Monday, March 31, 2014

Lawatan ECER Memastikan Amanah DS Najib Membangunkan DUN Tahan Jerantut Boleh Tercapai



















WZWH memberi penerangan kepada Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER tentang beberapa projek pembangunan yang dicadangkan dan sedang diusahakan di DUN Tahan. Turut hadir Pegawai Daerah Jerantut, CEO FELDA Wilayah Jengka dan pegawai-pegawai ECER, FELDA, Pejabat Daerah Jerantut dan MDJ.

Hari ini lawatan ECER ke DUN Tahan turun padang bagi meninjau, melihat sendiri dan memberi feedback kepada kerajaan bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan dan memajukan Kuala Tahan getaway Taman Negara.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas. Kita ada baki lagi 6 tahun.

WZWH lebih berminat bercakap mengenai projek-projek ECER Taman Negara. Kalau kita lihat ECER lebih fokus kepada ekonomi Pahang Timur. Boleh dikatakan tiada lansung projek-projek di belah Pahang Barat terutamanya Jerantut.

Blog WZWH banyak mencadangkan beberapa projek dalam posting yang terdahulu di DUN Tahan dan Taman Negara. Sedikit sebanyak apa yang WZWH beri pandangan dan komen-komen pembaca blog WZWH turut membuka mata DS Najib PM.

CEO ECER Dato’ Jebasingam Issace John berkata bahawa DS Najib telah mengarahkan beliau supaya mengkaji apa-apa projek yang boleh dilaksanakan di Taman Negara dan Jerantut. Beliau mengaku sedang meneliti dan mengimplemen saranan PM.

CEO ECER berkata DS Najib mahu Kuala Tahan sebagai Gateway to Taman Negara menjadi daya tarikan bertaraf internasional. Boleh membuatkan pelancong-pelancong asing berminat melawat Taman Negara.

Memang Dato' Jebasingam issace John dibayar gaji oleh Petronas untuk memikir keseluruhan projek ECER. Namun WZWH berpendapat kita orang Jerantut terutama golongan muda dan profesional perlu juga mencadangkan apa projek-projek Taman Negara yang terbaik kepada kerajaan.

Apa yang menarik adalah ECER bertanggungjawab bagi pembangunan special zone Kuala Tahan terutama dari pihak swasta. Untuk initial outlay, ECER telah memperuntukan berpuluh juta ringgit bagi persediaan Kuala Tahan menjadi pembangunan special zone melalui MDJ dan geran kajian.

Bagi fokus kepada pengembangan ekonomi Jerantut pula sektor Pertanian, Pelancungan, Infrastruktur, Renewal Energy, dan Pembangunan Luar Bandar sangat sesuai dan tepat untuk diaplikasi di Jerantut. Pemimpin-pemimpin politik Jerantut terutamanya perlu ke depan fikir bagaimana sektor-sektor ini boleh diimplementasi di Jerantut.



















Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER adalah pemimpin yang serious, berpandangan jauh, bijak, kuat berkerja, mempunyai azam yang tinggi adalah pilihan terbaik DS Najib bagi membangunkan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut serta Pahang, Terengganu, Kelantan, serta Mersing Johor.

Antara projek-projek yang dicadangkan, diluluskan dan sedang diusahakan di DUN Tahan:

Projek Menaiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tahan bagi memudahkan perhubungan. Jarak dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan ialah sejauh 75km

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 23km

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 42km

Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja sejauh 60km

Projek Hidoelektrik Sg Tekai

Projek Penternakan Ikan Sturgeon dan Taman Kaviar

Projek Bandaraya Rimba Tropika Taman Negara Sultan Hj Ahmad Shah

Projek Taman Safari

Projek Ladang Gaharu

Projek Agropark Tembeling

Projek Menaiktaraf Airport Sg Tiang

WZWH akan menulis bagaimana ECER boleh membantu pembangunan DUN Tahan dalam posting akan datang.

Friday, March 28, 2014

ADUN Tahan Membela Ibu Tunggal Mutiara Jerantut



YB Dato' Wan Amizan Wan Abd Razak ADUN Tahan menyampaikan ucap utama sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Pertubuhan Ibu Tunggal Mutiara Daerah Jerantut 2014.

WZWH tidak tahu berapa ramai ibu tunggal di Jerantut. Di Malaysia ada lebih 3 juta ibu tunggal. 

Ibu tunggal perlu dibela. Apa definisi ibu tunggal? Ada banyak:

  • Wanita yang kematian suami bercerai mati
  • Wanita yang ditinggalkan suami bercerai hidup
  • Wanita yang ditinggalkan tanpa nafkah dan sebab
  • Wanita yang suami sudah lumpuh tidak berupaya
  • Wanita yang suami bekerja atau belajar di luar negara selama banyak tahun
  • Wanita yang tidak pernah berkahwin
  • Wanita yang ada suami tapi suami tidak bekerja tahu makan tidur sahaja

WZWH tidak mahu ulas banyak nanti banyak sangat tulis. Cuma satu kesusahan, kepayahan, penderitaan zahir dan batin, survival banyak mengajar wanita-wanita ibu tunggal menjadi gigih, lasak, berdikari, untuk meneruskan  kehidupan.

Lelaki banyak menyusahkan wanita. Sepatutnya lelaki budiman tidak begitu. Walau ada juga salah dari wanita. 

Siapa mahu membela mereka?

