Tuesday, July 31, 2012

Tanya Sama Srivijaya, Majapahit, Melaka...Apa Hukuman Kepada Pengkhianat? UMNO Belajarlah Dari Sejarah!


Apa hukuman kepada pengkhianat kepada kerajaan dulu....sudah pasti Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka akan memberi hukuman yang amat berat biasanya:

  • Disula-ditikam dengan tombak dari dubur ke badan hingga kepala.
  • Disalang-ditikam dengan keris panjang dari bahu hingga ke dalam badan.

Ketika UMNO dan BN menghadapai PRU 13 yang diibaratkan 'mother of all battle' masih ada lagi ahli politik yang diberi tempat dan kedudukan dalam kerajaan bertindak bersengkongkol dan menyokong pembangkang!

Dalam keadaan getir dan perlukan penyatuan ada ahli politik yang lebih mementingkan kepentingan peribadi dari UMNO dan  BN sanggup menjadi Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota Temasik buat musuh datang menyerang.

WZWH tidak kira betapa penting dan berjasa serta berpengaruh seorang warlord atau supreme @ paramount leader walau beliau Janang Gayuh Bisaya atau Huguan Siou Kadazandusun tapi bila tidak ada kesetiaan dan melakukan pengkhianatan maka zerolah seorang pemimpin itu.

UMNO dan BN tidak perlu pemimpin yang sebegini.

Article-article politik Utusan Malaysia banyak mengidolakan dan apologetik kepada Lajim Ukin sila baca:


Betapa lompatan katak Lajim Ukin didorong oleh Anwar Ibrahim TPM ketika itu menumbangkan kerajaan PBS Sabah membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin UMNO Sabah hari ini.

Betapa pelancaran PPS @ APS oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing bersama Anwar Ibrahim mengundang lebih 10,000 rakyat boleh memberi kesan politik!

Siapa yang 'control' Utusan Malaysia sekarang?

UMNO terlalu berlembut dengan Lajim Ukin sila baca:


Sudah terang lagi bersuluh apa yang Lajim Ukin buat adalah pengkhianatan kepada UMNO dan BN.

Kenapa UMNO tidak mahu bertegas?

Kenapa UMNO tidak belajar dari sejarah?

Adakah Lajim Ukin peduli surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO?

Apa Lajim Ukin buat sekarang? Duduk di rumah di Beaufort.

Adakah Lajim tebal muka mahu pulang ke pejabat Kementerian di Putrajaya? Beliau masih lagi seorang Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

UMNO tidak boleh berlembut dengan pengkhianat. UMNO perlu bertegas dan memberi hukuman yang berat jika tidak ada banyak lagi pengkhianat yang mahu mempersendakan UMNO dan BN.

Perkembangan terkini:

KUALA LUMPUR: The Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, has consented to revoking the appointment of Beaufort MP Lajim Ukim as Deputy Housing and Local Government Minister with immediate effect.

In a statement issued today, the Prime Minister’s Office said the decision was in accordance with clause (3) Article 43A, which was read together with clause (5) Article 43 of the Federal Constitution.

The decision is effective immediately.
DS Najib sudah menunjukkan ketegasan beliau menghadapi pengkhianat UMNO dan BN.

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana Najib Mengurus Politik Janang Gayuh Dan Huguan Siou Di Sabah?

Janang Gayuh Bisaya....Lajim Ukin.

Huguan Siou Kadazandusun...Wilfred Bumburing.

Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone...Najib Tun Razak mengurus politik 'the paramount leaders'.

Perkembangan terkini politik Sabah menarik perhatian. Sabah adalah 'Fixed Deposit' BN terbukti PRU 2008 BN hanya terlepas 1 DUN 1 parlimen dari 60 DUN dan 25 parlimen ketika tsunami politik melanda politik Semenanjung.

Anwar Ibrahim mahu tsunami politik dicipta di Sabah sendiri oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing melalui Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang akan dilancarkan oleh Anwar Ibrahim hari ini.

Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MT UMNO, ahli parlimen Beaufort, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Pengerusi BN Beaufort telah meletak jawatan semua post kecuali Timbalan Menteri dan ahli UMNO.

Wilfred Bumburing, ahli parlimen Tuaran, Timbalan Presiden UPKO telah meletakkan jawatan parti.

