Monday, February 27, 2017

ADUN Sg Lembing Pantas Menangani Banjir Kilat Pekan Sg Lembing Bersama Ahli Parlimen Paya Besar

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor


ADUN Sg Lembing YB Dato' Hj Md Sohaimi berganding mantap bersama Ahli Parlimen Paya Besar YB Dato' Sri Hj Abdul Manan Ismail Meninjau keadaan Pekan Sungai Lembing yang telah dilanda banjir kilat sebentar tadi.


Untuk makluman, hujan mula turun tanpa henti bermula jam 2.00 pagi dan mulai reda pada jam 7.00 pagi.

Alhamdulillah keadaan dilaporkan terkawal serta bantuan bekalan makanan juga tidak terputus.


ADUN Sg Lembing bersama YB Dato Sri Ahli Parlimen serta beberapa orang AJK Bahagian Paya Besar telah meninjau kawasan sekitar Pekan Sungai Lembing yang telah dilanda banjir.

Berikutan itu, 2 pusat pemindahan banjir telah dibuka dan kami telah bersama-sama bergotong royong bagi menyediakan juadah makanan bagi mengalas perut mangsa banjir serta masyarakat yang terlibat dalam bencana banjir ini.

Di samping itu, kami juga turut serta dalam gotong royong bersama masyarakat setempat bagi membersihkan sisa selut yang diakibatkan oleh banjir tersebut.

Untuk makluman dan tindakan pihak berwajib, terdapat pokok tumbang di hadapan rumah Encik Mohd Sharif atau lebih dikenali sebagai Pak Itam Yed dan juga terdapat benteng yang pecah iaitu di belakang kediaman Saudara Mohd Yusof yang juga merupakan JKKK Kg Sungai Rimau.

Didoakan semoga keadaan akan segera pulih seperti sedia kala. InSyaAllah.

WZWH percaya gandingan kepimpinan mantap antara ADUN Sg Lembing dan Ahli Parlimen Paya Besar mampu menghadapi apa jua permasalahan dan musibah serta menangani dengan cekap dan berkesan.

WZWH salute dua orang wakil rakyat ini yang kuat bekerja demi masyarakat.

Image may contain: 2 people, people standing


Image may contain: 3 people, people sitting, people standing, table, outdoor and food


Image may contain: 2 people, people standing, people sitting and indoor


Image may contain: 2 people, people standing and outdoor


Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, outdoor and nature


Image may contain: 2 people, people standing, plant, tree, outdoor and nature


Image may contain: 2 people, people standing and outdoor


Image may contain: 1 person, sitting, standing and outdoor


Image may contain: 3 people, people sitting and outdoor


Image may contain: 2 people, people standing and outdoor


Image may contain: 5 people, people standing and outdoor


Image may contain: 1 person, standing, table, outdoor and food


Image may contain: 2 people, people sitting, people standing and indoor


Image may contain: 1 person, standing, food and indoor


Image may contain: 5 people, people sitting


Image may contain: 2 people, people standing, basketball court, shoes and outdoor


Image may contain: 2 people, people sitting and table


Image may contain: 3 people, people standing and outdoor


Image may contain: 2 people, people sitting, table and outdoor


Image may contain: 2 people, people standing, plant and outdoor

Saturday, February 18, 2017

Kenapa UMNO Perlu Bertanding Kerusi Parlimen Raub PRU 14?

Image may contain: 15 people, people sitting


Berdasarkan lawatan kerja WZWH ke Raub berbincang dengan pemimpin tempatan dan grassroot UMNO Raub maka lahirlah satu harapan baru:

Kenapa UMNO perlu bertanding kerusi Parlimen Raub pada PRU 14?

WZWH sejak kecil telah dibesarkan dan indoktrinasi oleh pemimpin-pemimpin grasroot UMNO Pahang Barat.

WZWH akui semangat cintakan UMNO mendalam dalam jiwa begitu sentimental kerana asuhan semangat UMNO Pahang Barat.

UMNO Pahang Barat adalah yang mula-mula melahirkan UMNO di Pahang yang sewaktu dulu melibatkan Daerah Raub, Lipis, Bentong dan Jerantut.