Pemimpin, masyarakat dan lelaki yang kaya, lelaki yang budiman, lelaki yang mampu jika sesuai perlu menikahi mereka. Itu yang Rasullulah buat, Itu yang ramai sahabat buat.

Dalam ucapan itu ADUN Tahan memberi semangat dan motivasi kepada lebih 200 ibu tunggal yang hadir.

ADUN Tahan bersetuju mencari sebuah pejabat bagi persatuan ibu tunggal Mutiara Jerantut dengan pertolongan Tuan DO Jerantut.

Sumbangan RM5000, membayar semua kad keahlian dan kad diskaun 25%. ADUN Tahan berjanji cuba mendapatkan modal RM30,000 untuk persatuan ibu tunggal Jerantut melalui YAB MB Pahang DSD Adnan Yaakob.

Majlis makan malam itu disumbang oleh ADUN Tahan.

ADUN Tahan mahu persatuan ibu tinggal Mutiara Jerantut aktif menjalan aktiviti. Beliau sanggup memberi sumbangan dan dana setiap tahun .



Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Ibu Tunggal Mutiara daerah Jerantut bersama YB Dato Wan Amizan Wan Abd Razak ADUN Tahan di rumah rehat Jerantut.

ADUN Tahan, Tuan DO Jerantut Dato' Syed Abdul Mutalib, Dato' Hj Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Nenda Wan Roafza , Dato' Chu Rahimah Kawi.



Kehadiran hampir 200 ibu tunggal  meraikan kehadiran ADUN Tahan






Sesi bergambar bersama Jawatankuasa Pertubuhan Ibu Tunggal Mutiara Daerah Jerantut yang dipengerusi oleh Cik Hjh Lili Muliani Bt Dato' Mohd Khairuddin.

Wednesday, March 26, 2014

WZWH Mengaku Orang Asli Sg Tekai Lebih Cerdik Di Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai



Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai, Tahniah pada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan membawa transfomasi dan merealisasikan pembangunan untuk masa depan warga DUN Tahan.

Sejak WZWH berblog dari tahun 2010 lagi WZWH banyak menulis posting tentang Projek Hidroelektrik Sg Tekai di DUN Tahan Jerantut.

Malah WZWH telah membawa usul ini dalam Mesyuarat Agong Pemuda UMNO Jerantut 2009 dan juga diterima tanpa bahas dalam Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Jerantut 2009.

Ada cerita disebalik usul itu. Pada tahun 2009, oleh kerana WZWH berasa kecewa sebab  kerajaan tidak begitu serious mahu buat Projek Jalan Ulu Tembeling lalu WZWH telah berjumpa ADUN Tahan yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut untuk meluluskan usul WZWH yang mahu bina hidroelektrik di Sg Tembeling supaya Ulu Tembeling tenggelam jadi kerajaan tidak perlu membazir duit bina jalan tersebut.

Lagi pun Projek Hidroelektrik Sg Tembeling adalah projek Almarhum Tun Abdul Razak yang tidak selesai. Dengan muka yang marah ADUN Tahan terus memaki WZWH lalu berkata," Aok nak bunuh aku ke mampus nanti Orang Tembeling tak undi aku!

ADUN Tahan cakap," aok mana tahu aku kerja kuat untuk pastikan kerajaan buat Projek Jalan Ulu Tembeling"

Sewaktu WZWH berehat di Kuala Tahan, Chu Mezah AJK UMNO Bahagian ketika itu telah beritahu WZWH,"Wok, dulu awal tahun 1980an Chu pernah kerja dengan Syarikat Jepun yang mengkaji potensi Hidroelektrik Sg Tekai, kalau Wok cadang Hidroelektrik Sg Tekai, Orang Tembeling tidak marah....

Wah ini idea bagus, WZWH cepat-cepat tukar usul dengan tajuk Hidroelektrik Sg Tekai lalu ADUN Tahan bersetuju kerana tidak ada penduduk di situ kecuali 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai. Itu pun kerajaan telah bina perumahan untuk mereka dekat jambatan Sg Tekai sebelum tapak hidroelektrik.

The rest is history...

Ini posting terbaik WZWH mengenai Hidroelektrik Tekai sila klik sini.


Perbincangan Projek Hidroeletrik Sg Tekai di antara YB Dato Wan Amizan ADUN Tahan dgn Ir Shahar Mior Nazri (GM) Projek Hidro ,bersama pengurus kontrak ,Pengurus Kanan,Jurutera 2 di Hotel Darul Makmur.

Minggu lepas  telah diadakan Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai kepada masyarakat Orang Asli Sg Tekai oleh TNB dan ADUN Tahan.

Majlis itu telah dihadiri oleh 60 buah keluarga  Orang Asli Sg Tekai. Majlis penerangan berjalan lancar.

Bila GM TNB Hidro berucap, Tok Batin dan 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai menganggok...

Bila ADUN Tahan berucap, Tok Batin dan 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai lagi kuat menganggok...

Maka suka sangat GM TNB Hidro kerana penerangan TNB sangat mudah difahami oleh masyarakat Orang Asli Sg Tekai.

ADUN Tahan lagi berbesar hati....

Bila tiba Tok Batin bangun semasa sesi QnA...Tok Batin dengan cool berucap....

YB Engku...,

Kami ini tidak mintak banyak

Kami minta sikit aje.

Bukan minta beratus juta...

Bukan minta beratus ribu...

Minta beribu-ribu aje...

Projek ini berbilion-bilion...