Kedua tokoh ini boleh disimpulkan 'warlords of supreme' atau 'paramount leaders' dalam komuniti masing-masing. Dikatakan kedua tokoh ini begitu berpengaruh dalam kawasan dan komuniti masing-masing.

Lajim Ukin adalah 'Janang Gayuh' etnik Bisaya manakala Wilfred Bumburing adalah 'Huguan Siou' etnik Kadazandusun. Mereka adalah pemimpin agung!

Apa yang berlaku adalah politik dalaman Sabah yang tidak berjaya diurus oleh Musa Aman KM Sabah kerana ini adalah politik etnik. Tapi tidak menghairankan sebelum ini Pairin dan Jeffrey Kitingan dan Yong Teck Lee pun mengambil langkah yang serupa.

Kesetian berkekalan tiada dalam kamus pemimpin agung etnik Sabah. Mereka betul ikut 'politics is about interests'.

Dikatakan nama-nama kedua 'Janang Gayuh' dan 'Huguan Siou' tiada dalam senarai dan berapa permintaan Lajim Ukin sebagai MT UMNO mengenai politik Sabah tidak diendah  Najib.

Muhyiddin Yasin cuba memujuk tapi gagal.

Najib masih percaya dan berharap kepada kepimpinan Musa Aman bagi mengendali Sabah. Sememangnya Musa Aman boleh mengawal politik Sabah dibantu oleh Shafie Afdal dan Pairin Kitingan.

Penganalisa politik Sabah meramalkan paling kuat Pakatan Rakyat boleh merampas 3 kerusi parlimen dan 18 DUN secara 50-50. Masalahnya Pakatan Rakyat tidak mudah mencapai persetujuan pembahagian kerusi kerana STAR dan SAPP tidak mudah mahu beri kerusi kepada DAP dan PKR.

Tambahan pula PPS yang dicetus oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing ini pula mahu meletakkan 17 wakil dalam 17 kerusi parlimen. Jika tidak kena dihati boleh buat pertandingan 3 penjuru.

Persoalan yang utama bagaimana Najib mengurus politik 'Janang Gayuh' dan 'Huguan Siou' di Sabah? Adakah perlu lagi Najib memujuk Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing pada saat akhir?

Perlu diingat Lajim Ukin masih lagi ahli UMNO dan Timbalan Menteri kabinet Najib!

Esok Najib akan tunjuk style dan gaya kepimpinan beliau kepada rakyat Sabah melalui pengumuman rasmi.

Adakah 'warlords' atau 'paramount leaders' adalah pada hakikatnya  'big fish in a small pond'?

Atau jika 222 'warlords' @ 'paramount leaders' digabungkan boleh buat 'battle for Putrajaya' menjadi lebih menarik?

Itulah hakikatnya WZWH mahu beritahu pembaca bahawa ini adalah naluri politik manusia bila ahli politik super ego mahu menjadi mega ego!

15 juta pengundi Malaysia hanya mahu ahli politik ordinary ego tapi yang penting DELIVERY...!!!

Saturday, July 28, 2012

Populis, Ugutan , Stupidity Resepi Kejatuhan BN Dekat PRU 13


Permainan politik populis membahayakan kewangan negara. Memberi itu dan ini serta beri lagi mengurangkan kantung perbendaharaan negara.

Janji Ditepati....

Sedangkan duit itu boleh meningkatkan lagi infrastruktur menghasilkan hasil revenue negara.

Janji Ditaburi bagi menurunkan harga kereta, tiada tol, tiada lain cukai, dll ditawarkan peganti Putrajaya menambah lagi sakitnya kewangan negara post PRU 13.

Akhirnya negara ada duit RM10 tapi mahu belanja RM25! Pasti jejak Greek diikuti...

Ugutan kumpulan mahu sekolah bebas, mahu iktiraf akademik yang selama ini tidak diiktiraf.

Ugutan individu tidak mahu orang itu dan orang ini jadi MB, CM, ahli parlimen, ADUN dll.

Dekat PRU 13 banyak ugutan.

Dikatakan Stupidity Menteri buat rakyat muntah kerana kejelikan.

Bagaimana DS Najib menghadapi Populis, Ugutan dan Stupidity Menteri?

Populis, Ugutan dan Stupidity Menteri bakal resepi kejatuhan BN dekat PRU 13.

Apa ilmu yang PM kena ada mahu 'rationalise' Populis?

PM control rakyat atau rakyat control PM?

Janji Ditepati atau Janji Ditaburi?