KITA GENERASI YANG RUGI

Kali terakhir DS Ng Yen Yen Selaku Menteri Perlancongan Malaysia mewakili suara Parlimen Raub sehingga PRU 13 lepas. Sekarang Kerusi Ahli Parlimen Raub diwakili DAP. 

Andai PRU 14 BN berjaya merampas semula Parlimen ini dari DAP kebiasaanya tiada sebarang jawatan dalam Kabinet

Andai BN menang sekali lagi pada PRU 15, calon yang sama mungkin Timbalan Menteri dan andai calon tersebut menang lagi pada PRU 16 insha allah akan lahir seorang Menteri mewakili suara Parlimen Raub ini. TEMPOH MASA SEKITAR 15 TAHUN AKAN DATANG.

Ketika itu kita golongan muda hari ini mencecah usia 50 - 60 tahun. Perjuangan kita hari ini hanya untuk warisan anak cucu kita.

PRU 14 akan jadi titik tolak pemimpin MELAYU UMNO akan terus dapat menjadi MP setelah sekian lama lebih kurang 35 tahun di pinjamkan kepada MCA.

Sesungguhnya GENERASI MUDA sekarang yang akan dapat menerima nikmat perjuangan pejuang-pejuang UMNO dulu dan kami teruskan sekarang.

Mengapa kita perlu akur seolah-olah kerusi Ahli Parlimen Raub ni HAK MUTLAK MCA?

Sekarang ni Chew Mei Fun seolah-olah sudah ditabalkan sebagai calun MP Raub.

Sudah-sudahlah, Raub jadi tempat buangan orang MCA yang tidak laku di tempat lain.

Kita pun ada cita rasa dan ada maruah.

Yang lebih penting kita punya calun-calun pemimpin tempatan Melayu yang berwibawa untuk membangunkan RAUB!

ORANG MELAYU RAUB LAYAK JADI MENTERI

 SEJARAH PARLIMEN RAUB

1958-1964 Ahli Parlimen pertama Raub--En Husin Tok Muda Hasan
2.Dato' Hamzah Abu Samah
3.Dato' Abdullah Majid 

1978--Tan Kon Swan di lantik menjadi MP dengan alasan pertukaran sementara untuk Rafidah Aziz tanding di kerusi MCA di Selayang.
2.Tan Tiong Hong
3.Tan Geik Kwan
4.DS Ng Yen Yen
Calon terakhir dari BN sebelum tumpas kepada DAP

UMNO
Dijanji serta di gantikan dengan Senator.
3 Senator dari UMNO Raub:
1.Ibrahim Salleh
2.Dato Shahiruddin Ab Moin (sebelum bertanding ADUN Dong )
3.Tan Sri Zuki
4...LENYAP! Tiada

Seterusnya....Senator dari MCA
1.Senator Tan Sri Lam Li Seng
2.Senator Puan Linda Lim
3.Senator Dato' Ho Kai Mun --diberikan Senator sebab kalah bertanding di Parlimen Raub pada PRU 13.

Penting bagi makluman kepada generasi muda sejarah Ahli Parlimen Raub, dulunya memang kerusi UMNO dan UMNO serta orang Melayu telah membuktikan taat setia kepada BN walau pun dalam PRU 13, orang Melayu telah bagi undi lebih kurang 60% kepada calun BN tadi disebabkan orang CINA sendiri hanya bagi 5% undi, maka kecundanglah BN!

UNTUK GENERASI MUDA.,,
Bukan untuk mendabik dada tapi beberapa hasil perjuangan ikhlas UMNO Raub yg ada di Raub sekarang ini.,,,
1.UiTM kampus Raub,,
2.GIATMARA Raub
3.Sekolah Sains Raub
4.Hospital baru Raub
5.FELDA2 di kawasan Raub,,.
6.Laluan 8 Bentong -Raub -Gua Musang
7.Central Spine Road yg akan di bina bagi mengelakkan kesesakan di bandar Raub.,,
8.....
Teknologi Park @ Ulu Sungai
9. Kompleks Rakan Muda Dong
--Dewan2 orang ramai di kampong2
--Mesjid2 baru di Gali Tengah & Sempam Baru
--perumahan kos rendah yg telah di duduki dan rumah2 PRIMA yg dalam pembinaan.,,
dll, 
dan bermacam2 lagi projek2 untuk keselesaan penduduk Raub yg tuan2 boleh senaraikan sendiri.,,
Pembangunan2 tersebut tidak datang sendiri jika tidak di perjuangkan oleh UMNO dan Melayu Raub .,,,
Fikir2kan lah !!!
Tanda orang yg bersyukur kepada ALLAH itu adalah orang yg mengucapkan terima kasih kepada sesama manusia,,,
Wallauwallam.