Kami di sini ada 60 buah keluarga.

YB Engku...kami minta cuma:

Sebuah rumah diberi sebuah kereta...

Setiap orang diberi gaji RM4000 sebulan!!!

Bergerak-gerak kedua-dua telinga ADUN Tahan mendengar permintaan Tok Batin!

Ha Ha Ha...Ha...WZWH mengaku Orang Asli Sg Tekai lebih cerdik di Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Sg Tekai.

Kalau mahu tahu lagi cerdiknya Orang Asli di Sg Tembeling ini sila klik sini.

Tuesday, March 25, 2014

WZWH Brief Dengan Lebih Mudah Projek Ikan Sturgeon Di Jerantut




















Sebagai blogger yang berasal dari Jerantut adalah menjadi tanggungjawab WZWH untuk menerang dengan lebih mudah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut.

Projek ini untuk memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi baru peneroka FELDA dan kampung tradisional.

Ianya menjadi penyumbang utama agenda sekuriti makanan negara dengan membiak ikan di darat.

Penghasilan telur kaviar dan daging ikan sturgeon untuk diperkenalkan dengan jenama Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mengubah perspektif orang ramai terhadap nilai kaviar dan memberikan kesan limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan dengan hasil pulangan yang tinggi.

Menjadi nilai tambah kepada Sektor Pelancongan, Sektor Perniagaan Kecil & Sederhana bagi Kerajaan Negeri Pahang.

Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 USD sekilogram! (Harga terkini: USD4000/kg).

Pasaran Kaviar dunia telah mengalami penurunan bekalan hasil tangkapan ikan sturgeon liar dari 22,000 tan pada tahun 1970 ke 373 tan pada tahun 2008 sumber FAO.

Kekurangan bekalan kaviar pada tahun 2012 adalah sebanyak 1,800 tan. Trend kekurangan bekalan kaviar dapat dikesan sejak tahun 2000 lagi.

Pasaran Kaviar adalah pasaran yang menguntungkan.

Sasaran impak ekonomi melalui Projek Penternakan Ikan Sturgeon Kuala Tahan, Jerantut:

Mensasarkan 30 metrik tan kaviar dan 60 metrik tan daging ikan sturgeon.

Nilai 30 tan metrik tan kaviar adalah berjumlah RM96 juta.

Mensasarkan pendapatan golongan peneroka dan kampung tradisional yang boleh mencapai RM13,000 sebulan.

Dijangka projek ini akan menambahkan 30,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Projek ini menggunakan teknologi Aqua Farming yang digunakan di Korea dan sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Dilaksanakan secara integratif di mana kolam-kolam penternakan dibina berdekatan dengan pusat penyelidikan untuk pembangunan teknologi penternakan dan pembangunan produk baru.

Nilai pelaburan projek ini sebanyak RM150 juta yang akan dibiayai melalui suntikan modal dan pembiayaan luar.

Antara spesis ikan sturgeon yang akan diternak ialah:

  • Siberian
  • Amur
  • Sterlet
  • Beluga

Lokasi projek penternakan Ikan Sturgeon ini di Kuala Tahan, Taman Negara , Jerantut, Pahang dalam DUN Tahan.

Tanah seluas 50 ekar diperuntukkan untuk memaksimunkan pendapatan dan penggunaan kos secara efisien.

Taman Kaviar secara konsep kolam satelit yang akan diusahakan oleh generasi baru peneroka dan kampung tradisional melalui buyback guarantee.

Kemudahan yang disediakan:


  • Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar
  • Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D)
  • Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar & Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan Kemudahan tempat tinggal.

Proses penternakan ikan sturgeon menggabungkan kaedah Sistem Peredaran Semula Air (Recirculation Aquaculture System) dan Sistem Pengaliran Air (Running Water System)

Malaysia mempunyai sumber air asli terutama Pahang yang mampu membekalkan air bersih yang mencukupi bagi projek ini.

Penjimatan sehingga 50% daripada kos keseluruhan berbanding penggunaan Sistem Pengaliran Air Sahaja.



ADUN Tahan meraikan pelabur-pelabur dari Korea Selatan yang mahu menjalankan projek ini dengan teknologi Korea yang disesuaikan dengan teknologi Malaysia.

Apa faedah projek ini kepada rakyat DUN Tahan Jerantut?

  • Peluang pekerjaan kepada 300 warga tempatan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.
  • Menjana pendapatan dalam bidang akuakultur di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
  • Merangkumi 9 skop pekerjaan iaitu pembenihan, tapak semaian, penternakan, penyelenggaraa, pembangunan dan penyelidikan, fasiliti, pentadbiran, pelancongan dan pendidikan.
  • Peluang pekerjaan generasi baru FELDA dan kampung tradisional dengan Penternakan siput kecil untuk dijadikan sumber pemakanan ikan sturgeon.
  • Melahirkan Tenaga Pakar-Prospek tertumpu kepada golongan graduan Generasi Baru FELDA dan kampung tradisional dalam bidang agrikultur.
  • Pelajar akan menjalani latihan terlebih dahulu di Korea Selatan.

Tapak pembangunan projek ini boleh dijadikan satu tempat tarikan pelancong dimana ia menyediakan pengalaman yang meransang daya ingin tahu dan memberi pendedahan kepada pembangunan kaviar.

Bakal menjadikan Malaysia sebagai Negara kedua terbesar di Asia dalam projek penghasilan Kaviar dan penternakan ikan Sturgeon setelah UAE memiliki loji ternakan ikan Sturgeon terbesar dunia di Muzalifah Industrial Park, Abu Dhabi.