DS Najib Bersedia Turunkan Harga Kereta?


WZWH menyifatkan Rafizi Ramli , Pengarah Strategik PKR seorang yang genius mahu turunkan harga kereta.

Harga kereta terutama kereta import dikenakan cukai maksimun melebehi 105%. Kadar cukai tinggi ini diperkenalkan sejak 1984 kerana mahu melindungi Proton.

Pemansuhan cukai kereta ini akan membantu pembangunan ekonomi dengan merancakkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengurangkan bebanan hutang mereka.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 membelanjakan hampir 50% pendapatan untuk kereta.

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata kalau kerajaan mansuhkan cukai kereta kerajaan akan kehilangan RM4.6 bilion setahun. Selain boleh menjejaskan Proton.

Rafizi Ramli mahu kerajaan cari jalan bagaimana RM4.6 bilion boleh diatasi.

Kepada orang muda terutamanya teringin juga memandu kereta berjenama dengan harga yang lebih murah. Rakyat berpendapatan rendah mahu membeli kereta Proton yang lebih murah.

Proton pun sekarang dikenakan cukai 85%.

Bersediakah DS Najib menurunkan harga kereta? Sehingga PRU 13 tamat tempoh pada May 2013, DS Najib masih punya banyak masa memikirkan isu turunkan harga kereta ini.

Thursday, July 26, 2012

3.5 Juta Ahli UMNO Perlu Mencontohi Kesetiaan Tok Bahaman Dan Tok Gajah Pahlawan Terbilang Pahang Kepada Raja Pahang



Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah mewakili ayahanda baginda ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Durbar) di Singapura pada tahun 1890. Berdiri di sebelah baginda ialah Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim (Che Endut) dan yang duduk di kaki kanan baginda ialah Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan Tok Bahaman dan disebelah kaki kiri ialah Imam Perang Indera Setia Gajah Pahang Tok Rasu bin Syahrum Tok Gajah.

Untuk mengetahui cerita menarik Tok Bahaman dan Tok Gajah Pahlawan Pahang sila klik sini.

Tok Bahaman dan Tok Gajah sangat setia kepada Sultan Pahang. Walau terpaksa menderita kerana berjuang  menentang Inggeris atas restu Sultan Pahang secara rahsia.

3.5 juta ahli UMNO perlu mencontohi kesetiaan Tok Bahaman dan Tok Gajah pahlawan terbilang Pahang kepada Raja Pahang jika mahu kemenangan besar PRU 13.

Asal Usul Raja-Raja Melayu Nusantara



Peta Kerajaan Melayu kuno.

Kerajaan Melayu atau dalam bahasa Cina ditulis Ma-La-Yu (末羅瑜國) merupakan sebuah nama kerajaan yang berada di Pulau Sumatera. Diasaskan pada abad ke-7 yang berpusat di Minanga (Minangkabau), pada abad ke-13 yang berpusat di Dharmasraya dan diawal abad ke 15 berpusat di Pagaruyung.

Kerajaan ini berada di pulau Swarnabumi yang oleh para pendatang disebut sebagai pulau emas , dan pada awalnya mempunyai kemampuan dalam mengawal perdagangan di Selat Melaka sebelum direbut oleh Kerajaan Sriwijaya pada tahun 682.

Penggunaan kata Melayu, telah dikenal sekitar tahun 100-150 seperti yang tersebut dalam buku Geographike Sintaxis karya Ptolemy yang menyebutkan maleu-kolon. Dan kemudian dalam kitab Hindu Purana pada zaman Gautama Buddha terdapat istilah Malaya dvipa yang bermaksud tanah yang dikelilingi air.

Sebelum WZWH membawa pembaca menerobos ke zaman silam perlu faham bahawa sebelum kedatangan Islam, Raja-Raja Melayu mengamalkan agama Hindu-Buddha dan animisme. Sudah tentu budaya bahasa Shanskrit, tulisan Pallava lebih kepada pengaruh India.


Tapak situs purbakala ini terletak di lembah Bujang, di selatan Alor Star, ibu kota Kedah. Nama Bujang berasal dari bahasa Sankrit: bhujanga yang bererti 'ular'. Lembah ini membentang dari Gunung Jerai di utara hingga muara Sungai Muda di selatan. Situs purbakala ditemukan di sekitar tepian Sungai Muda yang merupakan bekas pusat pelabuhan niaga Kedah Lama sejak abad ke-5 masehi.