WZWH telah suarakankan kehendak pemimpin-pemimpin dan grassroot UMNO serta majoriti orang Melayu Raub dalam posting ini.

Terpulanglah kepada pucuk tertinggi kepimpinan untuk menimbang usul dari suara generasi muda Raub ini.

Thursday, February 16, 2017

INFRARAKYAT Falsafah Pembangunan DS Najib Apa BEZA Dengan Pembangunan Mahathir?

infrarakyat


Selepas merdeka sehingga hari ini, pembangunan adalah agenda Kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat.

Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai. Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat.

Oleh itu, sejak menjadi Perdana Menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai.

Inilah asas kepada projek besar yang telah kita laksanakan, seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura atau HSR, East Coast Rail Link (ECRL).

Projek-projek ini – meskipun adalah pembinaan dan pembangunan infrastruktur berstatus mega – adalah bertunjangkan kepada kepentingan rakyat. Saya gelar projek-projek ini sebagai ‘InfraRakyat’.

InfraRakyat ini kelak, selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dalam pelbagai aspek, akan turut menjana serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pada jangka masa panjang.

Salah satu daripadanya yang boleh kita jadikan contoh adalah Lebuhraya Pan Borneo. Kerajaan sedar bahawa kadar pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia, dan memerlukan satu anjakan. Oleh itu, kita bina Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sabah dan Sarawak. Malah Lebuhraya ini juga bebas tol.

Selain itu, Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang semakin sesak dengan jumlah kenderaan yang begitu banyak, lantas MRT dibina dengan tujuan untuk meringankan masalah ini.

Sebahagian daripada MRT telahpun beroperasi selama beberapa bulan, dan anda boleh baca lebih lanjut bagaimana MRT bakal mengubah gaya hidup masyarakat dalam catatan blog saya yang terdahulu di sini.

Begitu juga dengan projek-projek lain. Projek HSR pula akan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura, memberi pelbagai manfaat dan membuka peluang ekonomi kepada rakyat kedua-dua negara.

Manakala projek ECRL direncana bagi menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, selain membawa pertumbuhan ekonomi dan keselesaan kepada penduduk di Pantai Timur.

Kesemua projek InfraRakyat diperlukan oleh rakyat, “this is what was needed by the people, and this is what we delivered”.

Ini baru permulaannya, kita merancang untuk membangun serta menyediakan lebih banyak lagi InfraRakyat, agar pembangunan negara membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah.

Ayoh Dato' Sri persembahkan "WOW faktor" yang boleh memikat hati dan menambat minda rakyat.

BRING IT ON!

Tuesday, February 14, 2017

Ojo Nguber Welase ~ Untuk Apa Kamu Mengejar Cintanya?...





Lirik Lagu : Vita Alvia - Ojo Nguber Welase dan Terjemahan

Vita Alvia - Ojo Nguber Welase

Sing usah riko katik ngaling ngaling maning
Tak perlu kamu pakai menghalangi lagi

Alasan ngalor ngidul mung digawe gawe
Alasan keutara keselatan cuma dibuat buat 

Isun weruh dewek riko suloyo
Aku tahu sendiri kamu mengingkari 

Isun weruh dewek dung riko magih demen larene
Aku tahu sendiri jika kamu masih suka padanya


Di enggo paran riko nguber demene
Untuk apa kamu mengejar cintanya

Wong welas isun ngelebihi welase
Karena cintaku melebihi cintanya

Di enggo paran riko nguber demene
Untuk apa kamu mengejar cintanya

Wong welas isun ngelebihi teko ring welase
Karena cintaku melebihi dari cintanya

Friday, February 10, 2017

Sang Kelembai Dan Naga Penjaga Hutan Dan Sungai Pahang




Sang Kelembai penjaga Hutan, Gunung, Bukit dan hutan belantara Negeri Pahang. Rakyat Pahang mahu Sang Kelembai bangkit betulkan yang tidak betul beri panduan kepada pemimpin.