Malaysia mengikuti UAE sebagai negara Islam pengeluar Kaviar terbesar dunia dan Halal Food.

WZWH faham sentimen penduduk tempatan yang mahu supaya pengeluaran, penjagan penternakan ikan-ikan tempatan yang menjadi kebanggaan nenek moyang orang Tembeling seperti Ikan Jelawat, Kelah, Patin dan lain-lain di pertingkatkan.

Itu kita akan usahakan di.masa akan datang. Mungkin pengalaman membela ikan Sturgeon ini akan memberi pengetahuan bagaimana kita akan meningkatkan juga penternakan dan pengeluaran ikan Jelawat, Kelah dan Patin terutamanya.

Demikian brief WZWH secara lebih mudah mengenai Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut.

Projek yang baik untuk masyarakat kita semua kena sokong. Dan WZWH ingin menjelaskan di sini ada banyak projek-projek lagi yang kita mahu buat untuk pembangunan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut.

Monday, March 24, 2014

Kuala Tahan FC , Penaja Dan Penyokong Ultra



















ADUN Tahan menyaksikan majlis akur janji pemain Kuala Tahan FC dengan penaja-penaja.

Bertempat di Persona Village Resort malam Sabtu lalu, YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan meluangkan masa melayan kehendak anak-anak muda Kuala Tahan bagi Kuala Tahan FC mendapatkan penaja-penaja bagi Liga Emas FA Jerantut.

Sumbangan penajaan dari korporat terutama Beta Construction, DS Wang dan ramai lagi penyumbang individu bagi membiayai segala kemudahan Kuala Tahan FC dan kelab penyokong ultra bermain di Liga Emas FA Jerantut.

WZWH perhatikan generasi muda Kuala Tahan aktif dengan bolasepak dan sering menjuarai kejohanan bolasepak di Jerantut.

Berikutan kemenangan SAS Muda Kuala Tahan menjuarai kejohanan edisi pertama pada Sabtu lepas anak-anak muda Kuala Tahan dari kanak-kanak hingga remaja begitu bersemangat sekali.





































Penyerahan jersi rasmi Kuala Tahan FC oleh wakil pemain kepada ADUN Tahan semasa majlis makan malam dan akurjanji pemain dan penaja.




















Sebahagian dari pemain dan penyokong ultra Kuala Tahan FC.

Sunday, March 23, 2014

Serge Gainsbourg & Jane Birkin - Je t'aime... moi



Orang Perancis nyanyi lagu sangat simple...macam tak nyanyi tapi bersahaja dan natural. Yeaa itu kena tanya Dato' Shake orang yang pakar budaya musik French sampai dapat bintang dari kerajaan Perancis dan Sultan Johor.

Judika ~ Oplosan Versi Batak



Dengan power vokal Judika buat lagu Oplosan versi Batak meletup menjadi kegilaan...Mungkin ini lagu Batak paling popular dalam abad ini.

Juwita Bahar ~ Oplosan



Oplosan lagu menghindari bagi alcoholic...
OPLOSAN VERSI MELAYU 


Tidakkah kau sayang uangmu
untuk beli air setan
pernahkah kau fikir minuman
bisa merusak fikiran
jangan kau teruskan mabukmu
karna tidak ada untungnya
cepatlah bertaubat dirimu
agar panjang umurmu

Coba lihatlah mereka di sana
ada yang bergelimpangan
ada juga yang tidak sadar
dinaikkan ambulan
sudah cukup mabuk mabukkan
sudah cukup gila gilaan
sudah cukup sudah sampai sini saja
jangan diterus teruskan..

Tutup pen botolmu tutup pen oplosanmu
sayangi nyawamu jangan kau terus teruskan
karena tidak ada gunanya

Tutup pen botolmu tutup pen oplosanmu
sayangi nyawamu jangan kau terus teruskan
karena tidak ada gunanya

Saturday, March 22, 2014

SK Kuala Tahan Juara SAS Muda Daerah Jerantut Edisi Pertama




SK Kuala Tahan juara Kejohanan Bolasepak SAS Muda peringkat Daerah Jerantut.


YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmikan Kejohanan Soccer Kids SAS Muda Daerah Jerantut. Kejohanan ini mendapat sokongan penuh Presiden PBNP Tengku Muda Pahang dan kerjasama JPNP dan PPD di seluruh negeri Pahang.

Kelihatan YM Tan Sri Tengku Azlan mantan ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Dato' Hj Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Saudara Zamri Rahim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, dan Saudara Sopian Kassim mantan AJK UMNO Bahagian Jerantut dan wakil PPD Jerantut.


Gandingan politik Jerantut yang diakui the force to be reckoned with...the empire strike back!


Ini sebahagian dari pemimpin masa depan Jerantut.

Bagi padang astroturf paling cantik dalam Pahang...
Bagi jersey, bola, duit saku...
Bagi galakan dan dorongan...
Bagi suasana kejohanan dunia...
Bagi sokongan penuh dari Presiden Persatuan Bolasepak Pahang...

The world in your feets kids...
Di sini bermulanya seorang bintang...
Dengan disiplin bolasepak...
Di sini juga bermula seorang pemimpin masa depan.


Gaya pemain bintang...


Kejohanan Bolasepak SAS Muda satu platform melahirkan pemimpin generasi baru Jerantut.


