diusahakan di DUN Tahan:
Projek Menaiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tahan bagi memudahkan perhubungan. Jarak dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan ialah sejauh 75km
Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 23km
Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 42km
Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja sejauh 60km
Projek Hidoelektrik Sg Tekai
Projek Penternakan Ikan Sturgeon dan Taman Kaviar
Projek Bandaraya Rimba Tropika Taman Negara Sultan Hj Ahmad Shah
Projek Taman Safari
Projek Ladang Gaharu
Projek Agropark Tembeling
Projek Menaiktaraf Airport Sg Tiang
WZWH akan menulis bagaimana ECER boleh membantu pembangunan DUN Tahan dalam posting akan datang.