Oleh kerana rakyat Pahang generasi Y dan X sudah tidak kenal lagi Sang Kelembai Penjaga Hutan Pahang turun temurun sejak zaman berzaman maka SILA KLIK SINI.




Naga adalah penjaga sungai-sungai Pahang. Ada banyak Naga di Pahang ini. Rakyat Pahang mahu naga-naga ini kembali menjaga sungai-sungai di Pahang.

Oleh kerana rakyat Pahang generasi Y dan X tidak faham konsep mitos ini maka SILA KLIK SINI.


Sang Kelembai dan Naga adalah penjaga hutan dan sungai Pahang. Jangan sampai Sang Kelembai dan Naga menyumpah sangat tidak baik kepada Negeri Pahang.

Rakyat Pahang akan menjadi tidak keruan dan Pemimpin Pahang akan menjadi hilang kewarasan tidak tahu matlamat dan tujuan hidup.

Rakyat Pahang tidak akan menghormati pemimpin Pahang dan Pemimpin Pahang tidak akan memperduli nasib rakyat Pahang bila ini terjadi ini lah sumpahan Sang Kelembai dan Naga Pahang.

Contoh Sumpahan Sang Kelembai di Jerantut.

Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.

Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.

Begitulah mitos cerita Sang Kelembai.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. 14 kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk.

"Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu"

Banyak hutan-hutan di Jerantut telah ditebang. Bunyi bising jentera-jentera berat menebang balak-balak di hutan Jerantut samada secara berlesen atau haram telah membuatkan Sang Kelembai marah kerana kehidupan amannya telah diganggu. Ini menyebabkan Sang Kelembai menyumpah kepada orang-orang politik Jerantut kerana gagal mempertahankan kehidupan ekosistemnya.

Maka sumpahan Sang Kelembai kepada orang-orang politik Jerantut seperti berikut:

  • Ahli parlimen tidak boleh menjadi Timbalan Menteri dan Menteri Penuh 
  • Ahli parlimen hanya sepenggal
  • ADUN yang ada jawatan EXCO Pahang dilucutkan 
  • ADUN ramai yang sepenggal sahaja 
  • ADUN tidak berpeluang menjadi EXCO Pahang

Bilakah akan berakhirnya sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini? Bagaimanakah cara untuk menamatkannya?

Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar. Bila kita berjiwa kecil kita sebenarnya mengecil dan memandang rendah potensi kita. Akhirnya Jerantut yang rugi.

Ahli politik Jerantut baik ahli parlimen dan ADUN mesti bercita-cita tinggi. Jika kita bercita-cita tinggi, kita pasang strategi-strategi mencapai impian dan mimpi. Jika kita mencapainya, kita boleh majukan Jerantut. Kita boleh menyenangkan Jerantut.

Sampai bila ahli politik Jerantut mahu sentiasa menjadi pengikut dan menjadi bahan percaturan politik negeri dan nasional. "We cannot be acting like slave all the time, we need to become a master of our own right".

WZWH mahu ahli politik Jerantut mencatur politik negeri Pahang ini. Sudah sampai masanya.

Jerantut ada kekuatan yang tersendiri yang kita buta tidak mahu mengilapnya. Kita bersih dan gilapkan permata-permata kita yang duduk berlumpur dalam selut selama ini. Serlahkan permata-permata kita!

WZWH mahu ahli politik-ahli politik Jerantut tamatkan sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini semoga berakhir demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Bahagia Itu Sederhana...

How Economic Populism Works Boleh Bantu BN Memerintah 20 Tahun Lagi?

Image result for economic populism cartoons


Now that populists are coming to power in the West, a conflict over intellectual ownership of their approach is brewing. 