Dato' Wan Amizan Wan Razak memulakan tendangan rasmi Kejohanan Soccer Kids SAS Muda parlimen Jerantut. Tendangan dari seorang ahli politik eight wonder of the world Jerantut!

SAS Muda Parlimen Jerantut...Di Sini Bermulanya Seorang Bintang...



Ini idea briliant Tengku Muda Pahang mahu kanak-kanak Pahang melibatkan diri dengan sukan @ ko-kurikulum bolasepak sejak dari awal lagi.

Bukan sahaja program ini yang berlansung di seluruh negeri Pahang mahu mencungkil dan mengetengah bakat pemain bintang masa depan bolasepak negeri Pahang tapi Tengku Muda Pahang berpandangan jauh bahawa disiplin bolasepak boleh melahirkan dan membentuk sahsiah kepimpinan generasi masa depan.


Menghadiri kejohanan Bolasepak Sas-Muda Daerah Jerantut 2014 yang dirasmikan oleh YB Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak ADUN Tahan di padang Sekolah Kebangsaan Jerantut.

Turut Hadir YM Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan Mantan Ahli Parlimen Jerantut ,saudara Sopian Kassim , Dato Mohd Zukarmi Abu Bakar, Dato' Hj Nordin Wahid, Datin Laily Razali.

Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian  Jerantut saudara Mohd Zamri Abdul Rahim yang cukup hebat aktif mengada banyak program-program melibatkan seluruh pemuda di parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Pulau Tawar, DUN Tahan.



Saudara Mohd Zamri Abdul Rahim bertanggungjawab penuh mengadakan Kejohanan Bolasepak Soccer Kids Piala SAS Muda di seluruh negeri Pahang.


SAS Muda Parlimen Jerantut di sini bermulanya seorang bintang...


YM Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mantan ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Friday, March 21, 2014

Juwita Bahar ~ Kereta Malam


Kereta malam lagu yang WZWH paling suka tidak pernah jemu dengar walau beratus artis telah membawa lagu ini. Satu persembahan menarik dan kreatif dari Juwita Bahar.


Wednesday, March 19, 2014

Krisis MH370: Kepimpinan Najib Menyatupadukan Dunia



Memang krisis MH370 sungguh misteri membingungkan dunia.

Pepatah Cina menyatakan disebalik krisis ada peluang.

Ya, kita kehilangan pesawat Boeing, rakyat dan rakyat asing. Usaha mencari SAR MH370 dilead oleh Malaysia dengan dibantu lebih 30 negara memperlihat kepimpinan DS Najib boleh menyatukan dunia yang sering berkonflik bekerjasama.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia kerja sama dan teamwork yang sebegini.

Berbilion manusia di seluruh dunia mengenali DS Najib sebagai pemimpin bertaraf dunia menyeru nilai-nilai kemanusiaan.

Penduduk dunia sudah bosan dengan pemimpin kuasa besar yang suka menganjurkan konflik dan peperangan.

Ada pemimpin kuasa besar yang terkejut dengan reaksi banyak negara mahu menolong dan membantu usaha DS Najib akhirnya join the bandwagon.

World war 3 tidak akan dan boleh berlaku jika semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan DS Najib ini boleh buat dunia bersatu.

DS Najib secara peribadi telah menghubungi semua pemimpin 30 negara itu. Hubungan ini semakin akrab.

Banyak negara lagi mahu dan ingin menawarkan bantuan.

Tidak pernah pengalaman sebegini dialami oleh PM-PM sebelum ini.

Kepimpinan DS Najib adalah kepimpinan dunia sebenarnya.

Monday, March 17, 2014

Malaysian Central Intelligence Agency (MCIA)

Ini yang WZWH mahu cadangkan kepada DS Najib. Kita kena restructure dan reengineering inteligentsia Malaysia. Kita mahu transformasikan badan risikan Malaysia.

Sekarang apa yang kita ada:

  • Polis-SB
  • Military-Defense dan Kor Risik Diraja
  • JPM-Research Division
  • PTD officers-some

Bagaimana kita menilai sendiri standard performance units intelligentsia kita?

WZWH bagi 2 contoh mudah:

Kes 300 gerila Sulu yang kurus kering boleh menceroboh Sabah 
Kes hijack MH370 yang boleh diselesaikan pada peringkat awal

Kalau King Ghaz masih hidup, Tun Ghazali Shafie akan cakap aokme seme gagal!

Dulu krisis macam Kempen Ganyang Malaysia, Komunis, 13 Mei, terroris boleh diselesaikan.

Bila Malaysia semakin makmur dan aman, komuniti intelligentsia Malaysia semakin complacent.

Comfort zone membuatkan mereka selesa dan santai.

Di setengah division, consultant mengambilalih tugas-tugas mereka.

Negara amat perlu komuniti intelligence yang competent, alert, focus and respond.

Perkembangan drastic teknologi masa kini dan masa depan boleh buat intelligentsia kita obsolete.

Bila itu berlaku Malaysia senang ditipu, diperbodohkan dan diperkotakkatikkan.

Intelligence bukan saja hal pencerobohan dan  ancaman tentera asing mahu pun rampasan pesawat tapi yang lebih utama intelligence peluang-peluang perniagaan dan perdagangan Demi wealth creation and economics development of Malaysia.

Sebab itu kita kena rekrut kalau ada 10 pelajar Malaysia yang bijak pandai, kita perlu pilih 7 pelajar untuk menjalankan agenda intelligentsia negara.