Pelabuhan Kataha atau Kadaram (Kedah) dan peradaban Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan yang erat dengan kawasan sekitarnya, China dan India. Pelabuhan ini merupakan salah satu pelabuhan penghubung jalur perdagangan laut antara China dan India.

Perkembangan pelabuhan niaga Kedah sering dikaitkan dengan kerajaan Sriwijaya. Disebutkan Sriwijaya menaklukkan Kedah dan Langkasuka.


Langkasuka adalah negara yang dahulu terletak di kawasan Thailand selatan dan Kedah saat ini. Menurut catatan sejarah dinasti Liang 505-556. Kota Langkasuka didirikan sekitar abad ke-2.  Langkasuka juga tercatat dalam Negarakertagama sebagai salah satu negara sahabat Majapahit.

Langkasuka pada awalnya berada di bawah pengaruh Funan. Namun pada masa di antara 685-689 Langkasuka menjadi bagian dari Sriwijaya.


Sulalatu'l Salatin menguraikan silsilah dari para raja di kawasan Melayu, bermula dari kedatangan Sang Sapurba keturunan Iskandar Zulkarnain, kemudian Sang Sapurba menjadi Maharajadiraja di Minangkabau, dan dari tokoh ini raja-raja di kawasan Melayu diturunkan. 


Selanjutnya terdapat kisah salah seorang putra Sang Sapurba dari perkawinannya dengan Wan Sundaria, Putri Demang Lebar Daun, penguasa Palembang, yang bernama Sang Nila Utama bergelar Sri Tri Buana mendirikan Singapura dan putranya yang lain, Sang Mutiara disebutkan menjadi raja di Tanjungpura. Sementara gelar Sang Nila Utama tersebut mirip dengan gelar Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa dalam Prasasti Padang Roco yang bertarikh 1286, merupakan Maharaja di Bumi Melayu yang mendapat kiriman hadiah Arca Amoghapasa dari Kertanagara Maharajadiraja Singhasari. Kemudian pada tahun 1347, Adityawarman menambah pahatan aksara pada bagian belakang Arca Amoghapasa tersebut, dan menyebutkan memulihkan kerajaan sebelumnya kemudian dinamainya Malayapura, serta ia sendiri menyandang gelar Maharajadiraja.

Menurut kitab Sulalatus Salatin, Bukit Seguntang merupakan tempat datangnya Sang Sapurba, keturunan Iskandar Zulkarnain, yang dikemudian hari menurunkan raja-raja Melayu di Sumatera, Kalimantan Barat, dan Semenanjung Malaya. Bukit Seguntang diibaratkan sebagai potongan Gunung Mahameru dalam kepercayaan Hindu-Buddha, dan dianggap suci karena merupakan cikal bakal orang-orang Melayu. Raja yang memerintah di Melaka dikatakan sebagai keturunan Sang Sapurba.



Bukit Siguntang terletak di bagian barat kota Palembang dan berjarak sekitar tiga kilometer di sebelah barat laut Karanganyar. 

Bukit Siguntang juga dikenal dan dipercaya sebagai kompleks pemakaman raja-raja Melayu. Menurut Schnitger dari situs ini banyak ditemukan berbagai jenis tinggalan budaya masa lampau. 

SALAKANEGARA.TARUMANEGARA.SRI WIJAYA
PENDIRI DAN ASAL USUL RAJA RAJA MELAYU SE NUSANTARA

SRI BAGINDA MAHA RAJA PURNAWARMAN(Alexandra Agung/Dzulkarnain)
SRI HJ JAYANASA DEPUHYANTANG(Sang Sapurba)
Dari Sang Sapurba melahirkan Raja/ Kesultanan Melaka.
Seterusnya Sultan Johor Pahang Riau Lingga, Terengganu, Perak, dll.