Nineteenth-century Americans invented political populism, with its anti-elitist stance and inflammatory rhetoric. 

Latin Americans have been the longest and best practitioners of economic populism.

What should the rich world, now undergoing its own bout of economic populism, learn from Latin America’s experience?

In Britain, Brexit opponents insisted that if voters decided to leave the European Union, a recession, if not a full-blown economic crisis, would be inevitable. 

After the referendum, the pound depreciated some, but nothing much else happened. Today, the British economy continues to grow.

In the United States, academic economists repeatedly warned that Trump’s economic plans were little short of lunacy, and in the aftermath of his shocking election victory, some prophesied immediate economic catastrophe.

Since then, the stock market has reached record heights, commodity prices have recovered, and forecasts of US economic growth keep rising.

Have Trump and pro-Brexit leader Nigel Farage abrogated the principles of introductory macroeconomics?

Nothing of the sort. But to understand the effects of populist policies, one must first understand their logic.

Sebastian Edwards of UCLA and the late Rudiger Dornbusch of MIT define economic populism as “an approach to economics that emphasizes growth and income redistribution and deemphasizes the risks of inflation and deficit finance, external constraints, and the reaction of economic agents to aggressive nonmarket policies.” 

They add that populist approaches “do ultimately fail,” not because conservative economics is better, but as “the result of unsustainable policies.”

“Ultimately” can be a very long time. Populist policies are called that because they are popular. And they are popular because they work – at least for a while.

A sizeable fiscal stimulus in a sluggish economy produces a pickup in growth and job creation. If financial markets turn bullish (as they often do), the exchange rate appreciates, quelling nascent inflationary pressures and making it cheaper to import. 

Precisely because they are unsustainable, populist policies cause people to shift spending from the uncertain future to the present, when the going is good. This reinforces the expansionary impact of the stimulus, which is particularly strong under fixed exchange rates. 

With consumption, credit, and employment booming and asset prices sky-high, a warm and fuzzy feeling of prosperity permeates society. Populist leaders feel vindicated, and they are not shy about claiming credit. Their approval rating can only go up – and it does.

Soon, teetotalers begin to warn that debt is accumulating too quickly, credit quality is deteriorating, inflationary pressures are incubating, and an overvalued exchange rate is doing lasting harm to exporters. But the music is too loud and the dancing too lively, so no one listens to the warnings.

How long can the party go on? One thing we know from the Latin American episodes is that the answer depends, first of all, on initial conditions. Most industrial economies have grown little since the financial crisis. Deflation, not inflation, has been the problem.

Yes, the unemployment rate has dropped considerably in the US. But after so many shocks and so much technological change over the last decade, there is considerable uncertainty about how much unused capacity remains and where the non-accelerating inflation rate of unemployment (NAIRU) lies. 

It could well be that the likes of Trump find that they can stimulate the economy for quite a while before obvious imbalances emerge.

The other thing we have learned is that debt, both public and private, does become a constraint. But when and how depends crucially on what kind of debt it is. Today, advanced economies borrow in their own currencies at near-zero (and sometimes negative) interest rates. Even if the starting point is a high debt-to-GDP ratio, it can be a long time before growing debt triggers an emergency. Just ask the Japanese.

What happens when financial markets finally get cold feet and stop lending? Well, as the Nobel laureate economist Paul Krugman was at pains to demonstrate in a recent paper, an economy with flexible exchange rates and debt denominated in domestic currency will expand, not contract, in response to a foreign deleveraging shock.

Anti-populists in the US, the UK, and elsewhere must come to terms with the reality that bad policies pay off, both economically and politically, long before they become toxic. 

Yes, the excessive private and public debt, the loss of export capacity, and the weakening of institutions harm the economy (and the polity) – but only in the long run. 

If critics do not understand that and act accordingly, populists will have as long (and destructive) a run in the rich countries as they once had in Latin America.

Posting ini menerangkan bagaimana economic populism works boleh bantu BN memerintah 4 term lagi (20 tahun).

Apa economic populism yang BN boleh buat bagi menang sekurang-kurangnya PRU14?

Inilah dipanggil "WOW" faktor yang boleh memikat hati dan minda majoriti rakyat.