Demikian mukadimah the Malaysian Central Intelligence Agency.

Alert...Focus...Respond...F-15 @ Sukhoi Patut Terus Kejar MH370!




Radar military TUDM dapat kesan MH370 berpatah balik dari  Vietnam ke Malaysia. Apa budak-budak radar kita patut buat?

Biasanya jika jet pejuang asing mula masuk ruang udara Malaysia sudah pasti F-15 dan Sukhoi terus kejar halau jet pejuang asing keluar.

Pagi Sabtu lepas budak-budak radar tahu pesawat komersial u-turn.

Sepatutnya budaya alert, focus dan respond disemat dalam TUDM.

Kenapa pesawat komersial u-turn?

Macammana kalau pesawat komersial itu dihijack?

Apa akan terjadi kalau pesawat komersial itu dihala ke KLCC atau Sri Perdana?

Budak-budak radar patut cepat-cepat beritahu superior, bos dsb. Ini takut lapor, patut perlu alert, focus dan respond.

Suruh aje budak-budak jet fighter cepat-cepat pintas terus escort MH370, authorisation kemudian sebab time is precious.

Tak ada sebab bos airforce  hendak marah kerana bertindak mahu jadi hero!

Ini 5 hari baru nak rewind data. Adus...lambat bangat. Sudah terlambat.

Ini buat pemimpin negara malu. Ini buat kos SAR mencecah beratus-ratus juta melibatkan 14 negara.

Ini melibatkan juga inteligentsia kita baik military dan polis. Perisik kita tidak bersedia.

Kerana apa?

Tidak alert

Tidak focus

Tidak respond

Sistem pertahanan kita baik military, polis, inteligentsia, imigresyen, perlu dirombak dan direstructure.

Adakah menteri-menteri pun perlu dirombak?

Hanya 3 perkataan mudah sahaja:

ALERT

FOCUS

RESPOND

These three words can make a difference.

Thursday, March 13, 2014

Krisis MH370 Menyerlahkan Kematangan Hishammuddin Sebagai Pemimpin Masa Depan Malaysia

Press conference Hishamuddin Hussein Onn petang tadi ditunggu oleh berbilion penduduk dunia kerana mahu jejak MH370 samada jumpa atau tidak.

Boleh dikatakan semua pemimpin dunia, aviation industry, pakar-pakar teknologi, saintis, korporat, media lama dan baru dan seluruh rakyat dunia mahu tahu apa yang akan disebut oleh Hishamuddin.

Hishamuddin bagaikan pemimpin superpower, dunia tertumpu kepada beliau. Setiap tutur kata beliau didengar dan diambil perhatian.

WZWH berasa bangga krisis ini yang maha hebat ujian dan sangat berat ditanggung namun Hishamuddin sebagai Menteri Pengangkutan berjaya mengendalikan isu ini dengan penuh yakin dan berwibawa.

Hishamuddin sudah semakin matang. Walau sebelum ini beliau ada kelemahan tapi cabaran-cabaran yang dihadapi menjadi beliau lebih wise. Ini semua learning experiance untuk Hishamuddin menjadi pemimpin ulung negara.

Dalam pengurusan krisis MH370 yang unprecedented in aviation industry and history, kebolehan Hishamuddin lead lebih 12 negara termasuk US dan China dan yang terbaru India serta Jepun mahu turut serta adalah satu usaha operasi dunia berskala besar dalam sejarah.

WZWH tidak menafikan kepimpinan DS Najib turut menyumbang besar mengerakkan pengurusan krisis berskala dunia. Namun kepercayaan DS Najib telah digalas dengan baik oleh Hishamuddin.

Great leader needs great crisis

MH370: The Best Possible Theory

Hari yang ke 5 masih tiada kesan MH370. Operasi mencari dan menyelamat makin besar. Terkini Jepun hantar pakar dan tentera serta pesawat, India pun melibatkan diri dengan pesawat dan satelit barunya. Sebelum itu semua military Malaysia, Vietnam, China , US, Thailand, Filipina, Singapore dan Indonesia sibuk mencari MH370.

Adakah radar-radar di Asia terutama kepunyaan military dan satelit-satelit canggih US dan China tidak dapat monitor pergerakan MH370? Logiknya jika digabung semua data dan imej pasti boleh lihat pergerakan MH370 dari KLIA hingga hilang di Laut China Selatan dan destinasi seterusnya.

Di KL sudah berkumpul inteligentsia dari US dan China, selain seorang jeneral Malaysia sudah berada di London mungkin mendapat info dari inteligentsia British.

Berbagai teori dari yang logik kepada yang tidak masuk akal.

Military Malaysia kata MH370 berpatah balik dan mungkin dikesan di Pulau Pinang. Maka WZWH lebih prefer teori ini...

The US Federal Aviation Administration had issued a warning that the fuselage of the Boeing 777 model had the potential to exhibit cracking. The FAA recommended that all 777s worldwide were checked as part of routine maintenance.
The FAA warned: "Cracking and corrosion in the fuselage skin, if not corrected, could lead to rapid decompression and loss of structural integrity of the aeroplane."
Tom Phillips from The Telegraph asked whether MH370 had been checked and was told Malaysia Airlines company policy was to check. Ahmed Jauhari Yahya, CEO of MAS, told Telegraph that "as policy" all FAA Airworthiness Directives were acted on. However, he could not guarantee that MH370 was checked for this precise problem following the November warning.
Video ini menyatakan Cracking and corrosion in the fuselage skin, if not corrected, could lead to rapid decompression bila mana pilot ketika menyedari ada masalah fault mula mahu mengubah haluan berpatah balik dan ketika itu decompression berlaku tidak sempat pakai mask oksigen lalu pengsan dan MH370 terus berpatah balik secara auto-cruise dan destinasi terus ke Laut Andaman.