GENEALOGY
Raja Iskandar Zulkarnain ('Alexander of the two horns'),
the legendary ancestor of all the major Malay dynasties.
m.
Tuan Putri Shah ul-Bariah
d/o Raja Kida Hindi
I
Raja Aristun Shah
I
Raja Aftas
I
Raja Sabur
I
Raja Amtabus
I
Raja Kudar Zakuhun
I
Raja Ardeshir Babegan
m.
d/o Raja Nushirwan Adil
I
Raja Dermanus
I
Shah Tersi
I
Raja Zamrut
I
Raja Tersi Berderas
m.
d/o Raja Sulan of Amdan (s/o Raja Kibad Shahriar and g/s/o Raja Nushirwan Adil)
I
Raja Suran of Amdan
(with whom we treat)
Raja Suran, Raja of Amdan, son of Raja Tersi Berderas, by his wife, a daughter of Raja Sulan, Raja of Amdan. Succeeded his maternal grandfather as ruler of Amdan. m. (first) Tuan Putri Zaris, niece of Shah Johan. Raja of Gongga, in the Dindings, Perak. m. (second) Tuan Putri Onang-kiu, daughter of Raja Chulan. m. (third) Tuan Putri Mahtab ul-Bahri, daughter of Raja Aftab ul-Ardl. He had issue, three sons by his his first, one daughter by his second, and three sons by his third wife:
  • 1) Sri Bijitram Shah, Raja of Chandukani (s/o Zaris). Ancestor of the rulers of Minangkabau.
  • 2) Sri Paludatani, Raja of Amdan (s/o Zaris). Succeeded his father as ruler of Amdan. Ancestor of the rulers of Tanjong Pura.
  • 3) Sri Nilathanam [Nila Manam], Raja of Bijanegara (Vijayanegara?) (s/o Zaris). He had issue, a son:
    • a) Adi Viranama Raja Mudaliar, Raja of Keling (Kalingga?). He had issue, a son:
      • i) Raja Jambuga Rama Mudaliar, Raja of Keling. He had issue, a daughter:
        • (1) Tuan Putri Nila Panjadi. m. Paduka Sri Vikrama Vira [Pekerma Wira], Raja of Singapura Temasek, elder son of Sri Maharaja Sang Nila Utama Parameswara, Batara Sri Tribuwana, younger son of Sri Nila Pahlawan, Sri Maharaja Sang Sapurba, by his wife, Wan Sri Bini, Ratu Chandra Puri. She had issue - see below.
  • 4) Raja Aftab ul-Ardl Sri Nila Pahlawan, Sri Maharaja Sang Sapurba [Nila Pahlawan Sang Sri Prabhu Dharma Sena Tribuwana], Paduka Sri Trimurti Tribuwana (s/o Mahtab ul-Bahri). He arrived in Palembang with his two brothers and was acknowledged as ruler after making a pact with Demang Lebar Duan. He then moved to Bintan where he was adopted by the Ratu Permaisuri, widow of Iskandar Shah, by whom he was made ruler of that place. m. thirty-nine wives, who all developed a skin disease after consummation. m. (fortieth) after his coronation, Tuan Putri Wan Sendari, daughter of Demang Lebar Daun, former ruler of Andelas, Perlembang, by his wife, Tuan Telanai, of Bintan. He had issue, two sons and two daughters: Copyright© Christopher Buyers
    • a) Sri Maharaja Sang Maniaka [Sang Mutiaga] (s/o Wan Sendari). m. a daughter of the ruler of Tanjungpura.
    • b) Sri Maharaja Sang Utama, Batara Sri Tribuwana (s/o Wan Sendari) - see below.
    • a) Putri Chandra Devi (d/o Wan Sendari). m. at Tanjungpura, Java, Putra Asmara ning-Rat, grandson of the Batara of Majapahit. She had issue, two sons:
      • i) Radin Inu Merta Wangsa, ruler of Majapahit.
      • ii) Radin Mas Pamari.
    • b) Putri Sri Devi (d/o Wan Sendari).
    • c) Putri Mengindra Devi. m. a Chinese.
  • 5) Sri Krishna Pandita (s/o Mahtab ul-Bahri). m. Wan Malini, a widow. Ancestor of the rulers of Tanjungpura.
  • 6) Sri Nila Utama, Bendahara (s/o Mahtab ul-Bahri). Ancestor of the rulers of Minangkabau.
  • 1) Tuan Putri Chandani Wasis (d/o Onang-kiu). m. Raja Hiran. She had issue, a son:
    • a) Raja Chulan.
Copyright© Christopher Buyers
1324 - 1372* Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tribuwana**, younger son of Sri Maharaja Sang Sapurba [Nila Pahlawan Sang Sri Prabhu Dharma Sena Tribuwana], Paduka Sri Trimurti Tribuwana, by his wife, Tuan Sandari. Succeeded his father. Removed himself from Bintan to Temasek (water town) ca 1324, where he defeated and killed the local ruler, a vassal of Ayuthya (Siam) and established the new city of Singapura (lion city). He maintained control over Temasek for 48 years. Confirmed as ruler over Temasek by an envoy of the Chinese Emperor ca 1366. m. Radin Ratna Chandra Puri, daughter of Ratu Sakadar Shah [Wan Sri Bini/Benian], Raja Perempuan of Bintan, daughter of Raja Ishar Shah, and granddaughter of Ratu Permaisuri Iskandar Shah***, widow of the first recorded Muslim ruler of Bintan. He d. at Singapore, ca 1372, having had issue, two sons:
  • 1) Raja Kechil Besar, who succeeded as Paduka Sri Bikrama Vira di-Raja [Pekerma Wira], Raja of Temasek - see below.
  • 2) Raja Kechil Muda****m. Radin Lasmi Puri, granddaughter of a sibling of Demang Lebar Daun.
Copyright© Christopher Buyers
1372 - 1386 Paduka Sri Bikrama Vira di-Raja [Pekerma Wira], Raja of Temasek, elder son of Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tribuwana. Styled Raja Kechil Besar before his accession. Attacked several times by Radin Inu Merta Wangsa of Majapahit, and the city burned and its inhabitants put to the sword by a Palembang invasion in 1377. m. at Singapore, Tuan Putri Nila Panjadi [Tilai Puchudi], of the line of Raja Suran and daughter of Raja Jambuga Rama Mudaliar, Raja of Keling (or Kalinga, in South India). He d. at Temasek, ca 1386, having had issue, including an eldest son:
  • 1) Raja Muda, who succeeded as Paduka Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja, Raja of Temasek - see below.
Copyright© Christopher Buyers
1386 - 1399 Paduka Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja [Paduka Seri Rana Wira Kerma], Raja of Temasek, eldest son of Paduka Sri Bikrama Vira di-Raja, Raja of Temasek, by his wife, Tuan Putri Nila Panjadi. Styled Raja Muda before his accession. m. a daughter of Tun Perpatih Permuka Berjayar. He d. at Singapore, ca 1399, having had issue, two sons and a daughter, including:
  • 1) Dharmaraja [Desia Raja], who succeeded as Paduka Sri Maharaja Parameswara, Raja of Temasek - see below.
  • 1) A daughter. mBendahara Sri Maharaja Indra Purba, son of Tun Perpatih Tulus. She had issue:
    • a) Bendahara Sri Amar di-Rajam. Tun Ratna Wati, daughter of Mani Purindan, by his wife, Tun Ratna Sundari, daughter of Tun Perpatih Besar, Sri Nara di-Raja. He had issue - see Malacca (Bendahara).
    • a) Sri Samarang Jaya [Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya, nephew of Parameswara]. Envoy to Nanking 27th July 1412.
    • b) Jaya di-Raja [Sai-ti-la-che, nephew of Parameswara]. Envoy to Peking 20th September 1413.
Copyright© Christopher Buyers
1399 - 1413 Paduka Sri Maharaja Parameswara*, Raja of Malacca, son of Paduka Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja, Raja of Temasek, educ. privately. Succeeded as ruler of Singapura Temasek on the death of his father, ca 1399. Expelled from Temasek by the Batara of Majapahit working in collusion with the Bendahara, Sang Ranjuna Tapa, 1401. Removed to Muar, on the mainland, then to Bertam (when aged no more than eighteen years??). Received several Chinese envoys and trading missions, and recorded as paying homage to the Chinese Emperor 3rd October 1405. He visited China together with his wife and son and a retinue of 540 persons, being received at Nanking on 14th August 1411 and remaining three months before returning to Malacca. m. (first) Raja Permaisuri, a niece of Batara Tumapel [Tamurel], of Majapahit in Java. m. (second) Devi Putri, daughter of Tun Perpatih Tulus Tulus I, sometime Bendahara. He d. at Bertam, late 1413, having had issue, including:
  • 1) Sri Wangsa di-Raja [Sa-li-wang-la-cha, elder brother of Mu-kan-sa-yu-ti-er-sha and son of Pai-li-mi-su-la). Received by the Emperor of China on 3rd September 1418 as Sa-li-wang-la-cha, envoy and elder brother of Mu-kan-sa-yu-ti-er-sha and son of Pai-li-mi-su-la.
  • 2) Raja Muda Paduka Sri Ratna Adivikrama di-Raja [Seri Rama Adikerma], who succeeded as Paduka Sri Sultan Iskandar Shah [Mu-kan-sa-yu-ti-er-sha], Sultan of Malacca (s/o Devi Putri) - see below.