Apa dia "WOW" faktor itu?

Tunggu!....

Wednesday, February 8, 2017

Apa Perbezaan Skandal Bank Negara FOREX BMF ERA Mahathir Dengan IMDB ERA Najib?


Image result for forex bmf scandal


Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan FOREX pada tahun 1991 hingga 1994. Ianya dilaporkan sebagai kerugian yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.


Dalam skandal BMF 1983, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang.


Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa)


1MDB adalah masalah aliran tunai sementara skandal FOREX Bank Negara melibatkan wang hilang entah ke mana. 1MDB adalah mangsa sabotaj manakala skandal FOREX Bank Negara melibatkan menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada Parlimen.


1MDB sedang disusun semula dan sedang dalam pemulihan manakala kerugian FOREX Bank Negara adalah wang hanyut ke dalam longkang dan hilang selama-lamanya. Setakat ini RM30 bilion telah diperolehi daripada 1MDB dan banyak lagi akan diperolehi di masa depan manakala tidak ada apa-apa yang dapat kembali dari kerugian FOREX Bank Negara.


Satu laporan pasukan petugas khas, laporan AG , laporan PAC, siasatan SPRM, siasatan PDRM, dan sebagainya, telah dijalankan ke atas 1MDB tetapi tidak berlaku perkara tersebut telah dilakukan mengenai kerugian FOREX Bank Negara. Kerugian FOREX Bank Negara telah dinafikan dan secara senyap-senyap ‘disapu di bawah karpet’ seolah-olah ia tidak pernah berlaku manakala 1MDB adalah sebuah kes yang terbuka.


Tiada apa manfaat yang dapat daripada kerugian FOREX Bank Negara manakala 1MDB menghasilkan lapan pengkalan tentera, TRX, Bandar Malaysia dan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang akan berlangsung sepanjang 20 tahun akan datang.


Setelah perniagaan 1MDB telah matang sepenuhnya syarikat itu akan menunjukkan keuntungan. Tambahan pula, 1MDB menjana tunai sendiri daripada pinjaman bank manakala kerugian FOREX Bank Negara melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan.

Sunday, February 5, 2017

MAKE PAHANG GREAT AGAIN: Manifesto BN Pahang PRU 14 Insyallah!















Meminjam motto kempen Presiden Donald Trump: MAKE PAHANG GREAT AGAIN! Insyallah boleh dibuat sebagai manifesto BN Pahang pada PRU 14.

Mungkin ada yang bertanya bila pula Pahang Great satu masa dulu?

Kalau hendak cerita pasal sejarah bila Pahang pernah Great satu masa dulu panjanglah tak cukup dengan satu posting.

WZWH cerita mudah dan ringkas;

Pahang dulu was Great-hebat. Dulu Semenanjung Tanah Melayu ini Empayar Majapahit rujuk sebagai Pahang sahaja. 

Sebab apa kalau dilihat peta-peta zaman purba, Negeri Pahang dulu-dulu lebih besar dan luas dari sekarang.

Sebab Pahang Great lah negeri dia besar. Paling besar. Terbesar dalam Semenanjung Tanah Melayu.

Selain dari itu, bekalan galian dari tanah perut bumi Pahang membekalkan banyak emas berkualiti. Timah, besi dll. Terkini bauksit.

Semua pedagang, pelombong, dan orang datang Pahang sebab cari galian-galian ini.

Bandar-bandar baru hasil pelombongan dibina dengan berbagai kemudahan.

Greatnya Pahang ini punya padang yang luas, hutan yang tebal, gunung, bukit, sungai, tasik dan flora serta fauna.

Ladang kelapa sawit dan getah yang luas.

MAKE PAHANG GREAT AGAIN!

Ada satu joke pasal orang Pahang hebat. Apa ciri-ciri orang Pahang hebat:

Orangnya besar tinggi segak...
Punya bini besar dan lawa...
Pakai kereta besar...
Duduk rumah besar...
Punya tanah dan dusun besar dan luas...

Perhatikan semua ciri-ciri itu mesti ada besar.

Last sekali anu...orang Pahang hebat pun mesti besar!!!