Sebab itu kerajaan Malaysia minta tolong military India mencari dan menyelamat di Laut Andaman dan military Indonesia telah mencari dan menyelamat di Selat Melaka dan Laut di utara Acheh.

Jika teori ini boleh dipakai persoalannya kenapa radar-radar dibeberapa negara dekat Laut Andaman tidak dapat mengesan MH370 setakat ini dan sudah tentu pukul 8.30 pagi Sabtu lepas, MH370 sudah kehabisan minyak.

Dimana MH370 berada? Di Laut Andaman?



Kerajaan Malaysia perlu hantar pelajar-pelajar ke luar negara belajar radar teknologi dan satelit teknologi hingga peringkat pakar, Phd dan sebagainya.

Bukan menjadi ikutan kanak-kanak seperti dibawah.

Monday, March 10, 2014

Ya Allah...Turunkan...Timbulkan...Tunjukkan MH370




Kerajaan Malaysia telah buat yang terbaik menyelaras operasi menyelamat dan mencari kapalterbang MH370 yang hilang membawa 239 penumpang melibatkan banyak negara: Malaysia, Vietnam, Thailand, China, Filipina, US, Indonesia, Australia, New Zealand dan Singapore.

Misteri kehilangan pesawat MAS ini sejak Sabtu lepas membingungkan pakar-pakar penerbangan, industri penerbangan, military negara dunia tanpa kesan, tanpa panggilan kecemasan, dan tanpa dakwaan.

Bila sains dan teknologi tinggi sedang mencari jawapan dan masih mencari dengan usaha kerjasama operasi mencari dan menyelamat antarabangsa secara besar-besaran maka manusia hanya berserah kepada Allah.

Atas rasa sedih dan simpati maka WZWH nukilkan sajak secara remix yang dihasilkan oleh penyajak-penyajak terkemuka Asia iaitu Teo Wei Sing dan Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin...

Photo: MH370
Seharian diselubungi jerebu lara
Semalaman dihidangkan skrin berita pilu
Sesekali ditusuk marah mangsa lambat dicari belum ditemui
Hati kalian dihiris risau tak menentu
Di manakah radar kemanusiaan?
Di manakah kemegahan teknologi manusiawi?
Andai ada,
Di manakah bangkai pesawat ini?
Di manakah saudara-saudari yang kita cari?
Ada yang tertunggu-tunggu ketibaan penerbangan ini
Ada yang sedang berdarah di hati
Ada yang terkering air mata suci 
Ada yang terus bermegah di hadapan tv
Doa kalian akan terus mengiringi
Kepada MH370 yang belum pasti
Terserah kesemuanya kepada Ilahi.
Drpd Teo Wei Teo Sing

MH370
Seharian diselubungi jerebu lara
Semalaman dihidangkan skrin berita pilu
Sesekali ditusuk marah mangsa lambat dicari belum ditemui
Hati kalian dihiris risau tak menentu
Di manakah radar kemanusiaan?
Di manakah kemegahan teknologi manusiawi?
Andai ada,
Di manakah bangkai pesawat ini?
Di manakah saudara-saudari yang kita cari?
Ada yang tertunggu-tunggu ketibaan penerbangan ini
Ada yang sedang berdarah di hati
Ada yang terkering air mata suci
Ada yang terus bermegah di hadapan tv
Doa kalian akan terus mengiringi
Kepada MH370 yang belum pasti
Terserah kesemuanya kepada Ilahi.


MH370,
Khidmatmu membelah awan,
Gagahmu tiada lawan,
Dikemudi sang rupawan,
Terbangmu di awang-awangan.

MH370,
Kuala Lumpur melambaimu,
Beijing destinasimu,
8 Mac hilang tiada ketemu,
Kami semua setia menunggu.

MH370,
Semoga tiada dentuman,
Harapan tiada kemalangan,
Semoga tiada rampasan,
Harapan agar dikau pulang.

MH370,
239 nyawa dikau kendong,
Sedih keluarga tiada bendung,
Risau sahabat tiada tanding,
Harapan semua tinggi menggunung.

MH370,
Malaysia mendoakan,
Seluruh dunia mendoakan,
Doa setia disematkan,
Agar semua diselamatkan.

MH370,
Ya Tuhan, kepadamu kami berserah,
Jika di langit... maka turunkanlah,
Jika di laut... maka timbulkanlah,
Jika di darat... maka tunjukkanlah,
MH370, marilah!


Thursday, March 6, 2014

Terbang bersama Tram Menikmati Pemandangan Hutan Rainforest Taman Negara



Pelancong boleh melihat keindahan hutan rainforest Taman Negara sambil menikmati pemandangan aerial view flora dan fauna dengan terbang menaiki tram dalam hutan seperti yang dilakukan di hutan rainforest Costa Rica.

Ini adalah cadangan-cadangan dalam Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah yang boleh menarik ramai pelancong sambil memberi perkhidmatan pelancongan eko-resort terbaik. Pilihannya samada tram atau cable car. Mungkin dua-dua boleh dibuat bergantung kepada lokasi dan ketinggian.