Tuesday, July 24, 2012

Putera-Putera KDYTM Tengku Mahkota Pahang



















KDYTM Tengku Mahkota Pahang sebagai Tuanku Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Pahang mempengerusikan Mesyuarat Agung BKKP ke 18 di MUIP Pekan.



















Tengku Puan Pahang turut berangkat ke Majlis.

Selepas Agenda Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung BKKP, KDYTM Tengku Mahkota Pahang mengambil kesempatan memperkenalkan Putera-putera Tuanku kepada para perwakilan BKKP.

WZWH menyokong penuh usaha Tengku Mahkota Pahang secara aktif dan proaktif mengumpul semua Kerabat-Kerabat yang ada di Pahang dan seluruh negara.

Sememangnya adalah menjadi tradisi Sultan Pahang mesti mengetahui susur galur salasilah keluarga dan mengenal kaum kerabatnya yang berada diseluruh pelusuk negeri Pahang.

Tengku Mahkota Pahang menanam nilai-nilai sayang dan kasih kepada kaum kerabat dan keluarga sejak Putera-Putera Tuanku masih kecil lagi.

Berikut Putera-Putera KDYTM Tengku Mahkota Pahang memperkenalkan diri.



















Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, 22



















Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 17




















Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, 14




















Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, 12

Monday, July 23, 2012

Tahniah, ADUN Tahan Dipilih EXCO Pahang!


YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dengan DS Najib turun padang merasai denyut nadi rakyat DUN Tahan parlimen Jerantut.

Tahniah ADUN Tahan dipilih EXCO BKKP Pahang. Ini bukan jawatan EXCO Pahang. Ini ialah jawatan EXCO Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang dalam Mesyuarat Agung ke 18/2012 pada 22 Julai 2012 di Dewan MUIP Pekan.

Ini bukan jawatan bagi free, kena bertanding dan bersaing dengan YM Tengku, Raja, Engku, Ungku, Che Wan, Syed, Syarifah dan dll bagi mendapat undi perwakilan.



















Bukan senang nak memenangkan Dato' Wan Amizan Wan Razak bertanding EXCO BKKP. WZWH kena guna ilmu 'UMNO' sedikit sebanyak. Nak meyakinkan puak-puak YAM, YM, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Tok Muda-Tok Muda dan kerabat-kerabat yakin dengan kepimpinan ADUN Tahan.

WZWH sebagai Orang Tembeling sudah mahir dengan politik organisasi. Tahniah Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan. Diharap ADUN Tahan dapat menyumbang idea bagaimana mempertingkatkan lagi kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang dengan lebih cekap dan berkesan.

Jika PM dan MB percaya dan pakai idea-idea ADUN Tahan, kenapa tidak BKKP dan Istana mengunapakai idea-idea dan kepimpinan beliau?



















KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang berkenan merasmikan Mesyuarat BKKP.



















Tengku Mahkota Pahang mempengerusi Mesyuarat BKKP.



















Para perwakilan Mesyuarat BKKP sedang mengundi memilih EXCO BKKP 2012-2014.



















Tengku Mahkota Pahang santap berbuka. Kelihatan empat ADUN parlimen Pekan turut serta: ADUN Bebar, ADUN Peramu, ADUN Pulau Manis  dan ADUN Chini.



















Sebahagian Kerabat-Kerabat Pahang sedang berbuka puasa.



















Tengku Mahkota Pahang bersama Kerabat-Kerabat Pahang sembahyang berjemaah Maghrib.



















Tengku Mahkota Pahang berangkat pulang.



















Kelihatan Setiausaha Kehormat BKKP YM Tengku Dato' Haji Zulkifly bin Tengku Ahmad dan YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan sedang meneliti keputusan pemilihan EXCO BKKP. 

WZWH juga berkesempatan mengadap KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Tuanku Yang Dipertua BKKP juga maklum WZWH sebagai blogger.

Nampaknya WZWH selain dari berblog politik Jerantut, Pahang dan Nasional kena juga jadi blogger Diraja Pahang!

Sunday, July 22, 2012

DSD Adnan Yaakob The Flying MB!


















DSD Adnan Yaakob MB Pahang punya hobi suka menerbangkan helikopter. Beliau memang mempunyai passion yang kuat hendak jadi pilot helikopter.