Hahahahaha...


Now WZWH writing seriously. Pengalaman WZWH berjumpa businessmen dari Korea, China dan Jepun sewaktu di luar negara...

Mereka kata , " your country Pahang can be GREAT in the world!

Apa makna dan maksudnya?

Negeri Pahang ini kedudukannya bahkan Malaysia sangat strategik terletak ditengah peta dunia perdagangan bisnes dan komersial menjadi tumpuan.

Kedudukan Pahang dekat dengan China, Korea dan Jepun.

Built and develop your ports along the East Coasts.

Built railway from Port Klang-KL- Pahang cities-Terengganu-Kelantan-then Kuantan-Port Pengerang Johor.

Develop many train stations and properties along Pahang route.

Built and develop your ports, supply marine base, Oil n Gas.

Goods from Arabs, Iran, especially Oil,LPG etc, India via Port Klang transport to Kuantan to Tanjong Agas export to China, Korea and Japan.

Mind you, Pahang will be at par with Singapore within 15-20 years.

Believe us!

Yes WZWH believe you all.

Have faith.

MAKE PAHANG GREAT AGAIN!

MANISFESTO BN PAHANG PRU 14, INSYALLAH.

Ahli Parlimen Jerantut Berminat Bertanding Di DUN Pulau Tawar?

Ahli parlimen Jerantut turun padang ke Kg Bukit Rang Pulau Tawar mendengar permasalahan orang kampung tradisional Pulau Tawar berkenaan permohonan tanah di DUN Pulau Tawar pada 31 Januari 2017.

Persoalannya kenapa dalam majlis perjumpaan itu tidak dijemput ADUN Pulau Tawar dan semua JKKK kampung bagi menghalusi permasalahan permohonan tanah dan rasional peserta-peserta dipilih adalah menjadi misteri isu permohonan tanah-tanah lot di Kg Bukit Rang.

Di Negeri Pahang, ADUN yakni YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail berkuasa penuh mempunyai local standi punya otoriti bersama sokongan dari Tok Empat, Penghulu dan Pegawai Daerah Jerantut serta kelulusan dari MMK (EXCO Kerajaan Negeri Pahang).

Adakah ahli parlimen Jerantut tidak percaya kepada hasil kerja ADUN Pulau Tawar? Tidaklah diketahui apa yang tersurat dan tersirat.

WZWH copy n paste posting dari BLOG Pahang Daily Online...



JERANTUT: Rata-rata penduduk Pulau Tawar yang memohon tanah lot di Bukit Rang dekat sini kecewa dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tergamak mengagihkan sebahagian daripada tanah terbabit kepada "orang luar" bukan anak jati kampung tersebut.





Demikian diluahkan oleh mereka dalam sesi pertemuan dan dialog khas dengan Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Haji Idris di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman dan juga Zulfaker Mat Sood (Ustaz Ngah) selaku Pengerusi Majlis dan jawatankuasa bertindak yang menguruskan lot-lot tanah fasa 1,2 dan 3 yang mencetuskan kontroversi itu.




Pertemuan yang diadakan di Masjid Pulau Tawar itu agak panas bila ada pemohon yang marah akibat tindakan khianat serta tidak telus dalam pembahagian lot-lot tanah berkenaan.




"Bayangkan selepas membayar RM100 dan menunggu begitu lama, tiba-tiba orang luar pula yang dapat.. ini tidak adil. Kami anak jati Pulau Tawar", kata Mohd Asri Yusof, salah seorang pemohon yang ditolak. Beliau seringkali mencelah ketika Pengerusi Majlis memulakan acara pada petang itu. 





Rata-rata penduduk menggesa nama-nama penerima lot tanah fasa 1,2 dan 3 dipamerkan. Namun perkara itu ditolak, mungkin demi menjaga nama-nama pihak tertentu.  "Jika didedahkan nama-nama, sudah pasti akan terbongkar segalanya.. Pasti kita tau siapa yang bolot tanah-tanah terbabit dan nama-nama orang luar yang mendapat tanah tersebut. Tapi anehnya, pihak terbabit tidak berani.. malah pejabat tanah Jerantut langsung tidak menghantar wakil mereka.. walhal Ahli Parlimen hadir bersama", kata Asri lagi.