Although activities that mess with local ecosystems to let humans experience nature usually seem intrusive, looking at the canopy face to face while slowly traveling in an aerial tram in the Costa Rican rainforest is a fairly respectful experience that's great to understand the richness and importance of this habitat.


The tram that allows you to do this was built by the company Rainforest Adventures and is located in a private park in the Atlantic side of Costa Rica(about 50 minutes away from San Jose), covering a 475-hectare (1,200-acre) area. The property shares a 10-kilometer border with the Braulio Carrillo National Park and constitutes a buffer zone between the park and the neighboring farm lands.

According to the company, they were the first to build an aerial tram in the rainforest. Although they're on private land, they claim their installations respect wildlife conservation laws and that their guides make sure the forest is kept in its natural condition.

They also run programs with neighboring elementary schools to teach kids about sustainability and involve high school students in sustainable development discussions about the area that surrounds the national park.

Universiti Pelancongan Kuala Tahan



Kuala Tahan Gateway To Taman Negara. Taman Negara adalah destinasi pelancongan dunia dengan hutan hujan tropika tertua di dunia 150 juta tahun bersama flora dan faunanya.

Projek Bandaraya Rimba Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah yang bernilai RM 7 bilion itu yang pelaksanaannya mengambil masa 15 tahun dalam pakej menyediakan sebuah universiti pelancongan.

Memang sesuai sebuah universiti yang berteraskan pelancongan antara yang terunik di dunia.

Pelancongan adalah sektor ketiga penting Malaysia. Tahun 2014 dijangka pendapatan RM76 bilion. Pahang saja mensasarkan 11 juta pelancong dengan potensi pendapatan RM7.5 bilion.

Universiti yang menawarkan kursus, program, penyelidikan dan pengurusan berkaitan pelancongan, guide, spa body health, herba.

Universiti-universiti yang sedia ada di Malaysia boleh menjalinkan collabarasi dengan universiti pelancongan Kuala Tahan bagi kursus, program dan penyelidikan.

UITM umpamanya satu universiti yang boleh menjadi partner yang baik kerana penekanannya kepada Bahasa Inggeris.

Bukan sahaja sasaran pelajar adalah dari tempatan tapi juga dari luar negara yang berminat dengan pengurusan pelancongan tropika yang kreatif lagi innovatif.

Sebuah kompleks universiti pelancongan wajar dibina dalam pakej Projek Bandaraya Rimba Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah.

Berdoa Semoga Allah Memudahkan Kemakmuran Pembangunan DUN Tahan



Doa seorang pemimpin kerdil dari DUN Tahan semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.


Projek perintis dan permulaan penternakan ikan Sturgeon RM120 juta di Kuala Tahan. Menggunakan teknologi Korea. Kerajaan Korea Selatan berbesar hati membantu DUN Tahan. Jika berjaya cemerlang tambahan RM500 juta lagi. DUN Tahan pengeluar kaviar.


Projek Safari RM3 bilion Kuala Tahan menambah nilai Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah. Kerajaan Afrika Selatan sudi membantu DUN Tahan dari segi kepakaran. 



Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah RM7 bilion dijana dalam masa 15 tahun diharap dapat direalisasikan. ECER proaktif membantu.


Sememangnya Almarhum Tun Abdul Razak mahu jalan Ulu Tembeling dibina memberi keselesaan kepada penduduk pendalaman.


Projek Jalan Ulu Tembeling:

  • Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi RM120 juta
  • Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Mat Daling RM310 juta
  • Fasa 2 Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu RM600 juta

Semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.


Ladang getah dan kelapa sawit serta gaharu seluas lebih 100,000 ekar boleh membantu ekonomi penduduk tempatan.

Tidak perlu jadi Ketua Bahagian
Tidak perlu jadi AJK Bahagian
Tidak perlu pegang Biro

WZWH berdoa semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.

Sunday, March 2, 2014

ADUN Tahan Dan Rombongan Selamat Berlepas Umrah Ke Tanah Suci



Mekah sudah mengalami transformasi pembangunan pesat untuk kemudahan dan keselesaan umat Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah.

ADUN Tahan dan rombongan selamat berlepas pukul 3 petang tadi dari KLIA mengerjakan ibadah umrah ke tanah suci dari 2 Mac hingga 12 Mac 2014.

Antara yang bersama rombongan ini  ialah 3 orang penghulu di DUN Tahan, 2 orang Pengurus Felda, staf dan keluarga.

WZWH berharap ADUN Tahan banyak berdoa di depan Kaabah selain berdoa doa standard juga minta Allah permudahkan pembangunan di DUN Tahan, banyakkan peruntukan dari Putrajaya mencurah-curah ke DUN Tahan.

Selama ketiadaan ADUN Tahan, beberapa pegawai dan staf Pejabat DUN Tahan telah diagih-agihkan tugas dan tanggungjawab. Urusan DUN Tahan berjalan seperti biasa.

Sebelum PRU 14 diharap semua projek-projek pembangunan di DUN Tahan berjalan mengikut progress jadual sasaran yang ditetapkan.

Alhamdulillah DUN Tahan mempunyai seorang ADUN yang kuat bekerja untuk kawasannya. Bagi masalah jalan dari Felda Sungai Retang ke Kuala Tahan, Taman Negara, insyallah peruntukan untuk membaikpulih sebanyak RM25 juta boleh membaiki jalan tersebut.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024