Sesuai dengan Pahang negeri yang terbesar dan luas di Semenanjung sememangnya MB Pahang perlu helikopter untuk pergi melawat kawasan. Mudah dan cepat.

Baru-baru ini semasa lawatan DS Najib PM ke DUN Tahan, WZWH berkesempatan melihat bagaimana DSD Adnan Yaakob menerbangkan helikopter.


DSD Adnan Yaakob sedang mempersiap gajet menerbangkan helikopter.


DSD Adnan Yaakob sudah bersiap sedia untuk menerbangkan helikopter. 

Kepada pembaca WZWH yang berminat mengetahui bagaimana mahu menerbangkan helikopter secara teknikal sila klik sini.


WZWH ada buat posting tentang cadangan Jerantut Aviation Flying Academy Sila klik sini.

Industri Aviation Indonesia lebih maju dari Malaysia. Indonesia berupaya mengeksport kapal terbang. Malaysia perlu mencontohi Indonesia kerana punya kepakaran.

Malah ahli politik Indonesia seperti BJ Habibie bekas Presiden Indonesia merupakan seorang pakar aircraft dunia dengan Theory the Law of Habibie sebagai prinsip penerbangan.

Friday, July 20, 2012

DS Najib Lancar Skim Bantuan Kasih Felda di DUN Tahan



















Hari ini DS Najib melancarkan Skim Bantuan Kasih Felda di Felda Padang Piol DUN Tahan parlimen Jerantut. Ini bantuan membaikpulih rumah di kampung tradisional berdekatan Felda.

DS Najib mengumumkan:

  • Bantuan Kasih Felda RM5000 sebuah rumah berjumlah RM2.5 juta untuk kampung-kampung tradisional berdekatan.
  • Peruntukan rumah generasi ke dua Felda Padang Piol RM25 juta.
  • Peruntukan RM2 juta kepada SMK Padang Piol.

DS Najib juga menyatakan durian runtuh RM5000 bagi isteri peneroka yang akan dibayar semasa bulan Ramadan. Itu tidak termasuk duit raya. Lain-lain pengumuman menarik akan DS Najib umum nanti.

DS Najib mahu semua permohonan pinjaman membesarkan rumah tanpa feadah RM40,000 diluluskan kepada semua permohonan peneroka secepat yang segera.

DS Najib berkata penyenaraian Felda untuk kebajikan peneroka. Felda go global dan menarik pelabur luar.

DS Najib memberi jaminan keutamaan peneroka didahulukan. Hanya ada satu Felda di dunia.

DS Najib mahu Felda Padang Piol menjadi kubu kuat BN di DUN Tahan pada PRU 13 nanti.

Turut hadir TS Isa Samad Pengerusi Felda, Dato' Ahmad Maslan Penerangan, dan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

8000 peneroka dan penduduk DUN Tahan menghadiri Majlis Pelancaran Skim Bantuan Kasih Felda.




















Antara sebahagian 8000 peneroka dan penduduk DUN Tahan yang hadir.



















DS Najib di Kampung Air Itam melawat sebuah rumah yang diberi Skim Bantuan Kasih Felda.



















DS Najib meletakkan cermin di sebuah rumah Skim Bantuan Kasih Felda.



DS Najib mengangkat atap untuk dipasang di perkampungan Orang Asli Batu 10.

DS Najib memasang atap disebuah rumah Orang Asli di Kampung Batu 10.


DS Najib PM kesayangan rakyat. Beliau sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Felda Padang Piol. Sebelum itu DS Najib berehat dirumah seorang peneroka Felda Padang Piol.


Doa selamat untuk keberangkatan pulang DS Najib PM.

DS Najib mengaku beliau banyak memanjakan peneroka dengan berbagai bantuan. Peneroka Felda perlu sedar dan menghargai jasa baik DS Najib.

DS Najib tahu ramai orang kampung tradisional tidak puas hati.

Bukan sahaja kebajikan peneroka malah generasi ke dua Felda turut dilimpahi kenikmatan dari Felda dan Kerajaan BN.

Bagaimana dengan orang kampung tradisional dan generasi kampung tradisional?

DS Najib ada menyatakan hasrat mahu melawat Kampung Ulu Tembeling.  WZWH pun menunggu apa pula pengumuman DS Najib nanti di Kampung Ulu Tembeling.

DS Najib sedang memikirkan sesuatu untuk kampung tradisional....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024