Difahamkan, kelulusan tanah lot untuk Fasa 1,2 dan 3 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar,  Dato' Dr. Ahmad Shukri Haji Ismail (foto) sebelum ini. Ramai pemohon yang kecewa nama mereka dipadamkan dan digantikan dengan nama-nama lain yang tiada kaitan dengan kampung terbabit. 





Malah ada isu, borang permohonan telah diagihkan kepada guru-guru di sebuah sekolah di bandar Jerrantut oleh pihak terbabit. Ramai guru-guru mendapat tanah sedangkan mereka orang luar. Sebaliknya hak anak-anak tempatan dinafikan. 




Sementara itu, Ahmad Azzuddin Mohd Syarif pula bertanya kenapa ada kasta dalam agihan tanah di Pulau Tawar. "Fasa 1, seperti semua orang dah tau.. ada orang mendapat bahagian tanah dia 1/4 dan ada orang mendapat bahagian tanah 1/8.. kenapa ada sistem kasta di negara Malaysia ini?. Seperti mana yang kita tahu kasta ada di India... Apakah kami ni kasta rendah ker?. Mengapa ada orang yang duduk di kasta atasan?. 


"Sepatutnya JKKK perlu ada didepan kita nih.. supaya senang kita meluahkan apa yang terkilan... Tentang fasa 1,2 dan 3 nih.. kita tak payah fikirkan sangat.. sebab syuarga dan neraka dia tiada kuota sapa-sapa.. untuk fasa 4 dan 5 ni, saya harap sangat ketelusan pihak-pihak tertentu"




"Supaya mengagihkan pembahagian lot-lot tanah tersebut secara telus, tulus, jujur.. kalau boleh.. kuota tu dikebelakangkanlah... tak perlu.. bila sebab ada kuota ni lah yang menyebabkan rama anak-anak watan tempatan yang tak dapat.."




"JKKK boleh kata semua ahli keluarga dapat... saya dulu nak mintak borang pada Tok Empat (Meran) pun susah.. saya ingat dia kata satu rumah satu borang...  bila berdebat. kesudahan dia kalah.. dia bagi borang ke saya... bila orang kampung Tok Empat kata satu rumah satu borang.. sedangkan keluarga Tok Empat habis semua dibagi borang.."




"Bukan saja pasal tanah, saham pun macam tu jugak.. ramai orang kampung yang susah tak dapat saham.. saya dah lama memendam ayat-ayat nih..  terima kasih kepada Dato' Nazlan (Ahli Parlimen Jerantut) beri peluang kepada kami.. kerana kami nak memperjuangkan hak-hak kami... jadi saya harap kepada Dato' Nazlan yang kami percaya setakat nih... "




"Sebab ramai sangat dah anak watan warga Pulau Tawar ni dah ditindas.. dah ditipu..  dengan helah-helah Tok Empat ke apa ker dan sebagainya... terutamanya JKKK. Jadi saya mewakili anak jadi Pulau Tawar, mintak sangat Dato' Nazlan.. supaya untuk pemohon-pemohon fasa 4 dan 5 yang nama dah tersenarai tu.. diangkat dan diluluskan.. kami sebenarnya itu jer yang kami memohon sebab kami tak ada harta.. jadi kami mintak sangat jasa baik dan prihatin supaya nama-nama yang dah tersenarai tolonglah dikekalkan dan diluluskan", katanya.



Ketika sesi dialog berjalan, pihak urusetia turut mengagihkan semula wang RM100 yang dibayar sebagai "upah merintis tapak" untuk lot tanah fasa 1,2 dan 3. Wang dipulangkan semula atas alasan menunggu proses seterusnya untuk fasa 4 dan 5 pula.

Sementara itu, Dato' Nazlan berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik atas kemelut yang melanda pada penduduk Pulau Tawar itu. Beliau akan memastikan pengangihan untuk fasa 4 dan 5 dibuat secara telus dan adil kepada anak-anak tempatan. Laporan selanjutnya menyusul. 

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024